LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 15 FIRST LOVE
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
318

Bacaan







CENTRE POINT SHOPPING COMPLEX

        Selepas membeli sebotol minuman 100plus, L pun melabuhkan punggungnya berdekatan dengan escelator yang berhadapan dengan sebuah kedai menjual DVD dan juga peralatan game. Di sebelah kedai itu pula, terdapat sebuah booth menjual makanan dan minuman ringan serta pelbagai jenis jeruk buah- buahan.

        Disitulah dia melihat kelibat Diana sebulan yang lalu. Dia sangat yakin bahawa wanita yang dia nampak itu ialah Diana. Walaupun semua sahabatnya menentang kata- katanya itu tetapi jauh di sudut hati, dia tetap percaya bahawa wanita itu ialah Diana. Dia sangat yakin. Biarlah hanya dia yang percaya wanita itu ialah Diana.

       Diana itu pernah dekat di hatinya. Begitu dekat. Dia tidak mungkin akan dapat melupakan wajah itu, rambut, kening, mata, hidung dan segala- galanya mengenai Diana dia masih ingat dengan jelas. Dan satu perkara lagi yang membuat dia begitu yakin, sebab kalau betul wanita itu bukan Diana, kenapa dia mesti melarikan diri sejurus melihat L. Itu yang sepatutnya sahabat- sahabatnya fikirkan tetapi sayang sekali..tidak ada seorang pun yang terfikir mengenainya. Tidak apalah kalau kamu semua tidak mempercayai saya..biarlah saya sendiri yang mencari Diana. Saya yakin..Diana sudah kembali.

       Ketika Diana meninggalkan Malaysia, kalau tidak silap dia sedang hamil 4 bulan. Kalau dia bernasib baik, anaknya pasti dah berusia 4 tahun lebih sekarang. Dia mesti mencari Diana. Mesti. Biarlah Diana menghilangkan diri berpuluh tahun lagi, L tetap yakin bahawa hari itu pasti akan tiba juga dan akan mempertemukannya semula dengan gadis yang hampir menjadi suri hidupnya. L mengenggam tekad. Dia ke sini hari ini pun sebab mahu mencari Diana. Dia tidak yakin Diana akan muncul semula di situ seperti hari itu tetapi mungkin ada keajaiban. Siapa tahu kan?

        L melihat di sekelilingnya. matanya meliar ke sana sini. Hari ini ialah hari sabtu. Tidak ada kuliah. Latihan untuk pertandingan akhir ke New York mereka akan mulakan bulan hadapan. Dia mahu semua anggotanya berehat secukup- cukupnya dahulu kerana pertandingan kali ini pastinya lebih sengit dari biasa.

         Semasa L sedang asyik memerhatikan sekelilingnya, tiba- tiba pandangannya terhenti pada susuk tubuh sepasang kekasih yang sedang rancak bergurau senda. L menggosok- gosok matanya mahu memastikan bahawa pandangannya tidak salah. Wah..macam tak percaya pula. Beby? Betulah si Beby gadis 149cm tu..gadis berkaki pendek!

        L lebih terkejut apabila melihat siapa pasangannya. Mohd Daniel? Jurulatih tari di akademi seni mereka sendiri? Eh, bukan ke Beby cakap hari tu Mohd Daniel ni bukan taste nya? Tetapi sekarang bukan main mesra lagi? Dari lagak pasangan itu saja pun dia sudah dapat mengagak yang mereka berdua adalah pasangan kekasih. Seriously? She got a boyfriend?

MSU COLLEGE

         Usai menjawab kuiz Biokimi klinikal yang diberikan oleh Sr. Hilarry, Amirul terus menutup kertas soalan yang sudah dia siapkan. Dia melihat pensyarahnya sedang sibuk dengan laptop. Amirul terus mengalihkan pula pandangannya pada Beby yang sedang khusyuk menjawab kuiznya. Sakit hatinya apabila menatap wajah gadis yang mula bertaktha di hatinya itu. benarkah apa yang L beritahu pada saya semalam?

       Amirul memang terkejut sangat apabila membaca chat L yang memberitahunya tentang hubungan Beby dan jurulatih mereka. Saya yang tengah berusaha keras mahu memikat Beby tetapi kenapa tiba- tiba lelaki itu pula yang dapat? Bila lagi mereka bercinta? Dah lama ke? Ahh..mesti masih baru lagi. Takkanlah Beby berbohong apabila mengatakan padanya bahawa dia tidak pernah bercinta. Amirul sangat yakin, Beby ni jujur orangnya. Dia tahu, walaupun Beby nakal sikit tapi dia yakin, Beby seorang yang jujur.

“ dah siap?” suara Sir. Hilarry yang agak lantang menyentakkannya.

“ sudah Sir.” Sebahagian besar pelajar menjawab.

“ kalau dah siap, kumpul dan hantar sini..semua ya. Jangan masukkan dalam box..Sir nak check terus lepas ni.” Mendengar arahan pensyarah mereka, smua pelajar pun mula bergerak ke hadapan masing- masing untuk menghantar kertas kuiz yang mereka sudah siapkan. Amirul turut berbuat demikian. Selepas Sir. Hilarry keluar, semua pelajar juga turut berpusu- pusu keluar dari bilik kuliah. Lepas ni mereka ada kelas Hematologi pula di makmal Hematologi.

“ Beby..tunggu kejap.” Amirul berlari mendapatkan Beby yang sudah mendahuluinya keluar dari bilik kuliah bersama- sama dengan Syika dan Verra. Ketiga- tiga gadis itu berhenti dan melihat ke arah Amirul.

“ kenapa tu?” tanya Beby tenang.

“ err..Ika dan Era duluan je dulu boleh?” Amirul memberi arahan. Syika dan Verra mengangguk dan terus beredar meninggalkan Amirul dan Beby di situ. Amirul terus membawa Beby duduk di kerusi kayu yang terdapat di sepanjang laluan menuju ke bilik kuliah.

“ macam ada perkara penting je.” Beby tersenyum. Memanglah penting. Ia bersangkut- paut dengan hati dan perasan aku..bisik hati Amirul.

“ err..ermm..taklah juga tapi saya rasa..perlu jugak untuk saya tanya.” Jawab Amirul pura- pura tersenyum walhal hatinya sedang sakit bagai dirobek- robek.

“ ohh..ya ke? No problem..cakaplah.” Amirul menelan air liurnya. Cakap Amirul! Jangan takut!.

“ apa hubungan Beby ngan Sir Daniel?”

Huh? Mata Beby kelihatan membesar sedikit apabila mendengar pertanyaan Amirul. Kenapa Amirul tiba- tiba bertanya mengenai hubungannya dengan Niel? Dia dah tahu ke? Setakat ini hanya sahabat- sahabat perempuannya saja yang tahu mengenai hal ini. Tapi, kalau Amirul tahu pun apa kaitan ngan dia? Beby tidak bersuara tetapi cuma mengangguk kecil sambil tersenyum tawar.

“ jadi, memang betulah awak couple ngan sir Daniel?” Amirul sangat serius ketika ini. Langsung tidak ada lagi senyuman seperti tadi. Beby terus bingung seketika tatkala melihat reaksi Amirul ketika ini.

“ bila lagi?”

“ baru nak sampai seminggu kot.” Amirul menghembus nafas kuat. Memang betul jangkaannya. Hubungan Beby dan Niel masih baru lagi. Rupa- rupanya, dalam diam Niel juga sedang memikat Beby. Dia pula langsung tidak sedar akan kewujudan pesaingnya yang tidak kurang hebatnya itu. Berkerjaya dan matang pula tu. Langsung tidak ada tanda- tanda bahawa dia ada pesaing. Kalaulah dia tahu, awal- awal lagi dia akan berusaha lebih kuat untuk mencuri hati gadis itu.

“ kenapa Mirul tanya?” Beby tidak faham.

“ ohh..ermm..baguslah tu. Sekarang Beby dah tak sunyi lagi kan?” syukur. Amirul berjaya mengawal lidahnya daripada mengeluarkan kata- kata yang tidak sopan.

“ ohh..he he..mestilah tak. Saya suka sangat ngan dia sebab dia tak macam lelaki lain..dia selalu buat saya happy dan terima saya apa adanya.”

       Dengan sukacitanya Beby memuji Niel di hadapan Amirul. Yalah..bila sedang bahagia memang semua akan jadi indah. Amirul tersenyum pahit mendengarnya. Dia menatap wajah Beby. Gadis itu tersenyum riang.

       Beby, kalaulah awak tahu yang selama ini saya sayangkan kau lebih dari seorang teman. Dan, bukan lelaki itu saja yang dapat menerima baik dan buruk kau..saya juga! Saya juga dapat menerima kau apa adanya. Amirul memendam semua kata- kata itu dalam hatinya. Dia terus membatalkan niatnya untuk bertanya lebih banyak apabila melihat wajah ceria Beby yang bersinar- sinar apabila bercakap pasal Niel.

        Memang sakit hati bila kena friendzone. Tapi takkan hanya kerana cemburu dia sampai hati nak merosakkan hubungan orang lain. Dia bukan budak belasan tahun yang belum tahu berfikir mana yang boleh di buat dan mana yang tidak.

        Sebuah Velfire berwarna hitam berhenti betul- betul di belakang sebuah bangunan lama yang sudah tidak digunakan lagi. Rerumput seperti lalang mulai tumbuh subur memenuhi perkarangan bangunan usang tersebut. Dinding dan tiang- tiangnya pula menjadi tempat budak- budak lepak mengabadikan bakat terpendam mereka. Vandalisme. Pintu kereta tersebut di buka dan dari dalam kereta tersebut, 3 orang lelaki lengkap ber’kot hitam dan berkasut kulit.

       Tidak lama selepas itu, mereka kelihatan menarik seseorang keluar dari perut kereta tersebut. Seorang lelaki yang begitu lemah, berlumuran darah, penuh dengan lebam- lebam cuba meronta- ronta untuk melepaskan diri tapi sayangnya, tangan dan kakinya yang di ikat dengan tali keras membataskan pergerakannya. Mulutnya pula di tutup dengan gam selotape. Melihat si mangsa cuba melawan, seorang daripada lelaki ber’kot hitam terus menendang perutnya. Si mangsa menggelupur kesakitan.

“ cepat uruskan..nanti ada orang nampak. Lagi cepat lagi bagus.” Satu suara dari dalam perut kereta memberi arahan. Mungkin bos mereka agaknya.

“ nak buat kat sini ke bos? Terang sangat tempat ni.” Orang suruhannya menyuarakan pendapat.

“ heretlah sikit kat dalam bangunan tu...sana gelap dan tersembunyi sikit.”

Mendengar arahan bos mereka, kedua- dua lelaki tersebut terus mengheret si mangsa tanpa belas kasihan. Manakala, yang seorang lagi mengawasi tempat itu. si ketua pun turun dari kereta dengan memakai cermin mata hitam. Dia turut masuk ke dalam bangunan usang tersebut.

kill him.” Si ketua terus memberikan arahan kepada orang suruhannya untuk terus melaksanakan tugas yang diberi. Dia tidak mahu melewat- lewatkan masa lagi. Baginya, lagi cepat lagi bagus. Mendengar arahan ketua tersebut, si mangsa terus meraung- raung meminta belas kasihan. Dia terus merangkak menuju ke bawah kaki ketua tersebut dan cuba meminta simpati sambil menangis.

rest in peace.” Si ketua membisikkannya di telinga si mangsa yang sedang meraung- raung meminta di lepaskan. Tanpa sedikit pun belas kasihan, muncung pistol terus di acu pada wajah si mangsa dan beberapa saat selepas itu, si mangsa terus rebah ke bumi. Melihat si mangsa sudah rebah ke bumi tidak bernyawa, si ketua terus memberi isyarat kepada semua orang suruhannya untuk segera meninggalkan tempat itu. Mereka terus masuk ke dalam kereta dan pemandu yang berada di dalam kereta itu sejak tadi terus memecut meninggalkan tempat tersebut. Seorang daripada mereka menoleh ke belakang melalui cermin belakang kereta agak lama.

“ apa hal?” tanya ketua mereka.

“ macam ada orang keluar dari kawasan bangunan tu.” Jawabnya dengan wajah gusar. Mereka semua berpandangan.

“ hei, apa ni? Bukan awak ada berkawal kat luar tu ke sepanjang tadi tu?”

“ ada bos..saya tak nampak sesiapa dalam kawasan bangunan tu.”

so, orang yang baru keluar dari kawasan bangunan tu apa?”

“ jangan risau bos..memang takde orang tadi.” Jawab lelaki tersebut dengan yakin walhal peluh dingin sudah mulai membasahi wajahnya. Dia tahu apa yang bakal terjadi kepadanya jika dia lalai menjalankan tugas.

1 BULAN KEMUDIAN.

        Cuaca pada petang itu kelihatannya sangat baik. Redup dan berangin. Cuaca seperti ini memang di sukai ramai apalagi pada petang- petang seperti ini kerana mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti tanpa gangguan cuaca. Ia amat sesuai untuk beriadah dan bersiar- siar. Pantai yang tadinya agak lenggang kini mulai di penuhi dengan orang ramai kerana masing- masing mahu melakukan aktiviti bersama keluarga dan kawan- kawan.

        Ada yang datang bersama keluarga, kawan- kawan, pasangan dan tidak kurang juga yang hanya datang seorang diri. Suasana pada petang itu sangat meriah kerana pelbagai aktiviti boleh di lihat seperti bersenam, berjoging, mandi- manda dan sebahagiannya pula cuma sekadar berjalan- jalan di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam.

        Tidak ketinggalan juga pasangan baru yang sedang di lamun cinta iaitu Beby dan Niel berjalan- jalan di tepi pantai sambil menikmati angin yang sepoi- sepoi bahasa pada petang itu. Niel memang suka melihat keindahan pantai dan juga laut yang seakan- akan tidak ada hujungnya. Pantai dan laut dapat menghiburkan dan menenangkank jiwanya.

        Sesekali dia mengerling Beby di sebelahnya yang begitu gembira sambil mengambil gambar. Walaupun Beby tidak macam gadis lain tetapi Niel tidak kisah tentang itu semua. Biarlah tiada aksi- aksi romantik asalkan dia rasa selesa dan bahagia bersama gadis kecil molek itu. beby juga bukan gadis metirialistik. Sebelum ini, dia risau juga Beby tidak sudi berkawan dengannya kerana perbezaan status di antara mereka berdua tetapi rupa- rupanya Beby memilih teman bukan berdasarkan status dan darjat.

“ wahh..ramainya orang.” Kata Beby sambil matanya meliar ke sana- sini melihat pelbagai gelagat manusia di sekelilingnya.

“ dah namanya pantai awam..memanglah ramai orang.” Jawab Niel tersenyum melihat karenah Beby.

“ Niel memang selalu datang sini ke?”

“ mestilah..kan saya dah cakap..saya suka pantai dan laut.”

“ ooo...selalunya Niel datang ngan sape? Mesti dengan girlfriend kan?” Beby menduga sambil tersenyum nakal. Niel tergelak kecil.

“ ha ha..manada..sorang- sorang je lah.”

“ ye ke? Macam tak pecaya je.” Beby tergelak. Ha ha..gurau je pun. bukannya dia tidak tahu bahawa kaum lelaki ini sangat tidak suka bila di tanya mengenai bekas kekasih kan? Begitu juga perempuan. Kalau boleh, elakkan bertanya pasal itu. walaupun ini kali pertama Beby ada teman lelaki tetapi dia tahu sebab dia rajin membaca buku.

“ jadi, dengan sape Niel selalu datang? Kawan- kawan?”

“ sorang je..malaslah ada kawan..bising. Sorang- sorang lagi best. Tenang.”

“ tenang? Niel selalu datang ke sini sebab nak cari ketenangan ke? Maknanya, Niel ni selalu tak tenanglah ye.”

Niel tergelak kecil lagi. Haih..gadis ni memang banyak tanya tapi saya suka.

“ taklah juga..saja je..saya memang sukakan keadaan yang tenang.”

“ ya ke? Tapi, saya ni mulut macam murai tercabut ekor, tenang juga ke bila bersama saya?”

Ah, nampaknya soalan yang satu ini sepertinya sengaja mahu menguji perasaannya. Niel mengalihkan pandangannya ke arah Beby yang sedang tersengih- sengih menunggu jawapan.

“ terlebih selesa..Deyanna lainlah. Bising pun takpe.”

“ lain macam mana pulak tu?”

“ sengaja ke nak uji perasaan saya? yalah..Deyanna lain..sebab saya sayang awak ok..kat sana ada jual gula- gula kapas..nak?” Niel memandang Beby lagi.

“ cehh..tengok tu..takutlah tu terus tukar topik.”

“ ehh..geramnyee...bukan nak ubah topiklah sayang..tapi saya betul- betul tanya Deyanna ni..nak ke tak? Kalau nak, Niel belikan satu.”

“ satu je?” ahh..kali ini tidak tahan lagi. Jari Niel terus menarik pipi gebu Beby dek kerana terlalu geram. Mereka berdua akhirnya ketawa bersama.

“ ha ha ha ha..ok ok..sorry. Yalah, kalau Niel nak belikan satu, satu je lah.”

“ memangnya nak berapa sayang..kalau Deyanna nak semua, Niel beli je lah ngan kedai tu sekali. Bawa kat rumah.” Jawab Niel tergelak. Aii, pandai pula dia bergurau. Beby tersengih.

“ satu je dah cukup..saya gurau je tadi. Hee..jom.” mereka beriringan menuju ke sebuah kedai menjual makanan dan minuman ringan.

“ wahh..besarnya!.” Beby bersorak melihat gumpalan gula- gula kapas yang sangat besar dan cuma berharga Rm1.50 sahaja. Berbaloi sungguh. Selepas membayar harga gula- gula kapas tersebut, Beby terus memakannya.

“ umm..sedapnya..tapi manis he he he.” Niel tersenyum apabila melihat Beby menyukai makanan ringan tersebut. Terhibur dia melihat tingkah Beby.

“ suka rupanya makan gula- gula kapas.”

“ yupp...suka.”

favourite ke?”

“ ohh..tak..ni first time saya makan ni..selalu juga nampak kat kedai- kedai tapi tak pernah beli.”

******

       L memandang wajah sugul Amirul. Memang sejak temannya itu tahu Beby kini sudah berpunya, wajah cerianya berubah menjadi suram. Dalam kelas pun Amirul lebih banyak mendiamkan diri. Nampaknya dia benar- benar menyukai Beby. Nasi goreng pattaya kegemaran sahabatnya itu dijamah sedikit sahaja. Ini bukannya kali pertama Amirul jatuh cinta tetapi kenapa kesannya sampai macam ni sekali?

        L tahu, Amirul kecewa sebab perasaan dia melebih- lebih kat Beby tetapi kena friendzone pula. Memang sakit kena friendzone ni lebih- lebih lagi bila kita berharap tapi, apa yang istimewa sangat dengan si Beby tu sampai Amirul frust macam ni? Selain sikapnya yang garang, kasar dan agak kurang sopan bila bercakap, L langsung tidak tahu apa lagi mengenai Beby. Suaranya yang sedap? Bakatnya? Akademiknya atau hartanya? Ahh..entahlah. L bermonolog dalam hati.

“ makanlah..apa juga ni sampai macam ni sekali? Dah sebulan dah..terima je lah.” Tegur L. Makanan mereka hampir habis tetapi makanan Amirul hanya terusik sedikit sahaja.

“ L, orang sedang frust ni jangan kacaulah..biarkan aje dulu.” Rexray yang sedang menikmati makanannya dengan amat berselera bersuara.

“ dah lah Mirul..bukan dia je pompuan pun..ramai lagi..mungkin dah tuah lelaki tu kot berjaya memikat Beby dengan cepat. Tu lah..kalau suka, yakin dengan perasaan tu..cakap je lah kat dia. Tak salah pun. Tak jatuh maruah lelaki tu kalau sekadar nak mengaku.” Fiq pula yang menegur kali ini. Bagi Fiq pula, mana- mana perempuan yang menjadi pilihan sahabat- sahabatnya, dia sokong je. Yang penting, perempuan tu baik.

“ bukan korang yang kena..cakap memanglah senang kan.” Amirul menjawab sedikit kasar membuatkan timbul perasaan kurang senang di hati L.

“ Eh, saya tak fahamlah apa yang specialsangat kat si Beby tu sampai awak frust menonggeng macam ni sekali gara- gara tak dapat pikat dia. Setahu saya, dia tu dah lah garang, kasar, berlagak..dan entah apa- apa lagi.”

L yang rasa annoying dengan sikap Amirul it uterus menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Amirul memandang wajah L.

“ kalau awak tak tahu apa- apa pasal Beby, jangan tuduh dia macam- macam. Awak tak pernah cuba nak faham dia sebab tu awak tak tahu apa- apa pasal dia. Walaupun nama dia sama macam Diana awak tu..tapi dia tak macam ngan Diana awak yang suka menipu tu!”

Habis berbicara, Amirul terus meninggalkan ketiga- tiga orang sahabatnya yang masih terkebil- kebil mendengar suara lantang Amirul. Rexray dan Fiq menekup mulut masing- masing takut tawa meletus melihat ketua mereka ditengking seperti itu.

“ kan saya dah cakap..orang tengah frust ni elok jangan kacau dulu.”

“ kan dah kena.” Rexray dan Fiq mentertawakan L. L menjeling ke arah Rexray dan Fiq dengan wajah merah padam.

“ haa..ketawalah korang. Kelakar sangat ke? Ellehh..entah apa- apa ngan si pendek tu..sebab dia je saya yang kena. Eh, geramnya.”

        Sejak bercinta dengan Niel, hari- hari yang dilalui oleh Beby penuh dengan bunga- bunga cinta yang sentiasa menghiasi hari- harinya. Yang paling membanggakan, sejak Beby menjalin hubungan dengan Niel, dia tidak lagi pernah lambat datang atau ponteng kelas. Beby juga menjadi seorang yang ceria dan jarang sangat nampak dia marah- marah kecuali apabila bertemu dengan musuh lamanya tetapi tidaklah macam dulu yang sampai terbawa- bawa ke rumah.

       Walaupun Beby mempunyai teman lelaki, dia tetap pandai membahagikan masanya. Wah..ini memang satu perubahan yang agak positif. Yana sangka, Beby akan lupa tugasnya sebagai pelajar apabila dah kenal dunia cinta- cintun ni tetapi dia salah sebab, Beby kini menjadi lebih baik dari yang dulu.

        Masa juga terus berlalu dengan pantas tanpa di sedari. Mereka kini berada di bulan oktober. Ini bermakna, mereka akan memulakan latihan untuk pertandingan akhir yang akan berlangsung di New York bulan Mei tahun depan nanti. Nampak macam banyak masa untuk berlatih tetapi sebenarnya tidak kerana awal bulan oktober ini, mereka akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.

“ wahh..awal sampai. Bagus. Teruskan.” L yang sudah sampai lebih dulu di Akademi seni mendapatkan Beby yang baru saja tiba. Mata Beby meliar mencari dua lagi ahli kumpulan. Tiada. Agaknya belum sampailah tu. Beby duduk.

“ mestilah awal..ni kan latihan pertama kita untuk pertandingan akhir tu. Excited lah sikit.” Jawab Beby tersenyum. Hmm..bersemangat sebab pertandingan tu ke atau sebab boyfriend dia ada kat sini? Biarlah..yang penting jangan menganggu latihan sudah..bisik hati L.

“ ye ke? Bagusnya..awak macam lain lah sekarang.”

“ lain? Lain macam mana? Kenapa?” Beby memandang L. L tersengih kemudian mengeleng- gelengkan kepalanya.

“ awak memang suka menari ke?” tanya L lagi. Beby mengerutkan keningnya mendengar pertanyaan L.

“ saya ambil kursus tarian..kenapa saya nak ambil kalau tak suka kan?”

“ sepatah je saya tanya..jawab berpatah- patah tu apahal?”

“ ha ha ha..ok sorry..yang saya suuuuka sangat.” L mengangguk. Bayangan Diana tiba- tiba menerjah di mindanya. Diana pun sangat suka dengan bidang nyanyian dan tarian. Ah..Diana lagi! Cepat- cepat L mengusir imej Diana dari mindanya.

“ lambat betulah dua ekor tu.” Kata L melarikan pandangannya ke arah pintu masuk dance hall.

“ mereka tu manusialah..manada ekor.”

“ saya tahulah..suka hati saya nak panggil apa.”

Huhh..dah mula dah. Malas. Beby tidak lagi menjawab. Dia tidak mahu bertekak. L pun terus mendiamkan diri seolah- olah faham yang Beby malas mahu berperang mulut dengannya.

“ ahh..singgah membeli makanan katanya.” L membaca chat yang baru dia terima daripada Amirul.

“ beli makanan? Hee..boleh tolong tak?” Beby tersenyum.

“ tolong apa?”

“ tolong pesan kat Amirul, saya nak minta beli gula- gula kapas..dua bungkus. Nanti sampai sini, saya bayar balik.”

L tidak menjawab. Dia cuma menyampaikan pesanan Beby itu kepada Amirul. Gula- gula kapas dua bungkus? Besarnya gula- gula kapas tu..satu pun dah cukup kot. Dia suka sangat ke makan benda manis gila tu? Hmm..entah macam manalah keadaan Amirul sekarang. 4 bulan sudah berlalu. Dia dah dapat terima hakikat ke yang Beby tidak menjadi miliknya? Harap- haraplah Amirul sudah kembali macam biasa dan mampu berkerjasama semula dengan Beby.


BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku