#GHOST
BAB 1
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
567

Bacaan






BAB 1


Hospital Kuala Lumpur,

Malaysia.


Surgical glove yang tersarung di tangan ditanggalkan. Tempat itu ditinggalkan dalam tergesa-gesa.

Bang!


Pintu kaca terbuka secara tiba-tiba. Seorang gadis berjubah putih paras lutut berlari keluar dengan terburu-buru. Satu tangan menekup mulut. Dia berlari-lari anak sehingga ke hujung koridor, di mana tiada manusia lain yang wujud di situ.


Sekonyong-konyong dia berhenti. Terus melutut seperti orang yang sedang rukuk sebelum badannya melorot di pinggir koridor. Sebelum badan yang langsing itu terjelepok jatuh, cepat-cepat tangannya berpaut pada dinding balkoni.


Badannya jatuh seakan terduduk, hampir mencecah ke lantai. Bahunya terhinjut-hinjut. Si gadis doktor sedang menangis. Sebelah tangan berpegang pada balkoni manakala sebelah tangan lagi sedang menekup mulut. Di suatu tempat rahsia, rasa sedih dihamburkan seorang diri.


Tidak lama, dengan mendadak dia terbangun. Dan berlari masuk ke bangunan bercat putih melalui pintu berdinding kaca tadi.


Are you okay?” tanya Doktor Mukhlis. Kaca mata yang melorot di atas hidung ditolak ke atas. Kaca mata berbingkai hitam itu dibetul-betulkan sedikit. Mata dikerdip-kerdip.


Yes, I’m okay doc,” dia berkata dalam nada yang paling meyakinkan. Dagunya diangkat tinggi. Wajahnya dikawal rapi. Tangannya mula sibuk bekerja dengan semua peralatan di hadapan.


Keadaan di OT ataupun Operation Theatre itu senyap seketika. Hanya dia dan Doktor Mukhlis yang berada di situ pada waktu itu. Misi dan pembantu doktor yang lain sudah meninggalkan tempat tersebut.


Bilik bedah sunyi dan sepi. Serta sejuk yang mencengkam. Semakin dingin dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi.


Tiba-tiba satu suara yang dalam kedengaran. Ia datang dari Doktor Mukhlis, yang mengetuai prosedur tadi.


“Sebelum ni, I tengok you boleh hadapi perkara macam ni dengan baik. Kenapa tadi?” Mata diangkat memandang Doktor Airina, doktor muda yang baru beberapa tahun berkhidmat di hospital tersebut. Gadis yang memilih kerjaya kedoktoran sebagai punca rezeki.


Can I ask you a question?” Doktor Airina sebaliknya bertanya.


Anything.”


How do you keep your insanity? Having to go through all these?


Doktor Mukhlis tersenyum sedikit. “Sooner or later, you will know.


I’m not experienced enough…” Ayat penyata itu umpama meletakkan kesalahan di bahu sendiri.


Don’t blame yourself. We are not God.”


“I tahu… tapi…”


Go get yourself a good rest, doc. Kerjaya doktor ni bukan untuk semua orang. Selain dari degree dari medical school, you perlukan perkara lain. I nampak semua tu dalam diri you. You can be a really good doctor.” Satu senyuman mengakhiri kata-kata doktor yang berumur hampir sebaya dengan ayahnya itu.


‘A good doctor’.


Airina senyum tawar.

***

Cawan kertas yang berisi nescafe panas ditenung. Digoyang-goyang perlahan dalam gerakan tidak bermaya. Air nescafe pekat sudah separuh habis diteguk. Dan dengan senafas, Airina menghabiskan sisa nescafe di dalam cawan.


Dia masih diam di bilik rehat. Bilik yang disediakan khusus untuk para doktor yang melakukan rutin ‘on call’. Tempat mereka berehat dan tidur seketika sebelum bergegas melayani pesakit.


Hari itu mereka kehilangan seorang remaja yang berumur 18 tahun di atasmeja bedah. Table death! Sesuatu yang cuba dielak oleh seorang doktor. Mana-mana doktor sekalipun.


Seorang budak lelaki yang sepatutnya masih ada jalan yang panjang di hadapannya. Seorang yang bijak. Dengan keputusan cemerlang dalam SPM, namun malang tidak membawa sebarang amaran. Tanpa bau.


Nafas berat dipaksa keluar dari rongga hidung. Susah. Payah. Entah mengapa, kali ini ia berlainan sekali. Dia tahu. Dia sudah bersedia. Namun dia tewas hari itu. Tewas dengan perasaan sendiri.


1752 hours.


Waktu kematian itu dicatat. Sebab kematian juga dicatat. Mayat ditolak keluar dari bilik bedah. Waktu itulah dia berlari keluar. Entah ke mana, tetapi di suatu kawasan yang tiada manusia untuk melihat seorang doktor meratapi kematian pesakitnya.


Sue… I lost him,” beritahunya di corong telefon. Suara serak akibat menangis.


“Siapa?” nada suara gadis yang dipanggil Sue kedengaran sedikit cemas.


The patient.”


Sue di hujung talian terjeda sekejap. Dia terpinga-pinga dengan berita yang dibawa. “Sorry… patient mana ni?” Sue bertanya. Dia masih belum mendapat maklumat terperinci. Bukan satu dua orang pesakit Airina. Bukan satu dua orang pesakit yang dirawat mereka setiap hari.


“Budak lelaki tu…”


“Yang tu? Oh…”


Diam sebentar.


“Bila?”


“Baru tadi.”


“Kau okey ke?”


Airina angguk. Namun setelah menyedari yang kawannya itu tidak dapat melihat anggukannya, dia berkata, “Aku okey…”


I feel guilty…”


“Dah ajal dia, Reena.”


Titisan air hidung yang keluar dihembus ke helaian tisu. Hidung terasa ketat. Seketat kerongkongnya kini.


We have tried…” Suara Airina serak. Seperti tadi.


Setelah beberapa minggu dia memantau keadaan pesakit dan pembedahan tadi telah dilakukan oleh doktor terbaik hospital tersebut, pesakit menghembuskan nafas di atas dewan bedah. Ketika pembedahan berlaku, berlaku komplikasi yang tidak dijangkakan. Mereka telah sedaya upaya mengawal supaya komplikasi terkawal, namun apabila ajal memanggil, tiada siapa yang berupaya.


“Biasalah tu… perkara macam tu akan berlaku. I believe you have tried your best.” Sue cuba memujuk. Dia memahami situasi yang sedang dialami Airina.


“Aku tahu… “ Tapi entah kenapa kali itu, dia tidak dapat menahan rasa sedih apabila tidak dapat menyelamatkan nyawa pesakit. Walhal dia telahpun bersedia untuk menghadapi perkara sebegitu.


“Kita bukan Tuhan, Reena. Kerja kita untuk selamatkan pesakit. Selebihnya… adalah urusan Allah.”


“Aku tahu…”


“Habis tu… kenapa?”


Jeda.


“Sebab dia?”


Senyap. Airina tahu siapa ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Sue.


“Biarkan dia pergi, Reena.”


Nafas dihela perlahan. Mata dipejam rapat. Ya, kita bukan Tuhan. Kita datang dariNya. Dan suatu hari nanti kita akan pulang mengadap Dia juga. Tuhan sekalian Alam. Pencipta segala isi bumi dan langit.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku