HARAPAN BINTANG TERNAMA
Bab
Genre: Umum
Kategori: Puisi
Paparan sejak 16 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)
336

Bacaan






HARAPAN BINTANG TERNAMA

Wahai bintang,

Hadirmu menyinar setiap hati,

Tertawan dengan ketampananmu,

Kekacakan bias mencairkan setiap naluri,

Namamu sentiasa segar di setiap penjuru.

Wahai bintang,

Bakatmu sungguh luar biasa,

Kebolehanmu sangat memukau mata,

Kelebihanmu sentiasa boleh dibangga,

Hanya kamu penyeri keluarga.

Wahai bintang,

Bakatmu suatu anugerah,

Anugerah yang sangat indah,

Menjadi sebutan seisi rumah,

Menjadikan suasana makin meriah.

Wahai bintang,

Tingkah lakumu sentiasa diperhati,

Janganlah kamu bersusah hati,

Setiap soalan sentiasa menjadi teka-teki,

Sehingga kau jujrur dengan hati sendiri.

Wahai bintang,

Setiap tindakan menjadi bualan,

Bualan orang termasuk jiran,

Jangan kau rasa terkilan,

Setiap yang salah kau betulkan.

Wahai bintang,

Beribu mata memandang kau beraksi,

Mengharap kau jadi penyejuk hati,

Kau cemerlang di arena tersendiri,

Kau pamer aksi terhebat menggunakan kaki.

Wahai bintang,

Kau bermain dengan cemerlang,

Kau pamer aksi terbaik di padang,

Berhempas pulas bermandi keringat cerlang,

Jadi kebanggaan rakyat merata lantang,

Memujimu dengan suara yang lantang.

Wahai bintang,

Bakatmu diasah daripada kecil,

Supaya menjadi role model,

Dirimu kini dah terkenall,

Jangan pula keluarga ditinggal,

Wahai bintang,

Wajahmu semakin digilai,

Menjadi popular itu mesti,

Dek kerna bakt dan aksi,

Pasti kau sering diminati.

Wahai bintang,

Dirimu sudah jadi selebriti,

Jangan lupa sentiasa optimis,

Soal cinta dan kerjaya yang tak pernah habis,

Asal kau cerdik membahagi dan menepis.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku