Thank You, Sayang
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)
1251

Bacaan






BAB 1

TELEFON berdering di atas meja. Ada panggilan masuk. Ira Izaiqa yang baru habis mandi keluar dari bilik mandi. Tangannya ligat menggosok rambutnya yang berparas dada menggunakan tuala. Tangannya terus mencapai telefon Oppo miliknya. Aik, tadi dengar macam ada orang call. Gumamnya. Sekali lagi telefon yang bernada dering lagu Demi Cinta daripada Ezad Lazim berdering. Nombor yang tidak dikenali terpapar di screen telefon.Ira Izaiqa teragak-agak untuk mengangkat call,namun akhirnya punat hijau ditekan juga. “ Helo? Siapa ni?” tanya Ira Izaiqa dengan suara manisnya. “ Ni Cik Ira Izaiqa, kan?” tanya si pemanggil. Kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian. Kenapa suara ni seems familiar? Bisiknya dalam hati. “ Yes, I am.Siapa ni?” tanyanya lagi. “ Sahabat kepada seseorang yang Cik Ira kenal, sangat kenal. Kalau nak tau siapa saya, jumpa saya kat Cyber Café dalam pukul 9 pagi,” kata lelaki itu lalu mematikan talian. Ira Izaiqa melihat jam tangannya yang berwarna putih. Baru pukul 8.30 pagi. Sebaik talian dimatikan, Ira Izaiqa pantas memeriksa log callyang baru menelefonnya tadi. Serius, dia langsung tak kenal nombor ni. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak. Kemudiannya, dia terus mencapai kemeja putih dan seluar jeansberwarna hitam yang sudah siap digosok. Siapa dia? Hatinya terus-menerus menanya soalan yang sama, soalan di mana dia akan mendapat jawapan tersebut saat berjumpa dengan lelaki tersebut. Rambut yang basah pantas dikeringkan menggunakan hair-dryer. Setelah beberapa minit rambut dikeringkan, Ira Izaiqa mengenakan shawl berwarna merah gelap. Entah kenapa dia suka dengan warna tersebut. Serta-merta dia tersenyum. Teringat kepada seseorang yang sangat dicintainya dahulu. Dadanya tiba-tiba sahaja terasa sakit mengenangkan peristiwa 2 tahun lepas.

2 TAHUN LEPAS, CYBER CAFE

“ Ira nak makan apa? Ira makanlah apa yang Ira nak. Don’t worry, it’s on me,” tanya Zul Akmal sambil tersenyum manis ke arah gadis yang sangat dicintainya itu. “ Betul Zul belanja? Tak menyesal ke belanja Ira ni. Kang pokai, sian pulak,” usik Ira Izaiqa sambil tersengih-sengih. “ Kali ni Zul tak menyesal. Makanlah apa yang Ira nak eh. Zul bayar,” ujarnya lagi. Hatinya tercuit dengan gurauan Ira Izaiqa. “ Okey, kalau macam tu Ira nak makan nasi ayam jelah,” beritahu Ira Izaiqa. Kesian pulak kalau aku minta macam-macam. Ni mesti baru dapat gaji. Bisiknya dalam hati. “ Lah, tu je? Sikitnye. Kalau sebelum ni, macam-macam makanan Ira nak. La ni sikit ja?” ujar Zul Akmal. “ Aii, tu perli ke ape tu? Takdelah,Ira tak nak menyusahkan Zul. Kali ni Ira baik. Ira tau Zul baru dapat gaji andnak guna duit tu untuk mak Zul buat rawatan kan? Zul dah penat-penat kumpul, Ira senang-senang je nak guna. So, takpe, okey?” kata Ira Izaiqa sambil tersenyum manis. “ Macam mana Ira tau Zul baru dapat gaji?” tanya Zul Akmal separuh terkejut. Setahu aku, takde pulak aku bagitau Ira. Gumamnya. “ Ira taulah. Lady’s instinct. Eleh, Zul apa tau? Hati Ira sentiasa tau apa yang patut Ira tau,” jawabnya, lalu memanggil pelayan. “ Saya nak nasi ayam yang special, jus carrot andais lemon tea. That’s all,” pesan Ira Izaiqa dengan senyuman yang tidak lekang dari wajah mulusnya. Salah satu kenapa Zul Akmal menyukainya kerana dia seorang gadis yang periang, memahami dan selalu membahagiakan dirinya. Pelayan tadi terus berlalu selesai sahaja menulis pesanan. “ And for this time, it’s on me. Zul tak boleh kata “tak”. Biar Ira pulak yang belanja Zul,” ujarnya. “ Thanks for understand me,Ira. So much. Kalau Ira nak tau, tengah duk sibuk kumpul duit untuk mak Zul, Zul pun simpan duit sikit untuk melamar Ira nanti. Zul baru je beli, so..Zul teringin nak propose Ira kat tempat kegemaran Ira,” kata Zul sambil mengeluarkan kotak merah kemudian membukanya. Zul Akmal mengeluarkan cincin yang bermata berlian. “ Sudi tak Ira jadi separuh dari hidup Zul untuk selamanya?” Zul Akmal akhirnya mengeluarkan soalan yang ditunggu-tunggunya. Hanya menunggu masa yang sesuai. Ira Izaiqa yang terkejut bukan kepalang rasa kaku ingin menjawab. Lelaki yang dicintainya baru sahaja melamarnya. Lambat sikit, barulah Ira Izaiqa mengangguk. Kemudian setitis demi setitis air matanya jatuh ke atas meja. Zul Akmal mengesat tangisannya. “ Hey, kenapa nangis ni? Tak mau nangis-nangis, okey?” ujar Zul Akmal dengan nada memujuk. “ Ira nangis sebab Ira happy, tau tak?” katanya, enggan mengalah. Zul Akmal senyum lalu menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Ira Izaiqa. “ Ingat tak Zul ada cakap sambil pegang tangan Ira 12 tahun lalu?” tanya Zul Akmal sambil merenung wajah Ira Izaiqa. Ira Izaiqa hanya diam dan tersenyum. Zul Akmal memegang tangannya lalu merenungnya. “ Zul cakap, bilalah ada cincin kat jari Ira ni? Zul tanya macam tu. Dan akhirnya, cincin ni tersarung jugak kat jari manis Ira. Zul kan dah janji, lepas Zul dapat kerja baru fikir pasal kita,” katanya sambil mengusap tangan Ira Izaiqa. Matanya langsung tidak lari dari wajah Ira Izaiqa. Ira Izaiqa hanya mampu tersenyum melihat keikhlasan yang ada pada lelaki yang dicintainya itu. Setelah sejam lebih berada di Cyber Café itu, mereka merancang hendak pulang ke rumah. Namun, ketika Ira Izaiqa terlalu leka melihat kecantikan cincin dari bakal tunangnya, sebuah kereta cuba untuk melanggarnya. Zul Akmal yang melihatnya, terus menolak Ira Izaiqa ke tepi. Ira Izaiqa yang terkejut dilakukan seperti itu terus menoleh. Air mata mulai bergenang. Darah milik Zul Akmal mengalir di atas jalan. Kereta yang cuba untuk melanggar Ira Izaiqa, berlaku pula sebaliknya. Ira Izaiqa terus berlari ke arah Zul Akmal yang sedang terbaring dilumuri darah di atas jalan. Setitis demi setitis air matanya jatuh ke muka Zul Akmal. Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. “ Tolong……Tolong!!!,” jerit Ira Izaiqa. Suara tangisnya semakin kedengaran. “ Z…Zul, tolong bangun..Tolong bangun,” rayu Ira Izaiqa sambil menepuk lembut pipi Zul Akmal. Rayuan Ira Izaiqa hanya disambut dengan seribu kebisuan. Bunyi ambulans kedengaran dari jauh. Seorang wanita yang berumur dalam 30-an cuba menenangkan Ira Izaiqa. Dia jugalah yang telah menelefon ambulans. Selepas beberapa minit, Zul Akmal diusung ke dalam ambulans menggunakan katil beroda. Ira Izaiqa juga turut berada dalam ambulans itu. Dalam 30 minit, ambulans tiba di hadapan Hospital Besar Cheras. Beberapa jururawat keluar membantu untuk menolak katil bakal tunangnya. Kemudian, dibawa ke dalam wad Kecemasan.

IRAIzaiqa terus menelefon kawannya, Norfa. Dia menceritakan segala-segalanya kepada kawan yang sangat dipercayainya. “ Takpe, kau tunggu kat situ aku datang sekarang. Dahlah, jangan nangis. Kau kan kuat. Tunggu aku datang tau,” ujar Norfa lalu Ira Izaiqa mematikan telefon. Dia terduduk lemah di atas kerusi ruang menunggu. Sudah hampir 2 jam lebih doktor belum keluar dari wad. Dalam beberapa minit, Norfa sampai. Sebaik sahaja melihat Norfa, dia terus berlari ke arahnya dan memeluknya. Semua tangisan yang bersisa dilepaskan kepada sahabatnya itu. “ Norfa……,” ujar Ira Izaiqa dengan suaranya yang serak. Norfa menjadi sayu mendengar rintihan kawan baiknya itu. Norfa menepuk lembut berulang kali belakang Ira Izaiqa. “ Dah, dah. Aku ada kat sini. I know you’re strong girl. Semua yang berlaku ada hikmah, Ira..,” pujuk Norfa lalu mengajaknya untuk duduk. Ira Izaiqa hanya menurut langkah sahabatnya itu. Selepas beberapa jam yang amat menyeksakan Ira Izaiqa, doktor yang bertugas pada petang itu keluar dari wad kecemasan tersebut. Sebaik sahaja melihat doktor itu keluar, serta-merta Ira Izaiqa berdiri dan berjalan pantas ke arah doktor tersebut. Norfa hanya membuntuti langkah Ira Izaiqa dari belakang. Doktor yang bernama Daniel itu berusaha untuk tidak menunjukkan mukanya yang resah. “ Doktor, macam mana dengan Zul? Dia tak apa-apakan?” tanya Ira Izaiqa. Tangisannya tidak henti-henti mengalir. Norfa hanya menyapu-yapu lembut belakangnya. Dia sebagai sahabat juga turut merasakan apa yang sahabatnya sedang rasa sekarang ini. “ Maaf, Cik Ira. Kami telah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan Encik Zul. Terlalu banyak pendarahan berlaku di bahagian kepala sehingga menjejaskan bahagian otak. Harap Cik Ira bersabar. Semua yang berlaku ada hikmahnya,” terang Doktor Daniel dengan sepenuhnya. Dia tahu mereka berdua mempunyai hubungan istimewa hanya melihat dari tingkah laku Ira Izaiqa. Kemudiannya, dia berlalu dengan perasaan penuh simpati. Jantung Ira Izaiqa bagai terhenti mendengar berita tersebut. Seperti dia hidup tetapi tidak bernafas. Lututnya terlalu lemah membuatkan dia terduduk di atas lantai. “ N…Norfa…Z..Zul..,” rintih Ira Izaiqa sambil memandang sayu ke arah Norfa. “ Shh…dah, dah. Jom kita balik. Okey?” pujuk Norfa. Norfa terus membantunya untuk berdiri dan terus pulang ke rumah sewa mereka.

DOKTOR Daniel berasa simpati terhadap apa yang sedang berlaku ketika itu. Kakinya ligat berjalan menuju ke pejabatnya. Namun, sebaik sahaja melintasi di hadapan wad Zul Akmal, dia berhenti dan masuk ke dalam. Dia terus merenung bekas pesakitnya yang dikatakan sudah meninggal dunia. “ Kau beruntung Zul, dapat seorang wanita yang betul-betul sayangkan kau. Kalau kau nak tahu, dia betul-betul sedih atas pemergian kau tau. Dia menangis, merintih dan sedih. Dia tak boleh terima yang kau dah takde,” ujarnya, walaupun dia sedar, hanya dia sahaja yang bersuara di situ. Tiba-tiba, dia perasan air mata di ekor mata Zul Akmal mengalir. Doktor Daniel terkejut bukan kepalang. Serta-merta dia memeriksa nadi pesakitnya itu. Berdenyut laju. Doktor Daniel terus memandang muka pucat Zul Akmal. “ Kau masih hidup ?” tanyanya, separuh bisik. Namun tiada apa-apa respons. Selepas beberapa minit menunggu, Zul Akmal terbatuk lalu membuka matanya. “ A…Air,” pintanya dengan suara yang serak. Doktor Daniel yang masih terkejut tetap juga memenuhi permintaan pesakitnya itu. Dia menghulurkan segelas air kepada Zul Akmal, kemudiannya memberikan semula kepada Doktor Daniel. Dia tidak berhenti merenung pelik ke arah Zul Akmal. “ Kau masih hidup?” tanya Doktor Daniel, pelik. Zul Akmal pula memandang pelik ke arah Doktor Daniel. “ Mestilah aku masih hidup. Tak nampak ke?” tanya Zul Akmal. “ Tapi, rasanya tadi aku dah periksa keadaan kau yang kau dah…..meninggal,” ujarnya, tergagap-gagap. “ Apa bende yang kau cakap ni? Bila masa pulak aku meninggal? Kalau aku dah mati, takdenye aku bercakap dengan kau sekarang ni,” katanya sambil menggeleng kepala. “ Tapi, memang betul aku dah sahkan kematian kau. Nadi dan jantung kau langsung tak berdegup beberapa jam lalu andkau stillingat tak nama kau?,” soalnya. Ya Allah, adakah ini tanda kekuasaan-Mu? Bisik Doktor Daniel dalam hati. “ Mestilah aku ingat. Zul Akmal bin Zulkifli. Tu nama aku,” jawab Zul Akmal. Doktor Daniel hanya mengangguk kemudian diam. “ Asal kau tanya aku ingat ke tak nama aku?” tanyanya lagi. “ Yelah, selalunya orang yang banyak berlaku pendarahan bahagian kepala akan mengalami amnesia orhilang ingatan,” terangnya lagi. Zul Akmal mengangguk, kemudian, kedua-duanya kembali senyap. “ Kejap, kau nak cakap yang aku ni hidup balik ?” tanya Zul Akmal pula. “ Maybe? Mungkin, Allah nak tunjukkan kekuasaan-Nya dengan menghidupkan kau,” ujar Doktor Daniel sambil mengangkat bahu. Gelas kosong yang sudah berada lama dalam genggamannya diletakkan di atas meja. “ Jadi maksudnya, aku mati sekejap? Semua orang dah tau kematian aku termasuk….Ira?” tanyanya sambil meraup mukanya. Doktor Daniel mengangguk. Allahuakbar, sungguh besar kekuasaan-Mu. Bisik hati Zul Akmal. “ Diorang mesti happy giler dapat tau kau masih ada. Aku pergi bagitau diorang semua,” ujar Doktor Daniel teruja. Baru sahaja dia mahu berdiri, tangannya digenggam kemas oleh Zul Akmal. “ Jangan bagitau dulu, please,” pinta Zul Akmal, memandang wajah Doktor Daniel. Dia kembali duduk di atas kerusi. Lama kemudian, barulah dia mengangguk. Dia rasa dia faham mengapa Zul Akmal melakukan seperti itu. Sejak dari itu, mereka berdua menjadi semakin rapat hanya kerana Doktor Daniel menolongnya untuk merahsiakan tentang dia ‘ hidup ‘ semula.

HARI INI…

IRA IZAIQAterus terbangun dari lamunan yang lama mengingati peristiwa tersebut. Dia terus mengesat air matanya lalu terus mengambil kunci kereta dari dalam laci meja soleknya. Kemudian, turun ke bawah untuk berjumpa dengan ibunya di dapur. “ Ibu, Iqa keluar kejap eh? Nak jumpa kawan,” ujarnya sambil menyalam tangan ibunya. “ Hm, iyelah. Hati-hati bawa kereta tu. Hujan ni, jalan tu licin,” nasihat ibunya. “ Okey, ibu. Thanks for the advice. Iqa akan berhati-hati memandu. Nanti Iqa balik, nak makan masakan ibu tau,” ujar Ira Izaiqa sambil tersengih. Kemudiannya, dia mencium kedua-dua pipi ibunya. “ Assalamualaikum, ibu. Sayang ibu,” katanya lagi lalu keluar dari rumah banglo bertingkat dua itu. “ Waalaikumsalam,” jawab ibunya, separuh berbisik lalu menyambung kerjanya memasak untuk makan tengah hari. Ira Izaiqa terus masuk ke dalam kereta Myvi berwarna biru gelap miliknya. Sebaik sahaja kereta itu keluar dari perkarangan rumah, tayar terus meluncur ke destinasi yang dituju.

PETANG INI, CYBERCAFE

NABIL meletakkan telefon Samsung miliknya di atas meja. “ Akmal, Ira on the way datang sini. Maybe dalam pukul 9.50 kut dia baru sampai,” ujar Nabil sambil memandang kawan baiknya itu. Wajah nervous Zul Akmal jelas terlihat. “ Relaks lah, bro. Asal kau nervous sangat ni? Patutnya kau rasa happy tau dapat jumpa buah hati kau lepas 2 tahun kau langsung tak jumpa dia. Chill lah wei,” ujar. “ Kau ni kan, mestilah aku nervous. Dahlah selama 2 tahun tu Ira langsung tak tau yang aku sebenarnya hidup lagi. Kau expect apa Ira akan buat kat aku?” ujar Akmal. 2 tahun lepas, hanya tiga orang sahaja yang tahu Zul Akmal sebenarnya masih hidup, iaitu, ibunya, kawan baiknya, Nabil dan Doktor Daniel. Permintaan yang sama agar perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan buah hatinya, merangkap tunangnya itu. Sejak sekolah menengah mereka berkawan dan Nabil biasa memanggilnya Akmal dan bagi Ira memanggilnya Zul. Nabil mengangkat bahu. “ Maybe she’s just accept the fact?” ujar Nabil dengan selambanya sambil bermain telefonnya. “ Banyaklah kau punya accept. Confirm-confirmlah Ira mengamuk kat aku. 2 tahun kut dia hidup tanpa aku. Kau fikir dia senang-senang nak terima? Pikirlah sikit. Haish kau ni,” keluh Akmal sambil menggeleng kepala beberapa kali. “ Okey, okey. Aku salah. Tak payahlah emo sangat. Kesian kawan kau ni,” manja Nabil. Akmal hanya tersenyum melihat perangai kebudakan kawannya yang seorang itu. Tiba-tiba, Akmal ternampak sebuah kereta yang sangat dikenalinya. Kereta Ira! Jeritnya dalam hati. Akmal terus memukul-mukul tangan Nabil. “ Wei, wei. Aku rasa Ira dah sampai lah,” ujarnya, separuh cemas. Nabil serta-merta menoleh ke belakang. Akmal terus berpindah meja ke meja yang berdekatan dengan tingkap kafe itu sambil memakai hoodiejaketnya yang berwarna hitam bertali merah, mengikut plan yang dirancang oleh Nabil.

SEUSAI parkingdi tempat meletakkan kereta, Ira Izaiqa terus mematikan enjin dan terus keluar dari keretanya.Dia melihat jamnya. Sudah pukul 9.50. Kakinya pantas berjalan menuju ke arah kafe kegemarannya itu, namun sebaik sahaja sampai di hadapan pintu kafe itu, kakinya terhenti. Ingatan saat Zul Akmal melamarnya di kafe kegemarannya ini terus menerjah ke layaran minda. Ira Izaiqa menarik nafas dalam kemudian menghembusnya, namun sebenarnya ianya hanya satu keluhan yang berat. Tangan kanannya terus menolak ke dalam pintu kafe itu, lalu masuk ke dalam. Dia melihat sekeliling, kemudiannya dia terlihat seseorang sedang melambai-lambai ke arahnya. Tu bukan Nabil ke? Tanya hati kecilnya. Namun, apabila dia berjalan mendekati orang itu, betullah sangkaannya. Nabil Ehsan! “ Nabil? Kau buat apa kat sini?” tanya Ira Izaiqa, teruja. Terlalu lama tidak bersua muka dengan sahabat Zul Akmal itu. “ Saja, minum-minum kat sini. Duduklah,” pelawa Nabil sambil tersenyum. Ira Izaiqa terus melabuhkan punggungnya di hadapan Nabil. Beg tangannya diletakkan di sebelah kanannya. “ Wei, dah lama kut kita tak jumpa. Last aku jumpa kau pun, masa birthdayZul.” Tiba-tiba, Ira Izaiqa terdiam. Sebut sahaja nama Zul Akmal, dia terasa rindu yang amat ingin bersua muka dengannya. Ira Izaiqa hanya mampu menahan tangisnya. “ Ira, kau okey tak?” tanya Nabil. Zul Akmal hanya memerhatikan mereka berdua. Melihat sahaja raut wajah Ira Izaiqa, dia berasa terlalu rindu untuk menatap wajah itu. Kejap je lagi, Zul. Kejap je lagi. Lepas ni, kau takkan keseorangan lagi. Zul Akmal memujuk hatinya. “ Excuse me, please,” ujar Ira Izaiqa lalu terus berlari anak ke tandas. Di situ, dia menghamburkan tangisannya. Berhelai-helai tisu menjadi mangsa untuk mengelap tangisan air matanya. Dia menatap mukanya di cermin tandas. Kau boleh buat Ira! Kau boleh buat. Bisik hatinya. Kemudian, dia mengeluarkan bedak kompaknya untuk menutup mukanya yang sembap.

ZUL AKMAL terus menoleh ke arah Nabil. Dia menggunakan bahasa isyarat untuk menanyakan apa yang sedang terjadi. Nabil hanya memberikan isyarat ‘ tunggu ‘. Ira Izaiqa terus keluar dari tandas. Zul Akmal yang perasan Ira Izaiqa telah keluar dari tandas terus menyembunyikan wajahnya. Ira Izaiqa berjalan melintasi meja yang diduduki oleh Zul Akmal. “ Kau pergi mana tadi?” tanya Nabil sebaik sahaja Ira Izaiqa duduk di tempatnya. “ Oh, aku pergi tandas tadi. Cuci tangan,” ujarnya. “ Haish kau ni. Buat aku risau je,” ujar Nabil lagi. Ira Izaiqa tertawa kecil. “ Sorrylah, buat kau risau,” kata Ira Izaiqa. “ So, macam mana kau dengan Akmal?” tanya Nabil, memulai topik utama berdasarkan plan antara dia dan Zul Akmal. Zul Akmal hanya dapat melihat Ira Izaiqa dari jauh. Belum masanya lagi. Bisik hatinya. Ira Izaiqa menhembuskan keluhan yang berat. “ Uh, kau apa khabar?” tanya Ira Izaiqa, menukar topik. “ Sebenarnya, aku lah yang callkau tadi,” kata Nabil. “ Kau yang callaku tadi? Asal kau callaku? Dan cakap somethingyang aku tak faham. Pasal orang yang aku kenal sangat. What’s it exactly mean?” tanya Ira Izaiqa dengan wajah berkerut. Tudung shawlnya dibetulkan. “ Kejap,” ujar Nabil, lalu terus mengambil telefonnya di atas meja.

“ NOW!”

Pesanan itu dihantar ke telefon Zul Akmal. Kemudian, Nabil dan Zul Akmal berdua saling memandang satu sama lain. Nabil mengangguk untuk isyarat yang kedua. “ Nabil! I asking you!” kata Ira Izaiqa. Suaranya agak keras. “ Kejap, kejap. Sabar. Kau akan tau jugak apa yang berlaku sebenarnya,” pujuk Nabil. Zul Akmal berdiri dari tempat duduknya kemudian berjalan perlahan-lahan ke arah belakang Ira Izaiqa. Ira Izaiqa yang tidak tahu-menahu apa yang sedang berlaku hanya diam dalam geram sambil menyilangkan tangannya. Nabil hanya tersenyum melihat apa yang akan dilakukan oleh kawan baiknya itu. Untuk saat ini, Zul Akmal sudah berdiri betul-betul di belakang Ira Izaiqa. Selepas beberapa saat, tangannya mulai menutupi mata Ira Izaiqa. Ira Izaiqa mulai perasan yang penglihatannya semakin gelap. Minyak wangi yang digunakan oleh Zul Akmal menusuk ke dalam hidungnya. Dia begitu kenal bau minyak wangi tersebut. Dia merasakan seseorang sedang menutupi matanya. “ Siapa ni?!” tanya Ira Izaiqa, separuh menjerit. Disebabkan terkejut, Ira Izaiqa tersentuh kulit tangan Zul Akmal. “ Cuba teka…,” ujar Zul Akmal, berbisik di telinga kanannya. Suara ni…..macam suara Zul. Tapi, tak mungkin! Z..Zul dah takde! Gumamnya dalam hati. “ S…Siapa ni?” tanya Ira Izaiqa, untuk kali keduanya dengan suara seraknya. “ Melepaskanmu, bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini…” nyanyi Zul Akmal. “ Ingat lagu ni?” tanyanya kepada Ira Izaiqa. Kedua tangannya masih kemas menutupi kedua mata Ira Izaiqa.

“ INGAT lagu ni? Lagu yang selalu saya nyanyikan untuk awak?” tanyanya kepada Ira Izaiqa. Kedua tangannya masih kemas menutupi kedua mata Ira Izaiqa. “ Tapi, t..tak mungkin,” ujarnya. Suaranya agak menggeletar di hujung tekak. “ Lagi satu, 24 bulan 4 tarikh start kita sama suka,” ujarnya, masih berbisik. “ Z…Zul?” tanya Ira Izaiqa. Akhirnya, tangan yang menutupi matanya teralih. “ Bro, aku keluar jap. Korang dua borak dulu, okey?” ujar Nabil sambil tersenyum ke arah Zul Akmal. Kemudian, dia keluar dari kafe itu. Zul Akmal pula mengambil tempat duduk Nabil, berhadapan dengan orang sangat disayanginya. Akhirnya, planaku berjaya! Alhamdulillah. Jeritnya dalam hati. Ira Izaiqa pula terdiam kaku dengan apa yang terjadi pada saat ini. Air matanya mulai bergenang dan perlahan-lahan meluncur laju melalui pipinya yang mulus. Setitis demi setitis air matanya jatuh ke atas riba. Matanya hanya mampu memandang ke bawah. Tidak terdaya melihat sesuatu yang mustahil untuk berlaku.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku