LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 23 DIFITNAH
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
255

Bacaan






Baru saja Beby melangkah menuju ke arah keretanya, kedengaran handphone nya berbunyi- bunyi minta di angkat.

“ assalamualaikum tuan puteri.” Kedengaran suara Niel di talian.

“ waalaikumsalam.”

“ sayang kat mana ni? Di rumah sudah ke?”

“ baru je keluar dari akademi seni..Niel kat mana? Bukan masih kat office ke?”

“ tak..Niel dah balik ni..baru je sampai. Sorry sayang..nak temankan mama pegi ambil baju nikah kita kat bridal.”

Beby terdiam. Walaupun Niel sudah jelaskan tujuan dia balik awal tetapi Beby tetap kurang senang sebab sejak akhir- akhir ini, Niel jarang membalas chat dan call nya. Nak kata berubah hati..tapi, bersemangat pula nak ambil baju pengantin mereka di bridal.

“ oohh..ok lah kalau macam tu.”

“ kumpulan kamu terpilih buat persembahan esok..Niel ada lagu untuk persembahan sayang esok.”

Haa? Lagu untuk saya? saya belum pun bersetuju nak buat persembahan, dia dah pilih lagu untuk saya?

“ untuk saya ke? Lagu apa?”

Nak marah juga tapi dia berusaha mengawal perasaannya. Dia memang tidak suka apabila ada orang membuat keputusan untuk dirinya tanpa meminta pendapatnya terlebih dahulu

“ lagu tu saya cipta sendiri..Niel kira nak cipta istimewa untuk awak..Niel nak Beby yang nyanyikan lagu tu.”

Mendengar kata- kata Niel, hati Beby yang panas sejak tadi serta- merta menjadi sejuk. Dia cipta lagu untuk saya? betul ke?

“ untuk saya?”

“ ya..untuk sayang..kenapa? tak suka?” Beby terdiam lagi. Apalah saya ni..selalu saja fikir yang bukan- bukan. Dia sampai cipta lagu untuk saya, dah tentulah dia sayangkan saya. Dia nak halalkan saya tentulah dia sayang saya.

“ suka tapi, kalau nak nyanyi lagu tu esok, Beby kira tak sempat nak practice.”

“ janganlah risau sangat..lagu tu senang je. Apa kata Beby bawa Yana ke rumah Niel? Kita berlatih sama- sama. Mama pun ada kat rumah juga, boleh juga Yana tolong- tolong mak hias- hias hantaran tu ha ha ha.” Kedengaran Niel tergelak.

“ yalah..nanti saya try bawa Yana. Mungkin lewat sikit sebab kami makan lagi.”

“ eh tak payah..nanti kami sediakan makan malam untuk bakal isteri saya yang paaaling cute di dunia ni..bye sayang..i love you.”

Talian ditamatkan. Macam mana ya? Nak pergi atau tidak? Tapi saya sangat penat sekarang. Majlis pernikahan sekaligus majlis pertunangannya akan berlangsung pada hari yang sama nanti. Keluarga Beby dan keluarga Niel sudah sepakat untuk mengadakan majlis pertunangan dan pernikahan itu serentak. Katanya jimat masa, jimat tenaga dan jimat kos. Beby akur saja. Dia yakin, ibunya tahu mana yang lebih baik untuknya.

          Adzyril meletakkan keretannya di tempat letak kereta dengan berhati- hati. Setelah yakin kedudukan keretanya sudah cukup tepat, dia mematikan enjin dan keluar dari keretanya. Dia mengambil satu jambangan bunga ros merah dan juga beberapa kotak hadiah dan makanan.

         Malam ini dia mahu mengajak Jesica makan malam bersamanya. Dia sengaja datang tanpa memberitahu gadis itu terlebih dahulu kerana mahu memberi sedikit kejutan kepada gadis itu. Berbekalkan alamat yang diberi oleh Jesica kepadanya beberapa hari yang lalu, dia terus mencari alamat tersebut.

         Setelah agak yakin, dia pun terus menekan lif untuk ke tingkat 5 apartmen itu. Setelah keluar dari lif, dia terus mencari pintu bernombor 5B10. Setelah beberapa minit mencari, akhirnya dia menemui juga nombor rumah tersebut. Tanpa menekan loceng pintu terlebih dahulu, Adzyril terus memasukkan password pada kunci pintu Jesica. Dia tahu sebab Jesica sendiri yang memberikan kepadanya beberapa hari yang lalu.

         Dengan mudah sekali, Adzryil dapat membuka pintu tersebut. Tetapi, mencecah saja langkahnya ke dalam, dia sedikit tidak senang hati apabila melihat sepasang kasut lelaki dalam rak kasut Jesica. Hati Adzyril mula tidak senang. Dia memerhatikan segenap ruang tamu. Kosong. Tidak ada sesiapa di situ. Tidak mungkin dia salah rumah sebab banyak poster gergasi Jesica menghiasi ruang dinding apartmen mewah itu.

         Mana Jesica ni? Katanya dia sedang santai- santai di ruang tamu? Takde pun..dan kenapa ada kasut lelaki dalam rumah dia? Adzyril terus melangkah dengan berhati- hati mencari kelibat kekasihnya itu. Tiba- tiba langkahnya terhenti. Kaku. Apa ni?

         What the? Bukan ke dia cakap selama ini dia tunggu saya? dia setia dengan saya. Tapi sekarang? Apa yang dia buat ni? Hati Adzyril pecah berderai apabila melihat apa yang dia sedang saksikan. Melalui pintu bilik yang tidak di tutup dengan rapat, dia dapat melihat dengan jelas, kekasih hatinya sedang bermesra dengan lelaki lain dalam bilik tersebut.

         Hilai tawa Jesica jelas kedengaran. Adzyril mengenggam penumbuknya. Begini rupanya perangai sebenar kau..jadi, selama ini semua kata- kata kau tu tipu..kau dah lama permainkan dan bohongi saya. Hatinya patah seribu melihat kekasih hatinya yang dia ingat selama ini setia kepadanya sedang berasmara dengan lelaki lain. Dia tidak sanggup mahu melihat lama- lama adengan tersebut. Kalau dia terus berada di situ, mungkin dia akan membunuh Jesica dan juga lelaki itu sekarang juga!

Presentation Room, akademi seni

        Satu, dua, tiga, empat..suara L lantang kedengaran mengetuai latihan mereka pagi itu. Pukul 3 petang nanti, mereka akan membuat persembahan di dewan. Setelah persetujuan di buat, akhirnya mereka memilih untuk mempersembahkan Playing with fire nyanyian Blackpink.

        Gerak tarian itu memang susah dan memerlukan mereka berlatih bersungguh- sungguh untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Sudah hampir satu jam mereka berlatih tetapi L seakan- akan tidak mahu berehat seketika. Ketiga- tiga ahli kumpulannya sudah pun di basahi peluh dan tangan serta kaki mereka mulai sakit. Kenapa dengan jantan seekor ni? Dia nak kami berlatih tanpa rehat ke?

“ woi kacang panjang! Rehatlah dulu kejap. Awak terus berlatih macam ni, macamlah awak sorang je kat sini. Sakit kaki kami weii!”

L yang terlalu fokus akan latihannya sebentar tadi berhenti apabila mendengar suara keras milik Beby. Beby memang sudah tidak tahan lagi. Sudahlah malam tadi dia tidak cukup tidur kerana berlatih menyanyi sampai larut malam, sekarang berlatih menari tanpa henti pula.

“ diamlah! Rehat je lah kalau nak..tak payah jerit- jerit macam orang gila. Hishh..menganggu fokus saya je.”

L menjawab tanpa sedikit pun rasa bersalah kemudian terus berlatih.

“ ketua kamu ni memang ada masalah mental.”

“ jangan nak mengumpat saya kat situ..ingat saya tak dengar ke..awaklah yang mental..tengok parut kat dahi saya ni gara- gara selamatkan awak hari tu..tu pun belum lagi ucap terima kasih!”

L berhenti berlatih kemudian duduk. Dia mengesat peluhnya yang turun membasahi wajahnya.

“ hutang lapuk pun awak nak ungkit ye..mana? parut sebesar mata pen je pun nak ungkit sangat..eleh, baru tolong saya satu kali dah nak berlagak.”

“ hello, hutang lapuk? Muka saya ni aset paling mahal saya..tahu tak?”

“ aset paling mahal? Ketawa buku lali saya dengar..ha ha ha ha.”

Yakah? Mahal sangat ke wajah dia? kekasih saya pun apa kurangnya tapi tak pernah pun dia berlagak macam kau ni. Kau selalu ingat saya ni tiada peminat kan? Tentu kau akan terkejut bila tahu tiga hari lagi saya dah nak khawin.

“ dah rehat kan? Sambung berlatih lagi sebelum saya panggil awak kacang pendek balik!”

Jerit L kemudian memasang muzik dan mula berlatih lagi. Manusia ke atau robot lelaki ni? Dia tak rasa penat ke? Kenapalah saya boleh masuk kumpulan dia ni! Ahh..menyesal! menyesal! Menyesal! Jerit Beby dalam hati. Botol minuman di tangannya diteguk sampai habis. Ahh..saya lapar. Saya belum sarapan sejak pagi tadi. Beby memegang perutnya yang mulai bernyanyi riang.

“ Adzyril! Apa ni? Cuba jelaskan pada saya..kenapa awak nak putuskan hubungan yang dah bertahun- tahun ni?”

Jesica yang tidak puas hati terus mengejar Adzyril yang sudah jauh meninggalkannya. Dia sangat terkejut sebentar tadi apabila lelaki itu mengatakan kepadanya, bahawa dia sudah memutuskan perhubungan mereka.

“ awak tak perlu tahu apa sebabnya sebab memang awak tahu sendiri kenapa.”

Jawab Adzyril terus melangkah tanpa menoleh ke arah Jesica. Sakit hatinya belum hilang lagi dengan kejadian semalam. Adegan Jesica dengan lelaki itu masih terbayang- bayang di matanya.

“ tapi apa salah saya Ad? Selama ni saya setia tunggu awak balik tapi, kenapa pula awak tiba- tiba putuskan hubungan kita?”

“ berhenti bercakap bohong boleh tak Jessi? Saya memang dah tak percayakan awak lagi.”

“ apa yang saya dah buat? Saya tak fahamlah apa awak cakap.”

“ awak tak faham ke atau pura- pura tak faham? Selama saya takde kat sini, awak ada lelaki lain kan? Awak siap tidur ngan lelaki tu lagi kan?”

Jantung Jesica terasa macam nak jatuh saat kata- kata itu keluar dari mulut Adzyril. Dia..dia sudah tahu pasal tu ke? Tapi, dia baru lagi kat sini, macam mana dia tahu?

“ apa yang awak cakap ni? Sape yang bagitau awak perkara bodoh tu?”

“ tiada sesape yang bagitau saya..saya yang nampak ngan mata saya sendiri. Dah lah Jessi..saya tahu apa yang awak buat kat belakang saya..awak dah buat saya kecewa dan sakit hati. Saya tak sangka awak boleh buat macam ni di belakang saya. Mulai sekarang, kita takde apa- apa hubungan lagi. Saya jijik ngan pompuan macam awak..kotor.”

        Tanpa mendengar alasan daripada Jesica lagi, Adzyril terus berlalu meninggalkan Jesica. Jesica terkaku dan terlopong. Siapa? Siapa yang telah membocorkan rashianya itu? saya tidak percaya dia tahu mengenai hal itu kalau tidak ada orang lain yang memberitahunya.

        Kurang ajar! Siapa pun kau, orang yang telah menceritakan rashia saya pada lelaki yang saya cintai ini, takkan saya lepaskan! Saya takkan maafkan! Jesica menanam tekad. Dia benar- benar tidak rela dengan perpisahan itu. Dia tidak mahu kehilangan Adzyril.

******

        Beby keluar dari tandas sambil tidak lepas- lepas meraba perutnya. Sakit betul perutnya ketika ini. Kenapa perut ni tiba- tiba meragam pula? Dah lah hari ini saya kena buat persembahan, omelnya dalam hati sambil mengerling ke arah jam tangannya. Ah, dah nak pukul 12 tengahari pula. Patutlah saya dah lapar sangat.

         Aduh. Dia memegang perutnya. Takkan gastrik saya yang dah lama tak menyerang tu datang balik? Ish..saya betul- betul tidak fahamlah kenapa saat- saat ada pekara penting yang saya nak buat, perut ni buat hal pula. Dia terus duduk di bangku tidak jauh dari tandas tersebut. Dari pagi tadi dia belum makan apa- apa sampai sekarang. Minum air kosong sahaja.

         Beby kembali menekan- nekan perutnya. Saya mesti balik ke presentation room itu sekarang dan makan ubat dalam beg tu kalau tidak, memang saya tak dapat buat persembahan itu nanti. Dengan langkah yang sangat lemah, Beby mengagahi juga untuk berdiri semula. Tadi dia sengaja turun ke ground floor untuk membuang hajat kerana tandas di dekat presentation room itu sentiasa ramai orang.

         Tubuhnya mulai menggeletar dan mulai berpeluh. Peluh sejuk. Ahh..sudah..memang gastrik ni..katanya kemudian menghentikan langkahnya. Setelah agak tenang sedikit, dia mengatur kembali langkahnya tetapi tiba- tiba kepalanya terasa berdenyut hebat, pening dan sakit. Peluh dingin mulai membasahi seluruh wajah dan tubuhnya. Penglihatannya tiba- tiba kabur akhirnya gelap. Dia jatuh.

“ hei, kenapa ngan awak ni?”

Belumpun sempat Beby jatuh betul- betul di atas lantai,s eseorang menahan tubuhnya daripada terjatuh. Mereka ialah Adzyril dan Mikha. Mereka berdua baru saja keluar dari lif.

“ kenapa dengan dia?” tanya Mikha terkejut melihat Beby yang tidak sedarkan diri.

“ tak tahu..kita bawa dia ke klinik dulu.”

PRESENTATION ROOM

         L dan rakan- rakannya yang lain mengerling jam di tangan. Sudah hampir satu jam mereka menunggu Beby untuk menyambung semula latihan tetapi kelibat Beby masih juga tidak kelihatan.

“ mana si kacang pendek tu, bukan ke dia pegi tandas je tadi? Dia tu nak guna tanda ke atau buat tandas? Haihh..perangai dia ni memang betul- betul buat saya panas.”

Kata L dengan geram sambil menendang botol mineral Beby yang tinggal separuh di sebelahnya. Dia benar- benar risau dengan latihan yang tertangguh sejak tadi.

“ Mirul, call dia.” L memberi arahan. Walauapapun, mereka mesti memberikan persembahan yang terbaik di atas pentas nanti. Mereka tidak mahu kalah dengan kumpulan Jesica yang selalu memperkecilkan kebolehan mereka.

“ err..handphone dia ada kat sini..dia cas guna powerbank saya.”

Takut- takut Amirul menjawabnya.

“ haish..susahlah kalau macam ni. Mana dia pergi? ahh..saya dah nak gila ni! Kita teruskan latihan je lah..nanti dia datang, pandailah saya urus dia nanti.”

Kerana tidak mahu terus membuang masa menunggu Beby, L terus mengajak Amirul dan Rexray untuk meneruskan latihan mereka.

         Adzyril bergegas masuk ke dalam klinik tempat mereka menghantar Beby tadi. Di tangannya ada dua bungkusan nasi dan lauk. Dia lambat sedikit kerana di restoran tempat dia membeli makanan itu ramai sangat orang. Maklumlah waktu rehat. 30 minit lagi pukul 2 petang dan dia harus kembali ke dewan sebelum pukul 2 petang sebab mereka ada raptai lagi. Pensyarah pun ada mengambil bahagian dalam persembahan itu. Dengan nafas yang turun naik, Adzyril mencari kelibat Mikha. Tiada.

“ oh, Encik Adzyril?”

Adzyril berpaling. Seorang doktor lelaki tersenyum dan mendapatkannya. Kalau tak silap, doktor inilah yang merawat Beby tadi.

“ ya saya.”

“ tadi kawan encik tu pesan, dia nak balik kat pejabat dah sebab ada urusan. Hal pesakit tu dia minta maaf dan serahkan pada Encik.”

Ahh..Mikha dah balik ke dewan rupanya. Sekali lagi Adzyril melihat jarum jam nya.

“ ohh..ok lah. Macam mana keadaan pelajar tu? Dia sakit apa?”

“ usah risau..dia gastrik je..tak teruk sangat. Dia dah sedar tu tapi masih perlu berehat.”

“ boleh saya tengok dia?”

“ silakan.” Adzyril mengucapkan terima kasih dan masuk ke dalam bilik di mana Beby di tempatkan. Beby yang sudah sedar terkejut siapa yang doktor itu maksudkan sebentar tadi.

Sir..err..good afternoon sir.” Beby terus menyapa Adzyril.

“ ya..selamat tengahari juga. Dah macam mana keadaan awak?”

“ dah ok ni..Cuma nak habiskan air ni je..doktor cakap, saya dehidrasi juga. Sikit je lagi ni.” Kata Beby sambil menunjukkan air yang dimasukkan ke dalam tubuhnya melalui tiub kecil yang di cucuk pada atas tangannya.

“ baguslah tu..rehatlah dulu ye. Nah, makanlah ni.”

Adzyril menyerahkan bungkusan nasi itu kepada Beby. Sebenarnya untuk Mikha tetapi memandangkan Mikha sudah balik ke dewan, ada baiknya dia memberikan makanan itu kepada Beby.

Dengan langkah yang berhati- hati, Lyana menolak daun pintu presentation room bernombor B04. Mencecah saja kakinya ke dalam presentation room itu, dia melihat Jesica dan ahli kumpulannya sedang berehat. Tanpa membuang masa, Lyana terus mendapatkan Jesica.

“ hai Lyn..lamanya awak keluar pegi makan.”

Jesica bersuara sambil meneguk air mineralnya. Mereka memilih lagu ‘worth it’ untuk di persembahkan di atas pentas petang nanti. Mereka mesti memberikan persembahan yang terbaik supaya kumpulan The Grace melihat betapa hebatnya kumpulan mereka. Dia akan pastikan, kumpulan yang baru nak naik itu kecut perut melihat kehebatan mereka.

“ yaa..lama sikit sebab ada free show yang saaangat hebat. Nak tahu tak?”

Kata Lyana sambil tersenyum- senyum. Sebentar lagi, pasti cerita itu akan meletup.

“ apa dia?” Jesica memandang wajah Lyana tidak sabar untuk tahu.

“ nah, awak tengok sendiri dan nilaikan sendiri.”

Lyana mengeluarkan handphone nya dan memberikannya kepada Jesica. Jesica terus menyambut dan memainkan rakaman video yang di rakam oleh Lyana sendiri.

“ Adzyril dengan Beby?” mata Jesica terbeliak besar menyaksikan video tersebut. Walaupun rakaman itu tidak ada bunyi sebab di rakam dari jarak yang jauh, ia sudah cukup membuatkan hati Jesica sakit bagai dirobek- robek dengan pisau.

“ apa ni? Bila? Kenapa Ad sama- sama dengan si Beby tu?”

“ tadi saya ke restoran hujung jalan sana tu..saya nampak Adzyril beli makanan dua bungkus. Saya pun hairanlah..dia nak bungkus makanan yang satu lagi tu untuk siapa? Saya ingat, dia nak beli untuk awak..tup..tup, dia masuk ke dalam klinik tu dan bagi si hodoh makanan tu. Mereka berdua je kat dalam ni. Takde orang lain.”

         Rupa- rupanya, Lyana mengekori Adzyril tanpa disedari oleh lelaki itu. Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, dia pun merakam apa yang Adzyril buat dalam klinik itu. Bungkusan nasi tadi rupa- rupanya untuk Beby. Adzyril juga melayan Beby dengan baik sekali.

         Wajah Jesica berubah 100% apabila mendengar dan melihat apa yang Lyana tunjukkan kepadanya. Perempuan tak guna! Kau rupanya di sebalik perpisahan saya dan Adzyril ni! Jesica yang salah faham mengenai video itu mengamuk habis.

“ Jessi cakap, sebelum ni Ad ok je ngan awak..tapi, bila dia masuk ke akademi ni je, dia tiba- tiba putuskan hubungan dengan awak. Sekarang, bukan main bagus lagi dengan si pendek tu..ni benar- benar buat saya curiga tahu.”

Kata Lyana menghasut. Walaupun dia sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku, dia terus menghasut Jesica dan berlagak seolah- olah dia tahu perkara sebenar.

“ ya..saya dah agak..memang ada orang lain disebalik semua ni! Dia rupanya!”

“ haa..saya rasakan, memang si pendek ni lah dalang di sebalik perpisahan korang ni. Dia bocorkan rashia awak tu sebab tu Ad putuskan hubungan korang.”

“ tapi, kenapa dia mesti buat macam tu? Bukan ke dia dah ada jurulatih tu?”

“ awak jangan tertipu dengan wajah innocent dia tu. Tu semua lakonan je. Semua lelaki kacak memang dia nak ambil. L, Rexray, Amirul, Sir Daniel dan sekarang Adzyril. Hah..nampak tak, dia ni memang nak ambil semua lelaki kacak kat sini.”

Ayat itu terus meluncur dengan lancar dari mulut Lyana. Huh..habislah kau kali ini perempuan separuh siap. Saya tak dapat nak cederakan awak, saya akan balas dengan permainan psikologi saya. Sekarang baru kau tahu, siapa lebih hebat. Lyana tersenyum sinis. Dia mesti memanfaatkan keadaan ini sebaik mungkin untuk membalas dendam.

“ jadi, memang dialah kan orangnya! Dia yang hasut Ad supaya tinggalkan saya! saya takkan maafkan!”

“ betul..awak kata, siapa pun yang membocorkan rashia awak tu, awak takkan lepaskan..jadi, macam mana? Takkan awak nak lepaskan lelaki yang awak cintai tu pegi ke pangkuan perempuan separuh siap tu?”

Beby! Kau memang hebat. Dengan wajah kau yang suci itu, kau ingat kau boleh rampas semua lelaki? Hebat. Kau memang hebat tapi saya janji, saya takkan lepaskan kau begitu saja. Dan pasal Adzyril saja, memang saya akan hapuskan kau sebab nampaknya kau dah ingat dan tahu pasal pembunuhan di bangunan lama itu! kau tahu siapa pembunuhnya! Sebab itu, kau pun harus dibunuh!


BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku