LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 51
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
103

Bacaan






EPISOD AKHIR PART I

Empat hari selepas Beby diselamatkan, Beby sudah boleh berjalan seperti biasa walaupun belum cerdas sangat. Kesan- kesan luka di bahagian wajah, tubuh dan kakinya mulai mengering dan menunjukkan tanda- tanda untuk sembuh. Walaupun keadaanya beransur pulih, dia kelihatan masih trauma dan dihantui dengan apa yang telah berlaku kepada dirinya itu.

Dua hari selepas dia diselamatkan, dia ada mendengar bahawa L berjaya ditemui dua hari kemudian dan dia sangat bersyukur kerana L disahkan masih hidup walaupun terkena tembakan dua kali. Dua- dua tembakan tersebut hanya mengenai bahu L sahaja. Sungguh bernasib baik. Allah masih sayangkan L.

Beby pula langsung belum mahu membuka mulut bagaimana keadaan mereka ketika diculik dan macam mana L boleh kena tembak dan akhirnya jatuh dalam sungai. Dia hanya menceritakan bagaimana mereka di culik dan mereka di culik dimana sahaja. Dia belum  bersedia mahu menceritakan segala- galanya. Beby kembali trauma dan murung. Tidak ada bezanya dengan keadaannya ketika Daniel meninggal dulu.

“L dah dijumpai kan?” Beby bersuara. Yana dan Syika yang setia menjaganya mengalihkan pandangannya ke arah Beby yang baru saja bangun dari tidur.

“ ahh..awak dah bangun? Erm..ya..dia dah dijumpai..dan syukurlah..dia masih hidup.” Jawab Yana sambil mengupas beberapa biji epal untuk Beby.

“ dia kat mana sekarang? Dia baik- baik je ke?”

“ tentulah dalam wad..tapi, kami semua tak dapat tengok dia sebab keluarga dia tak benarkan. Dia ditempatkan dalam wad privasi..VIP.”

“ tak dibenarkan melawat? Kenapa macam tu?” Beby hairan.

“ tak tahu..Roxiee yang jelaskan pada kami semua..ni permintaan ayah dan ibu L..keadaan L pun, agak teruk katanya..kami tak tahu tahap keterukan tu macam mana sebab kami tak dibenarkan melawat.”

“ ya..dan abang dia cakap, L terpaksa kena bedah..tapi, pembedahan tu terpaksa dilakukan di luar Negara.” Sampuk Syika pula.

“ luar Negara?” Beby terkejut. Rasa bersalah terus bersarang di sanubarinya namun dia sedaya- upaya mengawal ekspresi wajahnya. Kenapa perlu buat pembedahan di luar Negara?

“ ya..dan, saya rasa..kalau buat pembedahan kat luar Negara..agak teruk kot sampai hospital kat Malaysia ni tak dapat nak buat pembedahan tu.”

“ kat sini tak dapat buat? Tapi, bukan ke bahu dia je yang kena tembakan?” Beby benar- benar hairan dan rasa ingin tahunya membuak- buak.

“ kami tak tahu..mungkin ada sebab lain kenapa terpaksa dilakukan di luar Negara..tapi, awak janganlah risau lagi..semuanya dah berakhir..tempat persembunyian ahli kongsi gelap tu dah kena serbu..kena serbu besar- besaran. Semua dah kena tangkap termasuk si betina jalang dan licik tu.” Kata Yana. Beby tunduk. Dia memanjatkan kesyukuran kepada yang Mahakuasa.

“ macam mana polis tahu lokasi kami berada?” tanya Beby lagi ingin tahu bagaimana mereka diselamatkan.

“ kami memang tak tahu tapi Lyana sendiri yang datang menyerah diri kat Balai polis..dia ceritakan semuanya. Bongkar kegiatan kotor licik Jesica dan ketua mereka tu..sebab tu Polis tahu markas mereka. Tapi, kesian jugalah..sebab..Lyana pun ada kat lokap sekarang.”

“ tapi, dialah yang menolong saya dan L melarikan diri petang tu..saya rasa, dia hanya orang suruhan. Jesica yang rancang semuanya. Kesian dia.” Beby simpati kepada Lyana yang kini meringkuk dalam penjara dan menunggu untuk dibicarakan kerana turut terlibat dalam rancangan kotor itu.

“ biarlah makhamah yang adili dia.” kata Yana dan memasukkan sepotong epal ke dalam mulutnya.

“ awak belum bagitau saya sampai habis..macam mana Polis tahu lokasi kami, sedangkan kami berada dalam hutan tebal masa tu?”

“ selepas markas tu diserbu, ramai anggota polis masuk ke dalam hutan berhampiran mencari kamu berdua..masa konco- konco Jesica tu melepaskan tembakan yang kemudiannya terkena pada L, polis dengarlah bunyi tembakan tu..kat sanalah mereka tahu lokasi korang.”

Beby mengangguk- angguk. Kini dia sudah tahu.

“ rupa- rupanya, pembunuhan Niel tu pun memang Jesica yang rancang. Tapi, dia bukan nak bunuh Niel..dia nak bunuh awak. Lyana cakap, dia fitnah awak..dia hasut Jesica. Dia ambil gambar awak dan Adzyril masa dia tolong awak kat klinik tu, lepas tu dia bagi kat Jesica gambar tu.”

“ sebab tu Jesica ingat, awak memang rampas Adzyril dari dia..dan satu lagi sebab kenapa dia nak bunuh awak..awak saksi pembunuhan dalam bangunan lama tu kan? Jesica takut awak bagitau polis dan seterusnya kegiatan mereka terbongkar. Sebab tu dia nak hapuskan awak.”

“ pasal L pula, dia kena culik sama sebab L pun tahu pasal rashia tu juga..sebab tu korang berdua yang kena.” Syika menjelaskan kepada Beby agak panjang lebar. Lyana sudah menceritakan semuanya pada pihak polis tanpa ada satu pun tertinggal.

Beby tunduk. Rupa- rupanya inilah cerita sebenar. Kerana inilah, lelaki yang paling dia cintai terbunuh. Tapi, nak marah, benci dan berdendam pun tetap tidak akan mengubah apa- apa lagi. Orang yang sudah pergi takkan hidup semula.

“ saya nak tengok keadaan L.” Kata Beby dan cuba bangun dari atas katilnya tetapi Yana dan Syika menghalangnya.

“ jangan..awak takkan dapat. Keluarganya tak benarkan.”

“ tapi, saya cuma nak minta maaf dan ucap terima kasih pada dia..kalau bukan dia yang berusaha tolong saya masa tu, saya dah lama mati.”

“ bukan awak je yang nak jumpa dia..kami semua pun nak melawat dia juga tapi nak buat macam mana? Tu permintaan ahli keluarga dia..kita kena hormat, dah..jangan fikir banyak sangat dulu. Awak tu pun belum lagi sihat sangat. Makan ni.” Yana menyuakan sepotong epal ke mulut Beby. Soalan demi soalan kini menerjah di mindanya. Kenapa keluarga L tidak mahu orang lain melawat L?

“ assalamualaikum.”

Tiga orang gadis yang berada di wad tersebut menoleh. Kelihatan Rexray, Amirul dan juga Fiq masuk ke dalam wad. Perbualan mereka terus terhenti di situ.

“ kami macam menganggu je.” Kata Rexray. Beby cuma mengeleng- geleng.

“ macam mana keadaan awak? Dah bertambah baik ke? ni untuk awak.” Fiq menghulurkan beberapa buah tangan kepada Beby.

“ terima kasih Fiq.”

“ eh, korang tahu tak yang L sudah dihantar ke luar Negara pagi tadi?” Beby dan rakan- rakannya berpandangan.

“ ye ke? kamu tak tahu pun..sape yang bagitau?”

“ abang dia..kami pun sedih juga sebab tak sempat nak jumpa dia..tapi, kita kena hormat permintaan keluarga dia.” kata Amirul.

Beby terdiam. Kenapa agaknya? Teruk sangatkah keadaan L sampai kena kirim ke luar Negara? Yang dia dengar dari sahabat- sahabatnya, ketika L di jumpai, lelaki itu tidak sedarkan diri dan cukup kritikal. Beby tertunduk. Dia kehilangan kata- kata.

Kalaulah dia bersabar dan mendengar cakap L ketika itu, tentu mereka berdua mungkin tidak dijumpai oleh konco- konco Jesica itu. Tentu mereka berdua terus meninggalkan tempat itu dan orang- orang suruhan Jesica tidak akan dapat mengejar mereka. Kalaulah dia dengar dan ikut saja apa yang L cakap masa tu, L pasti tidak akan jadi begini.

Kali ini dia memang salah. Ya..ini memang salahnya sebab degil dan terlalu ikutkan kata hatinya. Memang betul kata- kata L dulu. Dia gadis pembawa malang. Sesiapa saja yang dekat dengannya pasti akan turut sama terkena nasib malangnya itu.

“ tapi Beby, betul ke awak cuma kena ikat dan kena pukul semasa korang berdua kena culik tu? Saya risaukan awak.” Kata Amirul tiba- tiba. Semua yang berada disitu tersentak. Amirul sepertinya tahu apa yang telah berlaku ke atas dirinya ketika mereka diculik. Beby terus gugup.

“ maksud awak apa?” Yana memandang tepat ke arah Amirul.

“ tak..takde apa- apa..saya memang diikat dan dipukul je.” Belum sempat Amirul membuka mulut lagi, Beby terus bersuara.

Dia tidak akan benarkan siapa pun tahu apa sebenarnya yang telah berlaku kepadanya ketika dia diculik. Ia amat memalukan dan mengguris hatinya. Cukuplah hanya L seorang saja yang tahu. Dia tahu, L pasti tidak akan menceritakan hal itu kepada orang lain.

“ ooh..baguslah kalau macam tu.” Amirul tersenyum sambil menarik nafas lega. Barangkali dia menonton terlalu banyak drama. Dalam drama atau movie, adegan culik ini pasti akan ada sesuatu yang lebih buruk terjadi kepada si perempuan, sebab tu dia risau.

“ macam mana pula dengan pertandingan kat New York tu?”

“ takde wakil..kumpulan Winner yang sepatutnya pergi bersama- sama ngan kita pun tak pegi. Kami, Sir, pengetua semua sedih dan kecewa tapi nak buat macam mana? Kita tak minta- minta benda ni berlaku.” Luah Amirul dengan nada kecewa. Semua pun tunduk. Dia tahu, semua pun tentu kecewa dengan apa yang telah terjadi.

“ Yana, tolong kemaskan pakaian saya..saya nak balik rumah hari ni.”

“ eh, boleh ke? doktor belum cakap apa- apa pun yang awak dah boleh keluar?”

“ saya nak balik..saya bukannya ada apa- apa. Saya baik- baik je ni.” kata Beby dengan tegas dan serius sambil bangun dari katil kemudian masuk ke dalam kamar mandi dan bersiap- sedia untuk pulang ke rumah. Walaupun hatinya meronta- ronta mahu melihat keadaan L ketika ini tapi macam mana? L tidak ada di sini lagi.

“ kalau takde orang nakkan saya..atau saya takut takde orang nakkan saya..saya bersedia nak ambil awak..saya tetap nakkan awak? L, apa maksud semua yang awak katakan pada saya masa tu? Awak serius? Apa maksud semua tu? L, saya nak sangat jumpa awak sekarang..ada banyak perkara saya nak tanyakan kat awak.”

Beby bercakap sendirian di dalam kamar mandi. Sungguh. Hatinya meronta- ronta mahu berjumpa dengan L ketika ini.


BERSAMBUNG..



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku