Assalamualaikum Ustazah!
Bab "Isteriku adalah ustazah"
Genre: Cinta
Kategori: Novelet
Paparan sejak 23 Mac 2017
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)
619

Bacaan






Prolog

“Hahaha, ada orang tua la join kita ambil peperiksaan”. Itulah kata-kata yang tidak boleh diluputkan daripada ingatan Shaz Anaqi. Geram dan sakit hati juga la dibuatnya.

Mana tidaknya, selalu orang yang ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah pelajar tingkatan Lima yang berusia 17 tahun sahaja.

Aduh, malu. Bicara Anaqi sendirian.

Tanpa dia sedar, tindakannya itu sedang diperhatikan oleh Tasneem Ilmi yang kebetulan mahu masuk ke kamar beradu. Langkah Tasneem Ilmi terhenti apabila terdengar buah hati pengarang jantungnya itu gelak.

“Apa la yang ada dalam fikiran suami saya ni ye” bisik Ilmi di telinga sang suaminya itu. “Abang dah kenapa gelak sorang-sorang” aju Ilmi kepada Anaqi.

‘Eh, sayang?’

‘Bila masa pula si Ilmi ni masuk bilik sampai aku pun tak perasan. Seronok sangat berkhayal gamaknya’ fikir Shaz Anaqi setelah tersedar yang ada seseorang sedang berbisik di telinganya.

“Tak ada apa-apa la sayang” jawabnya dengan nada selamber seolah-olah seperti tiada yang berlaku.

“Abang tipu” kata Tasneem Ilmi sambil memuncungkan bibirnya.

“Alolo, merajuk pula dia” kata Anaqi sambil mencuit hidung isteri tercintanya itu.

“Sayang nampak apa yang abang buat tadi” beritahu Ilmi.

Kantoi.

“Abang Cuma teringat masa mula-mula abang ambil exam SPM tempoh hari je”beritahu Anaqi kepada isterinya itu.

“Oh, barulah sayang faham kenapa abang gelak. Tapi jangan la gelak kuat-kuat sangat, nanti orang sangka abang tak siuman pula” ilmi bersuara.

“Budak-budak SPM tu panggil abang ni orang tua tau” kata Anaqi sambil tertunduk malu.

“Orang tua ambil SPM” sindir Tasneem Ilmi

Kedua-dua mereka tergelak apabila teringat peristiwa itu.

Nasib Shaz Anaqi tak sebaik Tasneem Ilmi yang mampu menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah. Jika lelaki seusia dengannya sibuk dengan kerjaya masing-masing, lain pula kisah hidup Shaz Anaqi. Pengajiannya di peringkat menengah terhenti. Masih segar di ingatan kedua-dua pasangan ini mengenai peristiwa hitam yang menimpa Shaz Anaqi.

“Shaz Anaqi, bangun sayang” Itulah suara seorang ibu yang sedang mengejutkan anaknya.

“Ya, ibu” Shaz Anaqi bingkas bangun setelah berpaut pada birai katil bujangnya.

“Hari ini anak ibu first day exam, sokena nampak kemas” kasih seorang ibu kepada anaknya.

Shaz Anaqi merupakan anak tunggal Puan Azizah. Hanya Shaz Anaqi menjadi permata hatinya yang sentiasa ditatang bagai minyak yang penuh setelah dia kematian suami akibat kemalangan sewaktu Shaz Anaqi masih dalam kandungannya 17 tahun yang lalu.

“Eh, tak nak salam ibu dulu ke Anaqi?” soal Puan Azizah setelah melihat anak tunggalnya itu tergesa-gesa keluar daripada rumah.

Sudah menjadi kebiasaan bagi Shaz Anaqi untuk memeluk dan mencium ibunya sebelum dia berangkat ke sekolah untuk menuntut ilmu. Jarak antara rumah Shaz Anaqi dengan sekolah tidak begitu jauh. Perjalanannya dari rumah ke sekolah hanya mengambil masa sepuluh minit.

Shaz Anaqi merupakan seorang pelajar yang pintar dan amat disenangi oleh semua orang di sekolahnya itu. Dia sering ringan tulang membantu guru-guru. Dia juga tidak lokek ilmu. Dia sering menjadi mentor kepada pelajar- pelajar yang lemah dalam sesetengah subjek yang diambil dalam SPM.

“Anaqi, kau freetak petang ni?” soal teman rapatnya, Azri.

Freekot, kenapa?” jawab Shaz Anaqi.

“Jomla joinkamisemua study group” pelawa kawan-kawan sekelasnya.

Setiap petang Anaqi akan membuat ulang kaji pelajaran bersama-sama rakan-rakan sekelasnya. Shaz Anaqi umpama ‘guru kecil’ bagi rakan-rakan seperjuangannya dalam SPM. Kadang kala, dia juga akan dipanggil dengan panggilan cikgu oleh rakan-rakanya.

“Hari ini kita nak studyapa ye, cikgu Anaqi?” usik Fazila.

“Ok, hari ini kita study sains ye kawan-kawan” jawab Anaqi dengan nada bersahaja.

“Baiklah, cikgu” kata kawan-kawannya serentak.

“Apabila air yang berisi ais diletakkan di dalam gelas diletakkan di luar, akan berlakunya suatu proses. Proses apakah tu, kawan-kawan?” soal Shaz Anaqi kepada kawan-kawannya.

“Proses kondensasi!” jawab kawan-kawannya serentak. Soalan demi soalan dipersoalkan bersama-sama rakan-rakan sekelasnya pada petang itu. Sudah menjadi kebiasaan nuat mereka semua untuk mengulangkaji pelajaran dengan cara sebegitu. Bagi mereka, cara dan teknik itu paling berkesan serta ilmu yang dikongsi akan lebih mudah diserap masuk ke dalam otak.

Hari peperiksaan SPM makin hampir. Kesemua pelajar tingkatan lima masing-masing sedang sibuk menguruskan persiapan bagi menduduki peperiksaan besar itu. Peperiksaan SPM akan menjadi penentu hala tuju mereka setelah mereka keluar daripada sekolah menengah.

Menjelang beberapa hari sebelum peperiksaan SPM bermula…

“Ibu, Shaz keluar sekejap ye. Nak ke sekolah, nak bantu buat persiapan untuk majlis esok” Shaz Anaqi meminta izin daripada ibunda tercinta untuk keluar.

“Majlis apa? Kenapa ibu tak tahu pasal ni?” tanya Puan Azizah kebingungan.

“Majlis restu ilmu dan graduasi untuk pelajar tingkatan lima, ibu” jawab Shaz Anaqi lalu beredar ke sekolah. Oppss! Lupa. Shaz Anaqi sudah sekerat jalan menuju ke sekolah, namun dia berpatah balik ke rumah selepas terlupa akan sesuatu.

Surat perakuan aku janji yang perlu ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga. Surat perakuan tersebut perlu diserahkan kepada guru tingkatan masing- masing petang itu juga. Tindak tanduk Shaz Anaqi yang tergesa-gesa menyebabkan ibu kesayangan itu tertanya-tanya. “Kenapa anak ibu patah balik ni? Tergesa-gesa pulak tu”.

“Ada barang tertinggal la ibu, dah separuh jalan baru ingat ada barang tertinggal tu yang patah balik” jawab Shaz Anaqi dengan keadaan termengah-mengah. Puan Azizah hanya mengeleng kepala melihat reaksi anaknya itu.

Sampai di sekolah, Azri mempersoalkan keadaan Shaz Anaqi yang termengah-mengah akibat berlari. “Kau ni dah kenapa, datang datang terus termengah-mengah macam orang baru lepas habis acara lari 100m?”Shaz Anaqi hanya mampu memberi isyarat tunggu sebentar kepada Azri sambil meneguk air mineral di tangannya. Habis satu botol air mineral itu diteguknya. Azri hanya mampu melopong melihat aksi kawannya itu.

“Penat woi, aku lari patah balik rumah aku nak ambil sijil perakuan aku janji ni” balas Shaz Anaqi setelah kepenatan beransur pulih. Segala persiapan diatur penuh rapi. Setelah selesai mengemas dewan sekolah, mereka diarahkan untuk ke bilik stor pakaian untuk sesi fittingjubah konvokesyen yang akan diadakan pada keesokan harinya. Seorang demi seorang mencuba saiz jubah itu. Raptai majlis juga turut diadakn bagi memastikan majlis konvokesyen itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Malam itu…

“Ibu, nah” Shaz Anaqi bersuara sambil menyerahkan sesuatu buat ibunya. Setelah meneliti isi kandungan borang itu, Puan Azizah menghampiri anaknya yang sedang mentelaah pelajaran lalu duduk di sebelah anaknya.

“Shaz Anaqi, anak ibu pasti ke dengan apa yang Anaqi buat ni? Kamulah satu-satunya anak ibu dunia akhirat, kalau kamu tiada…bicara sang ibu terhenti. Puan Azizah sedar yang anak tunggalnya itu memang mempunyai impian yang ingin dicapai sejak daripada kecil lagi. Shaz Anaqi adalah seorang anak yang berwawasan tinggi. Tanpa disedari, air mata Puan Azizah bercucuran. Shaz Anaqi yang sedar akan keadaan ibunya itu terus memeluk erat tubuh ibunya seraya berkata.

“Ibu, menjadi doktor memang menjadi cita-cita dan impian Anaqi sejak kecil lagi. Anaqi faham apa yang ibu risaukan”. Setelah mendapat restu dan perbincangan anak-beranak dilakukan, satu kata disepakati bersama lalu si ibu dengan rela hati menanda tangani surat kebenaran tersebut walaupun hati si ibu berat ingin melakukan persetujuan itu. Mana tidaknya, hati ibu mana yang tidak risau akan anaknya jika anaknya itu terpaksa berjauhan daripadanya. Akan tetapi, Puan Azizah yakin dengan kebolehan Shaz Anaqi yang mampu menjaga dirinya.

Majlis graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi…

Semua pelajar tingkatan lima kelihatan amat teruja. “Segala ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru harap dapat digunakan sebaik mungkin. Semoga kamu semua dapat menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang. Jawab sehabis baik. Berjuang sehabis daya. Doa semua guru dan ibu bapa mengiringi kejayaan kamu semua” amanat Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi, Encik Muhammad Hasbullah bin Muhammad Hadi.

Setelah mendengar amanat Tuan Pengetua, majlis graduasi pun bermula. Nama seorang demi seorang pelajar dipanggil untuk naik ke atas pentas bagi menerima plak tanda semua pelajar tingkatan lima telah berjaya menamatkan sesi pengajaran dan pmbelajaran mereka di peringkat menengah. Setelah semua pelajar telah menerima plak masing-masing, kini tibalah masanya pengerusi majlis mengumumkan sesuatu sebagai acara kemuncak majlis konvokesyen sekolah itu…

“Kini tibalah masanya saya mengumumkan nama tokoh pelajar yang dipilih pada tahun ini. Akan tetapi sebelum itu, izinkan saya untuk membacakan biodata pelajar tersebut terlebih dahulu. Pelajar yang dipiilih ini berdasarkan pencapaian prestasi pelajar sepanjang beliau menuntut ilmu di sekolah ini” terang tuan pengacara majlis dengan suara yang lantang.

“Beliau merupakan seorang pelajar sangat pintar. Pelajar tersebut juga sangat aktif dalam bidang kokurikulum. Beliau juga seorang pelajar yang sangat cemerlang dalam akademiknya. Beliau sering kali menjadi sebutan dalam kalangan guru-guru serta telah banyak kali mengharumkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi ini. Pencapaiannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini amatlah menjadi inspirasi buatpelajar-pelajar lain, dengan keputusan 10A+.

Sementara itu, Azri yang duduk bersebelahan Shaz Anaqi telah membisikan sesuatu antara mereka “Engkaulah tu kan”. “Hish, kau ni janganlah confidentsangat, silap-silap orang lain yang dapat nanti” jawab Shaz Anaqi yang sedang khusyuk mendengar apa yang diperkatakan oleh tuan pengerusi majlis.

Setelah mereka semua berteka-teki, akhirnya nama Shaz Anaqi dipanggil untuk mengambil anugerah tokoh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi bagi tahun tersebut. Tersentak Shaz Anaqi dibuatnya.

Puan Azizah yang ketika itu sedang meneliti isi kandungan whatsaapnya juga tersentak. Tiada kata yang mapu diucapkan selain rasa syukur yang dipanjatkan kepada Ilahi. Setelah tamat majlis graduasi itu, sesi restu ilmu antara guru-guru tingkatan Lima dan ibu bapa dengan pelajar-pelajar tingakatan Lima bermula.

Seorang demi seorang guru bagi setiap mata pelajaran telah menyampaikan amanat serta merestui segala ilmu yang mereka curahkan kepada para pelajar tingkatan Lima. Begitu juga dengan ibu bapa paraa pelajar.

Tiada apa yang kami semua harapkan selain daripada ingin melihat kalian semua berjaya di dunia dan di akhirat seterusnya menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Berjuang sebaik mungkin. Buat kami bangga dengan kejayaaan kalian kelak” Puan Halimaton menyampaikan amanatnya selaku guru penolong kanan tingkatan lima. Suasana hiba telah menyelubungi ruang segenap dewan apabila kesemua pelajar dan guru saling berpelukan antara satu sama lain.

Memohon restu para guru akan segala ilmu yang dicurahkan sentiasa dan kesemua pelajar dapat menjawab dengan tenang dan seterusnya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan yang cemerlang.

Setelah memohon restu daripada semua guru yang mengajarnya, Shaz Anaqi menghampiri ibunya lalu memohon restu ibunya yang telah berkorban apa sahaja demi melihat kehidupan anak tunggalnya ini berada dalam keadaan yang selesa setiap masa, “Ibu, Anaqi mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan Anaqi selama Anaqi menjadi anak ibu. Doakan Anaqi berjaya ye, ibu?” Puan Azizah hanya mampu mengganggukkan kepalanya tanda dia memberi restu kepada anaknya. Baginya, kebahagiaan seorang ibu terletak pada kebahagiaan seorang anak.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku