LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 18 TIDAK SELALUNYA INDAH
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
266

Bacaan






       Niel dan Beby beriringan masuk ke dalam sebuah restoran bertaraf 5 bintang. Restoran itu sangat unik dengan dekorasi dan konsepnya yang tersendiri. Ia sebuah restoran yang menyajikan makanan Perancis tetapi di kendalikan oleh orang Islam jadi sudah tentu ia halal. Suasana di restoran itu juga sangat berbeza daripada semua restoran yang pernah dia kunjungi sebelum ini.

      Benar. Beby memang anak orang kaya tetapi dia jarang sekali makan di restoran – restoran mewah kerana dia lebih suka makan di restoran biasa dengan kawan- kawannya. Lagipun, dia rasa, masakan ibu dan Kak nita di rumah jauh lebih sedap. Tekak Beby ni tekak peminat masakan kampung. Sedap dan berkhasiat.

“ duduklah sayang.” Niel menarik kerusi untuk Beby duduk.

thank you.” Ucap Beby sambil matanya tidak henti- henti memerhatikan setiap inci restoran itu. Hanya beberapa orang pelanggan sahaja yang berada di situ. Mereka seemua seperti pasangan suami isteri dan pasangan kekasih sahaja. Ada juga yang kelihatan seperti rakan sekerja.

“ macam mahal je makanan kat sini..kenapa pilih sini? Mahalah.” Kata Beby berasa tidak selesa. Beby tidak berasa selesa apabila Niel melayannya seperti ini kerana ini hanya akan membuatkkan Beby terasa seperti Niel cuba memuaskan hatinya kerana risau akan status Beby. Tetapi, beby sebenarnya langsung tidak pernah terfikir tentang perbezaan darjat di antara mereka.

“ kenapa? Deyanna risau ke saya takde duit nak bayar?” tanya Niel terus terang. Sah..Niel memang masih susah untuk membuang perbezaan darjat antara dia dan Beby. Beby terkejut sedikit dengan soalan Niel yang sungguh tidak di jangka itu.

“ eh, bukan macam tu maksud saya..saya cuma tak berapa selesa sebab saya pun jarang masuk restoran mahal macam ni.”

“ kalau macam tu..duk diam- diam je.”

Huh..macam serius saja Niel malam ini bisik hati Beby mengunci mulutnya. Waitress pun datang dan mengambil pesanan makanan dan minuman daripada Beby dan Niel. Setelah waitress tersebut selesai mengambil pesanan, dia pun berlalu. Niel menjadi serba- salah pula membawa Beby makan di restoran Perancis itu. Semasa mengambil pesanan tadi, Beby kelihatannya seperti tidak tahu apa yang dia mahu makan dan tidak suka dengan menu makanan tersebut. Sepatutnya dia kena tanya Beby terlebih dahulu di mana tempat yang gadis itu suka.

sorry..sebab bawa awak kat tempat yang awak tak suka.”

“ bukan tak suka..tapi, saya tak tahu apa yang saya nak makan..tu je.”

“ bukan ke orang kaya selalu makan kat tempat macam ni?”

“ mungkin mereka macam tu..tapi keluarga saya tak ajar macam tu. Asalkan tempat tu bersih. Dan lagi, kat restoran biasa, berbaloi sangat sebab dah lah murah, kuantiti banyak pula tu. Satu pinggan nasi goreng macam untuk dua orang punya.”

Niel tersenyum. Inilah keistimewaan saya punya buah hati ni. Walaupun dia anak orang kaya tapi dia lebih sukakan hidup yang sederhana.

“ baguslah kalau macam tu.”

“ kenapa Niel bawa saya masuk kat sini? Saya tak menyusahkan ke?”

“ sama sekali tidak..lagipun, selama kita dating..saya belum pernah belanja awak makan kat tempat yang ada standard sikit. Sekali- sekala tak salah kan. Lagipun, malam ni..malam yang paling berharga bagi saya.”

“ paling berharga? Maksud Niel?”

Niel cuma tersenyum dan perlahan- lahan mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Sebuah kotak kecil berwarna merah dan sudah tentu, siapa pun tentu tahu apa isi dalam kotak kecil itu. Cincin? Beby tersentak melihat Niel membuka kotak kecil itu.

“ Nur Deyanna Gracia Binti Datuk Ronal, would you marry me?”

Oh My God!! Apa yang dia baru dengar sebentar tadi dari mulut Niel? Niel melamarnya ke? Betul ke? Adakah ini mimpi? Beby kaku dan lidahnya kelu sehingga tidak mampu berkata apa- apa. Dia terkejut. Betul ke ni?

“ aa..apa..a..kh..a..win..de...ngan..Nie..l?” terketar- ketar suara Beby mengatakannya. Dia benar- benar tidak percaya. Dia hanya gadis remaja berumur 21 tahun dan usia percintaan mereka baru mencecah 5 bulan tetapi Niel sudah mahu melamarnya untuk menjadi isteri yang sah.

“ ya..saya nak halalkan awak, Deyanna.” Jawab Niel tenang dan yakin. Manakala Beby pula macam nak pengsan sahaja ketika ini. Dia betul- betul tidak menyangka, ada lelaki yang mahu mengajaknya menikah di usia 21 tahun.

“ ta..tapi..ki..ta baru lagi.” Beby masih ragu- ragu. Ya, dia ragu- ragu dengan semuanya.

“ baru atau lama usia perhubungan tu..bukan penentu untuk kebahagiaan rumahtangga sayang..saya berjanji, saya akan menjaga,mencintai, menyayangi, mengasihi awak sepenuh jiwa dan raga saya. Saya berjanji..saya akan menjadi lelaki yang terbaik untuk awak.”

Apa yang saya nak cakap ni? Nak terima atau tidak? Nak terima tapi saya baru 21 tahun, baru berada di semester ketiga, usia percintaan kami baru 5 bulan..dan kalau saya terima, apa yang akan jadi dengan masa depan saya? adakah saya akan terus berhenti belajar dan lupakan semua cita- cita saya untuk menjadi isteri yang baik?

Kalau saya tak terima, adakah Niel akan meninggalkan saya? adakah dia akan mengahwini perempuan lain? Adakah dia akan membenci saya? tak nak terima tapi, saya pun sayang dengan Niel juga..saya pun tidak rela kalau Niel khawin dengan perempuan lain. Aduhh..macam mana ni? Apa yang harus saya katakan sekarang?

******

        L mengerling ke arah Beby dan Amirul yang sedang bersembang diiringi gelak tawa yang memenuhi segenap ruang. Bibir L tersenyum. Akhirnya, Amirul dah boleh berhadapan dengan Beby macam dulu. L sangka, ini adalah usaha Amirul sendiri tetapi ini sebenarnya usaha Beby. Selepas Beby mengetahui Amirul menyukainya sebelum dia dan Niel bercinta, dia cuba memberi layanan yang baik kepada Amirul supaya Amirul tidak berasa sedih dan janggal lagi ketika berhadapan dengannya.

“ nampaknya, Mirul macam dah ok tu.” Suara Rexray menyentakkan L. Rupa- rupanya, Rexray juga memerhatikan gelagat dua sahabat itu dari tadi.

“ ya..saya nampak pun macam tu juga. Baguslah.”

“ awak pula macam mana?” pandangan L beralih pula ke wajah Rexray yang sedang tersengih- sengih memandangnya.

“ dengan si Beby tu lah..kan dulu awak benci budak tu.”

“ tak nak komen apa- apa. Bagus jugalah dia ada boyfriend. Mulut dah tak bising lagi macam mula- mula dulu.”

“ tu je? Takde komen lain?”

“ ya..tu je..ada apa lagi?” L mengerutkan dahinya mendengar soalan Rexray. Rexray memandang wajah L kemudian dia tergelak kecil.

feeling.”

“ apa? Feeling?” nampaknya L masih tidak faham dengan klu yang di berikan oleh Rexray walaupun sudah jelas sangat.

“ haihh..perasaan kat Beby lah.”

“ perasaan? Perasaan yang macam mana maksud awak ni? Takdelah. Biasa je..kenapa tiba- tiba dah pandai tanya soalan macam ni pada saya?”

“ ermm..saja je..manalah tahu kan..sebab, saya perhatikan dia..makin hari makin cantik je..berseri- seri je muka dia. mustahil awak langsung takde apa- apa perasaan kat dia masa berlatih menyanyi, menari..bertentang mata lama- lama.”

“ apa yang awak merepek ni? Muka dia berseri- seri sebab bahagia ngan kekasih dia tu. Sikit pun saya tak terusik. Awak kot yang suka dia..kenapa perhatikan dia kan?”

Ya..L dan Rexray memang perasan, beby semakin hari semakin menarik tapi tidak adalah sampai menyimpan perasaan yang istimewa pada Beby. Rexray cuma nak tahu tentang perasaan L saja sebab,sejak sahabatnya itu berpisah dengan Diana, L tidak pernah lagi membuka hatinya untuk mana- mana gadis. Mungkin L masih mencintai bekas kekasihnya itu.

“ ha ha ha..takdelah..tak sengaja terperhatikan dia sebab muka dia berseri- seri je. Awak tetap nak tunggu Diana ke? Sampai bila? Rugi ke awak masih sayang kat dia sedangkan dia kini dah bahagia ngan suami dan anak dia. Dahlah L..lupakanlah Diana tu..carilah pengganti dia. Move on..dah 4 tahun dah. Saya yakin..bila awak dah ada girlfriend baru nanti, sedikit sebanyak..awak mampu lupakan Diana.”

Rexray cuba memberikan sedikit nasihat. Kasihan juga dia melihat L yang sampai sekarang masih setia sedangkan Diana tidak lagi mengingatinya. Jika masalah yang menimpa L turut berlaku kepadanya, apakah dia juga akan berbuat macam apa yang L lakukan?

“ cinta tu tak..tapi, saya susah nak jatuh cinta lagi. Macam takde perasaan bila nampak perempuan.”

L menafikannya. Rexray mengangguk faham walaupun dia tahu sangat L berbohong mengenai perasaannya. Yalah, memang bukan mudah mahu melupakan seseorang yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Betul tak? Tapi, berbaloikah mencintai seseorang itu jika orang tu sudah membuang kita dari kamus hidupnya?

“ L, saya balik sekarang boleh?”

Tiba- tiba suara Beby mengejutkan mereka berdua. L melihat jam di tangannya.

“ baliklah..lagipun, latihan dah habis ni.” Jawab L perlahan. Beby melonjak gembira.

“ yeayy..thank yousemua. Jumpa esok..bye- bye.”

Ucap Beby dengan gembira sambil meninggalkan dance hall itu. Hidupnya semakin bahagia selepas Niel melamarnya. Selepas Niel melamarnya malam itu, Beby terus balik ke rumah dan berfikir masak- masak. Setelah agak yakin dengan keputusannya, dia memberanikan diri untuk memberitahu ibunya.

       Terkejut beruk juga orang tua itu ketika Beby memberitahunya bahawa Niel melamarnya dan mahu menikahinya dalam masa terdekat. Dia langsung tidak tahu anak perempuannya yang lasak dan maskulin ini ada teman lelaki..tup tup..ada orang nak melamar. Selepas berbincang dengan semua ahli keluarganya, Niel dan ibunya pun datang ke rumah Beby berjumpa dengan keluarga Beby dan bincang apa yang patut.

      Semua sahabat perempuan Beby juga terkejut. Mereka tidak akan menyangka, gadis yang tidak pandai bercinta ini akan lebih dulu mengakhiri zaman bujangnya di usia 21 tahun. Mereka sempat bertanya pada Beby dengan risau..adakah Beby sudah bersedia dan tidak menyesal dengan keputusannya? Jawab Beby, semua sudah dia bincang dengan Niel. Walaupun mereka sudah menikah nanti, Beby tetap boleh belajar dan meneruskan rutinnya macam biasa. Soal zuriat, mereka mungkin akan tangguhkan dulu sampai umur Beby 25.

      Setakat ini, hanya ahli keluarga dan sahabat- sahabat perempuan sahaja yang tahu mengenai pernikahan Beby yang di adakan tidak lama lagi dalam sebuah majlis ringkas dan tertutup.

“ Nur Deyanna Gracia.”

Jari- jemari Beby tidak jadi membuka pintu kereta apabila nama penuhnya dipanggil oleh seseorang. Beby lantas menoleh ke belakang.

“ hai, long time no see.” Terpancul seraut wajah milik Lyana di hadapannya. Apa lagi yang pompuan ni nak?

“ macam tak suka je tengok muka saya.” kata Lyana sambil menghampiri Beby..

“ ya, ada apa cik Lyana?” melihat senyuman sinis di bibir Lyana, Beby sudah dapat mengagak tujuan Lyana yang tidak berapa baik.

“ apa lagi? Nak selesaikan hutang antara kitalah.”

Hmm..tepat sekali jangkaan Beby. Lyana memang datang dengan tujuan yang tidak baik. Lyana sebenarnya plan nak rosakkan hubungan antara Beby dan Niel saja tapi atas arahan Jesica..permainan kita menjadi semakin rumit, seronok dan bahaya. Lyana tidak tahu kenapa Jesica mahu dia berbuat demikian, yang nyata..dia setuju saja sebab dia pun memang benci dengan Beby.

“ apa? Apa lagi yang saya buat ni? Kalau pasal saya tolak awak tu..tu sebab awak punya pasal kan..nak rosakkan kereta saya. jadi, sekarang ni, awak nak apa? Nak balas dendam?”

“ yalah..takkan saya nak bagi hadiah kat awak pula kan?” jawab Lyana dengan sinis sekali. Mulutnya pula tidak henti mengunyah gula- gula getah dalam mulutnya. Dah macam kerbau pula mengunyah- ngunyah.

“ nape diam? Takut?” tanyanya lagi apabila melihat Beby cuma menatapnya dengan tajam.

“ kenapa nak takut? Awak tu manusia biasa je macam saya..Allah je yang saya takut.”

“ ceh..tak payahlah nak sebut “ Allah” segala depan saya..awak pun bukan solehah sangat. Allah tu tak wujudlah.”

“ takde pun saya mengaku saya ni solehah..Cuma, sekurang- kurangnya, saya tak percaya, Allah itu ada..dahlah..malas saya nak bertikam lidah ngan orang kafir macam awak ni.”

Beby yang malas mahu melayan terus sikap Lyana itu terus membuka pintu keretanya tetapi Lyana dengan pantas menutup kembali pintu kereta tersebut.

“ awak ingat, saya nak biarkan awak pergi macam tu je ke?”

“ hei, saya malas nak gaduh ngan awak..takde faedah pun. Saya nak balik. Tepi! Jangan nak cari pasal ngan saya.”

Beby mulai naik angin dengan tindakan Lyana yang sengaja mahu menaikkan api kemarahannya.

“ saya atau awak yang cari pasal dengan saya dulu? Cuba ingat balik.”

“ awak dulu yang cari pasal ngan saya..sengaja nak rosakkan kereta saya.”

“ sebab awak tu penyibuk! Malukan saya depan orang ramai.” Lyana menolak sedikit tubuh kecil Beby dengan suara yang agak lantang. Bingit sekejap telinga Beby mendengar suara Lyana yang agak kuat itu.

“ hei, apa tolak- tolak ni? Saya sibuk apa pula ngan kau ni?”

Beby yang mula hilang sabar terus memanggil Lyana “ kau”. Tiada guna juga hormat dengan orang yang tidak tahu budi bahasa ni.

“ kenapalah awak ni banyak tanya hah? Awak ni memang tak faham bahasa ke

atau ada masalah pemahaman?”

“ ooo...pasal L tu ke? Eh, awak ingat saya ni budak- budak ke nak gaduh pasal lelaki je? Kan saya dah cakap, kalau awak suka sangat kat dia..khawinlah ngan dia. Yang awak asyik nak gaduh ngan saya ni apahal? Nak makan penampar?”

Rupa- rupanya pasal L lagi betina tak betul ni mengamuk. Balik- balik L! Kenapa? Saya tidak ada kaitan pun dengan L. Kenapa perempuan ini asyik menganggunya?

“ makan penampar? Kalau saya makan penampar, awak pula mandi darah hari ni ha ha ha ha ha..takut? tak nak lari ke? Atau nak lawan?”

“ awak benar- benar perempuan gilalah Lyana. Awak ingat saya takut sangat ngan awak?” kali ini Beby pula yang menolak kuat tubuh Lyana sehingga Lyana terdorong sedikit ke belakang tetapi reaksi Lyana kali ini sangat berlainan.

“ ha ha ha ha ha..ohh..takutnya saya..ha ha ha ha!” Lyana ketawa berdekah- dekah pula. Beby betul- betul panas hati melihat tingkah Lyana ketika ini. Dia hilang sabar. Memang Lyana sengaja memancing kemarahannya. Kalau hari ini Lyana betul- betul mahu gaduh dengannya, ya..saya layan!

“ jangan nak ketawa macam pontianaklah..awak nak gaduh sangat ngan saya kan? Marilah..saya layan.”

Marah Beby. Rasa takutnya hilang sama sekali ketika ini sebab hanya amarah saja yang menguasai dirinya sekarang. Dia tidak takut..dia memiliki tali pinggang hitam dalam tae kwan do. Setakat Lyana..dia rasa, dia boleh menang.

“ saya ketawa bukan ketawa kosong..saya ketawa sebab terlalu gembira. Awak tahu kenapa? Sebentar lagi, awak akan mam..pus..ha ha ha ha ha.”

Lyana terus ketawa berdekah- dekah sambil bertepuk tangan. Sejurus saja Lyana bertepuk tangan, kedengaran pintu kereta yang di naiki oleh Lyana di buka. Seorang lelaki berbadan sasa, berwajah bengis keluar dari dalam perut kereta sedang melangkah menuju ke arah Beby. Beby sangat terkejut. Dia sama sekali tidak menyangka, hanya kerana L, Lyana sanggup membawa gengnya untuk turut sama memukulnya. Lyana benar- benar dah melampau!

“ ha ha ha..lucu pula saya tengok muka awak sekarang ni. Masih tak takut lagi ke?”

“ awak memang s**l Lyana!”

“ apa? Apa dia? tak dengarlah..kuat sikit boleh tak? Ha ha ha ha.”

“ jangan nak melampau sangat dengan saya Lyana..hanya masalah sekecil kuman..awak sanggup bawa orang nak pukul saya?”

“ Beby! Awas!!”

Pukkkk! Tiba- tiba terdengar satu bunyi agak kuat kemudian diikuti dengan satu bunyi benda terjatuh. Beby terkejut. Kejadian itu berlaku sangat pantas. Macam petir.

“ L?” mata Beby terbeliak apabila melihat L yang berada betul- betul di depan matanya. L menindih tubuhnya.

“ kena..daa..darahhhh!! kenapa ni??” Beby yang terkejut separuh mati terus menolak tubuh L yang menindihnya. Darah yang keluar dari dahi L. Beby bingung seketika. Apa yang sebenarnya terjadi ni?

“ Amirul! Call polis sekarang!!” jerit L sambil menekap dahinya yang berdarah menggunakan telapak tangannya.

“ polis?” mendengar perkataan polis, Lyana dan gengnya terus masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju meninggalkan tempat itu. Habislah! L dah nampak semuanya! Hancur! Hancur semua rancangan aku!! Kurang ajar! Lain yang di rancang lain yang jadi!. Lyana terus membentak tanpa henti kerana rancangannya untuk mencederakan Beby gagal. Sampai call polis pula tu! Gagal! Kenapa gagal!!.

“ L?” Beby berpaling ke arah L. Dia terus menjadi serba- salah apabila mendengar penjelasan Amirul apa sebenarnya yang terjadi tadi. Wajahnya terus berubah menjadi pucat lesi. Bukan kerana kecut perut dengan tindakan Lyana sebentar tadi tetapi dia terlalu rasa bersalah kerana gara- gara dia, L pula yang cedera.

“ apa masalah awak ngan pompuan tu hah? Awak ni memang dari dulu suka sangat cari masalah kan? Hah, ni lah akibatnya! Menyusahkan diri sendiri.”

Marah L pada Beby. Serius. Tajam sungguh pandangan L kepadanya.

“ saya takde masalah ngan betina tu..dia sendiri yang cari pasal dengan saya.”

“ jadi, awak layan juga kenapa? Awak ingat awak dapat lawan ke semua mereka tu? Mereka ada tiga orang..awak ni memang suka bertindak tapi tak guna otak.”

Marah L bertubi- tubi. Beby memandang wajah L. Sakit pula hatinya mendengar L menengkingnya sedemikian.

“ awak marah saya kenapa? Ni semua sebab awak tahu tak?” Beby yang masih marah dengan Lyana terus melawan kata- kata pedas L.

“ apa? Sebab saya? kenapa tiba- tiba sebab saya pula?”

“ sebab betina tu sukakan awaklah! Saya pula yang kena..sekarang nak marah saya pulak.”

“ dah tahu dia tu gila, yang awak layankan juga buat apa? Awak tengok dahi saya ni?”

“ saya tak suruh pun awak datang selamatkan saya tadi..haih..dahlah..kalau tak ikhlas tolong, lain kali jangan tolong. Tengoklah sekarang..mengungkit! benci!!”

Beby membuka bonet keretanya dan mengambil peti pertolongan cemas yang sentiasa di bawanya kemana sahaja lalu diberikan kepada Amirul.

“ nah, rawat luka tu! Hishh!” dengan geram, beby menyerahkan peti pertolongan cemas itu pada Amirul dan terus berlalu dengan keretanya yang sengaja dipandu dengan laju. L mengekori sahaja kelibat kereta Beby sehingga hilang dari pandangan. Perempuan ini memang tidak pernah berubah. Ingatkan bila dia dah ada kekasih, sikap suka melawannya tu hilanglah tapi hampa..masih sama juga rupanya. Niel tak didik pompuan ni jadi perempuan yang lemah- lembut ke?

“ dahlah L..kenapa marah Beby lagi? Pompuan gedik tu yang sepatutnya awak marah tadi. Tengok..dah elok- elok korang tak gaduh..sekarang, gaduh lagi.” Amirul bersuara. Dia tetap akan membela Beby.

“ saya geram ngan dia sebab dah tahu Lyana tu bawa geng nak pukul dia, dia masih layan juga. Berlagak kuat padahal perempuan. Benci betul saya ngan pompuan yang berlagak kuat ni..lepas tu nak bergaduh. Memang saya benci. Memalukan.”

Kata L tidak mahu mengalah. Dia memang benci tengok perempuan bergaduh. Perempuan sepatutnya penuh dengan kelembutan bukannya bergaduh dan tunjuk kuat macam perangai gengstar. Eh, saya memang benci dengan perempuan jenis macam mereka ni.

“ awak dengar ke tak apa Beby cakap tadi? Lyana nak pukul dia sebab awak.”

“ apa pula kaitan ngan si Beby sampai dia nak bawa geng pukul dia? mesti ada sebab lain.” L syak.

“ tak tahulah..Lyana tu memang otak tak betul sikit. Nasib baik kita sempat sampai sebelum ada apa- apa berlaku kat dia.”

“ tak pasal- pasal saya yang cedera!”

“ awak sendiri yang bertindak cepat nak tolong dia kan tadi, takkan sekarang nak menyesal pula.”

“ macam mana saya tak cepat- cepat tolong kalau ada geng Lyana yang lain di belakang si Beby tu nak ketuk kepala dia dengan kayu tu. Awak berdua pula lembab..macam pondan.”

“ hmm..takpelah L..berbaloi juga awak yang cedera daripada si Beby yang kena..dia tu perempuan.”

“ ahh..perempuanlah sangat. Langsung takde ciri- ciri perempuan!”

L meraba dahinya yang sudah di tampal oleh Rexray menggunakan plaster. Terasa perit dan pedih. Lyana itu memang betul- betul sudah melampau sehingga membawa geng lelakinya datang memukul Beby.

Dia fikir, kalau dia buat macam tu, saya akan sukakan dia ke? Jangan harap! Perempuan macam dia , langsung saya tak mahu pandang. Jika di beri pilihan, saya lebih rela memilih Beby daripada memilih kau Lyana. Seteruk- teruk sikap Beby, dia tetap menjaga harga diri dan bukan gadis macam kau sanggup menjual harga diri untuk kesenangan dan keseronokan.

“ kalau parents awak nampak dahi awak macam ni, macam manalah?”

“ saya sihat ke sakit ke..ingat mereka kisah ke? Yang mereka kisah..harta dan kerja je. Dah, saya balik dulu. Jumpa esok.” L menepuk bahu Rexray kemudian menghidupkan enjin motorsikalnya dan berlalu pergi.

“ kesian L kan..kenapalah family dia boleh berubah macam tu sekali?”

Tanya Rexray turut bersimpati dengan keadaan sahabatnya itu. Dulu, semasa mereka berada di sekolah menengah, dia selalu iri hati dengan kebahagiaan yang L miliki kerana mempunyai keluarga yang sangat penyayang, prihatin dan bertanggungjawab.

Dia masih ingat, apabila tiba ulang tahun L atau keputusan peperiksaan L cemerlang, keluarganya pasti akan membuat kenduri kesyukuran walaupun secara kecil- kecilan. Tetapi, rupa- rupanya ia tidak berkekalan. Rexray memanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana keluarganya masih lagi bahagia walaupun tidak semewah keluarga Beby.

“ sebab harta dan pangkat..parents dia terlalu taksub mengejar kemewahan sebab tu lah kebahagiaan macam dah tak penting..kita doakan yang baik- baik je lah.” Jawab Amirul.

“ dia sunyi..entahlah..sampai bila dia nak tunggu Diana tu. Dia cakap dia dah tak mengharap lagi..tapi saya tahu..dia masih lagi menunggu Diana kembali.”

“ awak rekomenkan lah mana- mana perempuan yang baik kat dia. Kan awak ramai kawan pompuan.”

“ sia- sia je..dia tak nak. Jomlah balik..hati- hati memandu k. Jumpa esok bro..bye.”


BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku