NAUGHTY GIRL MEET CLASSY BOY
Bab BAB 3: PERTEMUAN YANG TAK DIDUKA
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 19 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
744

Bacaan






Yeayyy, selesaiii, tamat sudah. Sudah sebulan bertungkus lumus otak ini membaca, menghafal segala bagai, akhirnya, tamat pengajian aku sebagai seorang mahasiswa. Seronoknya bila sudah tamat zaman belajar. Tidak sabar hendak pulang ke rumah, lending atas katil sekurang-kurangnya tiga empat jam barulah puas. Makk tunggu Auji balik. Terjerit riang aku di dalam hati. Tangan sibuk mengemas pakaian yang hendak dimasukkan ke dalam luggage besar, mulut tak habis-habis “berzikir” lagu Balik Kampung. Walaupun bukannya bulan raya tetapi setiap kali kemas beg mesti akan nyanyi lagu Balik Kampung, padahal bukan rumah dekat kampong.

Selepas menangis tersedu sedan kerana berpisah dengan rakan-rakan di university, aku menaiki bas, yang akan membawa aku ke destinasi aku. Mungkin dalam dua atau tiga jam lagi aku akan sampai. Come back home, come back home~ menyanyi riang.

                                                                 **********

Selepas dua jam perjalanan, tiba-tiba bas terhenti. Itulah Auji riang terlampau sangat. Apasal pula ini? Aku Nampak drebar bas dan pembantunya keluar melihat apa yang terjadi. Di dalam bas, mula la bunyi bising, macam lalat menghurung makanan rasanya. Aku masih diam tidak berganjak dari tempat duduk, manakala yang mak cik mak cik di depan aku mula bangun untuk melihat apa yang berlaku. Ada seorang lelaki, turun bas untuk melihat dan mendapat berita daripada drebar bas yang dari tadi tidak nampak batang hidungnya.

Beberapa minit kemudian , lelaki tadi naik atas, memberitahu bahawa bas rosak, enjin bas rosak dan mungkin mengambil masa yang agak lama untuk baiki. Beritahunya pula mungkin dalam empat atau lima jam terpaksa berhenti di sini, sebelum bas lain datang untuk mengambil penumpang di dalam bas ini. Aku yang mendengar berita tersebut, mula rasa tidak puas hati, mana boleh, rumah aku lagi setengah jam je nak sampai,nak kena tunggu sampai tiga ke empat jam pula. Aku terus telepon mak tercintaku.

“Mak, Auji terperangkap ini” jelas aku sebaik sahaja emakku menjawab telefonnya.

“Kamu ini Auji, lebih manis memberi ucapan Assalamualaikum dahulu.” Ceramah percuma khas untukku sorang. Puan Suraya tahukah kamu, anakmu berada dalam situasi darurat sekarang ini janganlah memulakan ceramah forum perdana di sini.

“Assalamualaikum Puan Suraya. Auji terperangkap ni” balasku lambat-lambat agar emakku jelas pendengarannya,.

“What?? Terperangkap?” Teperangkap apa ini Auji. Kamu jangan main-main. Elok mak hidup nanti alih alih mati pula gara-gara kamu sorang ini.” Kalut nada Puan Suraya membalas.

“Bertenang mak, ini Auji teperangkap dalam bas. Bas Auji naik rosak tengah jalan. Eh bukan tengah, Tepi jalan. Abah ada tak mak ? Auji ingat hendak suruh abah datang ambikkan Auji sebab dekat dah dengan rumah kita.” Jelas aku kepada emakku supaya tidak risau.

“ Nanti mak suruh orang datang ambik kamu. Kamu jangan nak merayap pula dekat tempat lain. Duduk situ saja” arah mak kepadaku.

Sebaik dimatikan telefon, aku terus turun daripada bas yang panas membahang. Aku hanya menunggu di bawah pokok di tepi jalan. Nasib baik ada pokok, bolehla aku berteduh dari terik matahari.Aku melihat drebar bas asyik menelefon meminta bantuan. Rata-rata penumpang meminta sanak- saudara dating mengambil, ada pula yang perlu menunggu. Kenapala malang nasib aku, baru ja rasanya aku bergembira tak ingat dunia nak balik rumah, at last, aku tercongok dekat sini. Tu la tak ingat pesan orang tua-tua, jagan terlampau seronok sangat, buruk padahnya nanti. Aku berborak dengan mak cik-mak cik disitu bagi menghilangkan bosan menunggu ayahku menjemput. Boleh tahan mak cik- mak cik zaman sekarang, canggih daripada aku, aku yang umur 23 tahun pun tak ada twitter, diorang boleh siap mintak aku punya twitter lagi. Nasib baik tak mintak IG aku, kalau ada IG juga , memang terkejut berok la aku.

Handphone ditangan berbunyi. Aku yang memegangnya semenjak tadi terus mengangkat tanpa melihat terlebih dahulu gerangan si pemanggil, sebab aku tahu, pasti abah yang menelefon untuk bertanyakan aku.

“Abah,dah sampai ke? Auji dekat bawah pokok. Auji tak tahu nama pokok ini, tapi Auji dekat bawah pokok dengan mak cik-mak cik ni.” soal sejurus aku menangkat telefon. Kalut benar.

“Ehem..arr” suara lelaki kudengar. Kenapa dengan abah ni, tak boleh bercakap pula ka. Demam ke? Bisik suara hatiku. Aneh.

“Abah, dengar tak? Helo abah.” Aku terus bersuara kerana tiada suara yang bercakap.

“Ermm , saya bukan abah.” Akhirnya suara lelaki itu membalas. Aku yang kebingugan, terus melihat skrin telefon, private number?

“Kalau bukan abah, habis siapa yang cakap?” soalku untuk menutup malu, Auji lain kali nak angkat fon tengok la dulu, dah jadi macam ni, mana nak tutup muka weiii, maluu.

“Jiran abah” balas lelaki itu ada nada gurauan di situ. Memang nak kena dah ni, main-main nama bapak aku pulak lelaki ni.

“Banyak cantik kau jiran abah, kau ni siapa, dah la aku tengah panas, nak main-main pula,kalau nak main sangat pergi la dekat playground. Jangan nak menyusahkan orang dekat sini.” Marah aku . Mana tak marah, dah la panas terik, dalam situasi macam ni pula ada orang nak main-main, bikin hatiku semakin panas ja.

“Betul la, saya jiran abah awak. Mak saya suruh saya ambikkan awak dekat sini. Sebab tu saya telefon .” jelasnya.

“Mak awak suruh awak ambikkan saya? Saya tak kenal pun mak awak dan awak, macam mana pula…” belum sempat aku menghabiskan ayat, lelaki tersebut memintas aku.

“Mak awak minta tolong saya ambikkan awak. Sekarang ini lebih baik awak datang dekat kereta saya, saya sudah berhenti tepi jalan. Kereta bentley continental yang berwarna putih .Cepat sikit tau, saya ada banyak lagi hal,bukannya nak ambik awak saja.” Katanya lalu meletakkan panggilan.

Eee, geramnya aku dengan mamat ni, aku tak mintak tolong dia pun. Tapi mak kau yang mintak tolong dia Auji, suara hatiku berbisik. Kalau aku tau, akan jadi macam ni, sumpah, aku sanggup tunggu bas lain.

Aku mula mejinjat-jinjatkan kaki untuk melihat kelibat kereta bentley continental. Biar betul kereta bentley continental, bapak kaya. Ermm mungkin betul, bapak dia kaya. Terus mata aku melekat kepada kereta putih yang agak jauh daripada bas rosak. Bukan agak jauh lagi, memang jauh pon ! Sabar Auji, janji kau sampai balik, senyum Auji, senyum, bicaraku dalam hati. Mak pon satu hal, cakap je la yang abah tak boleh ambik, ini tidak suruh mamat yang keret bagus ini pula datang ambik. Tak pasal-pasal Auji kena dera macam ini, nak bawa luggage lagi la. Sambil hati yang sememnagnya panas terus bertambah panas, aku terus melangkah ke kereta berwarna putih sambil tangan kiri menarik luggage dan tangan kanan melambai kearah mak cik-mak cik yang baru aku buat kawan tadi. Apa boleh buat, nasib badan saja la,kau Auji hari ni. Sampai di hadapan kereta putih itu ,aku hanya memerhati sahaja, mana taknya, cermin kereta dah la gelap,tak kan aku nak terus masuk dalam kereta kot, agak-agakla.Tiba –tiba cermin kereta diturunkan di sebelah penumpang, betul-betul hadapan tempat aku berdiri.

“Kalau kau dah agak muka tu putih sangat sampai nak berjemur dekat luar tu ,lantak kau la, tapi yang aku tahu, aku nak cepat. Kalau nak aku hantarkan, cepat masuk.” Arah lelaki yang memakai cermin mata gelap jenama Flexon . Tersentak aku. Cepat-cepat aku membuka pintu dan masuk. Senyap, tiada kata. Baru sahaja aku hendak tarik seat belt, lelaki disebelahku menambah,

“ Kau ingat aku ni kuli kau ke?” aku yang diam dari tadi melihat orang disebelahku, pelik, bukan aku yang suruh dia datang ambik,kalau dia tak nak datang pun , aku tak kisah la,aku boleh balik sendiri la.Sekarang nak lepaskan geram dia dekat aku pula,cakap je la ada hal, tak boleh nak jemput, tue pun nak kena orang ajar ke,bicaraku di dalam hati.

“Yang kau tengok muka aku kenapa, tu beg kau dekat luar siapa nak angkatkan. Kau nak aku tinggalkan beg kau dekat sini ke?” soalnya lagi dengan gaya yang selamba.

Aku cepat cepat keluar daripada kereta terus mengagkat beg,tapi tak kan nak letak dekat tempat duduk belakang kot, nanti singa ni marah pula.Aku yang tak tentu arah sekarang ini, jalan berulang kali ke depan dan ke belakang, last-last, ada tangan yang menyambar luggage aku, terus dimasukkan ke dalam kereta, tempat duduk belakang.Aku yang terkejut, terkaku di situ. Otak masih belum sempat memproses apa yang berlaku sebentar tadi. Tiba –tiba bunyi hon kuat mengejutkan aku,lantas mengalih pandangan kearah dalam kereta.

“ Apa kau tercegat dekat situ, masuk la cepat. Lem.... la kau ni.” Ujar lelaki itu lagi.

Aku bagai lembu yang dicucuk hidungnya, tergopoh gapah masuk ke dalam kereta itu.

Kalau la lelaki ini bawang besar dah aku cincang-cincang bagi halus, pastu aku goreng biar rentung pon tak pa.Geramnya. Nak menjerit rasa. Mak kenapa la hantar Singa dekat Auji. Kalau nak cari orang tolong ambikkan pon carila spesies yang macam hamster ke, sejuk la mata memandang, telinga mendengar. Ini tidak, dah macam prey and predator dah berada dalam kereta ini. Dalam telefon punyala baik, berawak saya, bila berdepan berkauaku. Muka yang hensen terus jadi tak hensem, kambing gurun hensem lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku