LELAKI TERBAIK UNTUKKU
Bab 53
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
138

Bacaan






EPISOD TAMAT

“ hai, saya nak berjumpa dengan Dr. Deyanna G.” Kata sesusuk tubuh tinggi lampai yang baru saja melangkah masuk ke dalam ruang menunggu.

“ ya saya..tapi, makmal kami hanya beroperasi sampai pukul 4 petang je hari ni. Kami dah tutup ni.” jawab Beby dengan yakin dan tenang.

Tetamunya kali ini ialah seorang lelaki. Lelaki tinggi lampai berkulit putih. Tidak ada bezanya dengan hero- hero dalam drama mahupun filem. Kacaknya lelaki ni..puji Beby dalam hati.

“ tapi saya nak hari ni juga..jauh- jauh saya datang nak minta rawatan, takkan doktor suruh saya balik macam tu je?” jawab lelaki itu pula dengan tegas dan serius. Dia duduk di atas sofa yang terdapat di dalam pejabat Beby tanpa dipelawa. Beby mula rasa meluat.

“ maaflah encik..bukan tak nak layan encik..tapi makmal kami dah tutup ni..semua pekerja pun dah balik. Apa kata encik cari makmal lain yang masih buka?” Beby mencadangkan. Makmalnya pada hari jumaat hanya akan beroperasi dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 4 petang.

“ tapi saya tetap nak buat medical check up kat makmal ni..banyaklah saya nak..saya nak buat ujian klinikal semua ni. Saya nak buat kat sini sebab ramai yang cakap, makmal ni antara makmal terbaik di bandar ni.” nampaknya lelaki itu tetap bertegas.

“ kalau encik nak juga, encik boleh datang hari isnin minggu depan sebab hari sabtu dan ahad, kami tak buka.”

“ macam ni ke cara kamu layan pesakit? Perkhidmatan apa ni macam ni? layanan sangat buruk dan teruk.”

Apa? Lelaki ini memang kurang ajarlah! Beby mula rasa tidak senang hati dan menyampah. Dia pura- pura menyibukkan diri di meja kerjanya.

“ Encik..kan saya dah cakap..kalau encik nak sini juga, encik boleh datang hari isnin minggu depan. Dan lagi satu, kalau encik nak sangat, encik kena ikut prosedur yang betul..bukan main terjah masuk pejabat orang saja macam ni.” marah Beby.

Dia memang tidak suka orang bermulut biadap ni. Siapa pun dia, hensem mana pun dia atau kaya mana pun dia, kalau tak tahu jaga adab buat apa?

“ ohh..pasal tu. Memang saya nak ikut prosedur tapi kaunter depan sana tu kosong..pintu pula masih buka. Saya terus je lah masuk kat sini..nak bagitau siapa kat luar? Takde sesiapa kat sana..takkan saya nak cakap ngan kerusi meja kat situ pula?”

“ saya rasa, encik ni kurang siumanlah.” Beby menjelingnya dengan rasa meluat. Lelaki ni kacak tapi berlagak dan angkuh sangat. Sayang betul.

“ tak..saya waras je..doktor yang berlagak sangat..tak tahu nak layan pesakit. Jangan sombong sangatlah..dah lah tak cantik, pendek pula tu. Langsung tak padan jadi doktor.”

“ apa awak cakap? Jangan kurang ajar sangat eh!” Beby yang betul- betul mula hilang sabar mendengar kata- kata kurang sopan daripada lelaki itu terus memakukan pandangannya ke arah lelaki tersebut.

“ okey..saya cari makmal lain. Terima kasih je lah ngan layanan awak yang sangat bagus tu.” Kata Lelai itu bingkas berdiri dan terus melangkah keluar dari pejabat Beby. Beby terhenyak. Dia menarik nafas lega. Huh! Dari mana datangnya lelaki kurang siuman tu? Kurang ajar betulah. Beby menghentak mejanya dek kerana terlalu geram. Agaknya lelaki tu ada masalah mental kot.

*******

Hari ini ialah hari pernikahan Amirul. Semua kawan lama dan juga kawan barunya turut datang sama memeriahkan lagi majlis pernikahan Amirul. Beby yang turut mendapat kad jemputan juga tidak ketinggalan hadir memeriahkan majlis pernikahan sahabatnya itu.

“ hai Yana..lama tak jumpa..wahh..dah dua orang anak awak.” Syika terus bertanya khabar sejurus saja melihat Yana datang bersama- sama dengan Beby dan juga dua orang anaknya. Satu perempuan dan satu lelaki.

“ hai juga Ika..sihat je ni..ya, dah dua orang anak ni. Ika apa khabar?”

“ baru je sihat ni..teruk kena alahan masa baru pregnant..sekarang dah masuk 4 bulan..dah ok sikit dah.” Jawab Syika.

Beby hanya memasang telinga mendengar sahabat seusianya yang kini rancak bercerita pasal rumahtangga dan anak- anak mereka. Merasa dirinya agak kekok di situ, dia pun beredar mendapatkan Verra dan Mia yang duduk tidak jauh dari mereka.

“ Era, mana anak? Tak bawa ke?” tanya Beby apabila melihat Verra datang seorang diri. Dia duduk di sebelah Verra.

“ ha ha..hari ni nak menyamar jadi orang bujang dulu..adik- beradik saya datang kat rumah..mereka tawarkan diri nak jaga dia hari ni.” Beby mengangguk- angguk. Dia kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah pelamin yang masih kosong.

“ mana pengantinnya? Dari tadi kosong je.”

“ tukar baju kot..kejap lagi datanglah tu..cantik gila bini si Amirul tu. Awak dah nampak tak?” kata Mia. Beby cuma mengangguk sambil tersenyum. Dia ada melihat gambar mereka pada kad jemputan khawin mereka.

“ Amirul dah khawin ni..awak bila lagi?” tanya Mia pula.

Beby mendengus. Dah nak berasap telinganya mendengar soalan ini. Sejak teman- temannya tahu Amirul bakal berkhawin, mereka asyik tanya soalan yang sama kepadanya. 

“ entah ni kali keberapa dah kena tanya soalan yang sama..adoii..kalau dia khawin, apa pula kaitannya dengan saya? kami bukannya pernah couple pun.”

“ memanglah tak pernah tapi si Amirul tu kan gilakan awak dari dulu..tapi awak ni yang jual mahal sangat. Nak juga tunggu entah siapa.”

“ hishh..cerita 6 tahun yang lalu pun nak buka balik ke? tu cerita lamalah Mia. Tunang awak mana? Tak ikut ke?”

“ ada kat sana..sama- sama ngan Fiq dan Ray.” Mereka bertiga mengalihkan pandangan mereka ke tempat tunang Mia duduk.

“ eh, lelaki sakit mental tu?” tiba- tiba pandangan Beby tertumpu ke arah seraut wajah yang agak familiar. Wajahnya berkerut seribu cuba mengingati dimana dia pernah nampak lelaki tersebut.

“ sape lelaki sakit mental pula ni?” Verra dan Mia berpandangan.

“ yang tu lah..yang duduk sama- sama ngan Fiq tu..yang pakai baju melayu warna biru tua tu.”

“ eh, awak ni..sembarang je cakap lelaki tu sakit mental. Dia tu kawan baru Fiq lah. Ok apa lelaki tu..kacak lagi.”

“ kawan Fiq? Eh, betul ke ni? kat mana dia kenal lelaki sakit mental tu?” Beby ingin tahu. Lelaki yang dia maksudkan itu ialah lelaki yang pernah datang ke makmalnya dengan angkuh dan tidak sopan.

“ tak tahu..dia kawan Fiq.”

Beby terdiam. Dia mahu bertanya lebih banyak lagi tapi risau pula dia kalau kawan- kawannya ini salah faham nanti. Maklumlah, dia kan bujang. Tak pasal- pasal kena bahan sampai sebulan.

“ wahh..pengantin dah naik pentas tu..wahh..cantiknya.” suara Verra mengejutkan Beby dari lamunan. Dia melihat ke arah pelamin. Kelihatan Amirul dan pengantin perempuan sudah mengambil tempat mereka di atas pelamin. Mereka menggunakan tema berwarna soft purple. Amirul melambai ke arah mereka. Mereka membalas lambaian Amirul.

“ hensemlah Amirul macam tu..selama ni dia nampak comel sebab muka dia cute..tapi pakai baju melayu siap ngan samping semua tu..hensemlah pula.” puji Mia.

Tidak lama selepas pengantin naik ke atas pentas, acara bergambar dengan pengantin pun bermula. Sepanjang majlis itu berlangsung, mereka di hiburkan dengan lagu- lagu yang sudah disusun khas untuk majlis tersebut.

“ Beby, Beby..jom pegi sana.” Suara Mia menyentakkan Beby yang sedang enak menikmati makanannya.

“ nak pegi mana pula? belum habis makan ni.”

“ nantilah sambung lagi..kita ikut game tu..bride dia nak baling bunga tu..jom, jom..manatau awak atau saya yang dapat.” Mia menarik tangan Beby tidak mahu terlepas dengan game tersebut.

“ aigoo..seriously..kita ni bukan orang putih nak buat macam ni..tak boleh percayalah ni. Jodoh tu Allah yang tentukan.” Omel Beby kurang setuju dengan ajakan Mia itu. permainan ini memerlukan si pengantin perempuan melemparkan bunga di tangannya secara membelakangkan semua gadis- gadis atau jejaka- jejaka yang masih belum berkhawin. Kononnya, siapa yang dapat bunga tu akan bertemu jodohnya tak lama lagi.

“ saya tahulah..ini just for fun je..sekadar nak meriahkan lagi suasana.” Mia tetap tidak mahu melepaskan tangan Beby yang berusaha tidak mahu turut serta dalam permainan tersebut.

“ dah sedia? Pengantin dah nak baling bunga ni.” suara emcee yang ditugaskan untuk mengacarakan majlis tersebut kedengaran. Semua gadis dan jejaka yang masih bujang berdiri di belakang pengantin baru itu.

“ satu, dua, tiga!!” habis kiraan tiga, tidak semena- mena pengantin perempuan tersebut bukan melemparkan bunga di tangannya ke belakang tetapi terus memberikan bunga tersebut kepada seorang lelaki yang turut sama dalam permainan tersebut. Bunga terus bertukar tangan, dan lelaki tersebut terus meluru ke arah Mia dan Beby kemudian terus melutut di hadapan mereka.

“ Nur Deyanna Gracia, would you marry me?”

What?? Semua hadirin dan hadirat bersorak dan bertepuk tangan melihat lelaki tersebut melamar Beby di khayalak ramai. Beby yang tidak tahu apa- apa dan langsung tidak menyangka ini akan berlaku kepadanya terkejut separuh mati. Dan yang lebih mengejutkan, lelaki yang sedang melutut di hadapannya ketika ini ialah lelaki yang dia gelar lelaki sakit mental itu.

“ aa..apa..apa awak cakap ni?” Beby terkedu tidak tahu apa yang dia patut lakukan.

be my queen, my wife, my love and my everything, i wanna marry you.”

say i do! Say i do! Say i do! Say i do!” sorakan dan tepukan gemuruh dari semua hadirin yang memaksanya supaya menerima lamaran tersebut menyebabkan Beby bertambah tertekan. Apa yang harus saya lakukan ni? saya langsung tak kenal ngan lelaki ni? macam mana saya nak terima lamaran dia? dan, dia kenal saya ke? kenapa dia tiba- tiba nak lamar saya sedangkan kami pun tak pernah berkenalan.

Beribu persoalan menerjah di minda Beby. Sungguh. Dia benar- benar rasa hairan dan bingung. Apa sebenarnya yang sedang berlaku ni? apa semua ni? Beby memandang di sekelilingnya. wajah- wajah insan yang dia kenali turut berada di situ memberikan sorakan dan memaksanya supaya menerima lamaran lelaki tersebut. Oleh kerana terlalu gemuruh dan terkejut, Beby terus berlari meninggalkan tempat itu. Baginya ini benar- benar gila! Kenapa dia mesti menerima lamaran seorang lelaki yang langsung dia tidak kenal dan cintai?

30 MINIT KEMUDIAN..

Beby menguak daun pintu keretanya. Dia menarik nafas berat. Gila! Apa yang berlaku kepadanya 30 minit yang lalu? Dia meraup wajahnya kemudian turun dari keretanya. Selepas melarikan diri dari majlis pernikahan Amirul, Beby mengambil keputusan untuk pergi menenangkan dirinya di pantai.

Dia masih tidak dapat mempercayai apa yang baru saja terjadi kepadanya itu. Gila. Memang gila. Ramai gadis cantik yang turut berada di majlis tadi tapi kenapa lelaki sakit mental tu tiba- tiba nak lamar saya pula? siapa punya rancangan ni? ingat saya ni tak laku sangat ke sampai nak aturkan jodoh untuk saya? sungguh memalukan..bebel Beby seorang diri sambil berjalan menuju ke arah sebuah kerusi kayu di bawah sepohon pokok.

Dia duduk. Dia memejamkan matanya sambil menarik nafas berat kemudian menghembuskannya. Rambut panjangnya dibiarkan dimainkan oleh bayu laut yang bertiup sepoi- sepoi bahasa. Ok..bertenang Beby..tenang. Ia takkan berlaku. Kau tak kenal lelaki tu dan kau tak mungkin akan menerima lamaran dia. Kau tak perlu dengar kata- kata orang lain..ya, keputusan di tangan saya. Saya berhak buat keputusan sendiri.

“ assalamualaikum. Saya dah agak..mesti awak lari pegi sini.” Sapaan tersebut lagi- lagi mengejutkannya. Cepat- cepat dia membuka matanya.

“ awak lagi?” wajah Beby terus berubah melihat siapa gerangan yang menyapanya sebentar tadi.

“ ya saya..kenapa awak terus larikan diri macam tu je tadi? Awak tahu tak saya malu?”

“ saya kisah ke? awak malu ke apa ke, ingat saya kisah ke? saya tak kenal awak..awak nak apa lagi dari saya?” marah Beby sunggguh tidak senang dengan kehadiran lelaki sakit mental itu disitu. Lelaki itu tersenyum dan terus duduk di sebelah Beby tanpa di pelawa. Beby cepat- cepat berdiri.

“ betul ke awak tak kenal saya?”

“ memang pun tak kenal..awak pun tak kenal saya..tiba- tiba nak ajak saya khawin..awak rasa, awak waras ke tak ni?”

Beby yang masih geram dengan kejadian tadi terus memarahi lelaki tersebut yang hanya tersenyum- senyum sejak tadi.

“ kamu tidak perlu kelihatan cantik seperti peragawati atau ratu cantik untuk kelihatan menarik. Bersyukur dengan diri sendiri. Tidak perlu menjadi orang lain kerana, kamu cantik apabila menjadi diri sendiri.”

Mata Beby terbeliak ketika mendengar kata- kata lelaki tersebut. Itu ialah salah satu petikan yang terdapat dalam buku yang di tulis oleh Dr. JR Mohd dan juga salah satu kata- kata yang sangat Beby suka. Macam mana dia tahu? Lelaki itu tergelak kecil melihat reaksi Beby yang terkejut besar.

“ itu kan kata- kata dalam buku yang di tulis oleh Dr. JR Mohd! Macam mana awak tahu? Awak pun peminat buku dia juga ke?”

“ sayalah Dr. JR Mohd tu.”

Apa? Saya tidak silap dengar ke? lelaki yang berada di hadapannya ini ialah Dr. JR Mohd? Seorang penulis buku motivasi dan kaunseling yang sangat dia kagumi? Beby ternganga dan kaku.

“ hei, awak jangan main- mainlah! Doktor pakar motivasi tu tak gila macam awak ni. Awak ingat saya bodoh ke nak percaya?”

“ ooh ya? Awak tak percaya? Takkan awak betul- betul tak kenal saya, Kacang pendek.”

Lelaki yang mengaku dirinya sebagai Dr. JR Mohd itu tersenyum sinis kemudian bingkas berdiri dan melangkah pergi tetapi Beby mengejarnya.

“ hei awak! Apa awak cakap tadi? Awak panggil saya Kacang pendek?” lelaki itu tidak memperdulikannya dan terus saja berjalan.

“ hei! Saya bercakap ngan awak ni..awak dengar ke tak?” jerit Beby sambil berusaha menahan lelaki itu tetapi lelaki itu tetap berdiam diri. Dia menuju ke arah sebuah booth menjual makanan dan minuman ringan.

“ saya bercakap ngan awak ni..tolong jangan layan saya ma..”

“ nahh..saya belanja.”

Huh? Beby terkesima. Lelaki itu menghulurkan satu bungkusan gula- gula kapas kepadanya. Beby memandang wajah lelaki itu dengan sejuta persoalan.

“ awak masih suka makan gula- gula kapas ni tak?” Beby terkebil- kebil. Dia menatap wajah lelaki itu tanpa berkedip. Siapa dia? macam mana dia tahu saya suka makan gula- gula kapas?

“ sekarang awak dah kenal siapa Dr. JR Mohd?” pertanyaan lelaki itu langsung tidak dijawab. Mata Beby ketika ini hanya tertumpu pada wajah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Mata? Hidung? Bibir? Beby cuba mengamati setiap inci wajah lelaki tersebut.

“ 6 tahun yang lalu, saya dan seorang pompuan yang saya sayang telah diculik..tapi, sayangnya..selepas saya bergadai nyawa nak lindungi dan selamatkan dia..dia langsung tak hargai apa yang saya dah lakukan untuk dia. Dia ego, dia ikut kata hati dia je, dia pentingkan diri sendiri. Dan, yang paling saya tak dapat lupakan, gara- gara kejadian tu, 50% dari wajah saya hancur sebab tercucuk dengan ranting pokok yang tajam, terkena batu- batu yang tajam ketika saya hanyut di sungai. Wajah saya jadi hodoh sehodoh- hodohnya. Separuh dari wajah saya cacat dan tak dapat nak diselamatkan.”

“ saya kehilangan separuh dari wajah sebenar saya..saya malu nak jumpa dengan semua orang, saya kehilangan cita- cita dan impian saya. Masa depan saya hancur lebur begitu je. Saya hilang keyakinan, saya hilang semangat nak teruskan hidup. Yang saya mahu, saya nak mati. Tu je yang saya nak masa tu.”

Beby terkedu mendengar cerita lelaki tersebut. Kenapa? Kenapa cerita itu ada persamaan dengan kejadian 6 tahun yang lalu? Kejadian yang menimpa L. Adakah dia ialah L? L yang selama ini dia tunggu- tunggu? Tapi, kalau benar dia adalah L, Kenapa saya langsung tidak mengenali dia?

“ L?” terketar- ketar bibir Beby tatkala menyebut nama itu. Lelaki itu memandang wajah Beby dengan serius.

“ saya benci awak Nur Deyanna Gracia! Sebab awak..saya kehilangan wajah dan identiti sebenar saya!”

Beby menekup mulutnya. Benarlah! Lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Dr. JR Mohd ini ialah L. Rupa- rupanya sebab itulah L menghilangkan diri begitu saja selama 6 tahun tanpa berhubung dengan sesiapa.

Ketika L hanyut di sungai selepas terkena tembakan, wajah dan tubuhnya terkena ranting pokok dan batu yang tajam sehingga sebahagian daripada wajahnya tercedera teruk. Dia juga terdampar seorang diri di tepi sungai besar itu dalam keadaan yang nyawa- nyawa ikan. Dia kehilangan darah yang banyak. Dia kelaparan dan kehausan sehingga dia dehidrasi dan kebuluran kerana dia hanya dijumpai selepas dua hari dia hanyut di sungai.

Separuh wajahnya yang hancur teruk ketika itu menyebabkan dia tidak dapat menerima kenyataan. Pengajiannya tertangguh dan semua cita- cita dan impiannya hancur tidak kesampaian. L yang mengalami tekanan hebat dan depression yang teruk ketika mengurung dirinya dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Dia mengalami kemurungan yang teruk sehingga dia boleh bercakap sendirian dan selalu ingin mencederakan wajahnya yang hodoh bagaikan zombie itu.

Ibu bapanya yang tidak sanggup melihat keadaan anak mereka seperti itu tidak ada jalan lain selain memilih untuk menjalankan pembedahan ke atas wajah anak mereka. Hasil pembedahan tersebut, 50% wajah L telah berubah. Walaupun sekarang wajahnya tampak kacak dan sempura, tetapi L tetap benci melihatnya kerana ia tetap bukan wajahnya yang sebenar.

“ L, saya betul- betul minta maaf. Saya tahu, saya salah sebab ego dan tak dengar cakap awak masa tu. Saya telah menyebabkan awak kehilangan wajah dan identity sebenar awak..saya betul- betul minta maaf.”

Akhirnya kata- kata yang disimpan bertahun- tahun itu terluah juga di hadapan L. Walaupun wajah lelaki itu tidak lagi dia kenal tapi perasaan bersalahnya semakin menebal tatkala memandang wajah L. Beby menangis. Dia tidak tahu, adakah dia gembira atau takut ketika ini. Dia tidak pasti apakah perasaannya, yang nyata, kepulangan L memang di tunggu- tunggunya selama ini.

“ saya benci dengan wajah saya sekarang..walaupun ramai yang cakap saya sempurna tapi sebahagian daripada wajah saya ni palsu! Saya benci! Saya sangat bencikan awak juga tapi saya tak dapat tipu diri saya yang saya sayang dan rindukan awak.”

L? Beby memandang wajah L dengan mata yang sudah basah dengan airmatanya. Sayang? Rindu? Betul ke apa yang dia dengar ni?

“ sudah..awak tak perlu nak menangis minta simpati supaya saya maafkan awak..saya takkan maafkan awak sampai bila- bila. Saya betul- betul bencikan awak.”

“ saya tak berharap awak maafkan saya..terima kasih sebab beri peluang untuk saya meminta maaf..walaupun saya tahu, awak takkan maafkan saya. Saya dah hancurkan masa cita- cita dan impian awak.” Beby tunduk.

Dia langsung tidak berdaya mahu menatap wajah L ketika ini. Dia mengesat air matanya kemudian mengatur langkah mahu meninggalkan L. Tidak ada gunanya dia berdiri lama- lama di hadapan L. Mengenangkan apa yang telah terjadi, L tidak mungkin akan memaafkannya. Dia tahu dia salah. Dia tahu L takkan maafkannya tapi dia tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk meminta maaf.

“ hei, awak nak pergi mana? Saya belum habis bercakap lagi ni.” L menengkingnya. Beby langsung tidak berani mengangkat wajahnya lagi. L mengejarnya dan menarik tangan Beby dengan kuat.

“ pasal yang saya cakap kat majlis pernikahan Amirul tu, saya serius.”

“ macam mana awak kata yang awak serius sedangkan tadi awak sendiri cakap yang awak sangat bencikan saya dan tak dapat maafkan saya?”

“ kami dah rancang semua tu..Amirul bagi kad jemputan kat abang saya melalui facebook  dan dia berpesan, dia berharap sangat, kalau saya masih hidup, dia nak sangat saya datang ke majlis pernikahan dia.”

“ ja..jadi, Amirul, Ray, Mia..mereka semua tu dah tahu awak memang L?” Beby terkejut.

“ ya, mereka dah tahu semuanya sebab kami dah berjumpa minggu lalu dan mereka semua yang plan game baling bunga tu..Mia paksa awak ikut game tu sebab tu semua kami memang dah plan sama- sama.”

“ weii! Jadi, apa yang berlaku tadi tu memang game semata- mata?”

“ tak..saya serius nak halalkan awak..saya tak nak lama- lama.”

“ tapi, macam mana kita nak khawin kalau awak benci kat saya?”

“ kalau awak tak nak khawin dengan saya, yalah..saya benci..tapi, kalau awak nak khawin dengan saya..sayalah orang yang paling gembira. Saya serius..lets get married.”

Beby tunduk dan tersenyum kecil sambil mengesat airmatanya. Dia tidak tahu apakah perasaannya ketika ini. Yang pasti, hanya lelaki ini yang dia tunggu- tunggu selama ini. 

“ so, would you marry me?”

“ yes, i do.”

TAMAT




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku