LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 50
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
47

Bacaan






         Keluarga Beby dan juga keluarga L serta sahabat- sahabat mereka masih berkumpul di ruang menunggu di Balai polis. Masing- masing kelihatan tidak tenang dan risau. Datin Lenny dan ibu bapa L yang masih outstation diluar Negeri terpaksa bergegas pulang selepas diberitahu mengenai kes kehilangan Beby dan L.

Mata ibu tunggal itu sudah bengkak kerana terlalu banyak menangis sebab terlalu bimbangkan Beby. Begitu juga dengan ibu L. Walaupun dia tidak begitu rapat dengan anaknya sendiri selama ini, tetapi, ibu mana yang tidak sayangkan anaknya? Mereka semua tidak betah duduk diam. Kalau ada polis masuk, mereka serentak berdiri tidak sabar- sabar mahu mengetahui apa berita terbaru.

“ encik, ada apa- apa perkembangan terbaru pasal anak saya?” Datin Lenny bertanya kepada seorang anggota polis yang kebetulan lalu di ruang menunggu.

“ setakat ni, belum ada apa- apa perkembangan terbaru kami terima Puan..apa- apa pun, anggota kami sedang berusaha menjejaki lokasi keberadaan anak Puan. Apa kata kalau Puan balik dulu? Nanti kalau ada perkembangan terbaru, kami akan menghubungi Puan melalui panggilan telefon juga. Terima kasih.”

Jawab polis itu dengan mesra kemudian berlalu. Datin Lenny terhenyak. Dia dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada anak perempuannya itu. Dalam kaca tv saja pun sudah cukup menakutkan, apalagi kalau ia benar- benar terjadi terhadap anaknya. Yana dan Richell mententeramkan Datin Lenny yang benar- benar tidak dapat bertenang.

“ Puan..ada betulnya juga cakap polis tu..kami berdua balik rumah dulu.” Encik Johan bersuara sambil mengelus- ngelus bahu isterinya.

“ ya Puan..lebih baik kita balik rumah dulu dan berdoa kepada Allah supaya anak- anak kita sentiasa selamat dimana pun mereka berada ketika ini.” Puan Hasni menyentuh bahu ibu tunggal itu. Sebagai seorang ibu, dia faham dengan perasaan Datin Lenny ketika ini.

“ ya mak..Yana temankan mak balik ya. Biar Richell je yang tunggu kat sini.” Pujuk Richell pula setelah melihat ibunya langsung tidak mahu berganjak.

“ mari mak, kita balik dulu.” Yana menarik tangan Datin Lenny dan melangkah keluar bersama- sama dengan Encik Johan dan juga isterinya.

“ esok kita dah nak berlepas ke New York..apa kita nak buat ni? L dan Beby takde?” Rexray bersuara. Kekasihnya Syika juga berada di situ.

“ terpaksalah kita batalkan penyertaan tu..takkan sir tak faham ngan situasi sekarang ni.” Amirul menjawab. Nampaknya, mereka terpaksa menarik diri dan membatalkan penyertaan pada saat- saat akhir.

“ tapi, ni adalah impian kita dari dulu..sia- sialah usaha keras kita selama ni.”

“ habis tu nak buat macam mana? Awak ni tak faham – faham lagi ke? takkan kamu nak pegi juga tanpa L dan Beby?” marah Syika kepada Rexray yang sepertinya kurang sensitif dengan situasi ketika ini.

“ bukan macam tu Ika..saya cuma rasa sedih sangat sebab, tu impian kami sama- sama selama ni. Usaha keras kami selama ni.”

“ kami pun sedih juga tapi kita nak buat apa? Lebih baik kita doakan keselamatan L dan Beby.”

“ ei, takkan kita nak duduk macam ni je? Kita kena cari jalan nak tolong mereka berdua..takkan kita nak harapkan polis je? Tengok tu, sampai sekarang belum ada apa- apa berita.” Verra yang sejak tadi bersuara.

“ nak tolong macam mana? Kita tak tahu pun apa yang berlaku kat mereka, dimana dan siapa yang buat macam ni kat mereka..macam mana kita nak tolong?” sampuk Mia pula.

“ saya pun tak tahu..sebab tu kita kena fikir macam mana..mustahil mereka berdua hilang macam tu je..mesti ada orang yang dah rancang semua ni, dan orang yang rancang semua ni mesti musuh Beby atau L.”

Semua yang berada di situ berpandangan. Mereka sepertinya terfikirkan sesuatu apabila Verra menyebut mengenai musuh Beby atau L.

“ Jesica? Lyana?”

*******

“ bodoh! Bodoh! Bodoh! Awak semua memang bodoh! Tak boleh diharap langsung!” jerit Jesica yang naik hantu setelah mendapati bilik kurungan tempat di mana Beby dan L dikurung kini kosong. Dia menendang perut orang- orang suruhannya satu persatu tanpa belas kasihan. Dia benar- benar marah ketika ini. Wajahnya terus berubah menjadi bengis dan menakutkan.

“ kami minta maaf bos, kami dah jaga tempat ni betul- betul tapi kami memang takde melihat sesiapa pun yang masuk atau lalu kat kawasan ni.”

Jawab salah seorang daripada mereka takut- takut. Kecut perutnya melihat wajah bengis bos mereka.

“ jadi, macam mana mereka boleh melepaskan diri sedangkan pintu bilik tu berkunci dari luar..tangan dan kaki mereka juga kena ikat. Macam mana boleh terlepas? Takkan hantu yang lepaskan mereka?” tanya Jesica dengan marah yang meluap- luap.

“ saya tak nampak sesiapa lalu kat sini selain Lyana..kawan bos tu. Dia je yang saya nampak keluar dari biliknya petang tadi, tapi, kami tak syak apa- apa sebab dia juga orang kita. Saya rasa, Lyana yang lepaskan mereka berdua.”

“ Lyana? Kurang ajar! Saya dah agak dah! Lyana memang akan berpaling tadah dari saya!” Jesica menendang kerusi usang di sebelahnya. Dia mengenggam penumbuknya erat- erat. Dia tidak menyangka, Lyana akhirnya betul- betul mengkhianatinya. Memang selama ini Lyana selalu membantah jika disuruh melakukan apa- apa tugas.

“ jadi, mana Lyn sekarang?” Voon bersuara dengan lembut dan bersahaja sambil menggigit- gigit bibirnya.

“ dia..dia dah keluar dari sini..katanya, dia ada urusan kat luar.”

“ apa? Dia dah keluar?” Jesica sangat terkejut mendengar kata- kata orang suruhannya itu. Matanya terbeliak besar. Voon tersengih.

“ hmm..Jesica, macam mana sekarang? Sudahlah dua orang saksi penting tu terlepas, sekarang Lyana yang tahu segala- galanya pasal kumpulan ni pun terlepas juga..macam mana awak nak selesaikan Jessi? Saya tak mahu perniagaan ( perniagaan dadah dan pelacuran) saya ni hancur gara- gara rashia kita diketahui oleh pihak polis.” Voon memandang ke arah Jesica dengan serius. Jantung Jesica terus berdegup kencang dan peluh dingin terus membasahi seluruh wajahnya. Dia sangat tahu dan faham kalau Voon sudah marah. Dia memang tidak akan maafkan sesiapa saja yang buat salah kepadanya.

“ saya akan uruskan mereka secepat mungkin.” Jesica menjawab tidak yakin. Voon menghampiri Jesica. Dia mengangkat dagu Jesica.

“ uruskan macam mana? Kita tak tahu pun mereka ada dimana sekarang, selesaikan perkara ni secepat mungkin sebelum mereka beritahu pihak polis mengenai tempat ni..saya nak awak tamatkan semua ni dengan segera. Cepat cari mereka di seluruh kawasan ini, Bandar dan juga kampung. Hapuskan mereka dengan segera.”

Voon memberi arahan. Jesica terpaku. Jantungnya hampir melompat keluar kerana takut dengan ketua mereka yang bersahaja itu tapi kejam dan licik.

“ cari mereka sekarang! Jangan balik selagi belum temui mereka bertiga. Bunuh saja mereka terus!”

Pekik Jesica. Mendengar arahan yang diberikan oleh Jesica, semua orang suruhannya terus pergi dan berpecah kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugas mereka. Walau apa cara sekalipun, Lyana, Beby dan L mesti di hapuskan secepat mungkin.

*******

L menghampiri Beby yang hanya berdiam diri sejak semalam. Hari sudahpun mulai cerah. Selepas mengharungi pelbagai cabaran dan kesakitan, L akhirnya mengambil keputusan berhenti dan berehat di bawah sebatang pokok besar berhampiran dengan sebatang sungai besar dan deras airnya.

Air sungai tersebut mengalir dengan deras dan sudah tentu ia dalam. L tidak tahu mereka berada di mana ketika ini kerana malam tadi, mereka terus meraba dalam kegelapan malam untuk melarikan diri sejauh mungkin dari markas ahli kongsi gelap itu. Dia hanya mampu berharap dan berdoa , yang kini mereka sudah jauh dari tempat mereka dikurung itu.

L menyarungkan sweater nya pada tubuh Beby untuk menutup sebahagian besar tubuhnya yang terdedah kerana bajunya sudah koyak- rabak dikerjakan oleh orang- orang Jesica. Lapar dan dahaga ketika ini pula mula menguji mereka berdua. L duduk di sebelah Beby.

“ makan ni..ni je yang saya jumpa kat sana.” L menghulurkan beberapa biji pisang hutan kepada Beby. Beby memalingkan wajahnya ke tempat lain.

“ awak makanlah.” Beby menolak. Gadis itu mengurut- urut kakinya. Lebam dan bengkak pada bahagian tubuh dan wajahnya masih belum surut. Malah semakin menjadi kebiru- biruan dan hitam.

“ saya dah makan beberapa biji tadi. Awak makanlah supaya ada tenaga sikit. Kita belum tahu kita akan diselamatkan atau sebaliknya ni.”

“ biarlah..biarlah saya mati je kat sini.” Jawab gadis itu lagi. L mengeluh. Dia tahu, Beby sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku kepadanya. Gadis itu masih mengurut- urut kakinya tanpa memandang wajah L.

“ kaki awak masih sakit? sini, saya tolong.” L menghulurkan tangannya mahu menolong Beby tetapi tangan gadis itu pantas sekali menepis tangan L.

“ tak usah tolong saya! selamatkan diri awak dulu. Saya cakap saya nak mati kat sini je..saya tak nak balik!” tiba- tiba suara Beby menjadi kuat dengan nada tinggi. L menatap wajahnya.

“ Beby, saya tahu awak marah, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku kat awak tu tapi jangan sekarang. Sekarang ni, hanya kita berdua je ada kat sini. Kalau bukan saya yang tolong awak, siapa lagi?” L berkeras mahu membantu Beby.

“ awak ni memang tak faham kan? Ni semua gara- gara awak faham tak?” L tersentak sedikit mendengar kata- kata Beby.

“ apa awak cakap ni? saya tak fahamlah dengan awak ni.” jawab L bersabar.

“ dari awal awak dah tahu semua ni..awak tahu pasal Jesica tapi awak berdiam diri..langsung tak bagi kerjasama..malah berdiam diri sampai sekarang! Kalau awak bertindak cepat dari dulu, semua ni takkan berlaku kat saya!” Beby menyalahkan L pula kini. L memang tahu Jesica yang memulakan semua ini tapi dia tidak mengambil apa- apa tindakan.

“ sebab saya takde bukti yang kukuh nak tuduh Jesica yang mulakan semua ni dulu!”

“ ada bukti atau takde tu semua kerja polis! Yang awak langsung tak tolong saya masa tu kenapa? Sekarang dah jadi macam ni kat saya, macam mana saya nak hidup sekarang? Macam mana saya nak berhadapan ngan semua oranggg?” Beby menjerit kuat. Dia terus menangis dalam kemarahan. Nampaknya dia benar- benar marah dan kecewa.

“ Beby, tolonglah jangan cakap hal ni dulu..dan tolong jangan jerit- jerit..kita sekarang masih dalam bahaya..bila- bila masa saja mereka akan jumpa kita balik.” L cuba menenangkan Beby yang mula menangis. L memerhatikan kawasan di sekeliling mereka. Risau betul dia kalau- kalau orang- orang Jesica berada di kawasan itu.

“ saya tak peduli! Saya dah kotor! Mereka dah hancurkan hidup saya! saya hina! Saya menjijikkan! Saya tak nak hidup lagi! Biar saya mati kat sini!” Beby tetap tidak menghiraukan kata- kata L. Dia terus memekik- mekik dalam tangisan. L pula berusaha sedaya- upaya menenangkan Beby tetapi ternyata usahanya hanya sia- sia.

“ kalau awak laporkan pada polis awal- awal lagi pasal Jesica, semua ni takkan berlaku L..Jesica pasti dah kena tangkap! Awak benar- benar bodohhh!!”

“ ya, saya bodoh! Saya salah! Sayalah punca semua ni..saya terima semua tuduhan awak tu tapi boleh tak jangan cakap pasal tu sekarang? Tolonglah Beby..saya mohon. Ni bukan masa yang sesuai untuk kita menyalahkan antara satu sama lain.”

“ awak memang sengaja! Sekarang tentu awak gembira kan? Awak seronok tengok saya diperlakukan macam binatang malam tu? Awak suka kan? Selama ni saya selalu berlagak kuat depan awak..selalu melawan kata- kata awak..selalu berlagak lebih pandai dari awak..tapi, malam tu awak dah nampak dengan mata sendiri betapa lemahnya saya.”

“ sekarang awak tentu ketawakan saya sebab saya dah kotor..saya menjijikkan..saya hina. Hidup saya dah hancur..saya..saya tak tahu nak berdepan dengan sesiapa lagi..saya kotor..saya hina.” Luah Beby sambil menangis teresak- esak. Dia memeluk tubuhnya yang penuh dengan kesan lebam dan luka- luka kecil. L terkedu. Apa lagi yang dia harus katakan kepada Beby ketika ini?

“ kenapa awak tak pernah percayakan saya? saya ingat kita dah ok..saya ingat kita dah berbaik..saya tak pernah berdendam dengan awak lagi Beby. Kenapa awak tak percayakan saya yang saya memang dah berubah? Kalau saya sengaja, buat apa saya susahkan diri gendong awak lari dalam hutan dalam kegelapan pula tu ?”

“ saya pun tengah kesakitan macam nak mati malam tadi tapi saya tetap berusaha tolong awak..kalau saya masih bencikan awak..dah lama saya tinggalkan awak sorang- sorang di sana malam tadi.”

“ yang awak bawa saya lari sama- sama kenapa? Kenapa awak tak biarkan saya mati je kat sana? Saya dah kotor L..hidup saya dah hancur..saya malu dan kecewa..saya tak tahu nak hidup macam mana lagi lepas ni. Saya jijik dengan diri saya sendiri.”

“ kalau hanya disebabkan awak malu nak berdepan dengan semua orang sebab tu je, dan awak takut tiada orang yang nakkan awak lepas ni..saya sanggup ambil awak Beby..its ok kalau takde orang nakkan awak lagi..saya tetap nak..saya ikhlas terima awak seadanya..jadi tolong, tolong sangat berhenti anggap diri awak tu kotor dan tak nak hidup lagi..kita dah sampai sejauh ni..sekarang bukan masanya nak putus asa.”

Kata- kata L sebentar tadi benar- benar membuat Beby terkejut. Tangisannya terus berhenti. Dia memandang wajah L dengan seribu persoalan? Saya silap dengar ke?

“ apa awak merepek ni bodoh! Saya cakap saya kotor! Saya menjijikkan! Kenapa awak masih pedulikan saya? kenapa? Saya nak mati kenapa awak masih pedulikan saya?” jerit Beby marah.

“ saya tak pernah pandang diri awak hina dan kotor..apa yang berlaku malam tu bukan salah awak tapi awak di aniaya! Awak tetap suci dan sempurna di mata saya macam sebelum ini..dan sa..”

Banggg!! Belum sempat L menghabiskan kata- katanya, satu bunyi tembakan yang sangat kuat kedengaran. Beby dan L amat terkejut. Beby terus memerhatikan keadaan sekelilingnya dengan wajah panik dan takut.

“ aduhhh..aduhhh.” Beby mengalihkan pandangannya ke arah L. Dia sangat terkejut apabila bahu kanan L kelihatan berlumuran darah. L terkena tembakan tadi!

L tersungkur lemah sambil memegang luka yang kena tembakan tadi yang mula dibanjiri dengan darah. Mata Beby terbeliak besar. Dia hilang punca ketika ini sehingga tidak tahu mahu berbuat apa. Melihat L yang kena tembak, Beby terus teringat akan kejadian ketika Daniel kena tembak dulu. Ini menyebabkan Beby semakin tidak keruan dan betul- betul hilang punca.

“ la..lari Beby..lari!” dalam kesakitan yang amat sangat, L sempat menyuruh Beby agar segera melarikan diri. Dalam kekalutan itu, Beby terus terkaku dan terlopong. Dia tidak dapat berbuat apa- apa. Kaki sebelah kanannya juga masih sakit dan sukar untuk digerakkan.

“ L..L!” Beby yang panik separuh mati menjerit- jerit sambil menangis. Darah merah semakin banyak keluar dari luka L.

“ lari Beby..lari sekarang!” L masih menyuruh Beby agar segera melarikan diri tetapi Beby terus berusaha mahu mendapatkan L tetapi satu lagi bunyi tembakan yang kuat sehingga tubuh L terdorong ke belakang sehingga ke tepi tebing sungai.

“ L! Ya Allah!! L!” Beby terkejut separuh mati lagi. Kalau L undur selangkah lagi ke belakang, dia akan terus jatuh ke dalam sungai yang sedang mengganas itu.

“ L! Tidakkk! L!”

Dan dalam kesakitan yang tidak tertanggung lagi, L sudah tidak berupaya mengimbangi tubuhnya. Dia hilang keseimbangan. Pandangannya berpinar- pinar dan terhuyung- hayang macam orang mabuk kemudian..

“ L!!” L terus terjatuh ke dalam sungai yang sedang mengalir dengan deras. Dia terkapai- kapai beberapa saat kemudian hilang ditelan arus.


BERSAMBUNG..



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku