NAUGHTY GIRL MEET CLASSY BOY
Bab BAB 4: IMPIAN
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 19 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
668

Bacaan






“Awak lampu kuningla, kenapa awak langgar lampu, tak tahu peraturan jalan raya ke.” Tegur Auji kepada mamat yang berada di sebelah kerusinya. Macam mana boleh pass lessen pon tak tahu la, gamaknya rasuah examiner kot, bisik hati kecil Auji. Jahatnya kau Auji, cakap orang yang telah bersusah payah ambik kau macam itu. Astarfullah al azim. Mengucap aku di dalam hati. Dah datang dah image baik, Ustazah Auji.

“Yang tetiba awak mengucap panjang dah kenapa?” tanya lelaki itu, aneh melihat perempuan di sebelahnya. Tadi menegurnya langgar lampu, pastu tiba-tiba mengucap. Macam langgar lampu kuning satu benda yang worse sangat. Padahal lampu kuning je pon. Lampu kuning bukan ke “Bersedia untuk berhenti”, tapi dia tak bersedia untuk berhenti maka pecutlah. Betul la tindakannya itu.

“Eh bukan ke saya mengucap dalam hati, macam mana awak boleh dengar?” apa punya soalan bodoh la kau tanya Auji, dah dia dengar tak kan dalam hati kau lagi kot, dah tentulah kau tak sedar, kau dah terlepas cakap. Macam nak hantok kepala atas dashboard ja rasanya.

“Kau ni kan, aku tak tahu la, nak kata betul ke tidak, nampak macam normal ja. Tapi rupanya ada masalah dalaman juga kau ni.” Balas lelaki itu selamba, sambil mata tetap focus kearah jalan raya. Aku terus diam. Lebih baik aku diam daripada “percubaan” mahu bercakap dengan anak jiran ayah aku ini. Mata aku terus memandang kearah pemandangan sisiku. Baru sedar yang aku bukan menghala ke rumah lamaku tetapi rumah yang baru. Mataku liar memandang tempat yang bakal menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku sangat berpuas hati, kerana dari pandangan mata kasarku, kawasan ini tidak banyak kereta dan motosikal. Kalau banyak pun mungkin pada waktu yang kritikal sahaja, seperti launch or balik kerja. Suasana disini sangat tenang, lebih banyak pohon-pohon hijau daripada bangunan konkrit yang memuncak tinggi. Tenangnya. Tapi lebih tenang kalau orang sebelah aku tiada.

                                                          ****************

TURKI. Cappadocia. The lonely planet. Pamukkale. Sultan Ahmed Mosque. Hagia Sophia. Jelas terpampar di dinding bilik tidurku. Bahkan diframekan. Biar kemas. Bulatkan azam Auji. Teguhkan hati. Make it happen that one day you can go there. Minat yang mendalam terhadap Negara Turki membuat Nurul Auji sanggup bersusah payah mengumpul segala bagai barangan buatan Turki. Hiasan biliknya pun sudah menggambarkan minatnya terhadap Negara tersebut. Biliknya dihiasi dengan dinding berwarna cappuccino. Dihiasi jendelanya dengan kain bercorakan tradisi Turki, yang berwarna merah hati bersama sedikit warna monatella. Mempunyai permaidani bulat yang kecil, tapi cukup cantik yang diletakkan di dalam bilik bersederhana besar itu. Di atas kepala katil dihiasi frame-frame kecil hitam putih kota-kota Turki dan cadar katilnya pula berwarna banana milk cream. Di sudut tepi bilik, diletakkan meja studynya yang penuh dengan buku-buku pembelajarannya. Entah mengapa dalam banyak-banyak Negara yang ada, Turki yang menjadi pilihannya.

Masih kekok dengan keadaan rumah barunya. Keluarganya akan menetap di sini untuk selamanya .Jika tidak kehidupannya selalu berpindah randah akibat tugasan ayahnya. Maka untuk kali ini, sang ayah mengambil keputusan untuk terus menetap disini.

Hari yang membosankan. Selepas tamat belajar, tidak tahu mahu membuat apa. Rasa macam ingin rehatkan badan untuk satu bulan, tapi akibat bebelan emak yang dah boleh sampai tahap maximum, baik aku cari pekerjaan secepat mungkin.

“Auji turun makan. Breakfast sekali dengan abah.” Suara Puan Suraya menggegarkan rumah double-story itu. Aku menuruni anak tangga dengan lemah gemalai. Mata yang masih kuyu akibat terlebih tidur. Sambil menutup mulut akibat daripada menguap seperti buaya mahu makan mangsanya, aku menarik kerusi sebelah mama, bersedia untuk take the breakfast.

“Adik, Im very sorry, tak pick up adik. Abah kena attend meeting petang itu. Malam tadi pun, ayah ada meeting dengan Datuk Hamdi.” Jelas abah terhadapku. Aku yang mulut penuh dengan toast, mula mengangguk-anggukkan kepala. Tanda tidak mengapa. Perkara kecil sahaja.

“Abah, kalau adik tak kerja dalam bidang adik tak apa ke?” soalku, gusar. Sebenarnya, sudah lama aku ingin menyoalkan hal ini. Tapi aku dengan ayah selalu tidak ada masa untuk bercakap. Ada ja masa yang mencemburi aku dengan ayah. Emak yang tadi diam, terus memandang aku. Mulala aku merasa ingin mencari lubang tikus di rumah ini untukku bersembunyi.

“Habis, adik nak kerja apa?” soal abah kepadaku. Tangannya lincah mengacau kopi di dalam cawan berwarna putih.

“Adik ingat nak cari kerja mengenai design. Deko-deko rumah. Jadi eventplanner. Something sought like that.”Jelasku bersemangat kepada kedua orang tuaku.

“Good idea. Terpulang kepada adik mahu kerja apa. Asalkan lakukan dengan sepenuh jiwa. Buat yang terbaik setiap yang kita lakukan. Jangan ala- ala tahi ayam ja. Insya- allah kalau niat kita elok, kita akan dapat keberkatan daripada rezeki itu. Faham?” nasihat abah panjang lebar. Aku hanya tersengih. Maknanya bolehla. YESS.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku