LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 19 CEMBURU ITU CINTA
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
264

Bacaan






        Beby menguak daun pintu dengan kasar lalu menghempaskan beg dan buku- bukunya di atas katil dengan kuat. Yana yang sedang menaip menggunakan laptopnya terkejut beruk dengan kelakuan Beby.

“ kenapa lagi ni? Gaduh dengan Niel ke? Tak lama lagi nak khawin..biasalah tu.”

Kata Yana cuba meneka. Ya, hal apa lagi yang buat Beby badmood kalau bukan pasal boyfriend nya itu? hal lain tidak mungkin..sebab sejak bercinta dengan Niel, Beby jarang sekali mengamuk dan marah- marah macam dulu.

“ bukanlah. Hubungan saya ngan Niel ok je.” Sahut Beby dengan suara yang agak kuat.

“ habis tu, apa pula yang buat awak mengamuk ni?”

“ akak masih ingat tak ngan Lyana?” Yana menyimpan assignment dalam laptopnya lalu memandang Beby. Dahinya berkerut cuba untuk mengingati pemilik nama itu.

“ ooo..gadis yang tinggi lampai tu kan..yang gedik- gedik tu? Peminat L? Ya, saya ingat sekarang. Kenapa? Apa masalah dia ngan awak ni?”

“ akak tahu tak, tadi dia cuba serang saya kat tempat letak kereta. Pompuan tu memang gila. Geram betul saya!” kata Beby sambil menumbuk- numbuk patung mashimaro dek kerana terlalu geram. Darahnya masih mendidih teringatkan peristiwa tadi.

“ hah, dia serang awak? Awak ada masalah ngan dia ke?”

Yana hairan. Takkanlah Lyana tu cemburu tengok kebahagiaan Beby dan Niel? Ah, ada- ada je pompuan gedik tu.

“ saya pernah warning dia depan semua orang sebab menggatal ngan lelaki kat kelas saya..dan saya pernah tolak dia sampai dia jatuh sebab dia cuba pancitkan tayar kereta saya. Konon, dia nak balas dendamlah tu.”

“ kenapa pula dia nak pancitkan tayar kereta awak? Gila betulah pompuan tu. Tu lah..awak pun sama juga. Lain kali jangan layan pompuan gila macam tu. Dia tu dah lah gila..ada geng lagi. Bahaya.”

“ saya pun sama juga? Kenapalah korang semua ni salahkan saya pula? Aiyaa..sakit jiwa kalau macam ni. Dah lah si L tu pun cakap benda yang sama macam akak cakap tadi. Aduiii.”

Beby terus baring di atas katil sambil memicit- micit kepalanya. Dia benar- benar tidak faham, kenapa dia turut di persalahkan.

“ yalah- yalah..sorry. Akak cakap je tu..bukan nak salahkan awak. Handphone bunyi..calon suami Beby call.”

Yana mengoncang- goncangkan bahu Beby tetapi Beby terus menekup wajahnya dengan bantal tanpa memperdulikan handphone nya yang berbunyi nyaring minta di angkat. Yaa..nasib kaulah Daniel..dapat calon isteri ikut mood macam si Beby ni. Pandai- pandailah kau settle kan..bisik hati Yana kemudian menyambung semula menyiapkan assignment nya.

Apartment Jesica

         Jesica meletakkan sepiring pisang goreng yang masih panas di atas meja bersama seteko teh’o. Aromanya saja sudah cukup membuat orang rasa lapar. Jesica memang tinggal seorang diri di apartmen mewah ini. Dengan kerjayanya sebagai model dan juga penyanyi, sudah cukup membuatkan hidupnya agak senang.

         Berbekalkan wajah yang jelita, kaki yang panjang, tubuh langsing, serta kulitnya yang cantik, dia semakin menjadi pilihan ramai syarikat kosmetik dan pakaian untuk menjadikannya sebagai model dan duta barang dan perkhidmatan syarikat mereka.

Ditambah pula dengan mulutnya yang manis dan pandai menggoda, mudah sekali baginya untuk memerangkap ramai lelaki kaya membuatkan hidupnya di limpahi kemewahan. Tetapi Jesica sebenarnya cuma mahukan wang mereka sahaja. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadikan mereka sebagai teman hidup yang sah dan halal. Kasihan sungguh.

“ nah..makan dulu Lyn..pisang goreng ni sedap kalau di makan panas- panas.”

Jesica menjemput Lyana makan. Suaranya lembut tetapi kalau dia menunjukkan sikapnya yang sebenar..huh..boleh gempa bumi dengar suara dia tu. Dia mengambil sebiji pisang goreng lalu di suakan ke dalam mulutnya yang seksi.

“ saya takde selera nak makan sekaranglah Jessi.”

Jawab Lyana lemah. Sememangnya dia sangat marah kerana rancangannya mahu mencederakan Beby tidak berjaya. Ditambah pula dengan kehadiran lelaki pujaannya itu yang datang membela Beby, membuatkan hatinya semakin sakit dan menjadi parah.

“ ha ha..tak usahlah fikir sangat pasal tu..nanti kita plan lah lagi. Nah.”

Jesica menyuakan sebiji pisang goreng ke mulut Lyana. Akhirnya Lyana menyambutnya juga. Mereka kini berkawan baik sejak mengetahui mereka sekepala dan mempunyai tujuan yang sama.

“ yalah..tapi sayang betul duit awak bayar dua orang lelaki tak guna tu ikut saya pukul Beby. Langsung takde hasil.”

“ bukan tak guna..tapi awak cakap tadi, L suruh call polis..siapa yang tak takut. Memanglah lari kan. Hmm..duit tu tak payah risau Lyn..bukan masalah besar bagi saya. Yang saya risau pasal rashia tu je. Bila- bila masa je boleh terbongkar.”

Kata Jesica duduk di hadapan Lyana dengan senyuman tawar.

“ tu awak..tapi saya? parents saya mana ada nak bagi duit banyak- banyak kat saya.”

family awak susah ke?” Lyana mengeleng perlahan. Keluarganya bukan susah sangat pun sebab ayahnya cikgu dan ibunya pula jururawat tetapi ibu bapanya tidak pernah memberikan wang yang banyak kepadanya kerana tidak suka dengan perangai Lyana yang agak liar dan suka bersosial.

“ tak juga susah sangat. Tapi tak juga senang sangat. Sederhana.”

“ habis tu, kenapa tak pernah bagi wang banyak kata awak?”

“ ahh..awak pun tahu juga saya ni macam mana.”

“ ha ha ha..ok..awak nak kerja part time tak?”

part time?” Lyana lantas memandang wajah Jesica. Part time? Dia tidak pernah terfikir hendak mencari kerja sambilan pula. Dia langsung tidak terfikir mahu berkerja ketika masih bergelar pelajar. Baginya itu amat menyusahkan dia.

“ ya..pengurus saya dah nak berhenti..awak nak tak jadi pengurus saya?”

Hah? Pengurus? Oh my God! Betul ke ni? Kalau dia jadi pengurus Jesica, mesti dia akan selalu ikut Jesica ke mana- mana termasuk ke lokasi pergambaran. Aww..asyik.

“ saya layak ke? Saya takde pengalaman..bidang pengurusan pun saya tak pernah ambil..umur pun lebih muda dari awak.” Lyana ragu- ragu dengan kelayakannya.

“ jangan risaulah Lyn..tu tak jadi masalah..awak kawan baik saya..nanti saya pujuk syarikat saya ambil awak jadi pengurus saya ye.”

Lyana tidak berkata apa- apa lagi. Dia cuma mengangguk menerima tawaran Jesica. Dia rasa teruja juga mahu menjadi pengurus gadis yang juga merangkap sebagai kawan baiknya itu.

“ ok..nanti, kalau saya dah bincang dengan syarikat..saya bagitau awak apa yang patut. Kawan awak yang comel- comel tu kenapa jarang dah sama- sama ngan awak? Jemputlah dia ke sini sekali- sekala.”

“ siapa? Ella ke?”

“ oh..Ella ke namanya..hmm.”

“ dia tu tak sekepala ngan saya..susah nak jadi kawan kalau tak satu kepala. Tak best.”

AKADEMI SENI

“ Beby..kenapa dahi L tu bertampal ngan plaster?”

Syika mendekati Beby yang sedang berehat setelah selesai berlatih tadi. Latihan mereka pada petang itu agak dingin kerana masing- masing diam membisu. Entahlah..mungkin L masih marah kot dengannya sebab hal kelmarin ini. Abaikan. Siapa suruh..sibuk nak tolong tapi tidak ikhlas. Kalau dia ikhlas, saya kasihan juga tapi ini tidak..mengungkit pula lepas tu salahkan saya. Hurmm.

“ saya tak tahu.” Jawab Beby sepatah sahaja.

“ kenapa ngan awak ni? Macam badmood je?” Syika duduk di sisi Beby. Kelas vokal mereka sudah tamat sebab satu jam sahaja.

“ sebab ketua kami tu lah..bagi koreografer pun macam nak telan orang je.”

“ sayang.” Kedengaran suara seseorang yang sangat dikenali. Beby mendongak. Niel sudah berdiri di hadapannya dengan senyuman manis.

“ ohh..Niel..kelas dah tamat ke?”

Beby tersenyum. Kasihan juga dia dengan Niel yang tidak kena layan semalam sebab dia badmood. Walaupun semalam, dia mengabaikan Niel tetapi hari ini Niel tetap melayannya dengan baik. Bagusnya lelaki ni.

“ dah..nak lunch dah ni..nak temankan Niel tak?”

“ Niel duluan je lah..tunggu kat cafe ya..kejap lagi kami siap dah ni.”

“ ok sayang..Ika pun ikutlah sekali.” Pelawa Niel kepada Syika.

Sir belanja ke? Okeyy he he he..thank you sir.”

“ sama- sama..jumpa kat bawah k.” Niel sempat menarik pipi Beby kemudian turun ke tingkat bawah.

so sweet.” Syika mengusik.

Beby cuma tergelak kecil mendengar usikan Syika. Ya..calon suami saya ni memang sweet..semanis madu. Tapi, saya selalu buat perangai dan melukai hati Niel dengan sikap kasar dan ego saya..sorry Niel..saya memang tidak sempurna.

“ Beby..kita sambung latihan kejap ye..lepas tu rehat.” Suara Amirul kedengaran di hujung sana.

“ saya sambung latihan dulu..tunggu kejap ya.”

“ ok..lama- lama pun takpe.” Jawab Syika tersenyum. Bertuah betul Beby dapat lelaki macam Niel. Kenapalah saya tidak pernah ada teman lelaki yang baik macam Niel tu? Semua pun penipu. Memang menyakitkan hati.

*******

         Lyana dan Jesica beriringan menuju ke cafe sambil bergelak tawa. Sejak bersahabat dengan Jesica, Lyana kini selalu makan di luar dan juga kerap menghabiskan masa lapangnya bersama gadis itu. Dulu, sebelum dia rapat dengan Jesica, dia jarang makan di luar sebab wang saku yang di beri oleh ibubapanya mesti digunakan sebaik mungkin.

“ ops..berhenti.” Jesica menahan tubuh Lyana daripada terus melangkah.

“ kenapa Jessi?”

“ cuba awak tengok dekat sana tu.”

Lyana pun mengalihkan pandangannya ke arah yang di maksudkan oleh Jesica. Dari jauh, mereka dapat melihat Niel sedang duduk sambil bermain game di dalam handphone nya.

“ kenapa ngan dia?”

“ saya ada plan.”

plan? Plan apa?”

“ mesti jurulatih tu sedang tunggu Beby nak makan sama- sama kan?”

“ mungkin ya mungkin tak..sebab kadang- kadang, dia makan dengan jurulatih yang lain juga. Apa awak nak buat?”

“ awak tengok je lah apa saya nak buat nanti. Jom.” Kata Jesica sambil tersenyum sinis. Lyana cuma menurut saja walaupun dia tidak tahu apa rancangan Jesica.

“ Beby, awak dah pernah cuba makan laksa kat cafe tu ke?”

Tanya Syika sambil sibuk membalas chat dalam whatsapp nya.

“ hari tu ada juga saya cuba..masa tu Mia yang order laksa tu..tapi, saya tak berapa suka ngan mee dia tu..besar sangat. Hee.”

“ tu lah yang sedap..laksa punya mee memang macam tu..tapi boleh je minta mee yang lain.”

“ hurmm..nantilah saya try lagi..mana Niel duduk ya?” mata Beby dan Syika masing- masing meliar ke kiri dan kanan mencari kelibat Niel.

“ haa..tu pun bo..” ayat Syika tiba- tiba mati di situ. Perlahan- lahan dia mengalihkan pandangannya pada Beby pula.

“ Jesica?”

Nama itu serentak keluar dari mulut mereka berdua. Tidak jauh dari tempat mereka berdiri, mereka dapat melihat dengan jelas kelibat Niel dan yang paling mengejutkan, kelibat Jesica dan Lyana juga ada di situ. Lebih memedihkan apabila manusia- manusia itu sedang rancak berbual dan bergelak tawa. Sesekali, Jesica cuba menyuapkan makanan ke dalam mulut Niel tetapi Niel menolak.

“ apa pompuan gedik dua orang tu buat kat situ?” Syika bersuara. Tidak ada apa- apa suara dari mulut Beby selain cuma dengusan nafasnya yang kuat dek kerana marah dan terkejut melihat tingkah Jesica dan juga Niel yang sedang bergelak tawa bersama dengan dua orang musuh Beby.

“ err..Beby, awak ok ke?”

“ pompuan tu memang nak cari nahas!” hanya itu yang keluar dari mulut Beby dan terus melangkah dengan laju menuju ke arah Niel dan dua orang gadis gedik tersebut. Syika tidak sempat menahan Beby. Habislah. Dia terus mengejar Beby.

“ ehemm.” Beby tidak terus duduk di sebelah Niel tetapi terus berdiri di belakang Syika dan Lyana sambil berdehem.

“ eh, Deyanna..duduklah sini.” Sapa Niel dengan mesra sambil menyapu- yapu habuk kerusi di sebelahnya. Syika memandang ke arah Jesica dan Lyana yang pura- pura tidak tahu dengan kewujudan di belakang mereka. Ahh..mereka berdua ni memang sengaja nak kenakan Beby.

“ tak nak..saya nak duduk kat sini.”

Tanpa segan- silu, Beby terus mengacukan jari telunjuknya ke arah tempat duduk Jesica dan Lyana. Jesica tersentak seketika di buatnya. Weh..perempuan separuh siap ni memang berani..bentak hati Jesica.

“ kan ada Jesica duduk kat sana tu..duduklah kat sebelah Niel..kosong ni.”

Niel yang memang berhati baik dengan semua orang tenang melayani karenah kekasihnya ini tanpa mengesyaki yang Beby sedang cemburu habis- habisan.

“ jadi? Kalau dia duduk kat situ kenapalah? Saya cakap,saya nak duduk kat situ, situlah. Nak lunch dengan saya ke atau dia ni?”

Berkerut dahi Jesica mendengar kata- kata kesat daripada Beby. Berani sungguh budak ni.

“ dah lah tu..duduk je lah kat sebelah Niel tu.” Syika cuba menenangkan Beby. Dia sedikit tidak rasa selesa apabila beberapa pasang mata mulai tertumpu ke arah mereka. Beby langsung tidak menghiraukan itu semua ketika ini kerana hatinya kini sangat panas macam nak terbakar.

“ saya tak suka tetamu tak di undang!”

“ Deyanna..kenapa cakap macam tu? Tak baiklah cakap macam tu.” tanya Niel mula serba- salah.

“ tanya lagi kenapa? K..makanlah ngan dia..dah..saya takde selera nak makan lepas tengok tetamu tak di undang ni.”

Hati Beby menjadi semakin panas dan sakit apabila Niel seperti terus- terusan membela Jesica. Ah, sudah. Beby memang tidak dapat mengawal emosinya kerana ini kali pertama dia berhadapan dengan situasi seperti ini. Selesai menghamburkan ketidakpuasan hatinya, Beby terus melangkah keluar dari cafe tersebut. Niel serba- salah tetapi akhirnya dia mengejar Beby juga yang sudah keluar dari cafe.

“ Deyanna..kenapa marah- marah ni?”

Pertanyaan Niel langsung tidak dijawab. Langkah kaki Beby terus di hayun semakin cepat.

“ sayang, kenapa marah ni? Apa salah Niel? Apa yang saya dah buat ni? Cuba bagitau dulu.”

Niel menahan tangan Beby. Beby terus memandangnya dengan pandangan yang begitu tajam. Selama tujuh bulan mereka bersama, belum pernah Niel melihat Beby berkelakuan seperti ini.

“ janganlah diam terus..apa yang saya dah buat?”

“ apa? Pura- pura tak tahu lagi ke? Macamlah saya tak nampak tadi.”

“ Jesica dan Lyana tu saja je duduk kat situ..tanya- tanya pasal tarian je..tu je sayang..takde apa- apa. Kenapa marah sangat ni?”

Suara Niel masih lembut dan perlahan saat berbicara dengan Beby.

“ tanya pasal tarian je? Habis tu, kenapa sampai boleh bergelak tawa bagai? Lepas tu, pompuan tu cuba nak suap Niel lagi..tu yang Niel cakap takde apa- apa? Baguslah..Niel lagi suka kan..sebab saya mana pernah buat macam tu kat awak..saya tak pandai nak bersuap- suap bagai macam dia tu.”

Mendengar kata- kata Beby, Niel terus terdiam seketika. Dia memegang dahinya. Dia pun turut sama merasakan kelainan pada kemesraan yang Jesica tunjukkan kepadanya sebentar tadi.

“ dia sendiri yang nak mesra- mesra macam tu..sumpah..Niel tidak.”

“ tidak? Habis tu, yang Niel masih juga layan sampai ikut- ikut bergelak tawa tu apahal?”

“ ok ok..salah Niel lah tu..salah Niel k sayang. Jangan marah lagi. Niel janji, lepas ni Niel tak layan Jesica lagi. Jangan marah lagi tau. Sebulan je lagi nak nikah ni..nanti hilang seri pula marah- marah.” Pujuk Niel lembut. Sebulan saja lagi majlis pernikahannya dengan Beby, jadi dia tidak mahu memanjang- manjangkan lagi masalah.

“ yalah tu..terus tukar cerita. Dah pegi makan sana..saya takde selera..nak balik ke kelas.”

Beby yang memang terkenal dengan sikap keras kepalanya langsung tidak termakan dengan pujukan Niel. Lelaki memang macam tu. Saya tahulah Jesica tu 20 kali ganda lebih cantik lebih seksi dari saya..popular lagi. Lelaki mana yang sanggup menolak Jesica.

“ nanti call Niel tau kalau dah ok..Niel tunggu tau!”

Entah dengar atau tidak, Beby terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Cemburu sangat rupanya. Niel cuma mengeluh tanpa mengejar Beby. Dia tahu sangat dan faham apa yang gadis itu rasakan sebab itulah gadis itu terus bersikap sedemikan. Biasalah perempuan. Perasaan mereka ni sangat halus, mudah tersentuh dan terluka.

“ kenapa tak kejar?”

Niel di kejutkan dengan suara Syika yang hanya menonton babak pertengkaran mulut itu dari tadi.

“ biarlah dia tenang dulu. Saya faham..walaupun takde apa- apa, tapi, sebagai perempuan, mesti rasa sakit hati juga. Saya pun tak nak cakap banyak- banyak..nanti lain jadinya. Sebulan je lagi..tak nak ada masalah lain.”

“ hurmm..yelah. Dia tu keras kepala sikit. Kalau dia merajuk berminggu- minggu, macam manalah? Dapat tahan juga ke?”

“ ha ha..saya datang terus je kat rumah dia..ok la..sorry ya Ika..tak dapat belanja korang makan pula. Nah..ni duit..pegi bawa Verra atau Mia makan sama- sama ya.”

Kata Niel dan terus menghulurkan not rm 50.00 kepada Syika. Dia merasa bersalah kerana sudah berjanji mahu belanja Beby dan Syika makan tetapi lain pula jadinya.

“ eh, apa ni..tak apalah sir..banyak sangat ni.” Syika pantas menolaknya.

“ ambilah..sebagai tanda minta maaf je.”

“ tak payahlah sir..next time je sir belanja kami lagi.”

“ takpe..ambil je.” Niel tetap berkeras mahu menyerahkan wang itu kepada Syika. Syika menjadi serba- salah. Segan pun ada.

“ ambilah..jangan segan. Saya yang segan sebab dah janji nak belanja kamu makan tapi tak jadi pula.”

Akhirnya Syika menyambut juga wang itu secara terpaksa.

DANCE HALL

        Dengan langkah yang agak kasar, Beby terus duduk di tempat duduknya dengan wajah yang sangat masam. Mood dia benar- benar sudah hilang. Dia sakit hati apabila mengingati kejadian di cafe sebentar tadi. Rasa macam nak cekik saja Jesica tadi. Kalau Niel dan Syika tidak menghalangnya tadi, sudah tentu wajah Jesica itu sudah dicakar- cakarnya. Dia tahu, memang gadis itu sengaja nak dekati Niel tapi yang paling buat dia sakit hati ialah, Niel melayan karenah gadis gedik tersebut.

“ aii..bukan Beby dah keluar makan tadi ke? Sekejap juga.”

Amirul datang lalu duduk di sebelah Beby. Beby langsung tidak tersenyum.

“ tak nak makan kat situ. Ada syaitian.” Dengan nada yang kasar, Beby menjawab pertanyaan Amirul.

“ syaitian? Siapa? Bukan ke Beby turun sama- sama ngan Syika ke tadi?”

“ sape lagi kalau bukan dua orang pompuan gedik nak mampus tu.”

Oh..rupa- rupanya Jesica dan Lyana. Hmm..patutlah Beby terus badmood. Rupa- rupanya terserampak dengan musuhnya.

“ ohh..dia buat apa? Dia tak rasa bersalah ke bila nampak awak? Kelmarin dia cuba nak cederakan awak.”

“ syaitian mana pandai rasa bersalah..kalau syaitian, syaitian lah juga. L dan Ray mana?”

“ dah turun pegi makan. Saya pegi tandas tadi. Sekarang nak menyusul lah ni. Awak belum makan lagi kan. Marilah makan dengan kami sekali.” Pelawa Amirul.

“ korang makan kat mana? Kalau kat cafe akademi ni..saya tak nak.”

“ kami tak suka makan kat sana..kami selalu makan kat restoran bersebelahan dengan kedai Orange tu.”

Beby mengangguk perlahan. Memang dia sudah lapar. Kenapalah Niel layan pompuan tu tadi? Betul- betul buat saya marah.

“ jom turun..dah jangan masam- masam. Pedulikanlah pompuan tu. Mereka tu cemburu sebab awak lebih berbakat dan menarik daripada mereka. Dahlah awak satu kumpulan ngan L, idola semua pelajar perempuan, boyfriend awak pula kacak sangat. Perempuan mana yang tak cemburu.”

        Amirul mencapai begnya lalu melangkah keluar dari dewan tari. Betul ke apa yang Amirul cakap ni? Mereka cemburu dengan apa yang saya miliki? Tapi kenapa? Apa pula kelebihan yang saya miliki ni? Saya rasa, Jesica dan Lyana tu lagi banyak kelebihan berbanding dengan dirinya.

        Jesica, dah lah berwajah cantik, memiliki susuk tubuh seksi, memiliki ketinggian 170cm, kulitnya yang putih mulus, suara merdu, gerak tarinya yang menakjubkan. Nah..sekarang siapa yang sepatutnya cemburu? Saya atau dia? eh, saya betul- betul tidak fahamlah dengan gadis dua orang itu. Dah sempurna sangat tapi masih nak cemburu apa yang orang lain miliki. Memang dasar manusia yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

“ Beby? Nak ikut ke tak ni?” suara Amirul di muka pintu dewan tari menyentakkannya.

“ eh, nak.” Beby bingkas bangun dan mengikuti langkas Amirul. Setelah hampir satu tahun bersama dengan kumpulan tersebut, Beby tidak lagi merasa kekok apabila bersama- sama dengan mereka kecuali ketua mereka yang kadang- kadang buat dia tidak selesa.

Amirul sangat baik dengannya. Walaupun dia kecewa kerana tidak sempat meluahkan rasa cintanya pada Beby tetapi dia tetap masih melayan Beby dengan baik. Cuma, kadang- kadang hatinya terusik juga apabila melihat Beby yang pernah menghiasi mimpi- mimpi indahnya bermesra dengan Niel. Apa agaknya perasaan Amirul apabila tahu Beby akan berkhawin tidak lama lagi. Agaknya perasaan Amirul pada Beby belum hilang sepenuhnya kerana dia masih ada rasa cemburu apabila melihat kemesraan antara Beby dan Niel.

“ Amirul.”

“ ya..kenapa?” seperti biasa, suara lembut Amirul menjawab. Memang sikap Amirul seperti itu. Dia agak sopan dan lemah lembut tetapi dia bukan termasuk dalam kategori lelaki lembut. Hanya cara dia bercakap saja yang sangat menyenangkan kerana suara dan gayanya yang baik dan sopan.

“ err..agaknya L marah tak kalau saya makan dengan korang?”

“ ah, tak lah. Dia ok je tu. Hubungan korang kan tak teruk macam dulu dah. Janganlah risau..kalau dia marah, nanti saya tumbuk dia.”

Tergelak Beby apabila mendengar kata- kata Amirul. Nak tumbuk? Ha ha..lawak pula. Manalah Amirul dapat kalahkan L. Amirul adalah flower boy, L pula lelaki maskulin dan macho.

“ apasal gelak?” Amirul menoleh ke arah Beby yang tergelak kecil mendengar kata- katanya sebentar tadi.

“ takde..he he he.”

Amirul dan Beby beriringan menuju ke restoran tempat L dan Ray menunggu. Agaknya kalau Niel nampak dia bersama dengan Amirul, macam mana reaksi dia agaknya? Ah biarlah..bukannya Niel tidak tahu, sebelum ini saya memang selalu keluar dengan mereka. Lagipun, dia tahu juga kalau hubungan saya dengan mereka tidak lebih dari hubungan kawan sahaja. Amirul ada istimewa sikit baginya tapi tetap dia anggap sebagai sahabat.

“ Mirul..sini.” baru kaki mereka berdua melangkah masuk ke dalam restoran, kedengaran suara Rexray memanggil Amirul.

“ ohh..Beby pun ada. Hai Beby, awak bukan sama- sama ngan Syika ke tadi?” Rexray terus bertanya.

“ kenapa? Macam tak sudi je saya datang sini.”

Beby terus menjawab sambil matanya pantas menjeling L yang cuma mendiamkan diri tidak bersuara, serius.

“ eh, bukanlah. Saya tanya je. Duduklah.”pelawa Rexray. Bebt terus menarik kerusi di sebelah Amirul lalu duduk.

“ dari tadi orang ni asyik menjeling kita je..harap- harap jadi juling.”

Beby yang tidak senang dengan jelingan tajam L terus menyindir L. Merasa dirinya disindir, L terus memandang wajah Beby. Beby buat- buat tidak tahu.

“ kau apahal?” tidak macam biasa, L terus ber’kau- kau dengan Beby. Memang dia masih geram dengan gadis ini kerana menyebabkan dahinya bertampal gara- gara menolong gadis keras kepala itu kelmarin. Dah susah- susah dia tolong sehingga rela dia yang cedera, bukan tahu berterima kasih pula. Agaknya gadis ini memang tidak berbaloi untuk di tolong. Bukannya tahu menghargai pertolongan orang lain pun.

“ saya mana ada hal..hai dear, bagi nasi goreng pattaya dan lemoh teh ais satu ye!”

Tanpa menunggu waitress datang mengambil order, Beby terus melaungkan pesanannya dari jauh. Waitress perempuan yang memakai tudung berwarna coklat hanya mengangguk sambil tersenyum. Ketiga- tiga lelaki yang duduk bersama- sama dengan Beby serentak memandang ke arah Beby. Gadis ini betul- betul tidak tahu adab. Ada ke nak minta order pun teriak macam tu? Tak boleh ke panggil baik- baik dulu?

“ uh, Beby..beraninya awak minta macam tu.” Rexray bersuara. Bulat matanya memandang gadis yang duduk di hadapannya ini.

“ kenapa pula? Saya bukannya marah- marah pun.”

“ awak biasa makan kat sini ke?”

“ ya..kami selalu makan kat sini..kenapa?” jawab Beby.

“ habis tu, kalau dah biasa..bolehlah jerit- jerit macam tu? Nasib baik awak comel sikit..kalau tak, dah lama saya humban awak kat luar tu.”

Tiba- tiba kedengaran suara L. Dia betul- betul tidak suka dengan sikap perempuan jerit- jerit macam tu. Baginya, itu tidak beradab dan memalukan.

“ ahh..orang sakit jiwa diam- diam je lah. Menyampuk je keje.”

“ apa? Sakit jiwa? Saya atau awak yang sakit jiwa? Jerit- jerit macam orang gila.”

“ awaklah yang sakit..sape lagi. Muka cemberut aje macam kena sembelit.”

“ awak ni memang mulut tak reti nak...”

“ ops, makan pun tak pandai ke?”

Kata- kata L terhenti disitu. Dia terkedu seketika. Tanpa segan- silu, Beby mengelap sisa makanan yang jatuh di tepi bibir L menggunakan tisu. Ternganga dia seketika kerana tidak sangka dengan tindakan spontan Beby. Amirul dan Rexray berpandangan. Beby tersenyum mengejek. Sebenarnya dia sengaja..nak jatuhkan imej cool L tu depan kawan- kawan dia. Dah agak..wajah L terus menjadi merah. Beby ketawa terbahak- bahak dalam hati melihat ekspresi wajah L.

“ kalau saya tak pandai makan pedulilah..awak nak sibuk kenapa?”

Suara L yang keras keluar. Ah..itu cuma cara L mengawal perasaan terkejutnya saja. Ha ha ha..lelaki cool pun pandai gelabah juga rupanya..lagi- lagi Beby mentertawakanya dalam hati.

“ nanti peminat- peminat awak yang duduk kat sana tu ketawakan awak..aih..sejahat- jahat dan seteruk- teruk dan sebenci- benci saya pada awak..saya tetap sayang sebab tolong saya improve lagi bakat saya..k leader..i lap you.”

Belum puas lagi rupanya Beby mengenakan L. Selesai menghabiskan kata- katanya, Beby terus mula menjamah makanannya baru saja dihidangkan oleh pelayan tanpa memperdulikan mata ketiga- tiga jejaka itu yang masih memandangnya dengan rasa hairan. Apa mimpi gadis ni sampai boleh bercakap macam tu pada L hari ini?

“ ha ha ha ha ha..hebat! ha ha ha!.”

Tawa Rexray tiba- tiba meletus sambil bertepuk tangan. Ini betul- betul di luar jangkaan. Ha ha ha..rasa lucu pun ada juga. Apa yang lucu? Sebab Rexray geli hati apabila melihat reaksi L tadi apabila mendengar kata- kata Beby.

Amirul turut tergelak. Dia hairan tapi dia tabik dengan kata- kata Beby sebentar tadi. Dahi L berkerut seribu mendengar kata- kata Beby. Wajahnya panas manakala jantungnya pula terasa berdegup kencang kerana Beby mengungkapkan kata “ sayang” kepadanya di hadapan kawan- kawannya yang lain. Dah kenapa dengan gadis ni?

“ awak mimpi apa ni? Demam ke atau kena sampuk?” ha ha..L terus berusaha ‘ cover’ rasa terkejutnya sambil tangannya pura- pura ligat memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Ahh..Beby baru cakap macam tu tapi kenapa saya boleh gelabah macam ni sekali? Gila! Hati L membentak.

“ saya mimpi manis..kenapa? ada apa- apa masalah?”

Beby pula berusaha mengawal tawanya daripada meletus melihat reaksi L yang ketara sangat tidak keruan. Ha ha ha..baru macam tu dia dah perasan ke? Kuat perasan betulah lelaki ni. Saya baru kenakan dia tapi boleh pula muka tu merah sampai macam tu sekali.

Sebenarnya, ini salah satu cara Beby juga untuk menghilangkan rasa sakit hatinya pada Niel. Dia cuma mahu terus bercakap supaya rasa marah dan sakit hatinya itu segera hilang.


BERSAMBUNG.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku