LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 21 CURIGA
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
207

Bacaan






         Beby melangkah dengan longlai menuju ke ruang tamu. Hari ini dia benar- benar tidak ada mood mahu melakukan apa saja. Semasa di kolej dan juga latihan menari tadi pun, mood dia betul- betul ke laut. Nasib baik ada Yana yang tampil secara sukarela membantunya menyiapkan slide power point untuk pembentangan Mikrobiologi.

         Entah kenapa moodnya ke laut hari ini. Semangatnya yang selalu berkobar- kobar pun suram saja hari ini. Mungkin sebab Niel tiba- tiba menyepikan diri. Sepanjang perhubungan mereka, inilah kali pertama Niel seperti mengabaikannya. Mula- mula, dia sangka Niel sibuk sangat sebab bila dia menghantar chat kepada Niel, delivered sahaja tetapi tidak blue tick. Ini bermakna, Niel belum membaca chat nya lagi. SMS pun dibalas dua tiga kali sahaja itu pun agak lama dia menunggu baru kena balas. Bila kena call, tidak di angkat.

         Beby cuba membuang prasangka- prasangka buruk yang mula memenuhi seluruh ruang mindanya. Oleh kerana tidak tahan berteka – teki, Beby terus datang ke pejabat untuk memastikan Niel berada di situ ataupun tiada. Tetapi, sesampainya di sana, jurulatih yang lain memberitahunya bahawa, Niel tidak hadir hari ini sebab Niel cuti. Tiba- tiba cuti? Kenapa saya langsung tidak di beritahu? Saya tak penting ke? Saya kan bakal isteri dia..satu bulan saja lagi dari sekarang.

“ hei little boy, kenapa ni? Masam je muka tu..sakit ke?”

Melihat wajah masam adik perempuannya, Richell segera mendapatkannya. Dia duduk di sebelah Beby. Beby terus melentokkan kepalanya di atas bahu abangnya.

“ aii, hari tu kemain nakal lagi usik abang..apasal hari ni manja semacam je ni?”

Richell tergelak melihat telatah Beby ketika ini. Tidak pernah- pernah adik perempuannya yang maskulin ini bermanja seperti ini kepadanya.

“ abang Chell.” Beby memanggil lembut nama abangnya.

“ kenapa ni?”

“ dah berapa kali abang bercinta?” pandangan Richell yang tadinya asyik tertumpu pada skrin TV terus beralih ke wajah Beby.

“ err..abang rasa, macam baru dua kali.”

“ dua kali? Betul ke ni? Penipu besar..perangai macam abang ni ingat saya percaya ke abang baru bercinta dua kali.”

Suara Beby yang nyaring terus kedengaran. Dia memandang wajah abangnya dengan pandangan tidak percaya. Budak zaman sekarang yang baru berumur 16 tahun pun dah hampir 10 kali tukar girlfriend..ni kan pula 23 tahun.

“ aii..kenapa pandang abang macam tu? Abang cakap betulah. Ingat abang ni playboy sangat ke? Nakal- nakal abang pun, abang tetap tak suka permainkan perasaan perempuan.”

“ ye ke? Habis tu, whatsapp yang tak reti nak diam tu siapa pula? Berduyun- duyun je chat masuk.”

“ tu group kat campus la tu..jarang je abang layan. Jadi CCTV je. Kenapa Beby nak tahu abang dah berapa kali bercinta? Beby ada masalah ngan bakal husband orang Jepun tu ke?”

“ dia bukan Jepun ori lah bang. Kacukan je. Bapa dia memang Jepun tapi dari kecik dia hidup ngan mak dia..langsung takde ciri- ciri dan gaya hidup orang Jepunlah.”

“ ye..abang tahu..hari tu kana bang pegi main futsal sama- sama ngan Niel tu. Haa..jadi, ceritalah sama abang..apa masalah Beby ni.”

“ hee..takde lah bang..saja je tanya tu.” Beby menafikan. Entah kenapa lidahnya berat sangat mahu berkongsi dengan abangnya itu. Mungkin juga dia berat hati nak cakap sebab dia tidak mahu fikir yang bukan- bukan pasal Niel.

RUMAH L

“ Abang, boleh saya bercakap sebentar ngan abang ke?”

tanya Puan Hasni sambil menghampiri suaminya yang sedang sibuk membaca surat khabar sejak tadi. Mereka baru balik dari luar Negara semalam. Esok baru mereka akan kembali berkerja. Encik Johan menutup surat khabar yang sedang di bacanya lalu dilipatnya.

“ ya..ada apa mamanya?”

Puan Hasni terus melabuhkan punggungnya di atas sofa. Tadi, semasa dia mengemas bilik tidur anak sulungnya Roxiee, dia ternampak banyak resit pengiriman wang. Melalui resit tersebut, Roxiee selalu memasukkan wang ke dalam akaun L. Bila lagi? Kalau Roxiee mengirim semua wang ke dalam akaun L melalui online banking, memang selama- lamanya dia tidak akan tahu. Nasib baik, Roxiee selalu juga mengirim wang kepada L melalui mesin.

Bukanlah satu perkara yang pelik apabila Roxiee memberi wang saku untuk adiknya itu tetapi, kebiasaannya, jika Roxiee memberikan wang saku kepada L, dia akan memberikan kepadanya secara tunai sebab bukan banyak sangat pun. Wang saku yang sebenar adalah diberikan oleh suaminya Encik Johan. Tetapi, kenapa Roxiee memasukkan wang ke dalam akaun L setiap bulan begini banyak..setiap bulan pula tu. Macam Roxiee seorang saja pula yang bertungkus- lumus untuk L.

“ abang dah tahu ke yang Oxi masukkan duit ke dalam akaun L setiap bulan? Banyak- banyak pula tu..taklah sampai ribu- ribu tapi untuk student macam L dah kira banyak.”

Mendengar kata- kata isterinya, serta- merta wajah suaminya berubah warna.

“ setiap bulan? Berapa dia bagi? Sampai 1k ke?”

“ taklah juga..kadang RM500, kadang RM600, ada juga RM700..dia tak pernah bagi L duit sebanyak tu selama ini. Paling banyak pun RM200. Kenapa? Abang tak bagi L wang saku lagi ke? Yuran pengajian L, Oxi dan L je yang bayar ke bang?”

Puan Hasni terus meluahkan rasa geram dan resah di hatinya. Betul ke suaminya ini sampai hati tidak memberikan nafkah pada anaknya sendiri?

“ memang abang dah tak bagi apa- apa pada dia..tak berbaloi nak bagi dia wang. Tak pernah dengar nasihat abang. Abang cuma nak bagi pengajaran sama budak nakal tu. Bukannya mahu mendera.”

“ budak tu berani nak pertahankan kursus dia tu sebab dia memang suka bidang tu bang..dia suka bidang perubatan..dia suka bidang seni. Apa salahnya bang? Bukannya salah dia ambil bidang perubatan dan bidang seni tu. Kalau kita paksa dia ambil bidang yang dia tak suka..tak kemana- mana bang. Dah nak dekat satu tahun abang tak bagi 1 sen pun kat anak sendiri..dah melampau bang.”

Luah Puan Hasni berasa simpati terhadap anak bongsunya itu. Ketika L masih berada di sekolah menengah, mereka sangat rapat. Tetapi sekarang, L seperti terus mengelakkan diri daripadanya dan juga suaminya. Mungkin dia fikir, ibunya ini pun turut sama menentang cita- citanya.

“ haa...tengoklah tu..anak tak dengar cakap di bela. Haa..dia jadi macam tu sebab mama terlalu memanjakan dia. Tengoklah sekarang apa dah jadi..tak hormat orang tua langsung!”

Bentak Encik Johan sambil menghempaskan surat khabar di tangannya kemudian terus berlalu. Puan Hasni terdiam. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Kasihan Roxiee terpaksa berseorangan menyara adiknya.

Roxiee pun baru berumur 26 tahun. Dia pun mesti mengumpul wang sebanyak mungkin untuk masa depannya nanti. Dengan langkah longlai, Puan Hasni menuju ke bilik tidurnya. Tanpa disedari, pertengkaran itu disaksikan oleh Roxiee yang kebetulan turun ke dapur mengambil air. Dia menghembus nafas berat.

Apa yang berlaku dengan keluarganya sekarang? Hubungan mereka sekeluarga sangat dingin walaupun tinggal satu rumah. Roxiee melangkah menuju ke bilik adiknya yang tertutup rapat. Kalau ada Encik Johan di rumah, memang L takkan keluar dari biliknya. Kalau keluar pun, dia takkan bertegur sapa dengannya.

Selepas habis kuliah dan latihan, dia akan masuk ke dalam bilik dan tidak keluar- keluar lagi kecuali mandi dan ke tandas. Dia tidak akan melepak di ruang tamu dan juga tidak makan bersama- sama dengan keluarganya. Kalau L lapar, dia akan meminta mak cik Ema menghantarkan makanan ke biliknya.

“ L, abang ni..abang masuk, boleh?”

“ masuk je..tak kunci pintu tu.” Dengan suara perlahan, kedengaran suara L menjawab dari dalam.

“ L tulis lagu ke?” tanya Roxiee mengambil beberapa helai kertas di atas meja tulis adiknya.

“ ya.” L memandang sekilas ke arah Roxiee yang sedang cuba- cuba membaca bait- bait lirik lagu yang dicipta sendiri oleh L.

You can stop to love me, you can ignore me as much as you want, but you will never be able to stop me to love you, now and probably for ever, im still in love with you.

Hmm..macam dia tahu- tahu je untuk siapa lagu itu. Mesti dia tujukan untuk Diana. Satu- satunya gadis yang paling L sayang.

“ baguslah kalau L masih tak putus asa..tapi, macam mana ngan papa? Tadi dia bertengkar ngan mama.”

Jari- jemari L yang rancak menulis lirik lagu terus terhenti apabila mendengar kata- kata abangnya. Yakah? Sebenarnya dia bukan benci dengan ayahnya itu tetapi dia cuma tidak tahu apalagi yang harus dia jawab jika ayahnya bertanya mengenai kursus yang diambilnya itu. Dia sudah menjelaskannya lebih dari sepuluh kali tetapi ayahnya tetap saja tidak mahu menerima penjelasannya.

“ bertengkar pasal apa lagi? Entahlah bang..papa tak pernah cuba nak fahami saya. Saya dah letih nak jelaskan pada dia. Sekarang, saya nak buat apa yang saya suka.”

“ mungkin papa tak nak awak susah je di masa akan datang.”

“ apa- apa kerja pun susahlah bang..dahlah..jangan cakap pasal tu lagi. Malas nak komen apa- apa. Menyakitkan hati je.”

Roxiee terdiam. Dia tahu adiknya ini sangat tidak suka bila hal itu diungkit. Tetapi, jika ia terus dibiarkan, bila akan selesai?

“ ok..sorry. Abang cuma kesian kat mama tadi di tengking oleh papa sebab cuba nak bela L.”

Huh? Mama membela saya? betul ke? Bukankah selama ini mama pun sependapat dengan ayah juga? Sebab tu dia tidak pernah bersuara untuk membela saya?

“ oo..yalah..hmm..oh ya, abang tipu kan pasal hubungan abang dengan si Beby hari tu? Masa majlis ulang tahun Batrisyah.”

L baru teringat. Dah lama dah dia nak tanya pasal ini kepada abangnya tapi asyik lupa saja. Mana mungkin Beby sedang bercinta dengan abangnya sedangkan gadis itu sedang mabuk cinta dengan jurulatih mereka sendiri.

“ oo..ya. Abang tipu je sebab tak nak ayah paksa saya khawin ngan Batrisyah tu.”

“ kenapa abang tak nak? Dia tu bukan je menutup aurat, cantik, sopan, berpangkat pula tu.”

“ abang tak tengok tu semualah..abang cuma akan pilih perempuan yang betul- betul abang sayang dan juga dia sayang abang. Tu je..tak tengok harta ke pangkat ke. Jahil agama ke..semua tu boleh di bimbing dan di ubah. Hati kalau di paksa..memang tak menjadi.”

“ ahh..betul juga kan..tapi, ramai- ramai pompuan, kenapa abang pilih si Beby tu jugak menyamar jadi kekasih abang malam tu?”

“ ha ha ha..entahlah..tak tahu..tapi dia comel sangat. Walaupun kasar tapi best kawan ngan dia. Banyak cakap banyak cerita. Tak control ayu. Memang best.”

L cuma mengangguk menyampah. Betul ke best? Pompuan yang banyak cakap macam dia tu, bising..menyakitkan telinga je..apa yang best nya? L memerli Beby dalam hati.

         Jesica mengeluarkan cermin kecil berbentuk Hello kitty yang sentiasa di simpan dalam begnya kemudian sekali lagi dia meneliti setiap inci wajahnya melalui cermin kecil tersebut. Risau pula kalau ada tahi mata ke..malulah dia nanti di depan jejaka yang selama ini dia tunggu- tunggu untuk pulang ke tanah air.

        Ya..selama ini, dia memang ramai teman lelaki tetapi sebenarnya dia hanya memperalatkan mereka semua untuk mendapatkan kemewahan. Tetapi, tiada seorang pun yang tahu, Jesica sebenarnya mempunyai seorang lelaki yang sangat dia cintai. Antara semua lelaki yang di dampinginya, hanya seorang sahaja dalam hatinya yang benar- benar dia sayang.

        Adzyril. Saat nama itu meniti di bibirnya, wajahnya jelas kelihatan cukup bahagia. Dia dan Adzyril berkenalan semasa mereka berdua mula- mula memasuki sekolah modelling. Ketika itu, mereka berdua baru berusia 18 tahun. Namun, setahun kemudian menjalin hubungan dengan Adzyril, lelaki itu pergi menyambung pelajarannya di Kota London dalam bidang pengurusan perniagaan dan juga sekaligus memajukan dirinya dalam bidang peragaan di sana.

         Selepas Adzyril pergi menyambung pelajarannya, Jesica mula tenggelam dengan kejayaan yang dia perolehi dan mula pandai menjejakkan kaki ke kelab malam dan kerap bertukar teman lelaki. Dia menggunakan kecantikkan dan bakatnya untuk menggoda ramai lelaki kaya dan sanggup tidur dengan mana- mana lelaki hanya kerana duit dan harta.

         Adzyril sama sekali tidak tahu mengenai hal ini kerana dia berada di luar Negara selama 3 tahun. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi kalau lelaki itu tahu apa yang dia lakukan selama Adzyril berada di luar Negara. Yang pasti, dia takkan membenarkan Adzyril tahu mengenai kegiatannya itu.

“ cik Jessiana Erina?” Jesica yang sibuk meneliti wajahnya terkejut dengan sapaan itu yang memanggil nama penuhnya dan terus mendongak ke arah suara tersebut.

“ Jesica?” seorang lelaki tinggi lampai, berbadan tegap, memakai cermin mata hitam, rambut berwarna coklat gelap, hidung mancung dan berkulit hitam manis sedang berdiri di hadapannya. Jesica terus bangkit dari tempat duduknya. Lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya.

“ Adzyril!! Jesica memekik kerana terlalu gembira. Dia terus memeluk lelaki itu tanpa memperdulikan mata- mata yang sedang melihat ke arah mereka.

“ hensemnya awak!” puji Jesica yang sangat teruja melihat sang lelaki pujaannya sangat kacak dan bergaya. Sudah tentulah dia bergaya sebab Adzyril juga seorang model macam Jesica.

“ ha ha..biasa je..awak pun cantik. apa khabar? Last kita jumpa masa raya dua tahun yang lalu kan?”

“ yupp..saya baik je..apa rancangan awak seterusnya ni? Dah konvo kan..takkan awak terus nak cari keja..tak nak rehat- rehat dulu ke?”

Jesica sedikit kecewa apabila langsung tidak ada kata- kata romantik dari Adzyril untuk dirinya.

“ humm..kalau dalam bidang perniagaan dulu, saya rasa nak tangguhkan dulu..tapi kalau dalam bidang modelling, ada satu sekolah seni yang offer saya untuk jadi guru modelling kat sana.”

Adzyril menjelaskan. Beberapa hari selepas dia konvokesyen, dia telah mendapat satu email daripada satu sekolah seni yang menawarkannya untuk menjadi tenaga pengajar di situ. Katanya, bidang peragaan dan modelling baru saja di buka di sekolah seni itu jadi mereka masih mencari tenaga pengajar untuk mengajar kursus baru itu.

“ dah ada tawaran kerja? Baguslah tu..kat mana?”

“ ermm..Amazing Voice & Dance Art Academy.”

Jesica tersentak seketika apabila mendengar nama sekolah seninya itu.

“ err..err..jadi, Ad terima ke tawaran tu?” gugup Jesica seketika. Habislah saya! macam mana kalau ada pelajar di sana yang tahu mengenai kegiatan saya dan memberitahu Adzyril mengenai hal. Hatinya terus gundah gulana tidak senang.

“ ya..saya dah terima..nanti nak datang temuduga. Kenapa?” Jesica mengenggam jari- jemarinya. Apa yang harus saya lakukan sekarang? Kalau dia tahu mengenai kegiatan saya itu, tentu dia tidak akan teragak- agak untuk meninggalkan saya.

“ yakin dah ke ngan pilihan awak tu? Tak nak cari tempat lain? Mungkin ada yang lebih baik.”

“ ha ha..mungkin tak kot, sebab saya ada cari- cari maklumat serba- sedikit pasal sekolah seni tu..sekolah seni tu agak popular juga kat sini dan banyak kali memenangi anugerah.”

“ ish, takkan awak nak berdiri je kat sini? Ajaklah saya pegi minum dulu.” Tambah Adzyril lagi. Dengan senyuman tawar, Jesica terus mengangguk dan berlalu dari situ bersama Adzyril. Ah..apa yang harus saya lakukan sekarang? Saya dalam masalah besar ketika ini.

AKADEMI SENI

         Beby melangkah layu menuju ke Dewan tari. Setelah habis kuliah di kolej tadi, dia terus ke akademi seni tanpa menunggu rakan- rakannya yang lain. Sudah dua hari Niel mendiamkan diri tanpa ada sebarang berita. Dia tidak tahu mahu mencari Niel kemana lagi. Dia datang ke Queen Boutique pun, butik itu tutup.

         Kenapa Niel langsung tidak menghubunginya? Saya ada buat salah ke yang menyebabkan lelaki itu tersinggung? Tapi, saya dah ingat betul- betul..tiada apa- apa yang saya buat. Beby memandang skrin telefonnya. Bilalah dia nak call saya ni? Niel, tolonglah call saya..sekurang- kurangnya saya tahu awak di mana dan tahu apa yang sedang berlaku. Entah kata hatinya di dengari oleh Tuhan atau tidak, tetapi selesai saja hatinya berkata demikian, tiba- tiba handphone nya berbunyi. Ada panggilan masuk.

“ Niel!” belum pun sampai 10 saat handphone nya berdering, Beby terus menyambutnya tanpa teragak- agak.

“ wahh..cepatnya sambut call..sayang, i miss you.”

Terus kedengaran suara lembut lelaki itu di hujung talian. Beby tersenyum pahit mendengar suara itu. Rasa macam nak menangis pun ada. Terharu sebab tahu lelaki itu masih hidup kot.

“ Niel, awak kat mana? Dua hari menghilangkan diri. Kenapa baru sekarang call saya?”

“ saya tak pegi mana- mana pun..saya dalam hati awak je.”

“ tipu. Habis tu, kenapa tak angkat call tak balas chat saya?”

“ betul..tak tipu. Beby rindu saya ye? Kalau rindu, tengoklah kat belakang dulu.”

Hah? Dia ada kat belakang saya ke? Beby terus memandang ke belakang.

“ hai.” Beby terkaku seketika apabila melihat sesusuk tubuh yang di rinduinya sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis. Beby terus menghampiri Niel.

“ Beby maafkan saya kan?” Beby tidak menjawab. Dia terus memandang Niel dengan wajah masam.

“ janganlah marah..kan Niel dah minta maaf ni..saya..err..mama saya masuk wad, jadi saya sibuk jaga dia selama dua hari ni.”

Mama dia sakit? Beby terus memandang wajah Niel. Wajah lelaki itu kelihatan ceria tetapi kulitnya kelihatan pucat sedikit dan matanya juga layu tidak bermaya. Pipi juga cengkung sikit. Betul ke mak dia yang masuk wad? Mak ke atau dia? Beby mulai curiga melihat keadaan kekasihnya itu.

“ betul ke mama awak yang sakit ni? Tapi, kenapa awak pulak yang dah macam jadi kurus ni? Macam baru sembuh dari penyakit.”

Tanya Beby terus meluahkan rasa curiganya. Niel tergelak kecil.

“ saya susah hati bila mak sakit..takde selera nak makan. Sebab tu jadi kurus sikit.”

Penjelasan Niel tadi sedikit sebanyak membuatkkan hati Beby lega tapi, takkan dalam dua hari ni dia takde selera makan, boleh kurus mendadak macam ni? Dia ada masalah kesihatan ke? Tapi ibu Niel..langsung tak cakap apa- apa pun mengenai kesihatan anaknya itu. katanya semuanya baik- baik saja.

note: Novel ni yang tajuk asalnya " The Time We Were Not Love" dah saya tukar tajuknya jadi " Lelaki Terbaik Untukku"..saja tukar tajuk sebab tajuk asalnya panjang sangat dan susah nak taip kalau nak cari :)
BERSAMBUNG


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku