LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 22 ADZYRIL ISKANDAR
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
183

Bacaan






“ Wei Beby! Apasal terus tinggalkan kami tadi kat kolej hah?”

Beby tersentak mendengar sergahan itu. Dia menoleh ke belakang. Terpancul wajah Syika, Verra dan Mia dengan muncung yang tajam. Konon- konon merajuklah tu. Tadi, habis saja kuliah, dia terus meninggalkan perkarangan kolej tanpa menunggu tiga orang sahabatnya itu kerana malas menunggu mereka berlama- lama dalam tandas. Bersoleklah tu.

“ eh, nak salahkan saya pula..sape suruh korang bersolak berjam- jam dalam tandas tu..saya dah membusuk tahu tunggu korang.”

Jawab Beby dengan yakin. Dia memang benci sangat apabila di suruh menunggu. Menunggu adalah salah satu perkara yang sangat- sangat di bencinya.

“ manada berjam- jam. Tak sampai sepuluh minit pun. Bakal laki awak baik..awak pakai mekap ke selekeh ke tetap juga dia tak kisah. Tapi kami ni..haa..adalah yang masuk tong sampah nanti.”

“ sebab tu penting pilih lelaki yang bukan tengok luaran aje..buaya tu..buaya. Faham tak?”

“ banyaklah kau punya buaya cik Beby oii..dahlah..kejap lagi kelas mula ni. Jom.”

Syika yang malas hendak berperang mulut dengan Beby terus mengakhiri perdebatan mereka di situ. Beberapa minit lagi, kelas vokal akan bermula. Mereka bertiga pun beriringan masuk ke dalam kelas dan mengambil tempat masing- masing.

“ Beby, cuba awak tengok kat sana tu..lain macam je si gedik tu hari ni.” Verra membisikkannya di telinga Beby.

“ sape?”

“ tu lah..Lyana ngan Jesica tu. Happy semacam je..selalunya muncungnya tajam je tu. Memang loteri agaknya.”

Beby terus mengerling sedikit ke arah Jesica dan Lyana yang duduk tidak jauh dari mereka. Yalah..gembira sangat. Selalunya dua orang sahabat gedikk ini memang susah nak dengar mereka bergelak tawa.

“ pedulilah..malas nak hadap muka hantu tu.”

Beby segera memalingkan wajahnya ke tempat lain. Benci sungguh dia melihat dua orang gadis tersebut.

Ketika semua pelajar masih berbual- bual, ketika inilah guru vokal mereka masuk tetapi kali ini dia tidak berseorangan. Hari ini, dia di temani oleh Encik Aaron dan beberapa kakitangannya. Bersama- sama dengan mereka, seorang lelaki dan seorang perempuan yang agak tidak familiar wajahnya turut sama masuk ke dalam kelas.

“ selamat petang semua, seperti yang kamu dah sedia maklum bahawa, sekolah kita dah tambah satu lagi kursus terbaru iaitu kursus peragaan dan modelling. Jadi, sehubungan dengan itu, kita pun terima dua tenaga pengajar khas untuk kursus baru tersebut. Sila perkenalkan diri kamu.”

Encik Aaron, selaku pengetua di akademi itu memberi penjelasan serba- sedikit mengenai kursus itu kemudia mempersilakan seorang daripada tenaga pengajar tersebut untuk memperkenalkan diri.

“ hai..selamat petang. Nama saya Joydiee Mikha Prajuwato berasal dari Jakarta, Indonesia. Kalian semua boleh panggil Mikha . Umur saya, 30 tahun. Saya berharap, saya bisa memberikan sesuatu yang baik dan berguna untuk semua pelajar di sini..terima kasih.”

Ohh..tenaga pengajar yang satu ini berasal dari Indonesia pula. Beby curi- curi pandang pada tubuh langsing gadis itu. Cantiknya dia..ish..model memanglah cantik. selepas guru yang berasal dari Indonesia itu memperkenalkan diri, seorang lagi lelaki tampil ke hadapan. Lelaki bertubuh sasa, tinggi lampai dan dengan jambangnya yang dicukur dengan kemas dan bergaya sekali itu memberikan senyuman yang manis kepada semua pelajar di hadapannya.

“ hai selamat petang semua, nama saya Adzyril Iskandar. Berumur 28 tahun. Selamat berkenalan semua..terima kasih.”

Jesica tersenyum lebar melihat pujaan hatinya memperkenalkan diri. Ya, hari ini Adzyril melapor diri dan akan memulakan kerjayanya sebagai tenaga pengajar dalam kursus peragaan dan modelling di akademi seni itu. walaupun begitu, dalam gembira, dia tetap juga khuatir dan risau kalau- kalau ada pelajart yang membocorkan rashianya.

“ ok, nampaknya mereka telah pun memperkenalkan diri masing- masing. Jadi, selepas ni, sesiapa pelajar yang berminat dalam bidang peragaan dan modelling, bolehlah mendaftar di dewan akademi ni pukul 3 petang esok. Terima kasih dan jumpa lagi.”

Kata Encik Aaron mengakhiri sesi memperkenalkan diri yang sangat ringkas itu kemudian melangkah keluar dari kelas bersama- sama dengan tenaga pengajar baru itu. lenyap sahaja mereka dari pandangan, pelajar- pelajar mula berbisik sesama sendiri. Mungkin berbincang mengenai kursus baru di akademi seni itu.

“ ok ok..saya tahu, kamu semua nak bercakap pasal kursus baru tu kan tapi, sekarang ni masa untuk kelas saya..jadi, tolong beri perhatian dulu.”

Melihat para pelajarnya tidak lagi memberi perhatian, Ms. Elia pun segera mengingatkan para pelajarnya bahawa waktu ini ialah waktu kelasnya. Mendengar teguran pensyarah mereka, desas- desus tadi terus hilang dan kelas kembali menjadi sunyi sepi.

WAKTU REHAT

“ Jadi, macam mana? Nak ambil kelas peragaan ke Ika?”

Tanya Beby kepada Syika. Tadi Syika kata, mungkin dia berminat mahu mengikuti kelas itu kerana dia pun sangat suka bidang peragaan. Lagipun, dari pandangan Beby, bidang peragaan sangat sesuai untuk Syika yang berkaki panjang dan bijak bergaya. Dia juga sangat pandai bergaya di depan lensa kamera.

“ saya rasa, saya memang nak tapi..kalau saya masuk kursus ni..saya rasa, saya terpaksa drop kursus teater dan nyanyianlah.”

“ hei, kenapa pula nak drop? Satu tahun je lagi habis dah ni..sayangnya. Bukan free lagi.”

Verra dan Beby serentak berpaling ke arah Syika. Memang sayang kalau Syika mahu membatalkan kursus teater dan nyanyian kerana setiap subjek itu dibayar setiap bulan bukannya percuma.

“ nanti saya tak dapat handle kalau banyak sangat saya belajar. Dahlah kat kolej bertimbun nak kena hafal dan faham. Tambah ngan teater, nyanyian dan peragaan..matilah saya weh nak belajar semua.”

Jawab Syika sambil menyuakan ABC ke dalam mulutnya yang sentiasa dihiasi dengan lip tint berwarna rose.

“ saya ok je pun..saya lagilah teruk..saya ambil kelas muzik, nyanyian, teater, tarian dan juga kursus makmal perubatan. Saya masih hidup juga pun. Mia, tolong bagi tisu tu kat saya.”

Beby yang baru menerima makanan yang dia order tadi meminta tisu daripada Mia. Hari ini pun dia tidak dapat bersama Niel kerana lelaki itu sibuk. Dia kena menyiapkan beberapa fail yang tertangguh kerana dia cuti selama dua hari.

“ nantilah saya fikirkan balik. Saya tanya bapa saya dulu. Mesti dia ada cadangan yang lagi baik untuk saya kan?” yalah, orang tua adalah yang terbaik.

“ hai, maaf..boleh kami duduk sini?”

Keempat- empat gadis remaja yang sedang lahap menikmati hidangan tengahari mereka serentak berpaling ke arah suara itu. Terpampang wajah pensyarah kursus peragaan itu dan juga wajah manis gadis yang berasal dari Indonesia itu. Melihat siapa yang menegur, keempat- empat mereka terus terdiam.

“ ohh..hai sir, Ms..duduklah.” jawab Verra yang duduk berdekatan dengan dua buah kerusi kosong di sebelahnya.

“ terima kasih.” Jawab Adzyril dan Mikha.

“ kenapa terus diam? Tak selesa ke kami duduk kat sini? Sorry.”

Adzyril yang dapat merasakan ketidakselesaan empat orang gadis tersebut terus bersuara. Tadi, Jesica berusaha memujuknya supaya makan bersamanya tetapi Adzyril menolak kerana dia mahu cepat. Sebab itulah dia makan di kantin akademi seni itu sahaja.

“ err..takdelah sir..kami ok je.”

Jawab Beby tersenyum tawar. Tangannya yang rancak saja menyuapkan makanan ke dalam mulutnya menjadi perlahan serta- merta.

“ kamu ambil kursus apa kat sini?” tanya Adzyril beramah- mesra sementara menunggu makanan mereka dihidangkan.

“ kami bertiga ambil kursus nyanyian, muzik dan teater. Dia ni ambil semua kursus kat sini.” Jawab Verra mewakili rakan- rakannya. Beby memijak kaki Verra dari bawah meja.

“ semua? Wahh..mesti berbakat kan..kalau tak..kenapa ambil semua kursus.”

Adzyril yang peramah terus bertanya. Hmm..peramah betulah lelaki ni. Macam Niel juga ketika pertama kali sampai ke sini. Dia berbual dengan para pelajar macam dah lama kenal.

“ eh takdelah..saja nak ambil.” Beby merendah diri.

“ enggak berminat mau ambil kursus modelling? Kamu cantik banget..saya fikir ia tentu sesuai untuk kamu.”

Mikha yang asyik berdiam diri dari tadi tiba- tiba bersuara.

“ ohh..he he..taklah..saya ni pendek..hodoh pula tu he he he.” Beby kelihatan tersipu- sipu malu apabila di puji oleh Mikha.

“ yaa..enggak bener itu. Kamu memang cantik.”

Mikha terus meyakinkan Beby. Beby memang selalu begini. Kalau ada orang memujinya, pasti dia akan jawab seperti ini.

“ ketinggian awak berapa?” tanya Adzyril lagi.

“ ahh malunya nak bagitau.. 149 cm je. Ni, Syika ni katanya berminat nak ambil kursus modelling tu.”

“ dia? baguslah..awak tentu sesuai.”

“ terima kasih..err..kami dah siap makan ni..kami minta diri dulu sir, Ms..jumpa lagi.”

Syika dan rakan- rakannya pun terus keluar dari kantin tersebut. Bukan tidak selesa dengan kehadiran Azdyril dan Mikha tetapi memang mereka dah selesai makan.

“ jadi, dah confirm ke awak nak ambil kursus peragaan tu Ika?”

“ ya..confirm..petang esok saya mendaftar. Korang yakin tak nak ikut ke? Verra? Mia?”

“ tak kot..malas nak ambil banyak- banyak.” Jawab Mia tersengih.

“ eh Beby, meow tu bukan kucing yang selalu awak bagi makan kat bangunan tu ke?” suara Verra menganggu perbualan antara Syika dan Mia mengenai kursus modelling itu. ketiga- tiga mereka mengalihkan pandangan ke arah yang dimaksudkan oleh Verra.

“ yalah..dah beranak kan..tengok perutnya tu..kesian..mana anaknya ya?” ujar Syika pula.

Mereka kenal kucing berwarna hitam putih itu sebab tidak lama dulu, kalau mereka pergi membeli di kedai 7Eleven di hadapan akademi seni itu, mereka akan melalui satu bangunan usang yang sudah lama ditinggalkan. Beby yang memang fanatik dan penyayang dengan kucing memang selalu memberi kucing- kucing jalanan tersebut makan.

“ yalah..dah beranak meow tu..mesti anaknya ada kat bangunan tu kan..yeahh..nanti saya ambil..cian kesejukan kat situ.” Beby merenung ibu kucing tersebut dengan perasaan simpati.

“ eh janganlah, maksud saya bukan pasal ambil kucing tu tapi, jangan pegi bangunan tu lagi.” Sela Mia menentang keinginan Beby.

“ ahh..yalah..jangan pegi sana. Tak dengar ke beberapa bulan lepas ada pembunuhan kat situ..ada lelaki kena bunuh.” Sampuk Syika pula.

“ lelaki kena bunuh? Bangunan sana ke tu? Tempat saya selalu bagi kucing- kucing tu makan?”

Beby tersentak sedikit mendengarnya. Memang beberapa bulan yang lalu, heboh satu kolej tentang satu penemuan mayat lelaki dalam bangunan lama itu tetapi dia tidak tahu pula, bangunan yang di maksudkan itu ialah bangunan tempat dia selalu memberi kucing jalanan makan.

“ yalah..takkan awak tak tahu..semua orang tahu pasal tu. Jangan pegi sana lagi..bahaya.”

“ tahu tapi ingatkan bukan bangunan yang tu..sebab saya takde baca berita pasal tu..saya dengar dari mulut orang je.” Wajah Beby kelihatan berubah menjadi pucat seketika.

“ wei, kenapa muka awak jadi pucat tetiba ni?”

“ ahh..saya terkejut je.”

Beby terkesima. Mayat lelaki itu ditemui dalam bangunan lama itu? Beby kelihatan tidak tenang. Sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu.

*******

3 MINGGU KEMUDIAN

         Beby memasukkan barang- barang miliknya ke dalam beg. Jam sudah pun menunjukkan angka 7 petang. Dia sedikit kecewa apabila Niel tidak dapat menemaninya hari ini kerana sibuk. Mahu tidak mahu, dia terpaksa tersenyum juga walaupun hakikatnya dia memang kecewa. Hmm..memang betulah kata- kata Yana. Bercinta ni memang tidak semudah yang difikirkan. 4 hari lagi dari sekarang, dia akan bergelar isteri yang sah untuk Niel. Memang ada saja cara syaitian nak gagalkan orang bina masjid ni.

“ nak balik dah ke?”

Beby terkejut sedikit dengan sapaan itu. Tadi, semua ahli kumpulan itu sudah keluar lebih awal daripadanya.

“ kacang panjang? Awak bukan dah balik ke tadi ngan Amirul?”

“ belum lagi..baru kat bawah..saya lupa nak bagitau awak..esok ada sambutan Hari wanita dan juga ceramah mengenai kursus peragaan tu kan? Sir Wong suruh kita buat persembahan.”

Kata L. Sebentar tadi, baru dia teringat akan kata- kata Sir Wong. Kumpulan mereka di minta untuk membuat persembahan untuk memeriahkan lagi majlis itu esok.

“ kita buat persembahan? Kenapa awak tak bagitau saya awal- awal? Macam mana nak buat persembahan kalau langsung takde persediaan..isk..saya tak naklah.”

Beby tidak teragak- agak menolaknya. Dia tidak tahu apa yang harus dipersembahkan esok jadi, macam mana nak terima? Lagipun, mana ada masa nak latihan lagi.

“ saya dah terima..awak tak boleh tolak lagi.”

“ awak ni selalu macam ni kan..berbincang ngan kamu dululah baru buat keputusan. Bukan main ikut suka hati awak je. Pegilah buat persembahan sorang- sorang.”

Beby membentak dengan kasar kemudian terus keluar dari dewan tari. Sudahlah mood nya hari ini kurang baik, ditambah pula dengan berita ini, makin bertambah- tambahlah mood nya buruk.

“ ok ok..sorry..saya minta maaf. Saya ingat, awak ok je.”

“ ok kepala otak kau lah..dah tahu saya tak suka buat perkara yang saya tak tahu, memang saya tak nak. Awak uruslah sendiri.”

Beby menekan lif untuk ke ground floor. L cepat- cepat masuk dalam lif.

“ Jesica dan kumpulan dia pun ikut..kalau awak rasa geram Jesica memperlekehkan kumpulan kita hari tu, ikut serta dan buat apa yang saya suruh tapi, kalau awak jenis yang tak kisah dan tak tahu malu, pegi main jauh- jauh. Bye.”

Terbuka saja pintu lif, L pun terus keluar mendahului Beby dan meninggalkan perkarangan akademi seni itu tanpa menoleh ke belakang lagi. Beby mengetap bibirnya geram.

Ah, kenapalah dia suka sangat buat keputusan tanpa berbincang dengan kami dulu? Dia ingat dia tu ketua, bolehlah dia bertindak sesuka hati tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Banyak cantik muka kau kacang panjang! Beby mengepal penumbuknya.


BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku