LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 20 GELISAH
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
305

Bacaan






        Kira- kira pukul 6 petang, Niel mula mengemas meja kerjanya dan bergegas untuk pulang ke rumah. Setiap hari, Niel akan masuk kerja seawal pukul 8 pagi dan habis kerja pada pukul 6 petang tetapi jika dia ada kelas tambahan dengan pelajar, dia akan habis kerja pukul 9 malam.

       Memang sedikit letih tetapi dia merasa sangat seronok kerana dia memang sangat mencintai bidang seni tari sebab itulah dia sangat menikmati pekerjaannya itu. Ketika dia melangkah turun dari pejabat, dia melihat Beby sedang duduk di sebuah kerusi sambil bermain game. Agaknya menunggu dialah tu. Bibir Niel tersenyum lebar. Nah kan..kalau dia sudah ok, dia sendiri yang akan datang juga kepadanya. Tidak perlu bertikam lidah dengannya pun, gadis ini pasti akan tenang sendiri.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­“ Deyanna sayang..alias Beby..tunggu saya ke?”

Beby yang khusyuk bermain mobile legend dalam telefonnya, tersentak sedikit.

“ ohh Niel..nak balik dah?” kata Beby terus berdiri. Niel menghampirinya.

“ kenapa? Beby..i miss you.” Niel terus membisikkkan kata- kata manis itu pada Beby tapi Beby malah menumbuk perutnya.

“ ouchhh..tak sakit ha ha.” Niel mengusik.

“ tengah hari tadi ada makan juga ke?” tanya Beby.

“ tak jadi lunch ngan awak..jadi, saya pun dah malas nak makan.”

“ aahh..hurmm...suka hatilah..yang sakit nantinya Niel..bukan saya. Sape suruh layan pompuan yang saya benci tu. Meh lah saya temankan Niel pegi makan.”

“ makan? Sekarang? Tak payahlah..nanti saya makan kat rumah je.” Mendengar jawapan Niel, muncung Beby terus memanjang.

“ aihh..merajuk lagilah tu. Ok ok..nak makan kat mana?”

“ nanti dalam kereta saya bagitaulah.”

“ haih..special sangat ke sampai tak nak bagitau kat sini? Deyanna nak tumpang kereta saya tak hari ni?”

“ boleh juga..sendiri- sendiri pun okey.”

“ mana boleh macam tu..hee..jom jalan.”

Mereka berdua pun beriringan masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan kemudian kereta itu pun meluncur pergi meninggalkan perkarangan akademi seni itu. beby mahu membawa Niel pergi makan petang itu kerana dia tahu, Niel belum lagi makan sejak tengah hari tadi. Salah dia juga kerana terlalu cemburu sehingga menyebabkan Niel tidak makan langsung tengah hari tadi. Kasihannya..macam manalah dia buat kerja dalam keadaan lapar tadi?

APARTMEN JESICA

“ agak- agak, plan kita tengah hari tadi berjaya tak buat si hodoh tu gaduh ngan jurulatih tu?” tanya Jesica sambil mengecat kukunya dengan warna merah terang. Kononnya, warna merah melambangkan keberanian dan keseksian. Lyana yang sedang menyapu eyeshadow di kelopak matanya mengerling ke arah Jesica.

“ kalau dari pandangan saya, macam berjaya juga sebab, saya tengok Beby tu tadi, dia memang marah tahap dewa ngan jurulatih tu sampai tak jadi nak makan sama- sama.”

Jawabnya dengan yakin kerana tengah hari tadi, dia juga turut melihat Beby memarahi kekasih hatinya itu.

“ ha ha..mudah- mudahan ia satu permulaan yang baik untuk hancurkan hubungan mereka. Kalau boleh, biarlah pompuan tu lenyap terus. Telinga saya dah naik bernanah dengar Sir Wong puji- puji dia padahal belum ada apa- apa sumbangan ngan akademi tu pun. Baru jadi juara sekali.”

“ hari tu, awak cakap..Beby kena lenyap secepat mungkin sebab dia boleh mengancam keselamatan awak..macam mana dia boleh ancam keselamatan awak?”

“ oo..tu tak perlu awak tahu. Maaf ye..nanti, ada masa yang sesuai, saya bagitau awak kenapa.”

Lyana cuma mengangguk dan tidak memaksa Jesica untuk memberitahunya. Yang jelas, dia pun bencikan gadis berkaki pendek itu. Gara- gara dia, L tahu sikap sebenar saya! dan tidak mungkin L akan jatuh hati dengannya lagi tetapi Lyana sudah bertekad, jika dia tidak dapat memiliki L, orang lain pun takkan dapat memilikinya juga.

        Malam itu, Rexray, Amirul dan Fiq berkumpul di rumah L untuk menyiapkan tugasan berkumpulan mereka sekaligus menemani L. Kata L, ibu bapanya ada urusan selama tiga hari di China manakala abangnya pun ada program dengan rakan sepejabat selama 4 hari di Indonesia. L yang merasa sunyi pun membawa kawan- kawannya tidur di rumahnya malam itu. L memang selalu di tinggalkan seorang diri di rumah.

“ sunyi betulah rumah awak ni..macam berhantu je.” Fiq bersuara sambil meletakkan begnya di atas meja. Dia dan rakan- rakan yang lain baru saja sampai.

“ macam ni lah kalau semua pun takde kat rumah. Nasib baik ada Mak cik Ema tu..taklah juga kosong sangat rumah ni.”

Jawab L lalu menarik kerusi kemudian duduk. Dia menolong kawan- kawannya mengemaskan barang- barangnya.

“ ni pertama kali Fiq ikut kita bermalam kat sini kan?”

Amirul bersuara. Dia dan Rexray memang dah beberapa kali pernah bermalam di rumah L apabila semua ahli keluarga L tidak ada di rumah. Sebelum ini, setiap kali L mengajak mereka bermalam di rumahnya, Fiq mesti tak dapat ikut sebab orang tua Fiq tidak membenarkannya tetapi entah kenapa hari ini tiba- tiba dibenarkan pula.

“ ya..macam mana awak boleh lepas?” tanya Rexray sambil tangannya ligat melipat baju seluarnya yang baru dikeluarkan dari dalam begnya.

“ takde juga saya buat apa- apa..saya yakinkan mereka je..lagipun, saya dah 21..takkan masih tak boleh ikut kawan- kawan keluar kan?”

“ yaa...memang dah 21 tapi selama ni, parents awak tak pernah benarkan juga pun.”

“ tak tahulah apa angin mereka..he he.” Jawab Fiq dengan gembira. Dia memang susah nak mendapatkan kebenaran daripada ibubapanya jika keluar terlalu lama, apalagi kalau bermalam di luar sebab dia adalah anak tunggal.

“ korang nak makan apa- apa ke? Kalau nak, bagitau mak cik Ema kat bawah je. Dia kenal Ray dan Mirul juga kan.”

“ nantilah..belum lapar lagi ni. Nak baring kejap.” Rexray terus menghempaskan dirinya di atas tilam empuk setelah selesai melipat kain bajunya.

“ awak tak chatting ngan girlfriend awak ke Ray?”

“ ha ha ha..saya single dah ni..nak chatting ngan sape lagi? Malaslah ngan pompuan tu..balik- balik kantoi curang. Saya putuskan je lah. Tak berbaloi ada girlfriend macam tu.”

“ wahh..Ray dah single? Tahniah ha ha ha..welcome to jomblo club ha ha ha.”

Mereka berempat serentak ketawa. Mereka berempat adalah lelaki yang setia dan tidak suka mempermainkan perasaan perempuan tetapi perempuan yang selalu tinggalkan mereka. Tapi mereka tidak kisah sangat..sebab umur pun masih muda. Cuma, L saja yang ambil serius sebab hubungannya dengan Diana dulu dah nak sampai ke jinjang pelamin..putus pula.

“ oh ya L..saya rasa kelakar pula bila teringat akan kata- kata Beby tengah hari tadi..ha ha ha..hati awak tak terusik ke bila dia cakap macam tu kat awak? Saya tengok, muka awak merah habis.”

Lagi- lagi Rexray serta kawan- kawannya yang lain mentertawakan L. Entah mengapa ia terlalu kelakar bagi rakan- rakannya.

“ takdelah..sikit pun tak terusik.”

“ dia main- main je kot..sebab tengah hari tadi tu, dia gaduh ngan jurulatih tu.” Amirul bersuara.

“ saya dah agak dah! Jom kita mula buat tugasan tu..layan sembang punya pasal..nanti satu kerja pun tak siap.”

“ ok bos.”

AKADEMI SENI

         Beby merenung cincin yang sudah dia tanggalkan dan di simpan dalam dompetnya. Itu ialah cincin yang diberikan oleh Niel kepadanya ketika Niel melamarnya mahu berkhawin dengannya atau tidak. Dia sebenarnya masih tidak pasti dengan keputusan yang diambilnya tetapi semua sudah dibincang dan diurus. Hanya sebulan saja dari sekarang, pernikahan itu akan berlangsung. Dia akan menjadi isteri pada usia 21 tahun.

         Adakah ia terlalu muda bergelar isteri pada usia 21? Belum sampai setahun dia mengenali Niel tetapi dia berani menerima lamaran Niel. Adakah Niel tidak akan berubah bila sudah berkhawin nanti? Adakah dia akan setia? Adakah Niel tetap akan melayannya seperti mana dia melayan saya ketika ini?

         Jujur. Dia amat takut dan bimbang kalau- kalau tiba- tiba Niel meninggalkannya nanti. Majoriti yang bercerai dan rumahtangga yang bermasalah ialah rumahtangga pasangan yang berkhawin pada usia muda. Macam mana? Bahagia dan berkekalankah rumahtangganya bersama dengan Niel nanti?

“ wei! Termenung je keje dari tadi! Awak sakit ke atau kenapa ni?”

L menyentakkan Beby semula ke alam nyata. Beby memandang wajah L dengan tajam. Ahh..kacau betulah lelaki ni. Beby mencebik.

“ kenapa sibuk sangat ni? Biar je lah.” Jawab Beby dengan kasar. Nampak sangat dia tidak senang dengan teguran ketuanya itu.

“ biar? Hei, saya ni ketua. Kalau awak asyik takde semangat nak berlatih, macam mana nak menang? Ingat senang ke nak menang pertandingan tu? Saya tahu awak berbakat..tapi, lawan kita bukan calang- calang tau. Kalau awak pernah tengok movie Street dance..awak tentu akan faham.”

“ saya tahulah awak ni ketua..tak balik- balik bagitau saya. Tak payah nak berlagak sangat. Buat orang menyampah tahu tak?”

“ saya bukan berlagak..saya cuma nak ingatkan awak..lawan kita sepuluh kali ganda lebih hebat dari kita, jadi kita kenalah berusaha dengan keras supaya tak berputih mata nanti.”

Jawab L. Nada suaranya tiba- tiba menjadi kuat. Agaknya geram dengan sikap Beby yang suka sangat melawan kata- katanya. Amirul dan Rexray berpandangan. Rexray mengangkat bahunya tanda tidak mahu campur tangan.

“ tak payah nak ingatkan sayalah..saya tak lupa juga tu.”

“ habis tu, kalau awak tahu, kenapa dari tadi asyik duduk je? Orang lain pun bercinta juga tapi takde lah macam awak ni yang asyik termenung je macam orang gila.”

“ awak boleh cakap apa yang awak nak, tapi jangan pernah sentuh pasal urusan peribadi saya.”

Beby memandang wajah L dengan tajam. Bukan baru hari ini Beby bersikap seperti ini. Akhir- akhir ini, memang Beby asyik termenung dan kelihatan tidak bersemangat untuk berlatih. Memanglah L geram.

“ awak ni memang degil ea..tegur sikit dah melenting. Sape yang berlagak sebenarnya ni? Saya atau awak?”

“ eh, dahlah tu..tak malu ke gaduh- gaduh ni? Boleh tak, kalau ada yang korang berdua tak puas hati..bincang bagus- bagus.”

Amirul yang mulai bengang mendengar Beby dan L bertikam lidah terus menamatkan perdebatan tidak rasmi itu. Kalau dibiarkan, sampai esok pun belum tentu habis.

Sama- sama keras kepala dan degil. Masing- masing tidak mahu mengalah. Beby menjeling L dengan tajam lalu terus mencapai begnya kemudian melangkah meninggalkan dewan tari.

“ haa..tengok..nampak tak? Macam mana saya nak bincang baik- baik kalau perangai dia macam taik? Korang pun nampak kan?”

L menunding jari ke arah Beby yang semakin menghilang dari pandangan. Tambah bengkak hatinya melihat tindakan Beby yang terus meninggalkan dewan tari. Mahu saja dia mengejar dan menarik tubuh kecil gadis itu dan menghadiahkan satu tamparan di pipinya.

“ mungkin dia ada masalah..dia tu pompuan. Perasaan mereka ni tak sama ngan lelaki. Apalagi kalau mereka tengah period.”

Kata Amirul terus- terusan membela Beby. L menendang botol air di bawah kakinya lalu menghempaskan dirinya di atas lantai jubin. Haih..geram betul dia dengan sikap Beby yang suka melawan.

“ oo..perasaan dia jelah kena jaga? Bertuah punya perempuan!”

Walauapapun penjelasan Amirul, dia tetap tidak puas hati. Dia betul- betul tidak suka perempuan yang suka melawan dan meninggikan suara. Baginya, perempuan seperti itu tidak perlu di hormati. Kenapalah perempuan itu tidak mahu mencuba untuk berubah? Dia cuba menjadi kawan Beby tetapi gadis itu sendiri yang selalu buat dia marah dan menambahkan lagi rasa benci di hatinya.

“ awak pun tak patut tengking dia tadi.”

Rexray bersuara sambil membetulkan tali kasutnya. Dia pun kurang setuju dengan cara L menegur Beby tadi. Perasaan perempuan ni halus dan sensitif. Mereka perlu dilayan baik- baik.

“ ahh..saya bukannya marah dia terus..dia je yang melebih- lebih. Nak juga ke saya layan baik- baik perempuan kasar dan tak tahu di untung tu?”

“ walaupun dia kasar tapi jiwa dia tetap perempuan. Saya yakin, kalau awak cuba memahami sikap dia dan terima dia seadanya, korang boleh jadi kawan.”

Tambah Rexray. Dia percaya, L yang tidak mahu memahami dan tidak mahu menerima diri Beby seadanya sebab itulah dia tidak boleh menerima Beby sebagai kawan.

“ jadi, maksud awak..saya yang kena faham dia? macam mana pula dengan saya? pernah ke dia cuba faham saya?”

“ kurang lebih macam tu la..dah..jangan marah- marah lagi. Jom sambung latihan. Esok- esok, dia ok lah tu.”

         Jesica memasukkan dompet, lipstik, bedak, minyak wangi dan telefon nya ke dalam tas tangan berjenama Gucci. Tidak lupa juga dia membawa cermin hitamnya. Selama tiga tahu dia bergelar model dan penyanyi, hidupnya semakin senang dengan kemewahan yang dia peroleh daripada sugar daddy nya.

        Dalam bidang nyanyian, dia sedikit kurang menyerlah dan tidak popular sangat tetapi dalam bidang peragaan, dia sangat laku kerana dia bijak bagaimana mahu memperagakan pakaian dan bijak apabila berada di hadapan lensa kamera. Dia cantik di tambah pula dengan sikapnya yang pandai menggoda membuatkan ia senang mendapat tawaran daripada pelbagai syarikat pengiklanan, peragaan dan juga perkhidmatan.

        Badannya yang langsing dan kakinya yang panjang membuatkan ia sentiasa kelihatan cantik dengan apa jua busana yang disaruangkan ke tubuhnya. Sememangnya, dia sangat bertuah kerana memiliki wajah cantik dan tubuh yang sempurna. Namun sayang sekali, sikap dan perangainya sangat jauh dari Tuhan.

“ cik pengurus, malam ni awak tidur sini kan?”

Tanya Jesica yang sudah siap memasukkan barang- barang peribadinya ke dalam tas kesayangannya. Dia duduk di hadapan Lyana yang sedang sibuk menaip sesuatu dalam laptop.

“ tak..saya sibuk ni susun jadual awak. Kenapa? Nak saya balik ke?”

Tanya Lyana kembali. Sejak dia menjadi pengurus Jesica, dia jarang sekali pulang ke rumahnya. Walaupun selalu ditegur oleh orang tuanya tetapi dia tetap saja tidak mahu mengendahkannya.

“ oo..taklah..minggu depan saya ada pergambaran untuk produk baru L’oreal dan juga pergambaran untuk pelancaran butik baru Superdoss tu..susun baik- baik ye. Jangan sampai bertindih. Saya tak suka.”

“ hmm..yelah..nanti saya tengok tarikhnya dulu ya. Awak ada dinner ke ni? Cantik sangat.” Puji Lyana kepada Jesica yang cantik menawan menyarung dress berwarna krim.

“ cantik ke? Ha ha..saya nak pegi airport je..nak sambut kepulangan seseorang yang selama ni saya rindukan.”

Jawab Jesica bersungguh- sungguh. Mendengar jawapan Jesica, dahi Lyana berkerut seketika. Setahu dia, Jesica ini tidak pernah serius dan jujur bila menjalin hubungan dengan mana- mana lelaki. Dia cuma mahukan wang.

“ wahh..siapa? VIP ke?”

“ ha ha ha..bukanlah...Cuma..ahh..nanti saya bagitau awak ya. Saya jalan dulu.”

Lyana mengangguk. Istimewa sangat ke? Jesica pun melangkah keluar dari apartmen mewahnya dengan memakai heels setinggi inci.


BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku