LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 17 RANCANGAN JAHAT
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
80

Bacaan






        Beby melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi . Selepas menjawab kertas soalan terakhir hari ini, Beby terus memandu ke Habour City. Niel memberitahunya, yang dia mahu belanja Beby makan hari ini. Wah..memang dia dah rindu sangat dengan Niel kerana selama menduduki peperiksaan, Niel langsung tidak menganggunya kerana takut Beby tidak akan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.

      Bukanlah langsung tidak menghubunginya cuma, tidak terlalu kerap seperti hari- hari sebelum peperiksaan. Kalau Beby berada di Akademi seni pun, dia jarang dapat bertemu dengan Niel sebab Niel sibuk menguruskan kemasukan pelajar baru. Beby memesan makanan terlebih dahulu sebab Niel berpesan padanya supaya memesan makanan tanpa menunggunya terlebih dahulu.

“ hai honey..comelnya.” sapa Niel yang sudah kelihatan lalu duduk di depan Beby. Mulut Niel memang manis tetapi walaupun Niel seorang yang bermulut manis, dia tidak macam lelaki lain yang ramai perempuan.

“ hai juga..he he he..thank you.” Sejak bercinta dengan Niel, Beby memang selalu mendengar perkataan itu yang dulunya sangat susah untuk orang mengucapkan kepadanya.

“ Deyanna dah pesan mamam ke?” melihat ruangan meja yang masih kosong, Niel pun bertanya.

“ mamam?” dahi Beby berkerut.

“ ha ha...makanan. Aje je nak manja- manja. Tak boleh?”

“ Ohh..ha ha ha...tak biasalah dengar perkataan pelik tu.”

“ bukan peliklah sayang..ayat tu memang biasa pun.”

Sambil menunggu makanan mereka dihidangkan, mereka pun terus berbual- bual. Mereka jarang dapat keluar sama- sama, jadi masa yang ada mesti digunakan sebaik- baiknya.

“ nanti lepas makan, kita nak pegi mana lagi?”

“ hurmm..tadi saya ada tengok- tengok kat GSC..ada wayang hantu- hantu. Nak tengok tak?”

“ mm...wayang apa tu?”

“ tajuk dah lupa..tapi memang ada..kalau tak silap, macam ada tiga tu wayang seram baru keluar.” Kata Niel. Selain wayang genre fantasi dan sains fiksyen, Beby juga sangat suka menonton wayang seram.

“ he he he..okeyy..nanti kita pergi tengok sama- sama ya. Nanti saya bagitau mama dulu yang saya lambat sikit balik rumah. Makanan dah sampai tu, jom makan dulu.”

Perbualan mereka berdua terhenti apabila melihat dua orang pelayan datang menghidangkan makanan mereka.

“ kita makan dulu ya..tak baik bercakap depan rezeki.” Kata Niel sejurus saja makanan mereka dihidangkan di atas meja. Niel ni memang orangnya beradab. Maklumlah..dia adalah anak tunggal..mestilah ibunya mendidik dan menjaga Niel bagai menantang minyak yang penuh. Beby mencuri- curi lagi menatap wajah lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu yang sedang menikmati makanannya. Beby kira, bulan ini dia mahu memberitahu hal ini pada ibunya tetapi dia tetap tidak ada keberanian untuk berterus terang. Walaupun ibunya sudah memberinya lampu hijau tetapi dia tetap saja berasa malu dan tidak beranu kerana dia cuma berumur 21 tahun.

Adakah ia memalukan kalau membawa teman lelaki berjumpa dengan orang tuanya jika umurnya semuda ini? Rasanya tidak..sebab memang kewajiban seorang anak berlaku jujur terhadap orang tuanya. Kalau boleh, biarlah orang tuanya tahu dengan siapa anaknya berkawan supaya mudah dia memantau pergerakan mereka demi keselamatan anak- anaknya.

“ kalau rindu cakap je..tak payah curi- curi tengok muka saya.” ops! Beby kantoi mencuri- curi memandang wajah Niel. Beby tersipu.

“ hehe..nak bagitau tapi Niel cakap tadi, tak boleh bercakap masa makan.”

“ kalau pasal tu..bila- bila masa pun boleh ha ha ha.” Niel tergelak kecil. Beby turut sama.

“ dah, makan dulu..nanti kita lambat pegi tengok wayang.”

Ketika pasangan bahagia ini sedang bergelak tawa sambil menikmati makanan mereka, beberapa pasang mata sedang memerhatikan gerak- geri mereka.

“ wehh..panas betulah tengok perangai si Beby kaki pendek tu..tiba- tiba je jadi girlfriend jurulatih tu. Dia tu memang betul- betul tak pernah cermin diri kan.”

Marah Lyana geram melihat aksi mesra pasangan tersebut. Hatinya amat sakit apabila melihat Beby dan Niel tertawa bahagia. Dia sedang bahagia, saya pula langsung tak dapat L sebab kau, perempuan s**l! Selalu rosakkan rancangang aku!

“ Lyn cakap tadi nak shopping..ni bukan nak shopping ni..skodeng orang.” Ella bersuara. Makin hari dia makin meluat dengan sikap sahabatnya ini. Ada saja perkara yang tidak kena di hatinya.

“ saya benci ngan betina tak sedar diri tu! Hairan sangat..macam mana jurulatih yang kacak macam model tu boleh jatuh cinta ngan pompuan separuh siap macam tu? Dia tak malu ke ada girlfriend hodoh camtu? Eee...kalau saya..mesti saya dah lari sorokkan muka.”

“ kenapa dia pilih Beby? Sebab, jurulatih tu pilih hati bukan wajah. Tak macam awak.” Sela Ella.

“ haa? Tak pilih wajah? Tak pentingkan kecantikkan? Jadi, awak tu macam mana? Kalau betul awak tak pentingkan kecantikkan luaran, saya cabar awak couple ngan orang kurang upaya..yang tangan atau kakinya kudung. Bibirnya herot. Kulitnya penuh dengan jerawat nanah kudis. Kalau awak ni baik hati sangat, haa..pegilah couple ngan mereka tu.” Jawab Lyana dengan angkuh sambil merendah- rendahkan mereka yang kurang bernasib baik tanpa memperdulikan orang yang lalu lalang.

“ apalah Lyn ni..tak baik tahu cakap macam tu..biarpun mereka istimewa tapi mereka pun ciptaan Tuhan juga..bukan minta- minta jadi macam tu. Orang hensem belum tentu hatinya baik.”

“ ahh..buktikan..kalau awak memang tak pilih muka..pegi khawin ngan mereka. Jangan tahu cakap kosong je.”

Tambah Lyana tetap tidak mahu mengalah. Lyana beredar dari situ sambil memasang tekad. Harapan saya untuk bersama dengan L hancur sebab kau penyibuk! Saya takkan biarkan kau bahagia Beby..kau sedang berbahagia, saya pula masih menunggu bulan jatuh ke riba! Semua ini sebab kau.

AKADEMI SENI

       Selepas habis kuliah, para pelajar yang mengambil kursus di Akademi seni terus menyambung kelas mereka di sana. Tidak terkecuali juga si gadis tinggi lampai iaitu Lyana yang turut mengikuti kursus nyanyian dan lakonan di akademi itu.

“ er..Ella, awak masuk kelas dulu k. Saya ada hal sikit ni. Tolong pegang dulu beg saya.” kata Lyana sambil pantas tangannya menghulurkan begnya pada Ella.

“ awak nak pegi mana lagi ni? Lagi 5 minit kelas mula dah ni.”

“ alaa..kalau sir cari, cakap je saya pegi toilet ya.” Lyana terus berlalu. Ella mengambil beg Lyana sambil mencebikkan bibirnya lalu berjalan menuju ke kelas. Lyana sebenarnya ternampak kelibat gadis cantik berbakat dan popular, Jesica! Sebab itu dia mahu mengejarnya. Kenapa? Hanya Lyana sahaja yang tahu.

“ err, senior Jesica.” Lyana memanggil Jesica.

Mendengar namanya dipanggil, si gadis cantik pun menoleh ke belakang tanpa senyuman. Jesica memang macam ini. Dia tidak mahu beramah mesra dengan orang yang dia tidak kenal dan tidak suka.

call me Jessi. Ada apa?” tanyanya dengan sombong.

“ emm..boleh saya bercakap dengan senior sekejap ke?” tanya Lyana lagi menebalkan wajahnya berhadapan dengan si ratu cantik Akademi seni itu. Dia tersenyum tawar tetapi senyumannya dibalas oleh seniornya itu dengan pandangan tajam.

“ kita cakap kat sana.” Jesica melangkah menuju ke arah sebuah pondok. Lyana Cuma menurut langkah Jesica walaupun hatinya sangat menyampah dengan sikap sombong seniornya itu. Tapi dia tetap berasa gembira kerana, akhirnya dia dapat juga bercakap dengan Jesiva yang memang terkenal dengan sikap divanya itu. Jesica dan Lyana duduk.

“ cakaplah.”

“ saya dengar- dengar, awak tak suka kumpulan The Grace terutamanya budak bernama Beby tu. Ya ke?”

Lyana terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia tidak mahu berkias- kias lagi kerana bimbang Jesiva marah dan tidak mahu mendengar kata- katanya.

“ jadi, apa kaitan ngan awak?”

“ tentu awak pun tahu kan, Beby tu tengah bercinta dengan jurulatih korang yang muda dan tampan tu?”

Jesica mengangguk. Ya, kalau pasal itu sudah tentu dia tahu sebab sana sini dia mendengar para pelajar bercakap mengenai Beby dan Niel. Pelajar bercinta dengan pengajar. Tapi, dia mula tidak sukakan Beby bukan hanya kerana mereka kumpulan yang hebat tetapi juga ada sebab lain. Bila- bila saja hidup Jesica boleh porak- poranda kalau Beby bertindak.

“ kalau awak sekadar nak gertak pompuan tu supaya menarik diri, jangan harap..dia tu takde perasaan takut. Dia tu lain daripada yang lain. Ahh..maklumlah..perempuan siaplah katakan.” Kata Lyana tersenyum sinis.

“ ohh..jadi, awak ingat saya tak dapat nak singkirkan dia ke? Awak pandang rendah dengan saya?”

“ eh, bukan macam tu maksud saya..tapi, kalau awak perlukan pertolongan..saya ada caranya.”

Lyana dan Jesica berpandangan. Betul ke? Jesica memandang wajah Lyana.

“ ok..macam mana?”

“ awak kan lebih cantik, lebih menarik dan menawan daripada si Beby tu..caranya, awak pura- pura dekat ngan jurulatih tu dan buat hubungan mereka putus!”

Bersungguh- sungguh Lyana mengatakannya. Memang sudah agak lama dia mahu mengajar gadis kecil itu tetapi tidak ada yang mahu berkerjasama dengannya. Baru kali ini dia mendapat idea yang dia yakin akan berjaya. Ha ha ha..terima kasih Mohd Daniel sebab muncul di sini. Kau memudahkan lagi kerja saya.

“ putus je? Apa keuntungan yang saya dapat kalau hubungan mereka putus? Ada kaitan ke dengan pertandingan tu?”

Tanya Jesica sedikit tidak setuju dengan cadangan Lyana yang agak kebudak- budakan dan dia rasa, tidak memberi apa- apa manfaat kepadanya.

“ ada. Takkanlah saya pilih awak kalau takde keuntungan untuk awak..senior, kalau awak berjaya menggoda jurulatih tu, sekaligus Beby pasti akan membenci jurulatih tu dan awak juga. Kenapa dia benci kat awak? Sebab awak rampas buah hatinya. Dan juga, dia akan menarik diri dari pertandingan tu atau keluar terus dari akademi ni sebab sakit hati dan tak nak tengok muka awak dan jurulatih tu lagi. Jadi, macam mana?”

Ohh..Jesica tersengih sedikit. Setakat putus je? Tak..kalau keadaan memaksanya...dia terpaksa hapuskan Beby sebab Beby telah menyaksikan satu kejadian yang tidak sepatutnya dia saksikan.

“ ooo..ok..boleh terima juga idea tu tapi, yakin ke jurulatih tu termakan godaan saya?”

“ semua lelaki takkan lepaskan gadis cantik, seksi, menggoda dan berbakat macam awak Jessi. Percayalah..antara ikan busuk dan ikan segar..kucing pasti akan pilih ikan segar.”

Ya..ya. Betul itu. Siapa yang tidak akan tertawan dengannya. Sedangkan golongan VVIP pun tersungkur jatuh dalam pangkuannya, inikan pula sekadar jurulatih tari itu. ahh..nak goda lelaki itu sangat mudah baginya. Semudah makan kacang. Dia boleh buat yang lebih lagi dari itu.

“ ok..saya setuju..tapi, saya yang akan mengetuai rancangan ni. Nama awak sape? Saya rasa, kita boleh jadi kawan.”

Saya mesti sentiasa mengawasi gerak- geri Beby! Dia bukan saja pesaing yang hebat dalam pertandingan itu tetapi juga orang yang mungkin boleh mengheretnya masuk ke dalam penjara.

“ nama saya NurLyana..panggil Lyn je.”

“ Jesica..panggil je Jessi.” Lyana dan Jesica memperkenalkan diri masing- masing. Lyana begitu gembira mendengar kata- kata Jesica tadi. Siapa yang mahu menolaj berkawan dengan artis? Boleh juga saya tumpang populariti dia nanti. Lyana mula berangan- angan.

“ jadi, bila nak mulakan?”

“ nanti saya beritahu awak..saya ada kelas ni. Jumpa lagi Jessi. Thank you.” Lyana segera berllau. Ha ha..akhirnya plan saya dah mula membuahkan hasil. Huh, wait and see Beby..peluklah puas- puas buah hati awak tu sebab tidak lama lagi, impian kau nak bersama dia hanya tinggal mimpi. Jangan cari pasal dengan aku! Aku pantang di cabar!

Beby perlahan- lahan melangkah memasuki dewan tempat mereka berlatih. Petang itu dia lewat sikit sampai. Hmm..agaknya ketua mereka itu akan marah tak? Tapi, sejak dia bercinta dengan Niel, L tidak pernah lagi memarahinya. Kadang- kadang, ada jugalah renungan tajam yang dia dapat bila dia buat salah.

Ahh..relax..Beby tersenyum dan terus melangkah masuk tetapi, belumpun sempat kakinya mencecah masuk, tiba- tiba dia terdengar satu perbualan yang agak menarik perhatiannya. Suara itu sangat dikenalinya kerana hampir tiap hari dia akan dengar suara itu. Suara L dan Amirul.

“ Amirul, boleh ke awal layan Beby macam dulu supaya kamu dapat berkerjasama dengan baik? Boleh tak awak buat?”

“ saya tak boleh.”

“ kenapa pula? Sebelum dia couplengan sir..awak takde masalah pun nak berhadapan ngan dia. Tenung muka dia ber’jam- jam pun takde masalah.”

“ dulu lain..sekarang saya tak berani lagi sebab kalau saya layan dia macam dulu..perasaan sayang saya pada dia tu datang balik. Awak faham tak? Kalau kita terlalu sukakan seseorang tu, kita akan sanggup buat apa saja untuk rampas dia. Saya tak nak macam tu. Tapi, sakit.”

“ ahh..susahlah macam ni. Takkan asyik saya je yang kena jadi pasangan dia? dahlah dia tak suka ngan saya. Lagipun, dia tak berapa suka dan selesa bila saya terlalu mesra ngan dia bila jadi pasangan duetnya.

“ hmm..yalah..saya cuba. Marilah mulakan latihan. Mungkin kejap lagi Beby sampailah tu.”

       Amirul terus mengakhiri perbualan itu. Sesungguhnya, sangat sukar baginya untuk berkawan dan bermesra dengan Beby seperti dulu. Beby yang bersembunyi di sebalik muka pintu terdiam. Selama ini Amirul suka saya ke? Kenapa dia tidak pernah bagitahu? Patutlah reaksi dia lain betul ketika dia bertanya mengenai hubungannya dengan Niel beberapa bulan yang lalu. Dia perasan juga dengan perubahan Amirul yang tidak lagi melayannya macam dulu tetapi Beby tidak pula syak apa- apa. Ingatkan dia cuma nak hormati Beby yang sudah ada kekasih. Beby masuk ke dalam dewan.

“ assalamualaikum..sorry lambat.”

Sapa Beby. Tiga orang jejaka yang baru nak memulakan latihan memandang ke arahnya.

“ ohh..waalaikumsalam. Takpe..kami baru je nak mula.” Rexray pula yang menyahut sambil senyuman terukir di bibirnya. L dan Amirul pula menyambut kedatangannya dengan wajah yang agak dingin.

“ Mirul kenapa? Muram je..sakit ke?” tanya Beby pura- pura tidak tahu. Sekadar mahu menceriakan suasana.

“ takdelah..ok je. Hee.” Amirul memaksa bibirnya tersenyum. Kasihan juga..Beby tersenyum. Awak sahabat yang baik Amirul..takkanlah saya terus abaikan awak bila saya dah ada teman lelaki. Sebagai sahabat..saya sayang awak Amirul.

BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku