LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 52
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
41

Bacaan






EPISOD AKHIR PART II

6 TAHUN KEMUDIAN

Beby menyusun fail- fail pesakitnya yang sudah siap diperiksanya di atas meja kerjanya. Hari ini, keadaan tidak begitu sibuk sangat macam selalu. Mungkin sebab hari ini ialah hari jumaat. Setelah selesai mengemaskan meja kerjanya, dia mencapai sebuah buku motivasi dan terus dibacanya buku itu.

Sejak dulu hingga sekarang, dia tetap seorang ulat buku walaupun semua aplikasi kini boleh didapati melalui telefon pintar sahaja. Dia lebih suka membeli buku di kedai buku dan membelanjakan sejumlah wang setiap bulan untuk membeli bahan bacaan. 

Dalam banyak- banyak buku, dia sangat suka membaca buku motivasi dan kaunseling kerana buku- buku seperti inilah yang telah banyak membantunya menjadi lebih tabah dan kuat selama ini. Banyak insipirasi dan kesedaran yang dia perolehi. Ia juga boleh meningkatkan lagi keyakinan diri dan membantu untuk sentiasa berfikiran positif.

Banyak koleksi buku yang dia kumpul, tetapi dia sangat suka mengumpul koleksi buku motivasi dan kaunseling yang ditulis oleh seorang penulis yang bernama Dr. JR Mohd. Buku- buku yang ditulis oleh penulis tersebut sangat menarik, membuka minda dan menginspirasikan. Dia tidak akan terlepas membeli setiap keluaran buku itu setiap bulan.

Setelah menamatkan pengajiannya di Management and Science University dalam jurusan Biomedical, Beby berkerja sementara sebagai kerani di pejabat ibunya kemudian berkerjasama dengan abangnya membuka sebuah makmal patologi. Walaupun abangnya Richie, ialah ketua doktor di makmal itu tetapi makmal itu dinamai ‘ DR.Deyanna G. Pathology Lab’.

Walaupun Richie ialah ketua doktor di situ tetapi CEO makmal itu tetap menjadi milik Beby. Richie cuma menolong adiknya itu. Pemilik sebenar makmal itu memang Beby. Makmal yang baru beroperasi selama satu tahun itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pesakit.

Walaupun baru setahun beroperasi, makmalnya sudah pernah mendapat pengiktirafan dan anugerah dari Kementarian Kesihatan sebagai makmal terbaik. Sahabat zaman kolejnya, Verra dan Mia juga menjadi Medical Laboratory Technologist dia makmal tersebut.

“ assalamualaikum Dr. Beby.” Beby yang baru menyelak beberapa muka surat pada bukunya sedikit tersentak dengan salam tersebut.

“ hai, sibuk ke?” terpancul wajah Syika di muka pintu dengan senyuman lebar. Baby bump nya yang baru berusia 4 bulan mula kelihatan.

“ waalaikumsalam..awal balik ?” Beby menjawab salam Syika kemudian menyimpan kembali buku di tangannya. Dia bingkas berdiri dari tempat duduknya kemudian mempelawa tetamu istimewanya itu duduk.

“ ya..tadi saya pegi klinik..jadi keluar awal.” Jawabnya tersenyum manis.

Syika sudah berkhawin dengan Rexray, kekasih hatinya sejak zaman kolej lagi. Baru juga setahun lebih mereka mendirikan rumahtangga dan kini mereka mendapat berita gembira apabila Syika disahkan hamil. Syika dan Rexray kini berkhidmat di makmal hospital kerajaan.

“ ohh..patutlah..amacam baby kita? Sihat ke?” tanya Beby sambil meletakkan tangannya di atas perut Syika.

“ sihat je..saya berharap sangat supaya saya dapat anak pompuan he he he..tapi, tentu hubby saya nak anak lelaki kan?” Syika mengeluh.

“ janganlah mengeluh macam tu..pompuan ke lelaki ke..terima je dengan hati yang ikhlas. Anugerah Tuhan. Amirul ada jemput korang ke? minggu depan dia nikah kan?”

“ mestilah ada..takkanlah dia boleh lupa Rexray pula..mana Era dan Mia? Dah balik ke?”

“ yaa..dah balik dah..kan hari ni kami awal tutup.”

“ Beby, kami semua dah khawin..Yana dah dua orang anak, Era  dah ada anak satu, Mia dah bertunang..Fiq dah khawin..Amirul pula dah nak khawin minggu depan..awak bila lagi? Umur pun dah sesuai sangat nak khawin he he he.” Syika tersipu- sipu ketika bertanya mengenai hal itu kepada Beby. Beby tergelak kecil.

“ macam mana saya nak khawin? Boyfriend je pun takde.”

“ haa..tu lah..dulu Amirul nak sangat kat awak tapi awak pula biarkan dia bertepuk sebelah tangan..sekarang dia dah nak khawin..awak pula masih sunyi.”

“ manada sunyi..saya gembira je pun hidup ngan mama..dapat meluangkan masa ngan mama..tolong mama. Saya seronok je hidup solo- solo ha ha ha.”

“ huhh..betul ke seronok? Kalau kira dari sejak kematian Daniel, awak tak pernah bercinta lagi kan? Dah nak masuk 7 tahun dah awak single..tak sunyi ke?” tanya Syika lagi meminta kepastian.

“ tak..saya bahagia je pun..awak nampak saya sunyi ke?”

“ entah..mana saya tahu..ke, awak masih stuck dengan masa lalu awak? Come on lah Beby..move on. Cari je lah lelaki lain. Saya tak caya ni sebab arwah Daniel..kalau pasal arwah Daniel, awak dah lama move on?” Syika menduga. Beby cuma tergelak kecil kemudian berdiri.

“ takdelah Ika..saya tak stuck ngan mana- mana cerita masa lalu saya..saya cuma belum bersedia nak terima siapa- siapa dalam hidup saya.”

“ saya tak percaya..ni mesti ada kaitan ngan L kan? Awak masih tunggu L kembali kan?” huh? Beby tersentak ketika mendengar nama lelaki itu disebut oleh Syika.

Semua orang tahu, sejak di kirim ke luar Negara untuk menjalani pembedahan, L tidak pernah lagi kembali ke Malaysia. Entahkan hidup entahkan tidak. Mereka langsung tidak menerima apa- apa berita berkaitan dengan L lagi. Beby yang terus menunggu kepulangan L cuba untuk menunggu dan menunggu.

Banyak perkara yang dia mahu tanya, banyak perkara yang dia mahu katakan kepada lelaki tersebut. Dia juga mahu meminta maaf dan berterima kasih kepada L tetapi penantiannya hanya sia- sia. L tidak pernah lagi kembali. Tidak ada sesiapa pun tahu kenapa dan dia dimana.

Ayah L yang berkerja di syarikat milik ibu Beby juga meletakkan jawatan dan berpindah ke luar Negara bersama- sama dengan isteri dan juga abang L. Beby tidak habis fikir kenapa keluarga L berbuat seperti ini. Tidak ada jawapan untuk semua pertanyaan- pertanyaannya sehingga kini.

“ betul kan? Awak masih tunggu L balik kan?”

“ kenapa saya nak tunggu dia? abang dia pun dah pesan kat saya supaya tak perlu menunggu L kembali ke sini.”

“ eh, awak pernah jumpa abang dia ke? bila?” Syika memandang ke arah Beby dengan dahi berkerut. Beby mengangguk perlahan- lahan.

“ dah lama dah..5 tahun yang lalu. Saya ada datang ke rumah mereka tapi, mereka dah tak tinggal kat sana lagi. Kebetulan, Roxiee ada kat situ mengambil barang- barang mereka..jadi saya sempat bertanya mengenai L..tapi dia cakap, tak perlu tunggu L kembali sebab L  tak mungkin akan kembali lagi. Saya tak tahu, dia masih hidup atau dah mati.”

Kata Beby. Hatinya tiba- tiba menjadi sebak apabila meningat kembali peristiwa itu.

“ abang dia cakap macam tu? Eh, dia bercakap seolah- olah L dah takde kan? Dia masih hidup lagi ke? saya bingunglah.” Ujar Syika.

Beby tertunduk menahan sebak. Selepas peristiwa itu, dia tidak pernah lagi bertemu dengan mana- mana ahli keluarga L. Mereka juga menukar nombor telefon. Semua akaun sosial L dan keluarga juga sudah deactive. Akhirnya, setelah bertahun- tahun menunggu, semua rakan- rakannya sudah berputus asa menunggu L kembali.

Mereka mula melupakan L dan memulakan hidup baru masing- masing. Amirul dan Fiq memilih untuk membuka studio rakaman dek kerana terlalu minat dalam bidang seni suara dan tarian itu. Mereka semua kini hidup gembira dan bahagia dengan pasangan masing- masing. Hanya Beby yang masih berharap dan menunggu L kembali.

Dia sangat berharap agar satu hari nanti, dia berpeluang bertemu dengan L dan sempat meminta maaf dan berterima kasih pada lelaki tersebut. Lelaki yang telah berusaha separuh mati melindunginya ketika mereka diculik 6 tahun yang lalu. Jika L masih hidup, dia sangat berharap Tuhan mempertemukan mereka kembali satu hari nanti.

“ dah lah Ika..jangan sebut nama tu lagi..yang berlalu tu, biarlah berlalu. Mungkin betul dia dah takde lagi sebab abangnya cakap L tak mungkin akan kembali lagi.”

“ kesiannya awak..saya pun tak tahu nak cakap macam mana..sebab Roxiee bercakap seolah- oleh L sudah tiada. Hmm..Beby, awak nak tak kalau saya aturkan blind date untuk awak?”

“ jangan merepeklah..saya tak sangap sangat nak khawin ni..saya baru 27 tahun pun.” marah Beby dengan usikan Syika. Syika tergelak besar. Rasa seronok mengusik Beby.

“ ha ha ha..saya bergurau je lah..ok lah..saya balik dulu. Nak masak..nanti laki saya mengamuk pula kalau balik saya takde masak apa- apa ha ha ha..jumpa kat majlis nikah Amirul nanti. Jaga diri baik- baik ye..saya tak dapat nak jenguk awak setiap hari ni. Cepat- cepatlah menikah ha ha ha.” Syika memeluk Beby kemudian mengatur langkah keluar dari pejabat Beby. Beby tersenyum.

Walaupun dia masih solo tetapi, dia tidak pernah merasa sunyi sebab semua sahabat- sahabatnya ada berdekatan dengannya sahaja. Cuma jarang jumpalah sebab masing- masing sudah berkeluarga. Verra dan Mia je lah yang tiap hari jumpa sebab mereka kerja di makmal milik Beby. 

Bercakap mengenai L, dia tidak tahu mengapa sehingga ini dia masih berharap lelaki itu akan muncul kembali dalam hidupnya. Dia tidak dapat menipu dirinya sendiri yang dia memang rindukan lelaki itu. Dia mahu berjumpa dengan L lagi tapi, masih adakah peluang baginya untuk menatap kembali wajah dan mendengar suara L? Sehingga kini, semua kata- kata L sebelum dia di tembak, masih jelas terngiang- ngiang di telinganya dan dia sangat berharap ketika ini, yang semua kata- kata L ketika itu ialah benar dan serius.

“ ahh..teringat lagi pasal tu.”

Beby mengeluh sendiri tatkala peristiwa 6 tahun lalu itu kembali menerjah di benaknya. Walaupun dah bertahun lamanya, ia tetap utuh dan segar dalam ingatannya. Cuma, dia kini hidup dibelenggu rasa bersalah kerana tidak sempat meminta maaf kepada L. Ketika Beby sedang melayan perasaannya, terdengar pintu pejabatnya dibuka oleh seseorang. Beby menoleh.


BERSAMBUNG..



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku