NAUGHTY GIRL MEET CLASSY BOY
Bab 1: PERMULAAN
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 19 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
862

Bacaan






Sayup -sayup azan subuh berkumandang. Pagi menjelma lagi. Manusia mula sibuk “membangunkan” diri untuk sujud kepada illahi dan menjalani tugas harian. Seperti biasa aku turut melakukan hal yang sama. Tidak ada bezanya dengan hari ini dengan hari sebelumnya. Memang liat sebenarnya hendak bangun pagi tetapi atas seruan illahi dan komitmen terhadap diri yang bergelar mahasiswa, aku tetap gagahi jua. Ku lihat roommateku di sebelah. Masih enak dialam mimpi. Selalunya memang begitu, sebaik aku usai solat, barulah aku akan kejutkan dia.

“ Farah bangun, sudah subuh” kejutku kepada Farah yang masih memeluk bantal panjangnya.

“Oiiii, bagunnn” sekali lagi aku kejutkannya.

Farah yang kulihat masih lagi mamai, terus bangun duduk di atas katil, mengambil masa yang agak lama untuk sedar sepenuhnya. Aku membiarkan sahaja, kerana aku tahu dia memang begitu. Beberapa minit kemudian, Farah mula menghilang untuk mengambil wuduk dan bersolat.

Aku sibuk mengemas peralatan untuk ke kuliah. Sangat leceh apabila kuliah diawal pagi. Pertama sekali kerana factor malas bangun, keduanya disebabkan bas untuk ke kuliah selalunya akan full pada waktu pagi. Berada di tahun akhir sangat mencabar. Komitmen tinggi sangat sangat diperlukan. Ingatkan semakin lama, semakin senang malah sebaliknya.

“Auji, kau balik nanti, singgah mall tak?” Tanya Farah terhadapku.

“ Tak pasti lagi , kalau aku singgah, aku message atau call kau. Kau ingin pesan sesuatu?”

“Aku kirimkan dekat kau sabun pencuci boleh?. Sabun pencuci baju aku sudah habis. Kelas aku hari ini semuanya batal, malas nak keluar pergi mall, bolehla aku sambung tidur,” beritahu Farah girang.

“Untungla kelas cancel, aku?, Jangan harap Dr. Faosiy nak batalkan kelas. Okey nanti kalau aku singgah mall aku belikan. Enjoy tidur,” Aku menjawab dengan senang hati.

****

Sebaik turun daripada bas di DKG 1, aku terlihat Najla melambai tangan terhadapku. Aku terus ke arahnya. Najla merupakan kawanku di sini. Sejak aku melangkah kaki kealam mahasiswa, dialah merupakan temanku, yang mendengar rintihanku, kongsi apa sahaja yang berlaku, dan yang paling best, akan sentiasa menemaniku tutup gate university bila exam tamat.

“Aujiiiii, kau tak nervous ke?? Aku nervous gila. Macam mana nak present. Preparation pun entah apa-apa.” Nada risau kedengaran dari suara Najla.

“ Gila tak risau, risau la. Nak buat macam mana lagi. Dah last sem sudah tapi tetap takut nak present.” Balas aku. Aku cuba mengusir kerisauan untuk pembentangan untuk kelas Dr. Aziah. Dr Aziah mengajar kami Financing Management, dan sangat terkenal dalam kalangan students, sebagai seorang yang sangat tegas dan sangat cerewet dalam setiap assignment.

Tapi disebalik ketegasannya, ada kelembutan. Jelas tergambar sifat keibuannya, Jikalau dia mula menegur, tegurannya lebih kepada teguran seorang ibu terhadap anaknya. Oleh sebab yang demikianlah, kami masih berada di kelasnya.

“ Kalau Dr. tanya soalan nanti, kau tolang jawab tau, otak aku memang tak dapat berfungsi kalau sudah start present. Dah collapase sudah.” Pinta Najla terhadapku.

“Banyak cantik muka kau, aku pula. Mana boleh Naj. Kau ingat aku tahu ke semua soalan yang Dr akan Tanya. Boleh terkucil aku , sekali Dr buka mulut mahu soal.” Jelas aku bersungguh-sungguh.” “Apa kata kita suruh Afina yang jawabkan. Diakan cerdik, pandai, dan budak dekan tue, mesti comfirm boleh jawab punya”, cadang Najla bersama senyuman yang hanya aku mengerti.

Sebaik sahaja Najla berkata demikian, Dr Aziah berjalan di hadapan kami.

“Kamu berdua, kenapa tidak masuk kelas lagi? Melangut dekat luar kelas tunggu siapa? Sudah masuk. Masuk sekarang” tegur Dr Aziah tegas. Aku dan Najla terus tersengih macam kerang busuk lalu masuk ke dalam kelas sambil “touch” kad matrik untuk kehadiran. Macam mana ini, awal-awal dah kena, nanti masa present mesti lagi teruk. Rasa mahu nangis. Makk tolonglah anakmuu ini.

****



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku