LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 16 SAKSI?
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
175

Bacaan






RUMAH L

        Makan malam telah pun siap dihidangkan. Jarang sekali keluarga ini dapat makan malam bersama- sama dek kesibukan masing- masing. Dulu, semasa Roxiee dan L masih berada di sekolah menengah dan Puan Hasny belum mengikut suaminya berkerja, mereka selalu makan malam bersama- sama. Tetapi semua itu hanya tinggal kenangan. Keluarga itu tidak lagi seperti dulu. Roxiee mengambil tempat duduk berhadapan dengan ayahnya dan ibunya yang sudah mengambil tempat lebih dulu. Selesai membaca doa, masing- masing mula menikmati hidangan makan malam itu.

“ Oxy.” Mendengar namanya dipanggil, Roxiee segera mengangkat wajahnya. Wajah serius ayahnya macam selalu menatapnya dalam- dalam.

“ adik mana?”

“kat Akademi seni kot.” Roxiee serba- salah menjawabnya. Dia memang tahu ayahnya tidak menyokong cita- cita adik kesayangannya itu. Puan Hasny cuma mendiamkan diri. Sebenarnya dia juga kasihan dengan L tetapi dia tidak berani mahu melawan kata- kata suaminya. Dia tidak mampu berbuat apa- apa.

“ Oxy sebagai abang, tak cuba nak nasihatkan dia ke?” soal ayahnya lagi.

“ ada juga, tapi..dia cakap, dia serius ngan bidang tu. Dia tak nak tukar course pegi business.”

“ huhh..budak tu memang keras kepala..saya mati dulu baru dia nak dengar nasihat.” Keluh Encik Johan.

Roxiee diam. Apalagi yang perlu dia lakukan? Ayahnya ni pun sama juga degilnya dengan adiknya itu. Takkan nak paksa L ambil kursus yang dia tidak minat? Dia kasihan sangat dengan L ketika ini. Sebenarnya, ibunya belum tahu lagi yang Encik Johan tidak lagi memberi wang saku untuk L. Sebelum ini, walaupun ayahnya selalu marah dengan L, dia tetap akan memasukkan wang saku ke dalam akaun L tetapi sekarang tidak lagi. Mungkin ayahnya sudah tidak tahan lagi dengan sikap L yang langsung tidak mahu mengikut apa yang dia cakap.

        L nampaknya tahu tentang perkara ini tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri dan memilih untuk mencari wang saku sendiri dengan mengambil upah menjadi penyanyi di cafe milik kawan Mila. Selama beberapa bulan inilah, Roxiee selalu memasukkan wang saku ke dalam akaun L secara diam- diam. L sangka, mungkin ibunya yang memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya.

        Roxiee tidak mahu memberitahu ibunya tentang ini. Risau kalau ibunya tahu, mesti dia akan bertengkar dengan ayah. Ah, daripada merumitkan lagi keadaan, lebih baik saya selesaikan sendiri. Apa guna saya sebagai abang kepada L kalau tidak membantunya. Lagipun dia ada kerja tetap.

“ budak tu memang tak boleh dengar nasihat kan..marah, larang, hokum macam mana pun tetap tak nak dengar.” Bentak Encik Johan lagi.

“ bang, dah lah tu. Dia kan masih muda lagi..nanti, kalau umurnya dah makin tua..pandailah dia tu berfikir mana satu yang terbaik untuk dia.” mungkin tidak tahan mendengar suaminya asyik membebel, Puan Hasny pun bersuara.

“ ahh..Roxiee tak macam tu pun. Tamat SPM je Oxy dah pandai berfikir. Sebab tu dia ambil kursus bisnes..sekarang, tengoklah..dia dah ada kerja tetap.”

“ tak samalah bang..setiap orang ni kan berbeza- beza. Dah dah..makan dulu..mana boleh membebel depan rezeki.”

       Puan Hasny berusaha mententeramkan suasana. Suaminya ini memang panas baran dan tegas tapi penyayang dan bertanggungjawab. Orangnya juga sangat rajin dan pantang berputus asa.

       Roxiee mengerling jam di atas dinding. Hmm..tentu L sengaja balik lambat sebab dia tahu, ayahnya balik awal hari ini. L mengelak untuk bertembung dengan ayahnya demi mengelakkan pertengkaran tetapi tindakannya itu hanya membuat hubungannya dengan ayahnya semakin renggang.

RUMAH BEBY

“ Beby, mama suruh turun kejap.” Yana membisikkannya di telinga Beby yang sedang menyiapkan tugasan Biokimia.

“ kenapa? Ada makanan sedap kat bawah ke?” Beby tersengih- sengih.

“ tak tahu...dia cakap, ada dia nak tanya sikit. Jomlah.” Yana menarik tangan Beby turun ke tingkat bawah. Yana dan Beby melihat Datin Lenny sedang menonton tv bersama- sama dengan pembantu rumah mereka dan juga Richell. Richell baru habis peperiksaan semester jadi dia cuti selama dua minggu.

“ mama!” Beby terus berlari dan mendakap ibunya.

“ ishh..little boy ni..macam budak- budak je.” Kata Richell mengusik Beby. Yana pula duduk di sebelah Richell.

“ ellehh..padahal jeles..bluerkk.” Beby menjelirkan lidahnya pada Richell.

“ eh, tengok tu..dah lah macam budak- budak..tak senonoh lagi.”

“ dah..dah..nak dengar mama bercakap ke tak?” Datin Lenny memotong perbualan antara Beby dan Richell.

“ tadi mama cakap..ada mama nak bagitau kami. Ada apa ma?” tanya Yana pula.

“ Mohd Daniel Bin Mohd. Farid Yamasaki tu siapa?”

Huh..Beby dan Yana berpandangan. Yana mengerdip- kerdipkan matanya ke arah Beby. Wajah Beby terus berubah. Macam mana mama tahu pasal Niel? Beby memang tahu, Datin Lenny memang akan memantau akaun media sosial mereka satu bulan dua kali.

“ dia..err..dia...jurulatih tari kami kat Akademi seni ma. Kenapa?” jawab Beby sedaya- upaya mengawal getaran suaranya dek kerana degupan jantungnya yang tiba- tiba menjadi laju. Bukannya dia sengaja mahu menyembunyikan sesuatu daripada ibunya tetapi dia belum bersedia mahu memberitahu ibunya tentang hubungan cintanya dengan Niel yang baru berusia beberapa bulan. Terlalu awal untuk diheboh- hebohkan. Selain itu, dia selalu ingat akan kata- kata Niel yang jangan terlalu berharap..sebab manusia ni cuma mampu merancang. Semua Allah yang tentukan.

“ jurulatih? Hmm..jurulatih biasa je? Habis tu, kenapa dia post di wall FB Beby ‘ Good night my sweetie.’?” Tanya Datin Lenny tanpa teragak- agak. Beby gugup seketika dan merasa serba- salah. Macam mana ni? Selama ini, semua hal saya kongsikan dengan mak..tak pernah nak sembunyikan apa- apa. Tapi kena dengan hal yang satu ini, lidah ni begitu berat nak kongsi dengan mak?

“ ooohh..Mohd Daniel..begini cerita dia tu ma..jurulatih tu memang muda lagi..sebaya ngan Richie kot. Dia memang friendly. Semua student memang dia layan baik- baik.”

Melihat reaksi Beby yang tidak keruan, Yana terus back upBeby. Dia memang tahu, Beby belum bersedia untuk berkongsi kisah cintanya yang masih baru itu.

“ betul ke? Atau..boyfriend Beby..tapi malu nak mengaku.” Richell tiba- tiba menyampuk.

“ abang jangan menyibuk boleh tak?” Beby membaling bantal pada Richell. Richell ketawa.

“ betul ke takde apa- apa?” Datin Lenny memandang Beby dan Yana silih berganti. Aduii..janganlah pandang macam tu mama..kecut perut ni..bisik Beby dalam hati.

“ ya..ya ma..kawan je..tapi, kalau Beby ada boyfriend..mama marah ke? Beby dah 21 tahun sekarang he he he.”

Yana! Beby tersentak dengan pertanyaan Yana. Kenapa tanya macam tu? Habislah..Beby kembali tidak keruan.

boyfriend? Beby ada Boyfriend? Bah ha ha ha ha ha!” tiba- tiba tawa Richell meletus lagi.

“ abang dah kenapa? Gila.”

“ ma..kak Nita..dapat tak bayangkan kalau Beby ni betul- betul ada boyfriend? Mesti kesian lelaki tu kan ma..asyik kena bebel dan kena belasah je kan..ha ha ha ha.”

Richell ketawa sambil sengaja ketawa berguling- guling di atas sofa. Memang sengaja mahu menyakitkan hati Beby. Richell dari dulu memang layan Beby seperti ini. Bukan jahat atau benci tetapi inilah cara Richell menyayangi adik perempuannya yang maskulin itu.

“ Chell..tak baik cakap macam tu..garang- garang anak bongsu mama ni tapi hati dia ad ataman tau.” Tawa Richell teru terhenti.

“ betul tu..taman bunga pun kan ma..siap ada rama- rama lagi.” Sampuk Yana menyokong kata- kata Datin Lenny.

“ rama- rama la sangat..ntah- ntah ulat bulu je makan daun- daun bunga tu.” Kata Richell.

“ hmm..mama bukan marah kalau Beby betul- betul ada boyfriend..mama bukan cakap untuk Beby je..tapi untuk kamu semua. Memanglah umur- umur macam kamu ni semua nak rasa tu semua tapi, amma nak pesan..jaga diri. Jaga maruah. Kalau dah serius sangat..haa..jumpa mama kalau berani. Dan satu lagi..pelajaran tu tetap paling penting.”

Selepas Datin Lenny selesai memberi sedikit nasihat untuk anak- anaknya, dia pun masuk ke bilik tidur. Begitu juga dengan pembantu rumah. Yana sudah duluan naik ke tingkat atas kerana nak ke tandas katanya.

“ hei little boy..mari sini dulu. Sit down.” Richell menepuk- nepuk permukaan sofa di sebelahnya. Beby mengikut saja arahan Richell.

“ ada apa pak cik?” Beby memang suka mengusik abangnya itu dengan panggilan pak cik.

“ Yana tu..ada apa- apa ke ngan abang Richie?” tanyanya.

“ ada. Pasangan kekasih. Kenapa?” selamba saja Beby menjawabnya.

“ apa? Yana bercinta ngan Richie? Boleh ke?”

“ kenapa pula tak boleh..walaupun Yana anak angkat mama..tapi, takde pertalian darah antara Yana dan Richie kan?”

“ ooohh..boleh pula. Saya sangka, tak boleh.”

“ abang tu memang bengong sikit..memanglah tak tahu.”

“ elehh..setakat muka macam Richie tu...apa barang. Ni..muka saya yang macam Tom Hiddleston ni barulah ada fight.”

“ banyaklah kau punya Tom Hiddleston..Tom and Jerry je kot. Kalau hensem sangat, apasal takde pompuan yang lekat lama- lama?”

“ bukan takde...tapi saya sendiri yang reject. Pompuan sekarang ni susah nak dapat yang masih fresh. Semua pun recycle.”

“ hei, apasal dah pandai cakap pasal fresh la..recycle la...jangan- jangan abang ni nakal kan kalau bukan kat rumah. Awas kalau abang dah rosakkan anak orang!”

“ ops! Takde k. Sumpah. Nakal- nakal abang ni pun takde lah buat macam tu. Pegang tangan ada la..tu pun minta lesen dulu.”

“ lesen? Haa..lesen pe lagi ni hah? Kalau dah berkenan sangat, pegi urus baik- baik. Jumpa mak bapa dia.”

“ ha ha ha..saya gurau je lah. Beby ni serius betulah. Abang ni budak baik..Beby pun baik kan? Jum couple.”

“ nahh...meh sini.” Kata Beby sambil menumbuk perut Richell lalu berlari naik ke tingkat atas.

AKADEMI SENI

       Kelihatan beberapa pasang mata sedang memerhatikan Beby dan Niel yang sedang rancak berbual tidak jauh dari mereka. Salah seorang daripadanya tentulah si secret admire Beby..siapa lagi kalau bukan Amirul.

“ sakit mata saya tengok.” Kata Amirul sambil mengemaskan barang- barangnya.

“ kalau sakit janganlah tengok..awak cakap hari tu awak dah move on.” L bersuara. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Rexray.

“ entahlah..bukan awak yang kena..memang tak rasa apa- apa.”

“ yalah- yalah. No comment.”

        L tidak lagi memberikan apa- apa komen. Dia risau kalau Amirul naik darah lagi macam hari itu. Tak pasal- pasal dia yang kena pula. Beby, walaupun sedang hangat bercinta dengan Niel, dia tetap melayan Amirul dengan baik.

        Niel juga jenis yang open minded. Dia tahu hubungan Beby dan Amirul hanya sekadar teman biasa. Untung betul Beby ada teman lelaki macam Niel..kalau aku..jangan harap lelaki lain boleh bawa teman wanita aku keluar sana sini. L tersengih. Ah, itu tidak mungkin akan berlaku lagi. Hati dia macam dah tertutup untuk bercinta.

       Sejak Diana meninggalkannya, dia tidak pernah lagi terfikir untuk mendampingi mana- mana gadis. Walau sudah bertahun lamanya tetapi luka di hatinya tetap masih berdarah. Diana telah pergi meninggalkannya dan membawa kunci hatinya pergi bersama.

      Sebentar tadi, ketika berada di dalam dance hall pasangan ini menjadi tontonan ahli- ahli The Grace, dan sekarang pula menjadi tontonan dua orang gadis cantik dan gedik. Siapa lagi yang berminat menyibuk mengenai Beby kalau bukan Lyana dan juga sahabat karibnya Ella. Pasangan Beby dan Niel yang sedang makan tidak jauh dari tempat mereka duduk nampaknya begitu menarik perhatian mereka.

“ eh, apa hubungan dia ngan jurulatih tu?” suapan Lyana terus terhenti.

“ kenapa tanya saya..saya pun tak tahu.” Jawab Ella meneruskan suapannya,

“ macam lain je mesra mereka berdua tu. Bercinta kot.”

“ mesra tak semestinya bercinta. Jurulatih tu kan memang peramah..baik ngan semua orang.”

Haih..Lyana ni memang tidak habis- habis iri hati dengan orang lain bisik hati Ella yang mula muak dengan sikap Lyana yang suka menyibuk dan pendengki itu.

“ alaa...takkanlah mesra sampai macam tu kalau tak bercinta. Ohh..tu ada studentambil kursus tarian..saya nak tanya.” Kata Lyana apabila melihat dua orang pelajar yang turut mengambil kursus tarian sedang berjalan masuk ke dalam cafeteria.

“ hai, boleh tanya tak?” mendengar Lyana menyapa mereka, kedua- dua gadis itu pun berhenti.

“ ya, ada apa?”

“ saya nak tanya pasal kat sana tu..tu..tu jurulatih korang kan? Apa hubungan mereka tu? Lain macam je mesranya tu.”

“ ohh..Sir Daniel? Mereka berdua kan memang dating.”

“ ooo..ya? ok..thank you. Tu je.” Dua orang gadis itu pun meneruskan langkah mereka.

“ betul kan saya cakap..mereka memang bercinta.”

“ kalau betul pun apa kaitan ngan kita? Biarkan je lah. Bukan salah pun.” Ella yang sudah selesai makan mengelap bibirnya dengan tisu. Liana ni, ada je yang dia nak iri hati.

“ takde kaitan? Ya..memang takde kaitan..tapi, awak dah lupa ke dia pernah malukan kita depan semua orang? Lepas tu dia tolak saya lagi sampai saya jatuh terduduk..awak ingat tak sakit ke? Atas lantai simen tu.”

“ memang ingat tapi, tu salah kita sendiri..nak rosakkan kereta dia. Memang patut pun dia marah.”

“ ahh..tapi tu semua sebab dia yang pasal dengan kita dulu. Saya tak peduli. Dia sendiri yang buat saya benci kat dia..saya tetap nak bagi dia pengajaran sikit.”

“ dah lah..saya dah siap makan ni. Jom masuk kelas.” Ella mencapai begnya dan bingkas berdiri lalu mula meninggalkan cafeteria. Liana juga turut berbuat demikian sambil berlalu dan memasang tekad.

MSU COLLEGE

       Hari ini ialah hari pertama peperiksaan pertengahan tahun berlangsung. Kertas yang Beby ambil pada pagi itu ialah subjek Diagnostik hematologi. Ketika menjawab kertas soalan ini, Beby sikit pun tidak menghadapi masalah kerana dia memang sudah membuat persediaan lebih awal.

      Walaupun dia selalu sibuk dengan latihan menari dan juga bercinta tetapi, dia tetap berjaya membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi hari peperiksaan ini. Dia membuat nota ringkas yang mudah difahami, menjawab soalan- soalan peperiksaan tahun- tahun lepas dan juga membaca nota. Bagi soalan yang memerlukan penghafalan seperti kaedah, prinsip ujian dan nama- nama reagen mesti dibaca berulang kali bagi memudahkan dia mengingati topik- topik tersebut.

“ hai, macam mana ngan soalan tadi? Ok ke?”

Syika segera bertanya sejurus saja keluar dari dewan peperiksaan.

“ ok je..tapi taklah over confident.” Jawab Beby sambil memasukkan slip peperiksaan ke dalam begnya.

“ saya pun ok tapi bahagian c tu..confuse betul nak pilih mana satu nak jawab. Lepas tu, bahagian struktur pun saya blank..aduhh..tak tahulah macam mana result saya nanti.”

Verra mengeluh. Dia bukan tidak mengulangkaji tetapi banyak sangat yang dia baca jadi mungkin otak Verra tidak mampu nak mengingati semuanya. Yalah..bukan memori computer.

“ ntahlah..saya jawab soalan satu dan dua je. Eh, jangan cerita pasal tu. Dah berlalu pun..tambah stress je nanti.”

“ awak sendiri yang mulakan tadi, jom jalan dulu..esok kita takde paper kan?” kata Beby yang berkira- kira mahu mengajak rakan- rakannya singgah sebentar di shopping mall.

“ saya tak dapat ikut ni. Saya risau paper mikrobiologi esok. Saya balik dululah ye. Saya nak study. Korang tu bukan macam saya..otak korang tu genius.” Luah Verra agak risau.

“ takdelah genius..biasa je..kalau tak study..sama juga bodoh bingai ni. Betul tak nak ikut?”

“ tak..korang pegilah. Nanti habis paper, baru kita jalan sama- sama k.”

“ lepas midsem ni tinggal tiga minggu je lagi terus final exam ni..hah..lagi stress hokeyy..kalau macam tu kami jalanlah dulu ya..hati- hati Era.”

SATU MINGGU KEMUDIAN

       Tinggal satu saja lagi subjek Midsem dan ia akan tamat. Biarpun akan tamat tidak lama lagi tetapi ini tidak bererti mereka boleh bersorak gembira kerana tiga minggu lagi final exam pula akan menyusul. Walau bagaimanapun, latihan menari tetap akan dimulakan lebih awal. Mereka ada tiga hari cuti sebelum menduduki kertas peperiksaan yang terakhir.

“ wahh...semua pun ada. Terima kasih semuanya.” Tersenyum lebar L apabila melihat ketiga- tiga ahli kumpulannya sudah berada di situ.

“ dah lama tak berlatih..macam rindu pula..sebab tu kami bersemangat nak berlatih ni.” Jawab Rexray sambil membetulkan tali kasutnya.

“ baguslah..saya ingat, takde yang datang petang ni sebab saya tiba- tiba mulakan latihan lebih awal.”

“ kami ok je.” Beby pula bersuara.

Ketika mereka sedang berbual kosong, mereka dikejutkan dengan kedatangan beberapa ahli kumpulan Winner yang di ketuai oleh Jesica. Kumpulan ini telah mendapat naib juara dalam pertandingan yang telah berlangsung beberapa bulan yang lepas.

“ hai guys..bersemangat nampak.” Kedengaran suara seorang daripada ahli kumpulan tersebut. Semua ahli kumpulan The Grace berpandangan seketika. Selama ini, kumpulan Winner tidak pernah pun bertegur sapa atau nak beramah mesra dengan mereka.

“ hai juga.” Jawab L mewakili ahli kumpulannya.

“ korang rasalah kan..kumpulan korang ni, hebat sangat ke?” suara Jesica pula yang kedengaran kali ini. Dia berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan kumpulan The grace. Kumpulan Winnerini memang kurang di senangi ramai sebab sombong. Maklumlah, kumpulan popular.

“ nape tanya macam tu? Kita takde apa- apa masalah kan?” berkerut dahi semua ahli kumpulan The grace mendengar soalan Jesica yang tidak di duga itu. Tiada angin tiada ribut, tiba- tiba tanya macam tu.

“ ahh..tak payah nak sopan- sopan sangat. Kami cuma nak bagi amaran, tarik diri dari pertandingan tu.”

“ hei, kita takde masalah kan? Korang pun pegi New York juga nanti kan jadi apa masalahnya ni? Sama- samalah kita bersaing. Kalah menang tu dari usaha kita dan juri.”

Beby yang geram mendengar kata- kata Jesica tadi terus berdiri. Patutlah ramai yang tidak suka dengan kumpulan ni..begini rupanya sikap sebenar mereka.

“ ohhh..awak..awak yang namanya Beby tu kan? Ah, sejak akhir- akhir ni memang saya banyak dengar tentang awak. Berbakat dan boleh pergi jauh. Tahniahlah..tapi, kenapa saya tak kenal eh kalau betul awak popular. Minta maaf je lah ye.

Kata Jesica lagi sambil tersenyum sinis dan bertepuk tangan.

“ cik Jesica, saya tahu awak ni popular sebab cantik, berbakat, dan selalu banggakan Akademi ni tapi, tak semestinya awak boleh biadap dan berlagak kan?”

“ berlagak? Biadap? Ha ha ha..cakaplah apa awak nak cakap..tapi, satu je kami nak..tarik diri dari pertandingan ni. Saya rasa, hanya kumpulan kami je yang layak pegi New York..kumpulan korang ni..menyampah je tau. Go away.”Dengan angkuh, Jesica membuat isyarat menyuruh kumpulan The Grace segera berundur menggunakan tangannya.

The bad love?” tanpa disedari, mulut Beby lancar saja menyebut perkataan yang terukir pada gelang Nike yang sedang di pakai oleh Jesica.

“ apa awak cakap?” mata Jesica kelihatan membesar sedikit mendengar Beby dengan lancar menyebut perkataan yang terukir pada gelang yang sedang di pakainya.

“ gelang tu?” Beby memandang wajah Jesica. Dia macam pernah melihat gelang tersebut.

“ apa? Ni gelang sayalah..kenapa macam hairan sangat? Ingat saya curi ke?”

“ tak..tapi, saya macam pernah nampak gelang tu di...”

“ biadap! Ni gelang edisi terhad. Tak mungkin awak pernah nampak kat mana- mana kedai!!” bentak Jesica dengan marah dan terus berlalu dari situ tanpa mengambil kisah mengenai pertandingan itu lagi. Jantungnya berdegup kencang dan peluh kelihatan terus jatuh dari wajahnya. Cepat- cepat dia melarikan diri masuk ke dalam tandas perempuan.

“ mana si pendek pernah nampak gelang ni? Gelang ni saya ambil time hapuskan si lelaki keparat itu...ini kali kedua saya memakai gelang ni tapi macam mana dia boleh cakap yang dia pernah nampak gelang ni? Ja..jangan- jangan..dia nampak apa yang kami buat hari tu!! Tapi, tak mungkin ada orang kat sana masa tu..dah periksa memang tiada..tapi, macam mana dia boleh nampak dan hafal pula apa yang terukir dalam gelang ni?”

BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku