NAUGHTY GIRL MEET CLASSY BOY
Bab 2: WELCOME HOME
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 19 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
555

Bacaan






“Welcome home my brother”, jerit girang Raisa sambil berlari kearah abang sulungnya. Afiq yang menarik troli tersenyum gembira melihat wajah adik bongsunya itu. Ada juga orang menyambut kepulanganku ini, bisiknya di dalam hati. 5 tahun merantau di Negara orang mengajar banyak hal dalam diri Afiq. Bukan setakat matang dari segi rupanya tapi dari segi cara berfikiran jelas sekali berubah, tidak seperti zaman remajanya yang sentiasa ingin mencuba. Jika dilarang, akan adalah hujah-hujah yang akan dibangkitkannya. Ketinggiannya yang jelas seperti model-model antarabangsa membuatkan ramai gadis-gadis sibuk memandang dan memberi senyuman ala ala perempuan melayu terakhir. Bukan Ahmad Afiq , jikalau tidak ada wanita yang perasan akan kehadirannya. Sambil tersenyum riang melihat adiknya, dia terus mendepakan tangannya kearah adiknya tanda untuk memeluk.

Raisa terus memeluk abangnya. “ Rindu adik abang yang sorang ini.” seraya Afiq berkata sambil tangan menolak troli berjalan kearah pintu keluar.

“How are you brother? It is everything fine? Your journey?” Tanya Raisa sebaik masuk ke dalam kereta Honda Swith miliknya. Afiq yang berada di sebelahnya masih tersenyum. Tidak sangka, masa berlalu bergitu pantas, lima tahun, bukan satu jangka masa yang panjang rupanya. Entah kenapa, dia merasa baru hari ini dia berada dalam dakapan ibunya yang takut untuk melepaskannya pergi ke Negara asing.

“Helooo my brother, orang tengah tanya, yang sengih tu kenapa pula?” Raisa mencelah, terus lenyap perasaannya.

“Everything is good, nothing’s happened. Ayah dengan ibu mana? Abang tried to call mum before naik flight, tapi masuk voice mail, what happened? It’s okay at home?” Afiq bertanya, kerana setahunya ibunya akan menjemputnya dengan Pak Yazid sekiranya dia balik ke Malaysia.

“Owhh, ibu katanya ada hal. Hal penting. Raisa pun tak tahuhal apa. Hendak ditanya nanti dikatakan busy body pula.” Jelas Raisa yang tenang memandu. Afiq melihat Raisa, dah besar adik abang, bisiknya di dalam hati. Siapa sangka adik yang manja dengannya sudah mampu memandunya, jika dahulu, asyik dia saja menjadi drebar tidak bergaji kepada adiknya itu untuk membeli kelengkapannya. Melihat perubahan adiknya itu membuat dia terfikir seseorang, adakah dia juga sudah berubah?? Mungkin sudah pun memulakan pekerjaan. Afiq membiarkan persoalan itu terus bermain-main di ruang fikirannya sehinggalah dia sampai di hadapan rumah yang sederhana besar.

****

Sebaik sahaja pintu kereta dibuka, Afiq terus melangkah keluar. Ahhh, welcome back Afiq, bisik Afiq di dalam hati. Dia menoleh ke kanan, tersenyum lagi, melihat ibunya yang sedang berjalan ke arahnya. Ibunya masih sama , tidak makan usia wanita yang berusia 50 tahun itu.

“ Anak ibu, dah sampai. Cepat masuk rumah dan solat, lepas solat kita makan.” Arah ibu, sambil melepaskan pelukan terhadapku.

“Baik boss” gurau Afiq. Seraya masuk bersama beg-beg besarnya. Raisa yang semenjak tadi tersengih melihat abang dan ibunya terkejut apabila ibunya berkata “ Yang kamu Raisa tercegat dekat situ kenapa, tolong abang kamu angkat beg masuk dalam bilik. Budak ni”,

“Baik Puan Sri, ada apa- apa yang boleh hamba tolong lagi Puan Sri?” gurau Raisa kepada ibunya siap tunjuk gaya macam dayang istana lagi .

“Kamu Raisa jangan main-main, dah 22 tahun, masih macam budak –budak.” Puan Kamilah mula membuka sesi kaunseling. Daripada mendengar sesi kaunseling yang tidak berbayar dan akan mendatangkan bala terhadapku, baik aku cabut lari dahulu. Raisa terus berlari masuk ke dalam rumah. Tetapi sempat membuat u-turn 180 darjah kerana terlupa mengangkat beg abangnya di dalam bonet kereta. Tersengih hingga ke telinga apabila melihat ibunya mengelengkan kepala. Sebelum bomm atom meletup, sebelum tercetusnya perang dunia yang ketiga, lebih baik lari.

Di tingkat atas rumah, Afiq membuka pintu biliknya. Bilik dia membesar, yang banyak menyimpan seribu memori, memori duka dan senang. Masih sama kedudukannya, walaupun cadar dan langsir sudah berubah menandakan ibunya masih menjaga dan membersih biliknya. Afiq mula membaringkan badannya di katil empuk itu, nikmat rasanya. Perasaan yang dah lama dinantikannya. Matanya semakin layu akibat keletihan dan ingin merehatkan kakinya yang sudah sengal-sengal akibat jag leg. Akhirnya dia terlelap jua.

Di sebelah rumah Puan Kamilah, terlihat lori-lori barang sibuk memuntahkan barangan ke dalam rumah yang sederhana besar itu. Terlihat seorang perempuan dan seorang lelaki yang kelihatan separuh abad itu memberi arahan kepada pekerja-pekerja.

Puan Kamilah yang melihat keaadaan itu seraya menyambut jiran barunya. Dia berjalan kea rah mereka yang tidak jauh dari rumahnya.

“Assalamualaikum” Puan Kamilah memberi salam sambil menghulurkan tangan tanda salam pekernalan terhadap wanita yang memakai tudung berwarna biru muda itu.

“Waalaikumusalam” Balas Puan Suraya dan menyambut tangan yang dihulurkan.

“Saya baru tahu yang ada orang hendak pindah masuk rumah ini, sebab itulah la saya sempat kemas apa yang patut tadi, kalau ada apa-apa masalah nanti beritahu saja kepada saya. Saya Nor Kamilah tapi orang sini panggil Kak Milah sahaja , jemputla ke rumah nanti, rumah Kak di tepi tu saja.” Ramah Puan Kamilah berborak.

“ Saya pula memang tak rancang secepat ini hendak pindah, tetiba suami ditugaskan di sini, jadi terpaksala pindah juga. Saya Siti Suraya. Boleh ja panggil Su. Insya-allah nanti kalau tidak ada hal bolehla saya melawat rumah kak Milah nanti.” Balas Puan Suraya sambil tersenyum.

Kalau inginkan hidup yang harmoni perlulah beramah mersa dengan orang di sekeliling. Kalau mahukan hidup sorang diri baik buat rumah di atas gunung jikalau hidup tidak mahu bercakap dengan orang. Tetapi kalau terlampau busy body juga tidak boleh, biarlah kita bersederhana dengan orang, jangan terlampau banyak cakap dan jangan sampai tidak bercakap.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku