Lelaki Kelas Pertama
Bab 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
840

Bacaan






BAB 2

ARWINlaju keluar dari perut kereta dengan tergesa-gesa. Dia nak malas nak fikir apa dah. Yang penting dia boleh larikan diri daripada mamat tak betul tu. Gila betul! Sampai ke sini mamat tu ikut dia?!

Kini dia berada di satu tempat yang sangat asing dan tak pernah dia kunjugi seumur hidup. Chow Kit. Tempat ni memang tempat yang panas. Tapi apa yang boleh dia buat? Takkan nak kena tangkap dengan Haikal gila babi tu? Dia tak sanggup. Lorong kaki lima itu terus Arwin susuri dengan laju. Di sekelilingnya jangan cakaplah. Banyak sangat mak nyah-mak nyah dan pelacur-pelacur yang pandang dia macam tak pernah tengok orang. Ada juga mamat-mamat bertatu pandang dia semacam. Tapi Arwin tetap beranikan diri untuk terus berlari. Dia rasa Haikal takkan dapat cari dia dekat sini.

Arwin berhenti. Dia toleh belakang. Bagus! Haikal tak kejar dia lagi.

Dengan segera Arwin kibaskan rambutnya kuat sehingga menjadi kusut masai. Gelang-gelang tangannya ditarik lalu dimasukkan ke dalam baju. Lalu secebis baju mahalnya dikoyakkan di bahagian lengan.

Arwin capai kasut pula. Kasut tumit tinggi belah kanan dia halakan ke dinding. Dan… pak! Terus tumitnya patah.

Apa yang dia buat? Gadaikan barang yang berharga? Huh! Arwin tak bodoh sebenarnya. Dia tahu dimana dia berada sekarang ini. Dia tahu kawasan mana yang dah dia masuk. Kawasan macam ni mana pernah selamat kalau orang macam dia masuk. Jadi baik dia jadikan diri ni macam pengemis. Untuk itu orang tak akan tahu dia siapa. Termasuk Haikal yang mungkin takkan mengecam dia.

Arwin terus berlari terjongkit-jongkit. Biar pun sakit dia tetap juga bertabah. Sebab… belakang dia sekarang ni adalah Haikal. Tak sangka mamat tu kejar dia lagi. Segera rambut ditarik sehingga kusut lagi dan menutup muka. Dia harap Haikal tak akan perasan.

Berdebar-debar ketakutan. Haikal lalu disebelahnya. Arwin pejam mata. Berlakon jadi orang tak betul. Sengaja dia menggeselkan kaki supaya lakonannya nampak lebih real.

Dari balik rambutnya itu dia dapat lihat riak wajah Haikal yang macam kucing hilang anak. Berkerut-kerut dahi dan berpeluh. Macam tak betul je mamat romeo seorang ni. Arwin pun tak sangka yang Haikal sanggup kejar dia sampai ke sini. Gila sungguh!

Hidung lelaki tu pula dah berdarah. Arwin kerut dahi sendiri. Adakah kerja Laila, Sally dan Jiha? Ah! Dia malas nak fikir. Dia nak mamat ni berambus cepat!

Dan Arwin berasa lega apabila Haikal sudah melepasi dia tanpa perasan yang dia ada di situ. Nampaknya lakonan dia memang first class. Nasib dia tak jadi pelakon. Kalau tak mesti kalah semua artis dekat Malaysia ni.

Arwin selak rambut. Dia menghembus nafas lega. kepala geleng sedikit. Masih terfikir apa yang tak kena dengan mamat romeo seorang itu. Kenapa dia jadi macam orang yang terdesak? Hidup dia macam tak boleh langsung nak lepaskan perempuan. Semua nak jadikan mainan. Tapi, Arwin… sorry

Dia ingat senang-senang aje ke nak kena main? Ni Arwin Hashah lah. Dia akan bertindak dulu.

Malas nak tunggu lama lagi dekat situ Arwin terus pusing belakang balik. Dia kena lari dan keluar cepat daripada kawasan panas ni daripada dikejar semula dengan Haikal ataupun dirompak dekat kawasan Chow Kit ni. Dia kena blah sekarang.

Tapi entah macam mana tengah sibuk nak berlari habis dia terlanggar orang.

Bum! Sebanyak tiga buah kotak bersaiz sederhana terjatuh berterabur, Arwin pun turut tumbang sama. Habis punggung dia sakit. Dia mengaduh kesakitan sambil bangun. Rambutnya yang dah sedia kusut tu dia selak ke belakang dan segera bangun.

“Kau buta ke hah!?” Arwin marah betul. Dia tengok seorang lelaki muda. Berbaju T-putih dan seluar jeans yang sudah agak lusuh, koyak dibahagian lutut, rambut yang agak panjang menutupi dahi dan telinga sedang mengangkat semula kotak yang jatuh. Lengan baju lelaki itu yang pendek lagi disingsing oleh lelaki itu ke atas. Boleh nampak otot-otot pejal dan garis urat-uratnya yang timbul.

Lelaki tu pandang Arwin dengan mata yang sangat tajam.

“Kau yang buta ke, aku yang buta sebenarnya? Kau nampakkan aku bawa kotak ni? yang kau nak langgar juga aku apa pasal?” jerkah lelaki tu.

Arwin dah ternganga habis. Kali pertama! Kali pertama dalam hidupnya ditengking oleh orang.

“Bodoh punya pengemis!” Arwin menghina. Arwin nampak lelaki tu dah genggam penumbuknya. Urat semakin banyak timbul di tangan.

“Kau cakap apa tadi? Kau ulang balik?” suara lelaki tu semakin meninggi. Lelaki itu merapati Arwin.

Arwin peluk tubuh dan menunjukkan riak wajah yang selamba “Aku cakap kau tu pengemis. Kau tak dengar?” sinis sungguh kata-kata Arwin. Dia tak sedar dia sedang menghina orang lain dan menyakitkan hati seorang manusia.

“Kurang ajar betul kau ni kan! Kau datang daripada mana sebenarnya ni? orang yang masuk kawasan ni semua pengemis kau tahu tak! kau sesat dari mana ni?!” lelaki tu dah datang dekat Arwin lagi rapat. Tiba-tiba Arwin jadi gelabah tak tentu arah. Arwin berundur. Lelaki tu seperti mahu mencekiknya.

“Arwin!” Arwin segera pandang belakang. Dia nampak Haikal sedang tercari-cari sambil menjerit namanya.

Alamak! Dia perasan aku ke? Arwin pandang lelaki di hadapannya semula. Dia nampak lelaki tu macam tak hiraukan panggilan Haikal yang kuat tu sebab mata lelaki tu memang fokus pada Arwin saja ketika ini

Dan tanpa berfikir panjang. Dengan pantas Arwin menarik leher lelaki yang dikatakan pengemis tadi dengan dua tangannya. Lelaki itu agak terkejut.

Dan…

Chup! Arwin tak tahu apa yang dia buat sekarang ni. tapi untuk selamatkan diri daripada Haikal sedar dia ada dekat situ, dah tak ada pilihan lain selain mencium bibir lelaki tadi. Biar wajah dia tersorok.

Lelaki tadi nampak kaku. Arwin baru perasan mata biru lelaki tu membulat memandang matanya. Lelaki tu cuba nak lepaskan ciuman namun tangan Arwin masih erat di leher lelaki tersebut menyebabkan dia tak boleh langsung nak bergerak.

Lama. Lama bibir mereka bertaut.

Haikal lalu. Dia pandang Arwin dan lelaki tu.

“Korang ni gila ke hah? Dekat sini pun nak bercium!” Haikal geleng kepala dah terus beredar. Tak sedar langsung yang perempuan tu adalah Arwin.

Bila kelibat Haikal sudah tiada segera Arwin lepaskan ciuman. Dengan pantas Arwin lap bibir sendiri dengan laju. Nafasnya turun naik-turun naik. Dia tak tahu apa yang bermain di fikirannya tadi sampai dia bertindak macam tu sekali. Jantungnya berdegup laju.

Arwin pandang lelaki itu.

Lelaki tu pun nampak kaku. Masih lagi kaku memandang Arwin.

Arrgghh! You stole my first kiss!” Jerit dia marah. Arwin rasa macam nak menangis aje sekarang ni. Dan tanpa membuang masa dia terus beredar. Dia rasa malu. Dia rasa bodoh!

Lelaki tadi terus terdiam. Dia meneguk liur perlahan-lahan sebelum mengukir senyuman yang selama ni tak pernah dia ukir sebab rasa terlalu gembira.

Lelaki tadi pegang bibirnya sendiri.

“Wow!” itu aje yang mampu dia cakap. Dia kena cium dengan perempuan? Senyuman semakin lebar dan lebar.

“ARRGGH!!” Arwin menjerit sekuat hati saat dia telah kembali semula ke butiknya. Jiha, Sally dan Laila kelihatan agak terkejut. Arwin sudah balik semula. Itu tandanya Arwin sudah berjaya lepaskan diri daripada Haikal romeo tu.

Boss kenapa dengan baju, rambut boss ni? kasut boss kenapa?” soal Laila dengan nada yang cemas. Dia berpusing-pusing di keliling Arwin. Sungguh Arwin nampak macam orang yang tak betul. Macam baru lepas kena rompak.

Boss!! Haikal buat apa dekat boss!? Dia buat apa!?” Sally dah menjerit marah.

Boss! Dia sakitkan boss ke? tak guna punya jantan!” Sally dah betul-betul naik minyak. Sampai disingsing bajunya dengan riak wajah yang bengis. Arwin tidak menjawab. Dia hanya pegang kepala yang tiba-tiba jadi pening. Jiha dengan pantas mengipas Arwin dengan buku katalog ditangannya.

“Laila! Laila! Aku nak air! Aku haus sangat dah ni!” kata Arwin sesak nafas. Apa yang jadi pada tengah hari ini benar-benar buat dia rasa macam dah nak tercabut nyawa. Laila tanpa tunggu lama terus berlari ke bahagian dapur di dalam butik. Dia kembali semula dengan sebotol air mineral bersaiz kecil ditangan. Air mineral dihulurkan pada Arwin dengan segera. Arwin terus teguk sampai habis. Mulut dia tak ubah macam tangki minyak motor. Laju je air mineral masuk dalam kerongkong.

Boss kenapa boss? Apa yang dah jadi?” soal Laila setelah melihat Arwin agak tenang. Namun Arwin masih lagi memegang kepalanya.

Arwin kemudian angkat kepala. Dia memandang tiga wanita yang tidak bertudung di hadapannya dengan mata yang sedikit berair.

He stole my first kiss! Huaaaa!!” terus saja Arwin memeluk Laila kuat. Melalak macam budak kecil. Terangkat-angkat punggung bergayut di kaki Laila sambil melalak kuat. Nasib tak ada pelanggan. Kalau tak buat malu aje. Jiha dengan Sally dan sedaya upaya memujuk Arwin. Laila pula masih lagi membeku. Tak faham dengan Arwin. Dia tak faham kenapa Arwin tiba-tiba menangis.

“Siapa yang curi tu?! Haikal ke?!” Laila menyoal dengan nada yang menjerit sedikit.

“Hah?” Jiha dan Sally dah terkejut sambil memandang sesama sendiri.

“Haikal cium boss!?” soal mereka terkejut.

No! bukan dia!”

“Habis tu kalau bukan dia siapa?!” soal Laila. Arwin bangun. Dia kini tidak lagi menangis. Air matanya masih lagi bersisa. Wajah Arwin nampak bengis. Dia mengenggam penumbuk.

I don’t know. He such an idiot man! Man with a blue eyes?! Aku tak tahu daripada mana dia muncul. Dia memang kurang ajar!” marah Arwin. Sambil mengelap bibirnya berkali-kali dengan belakang tapak tangan. Habis comot gincu yang dia pakai.

“Pengemis daripada Chow Kit!” kuat Arwin berkata.

“Chow Kit?!” serentak Jiha, Sally dan Laila bertanya.

Boss buat apa dekat situ? Boss tahu tak tempat tu bahaya! Banyak orang jahat boss tahu tak! berani betul Boss masuk tempat yang macam tu.” Sally bersuara.

Arwin memandang Sally. Dan kemudian dia melalak kembali. Dan kini Arwin menumpang di bahu Sally pula. Sambil berkata…

He stole my first kiss! He stole my first kiss…” raung Arwin.

MEMBULAT mata Leo apabila melihat kawasan gerainya sudah berselerak. Bangku dan meja berterabur di merata tempat. Pelanggan yang ramai tadi terus tiada. Keadaan menjadi sunyi-sepi. Kotak yang dia pegang tadi habis terjatuh dengan begitu saja sebelum dia berlari laju.

Bedebuk!

Leo lihat Ijam sudah terpelanting ke arah meja yang berteraburan. Di mulut dan hidung Ijam sudah berdarah teruk. Merah mukanya. Dan Leo dapat melihat lima orang lelaki yang bertubuh agak besar membelasah Ijam. Rambut Ijam ditarik salah seorang. Namun, Ijam masih lagi mampu ketawa walaupun dalam kesakitan.

“Kau lepaskan dia sial!” jerit Leo kuat. Dan dengan sekali tendangan, orang yang memegang rambut Ijam tadi terus terpelanting ke belakang sambil memegang dadanya yang senak. Empat orang lelaki lagi sudah terkejut apabila Leo yang tiba-tiba saja muncul. Leo laju menghampiri Ijam. Ijam bangun sambil memegang perutnya.

“Wei sial! Kau apa hal hah!? Kau tak ada kerja lain ke nak buat selain ganggu dia! bodoh betul!” Leo sudah naik berang. Wajahnya sudah mula merah. Urat-urat di tengkuk kelihatan.

Lelaki yang dia tendang tadi sudah bangun semula sambil ketawa jahat yang menjengkelkan.

“Bagus pun kau ada dekat sini. Ni, aku nak cakap sikit dengan kau. Adik kau ni berhutang dengan aku. Sampai sekarang ni budak sial tu tak bayar lagi hutang aku kau tahu tak!? kau ingat aku ni pengemis ke nak minta hutang daripada dia! sepatutnya dia yang datang jumpa aku langsaikan hutang dia!” pekik si lelaki itu.

Leo laju kalih pada Ijam.

Ijam sudah memalingkan wajah. Takut melihat pandangan Leo yang garang itu. Ijam tahu pasti Leo akan marah pada dia.

“Berapa yang dia hutang kau?!” soal Leo. Si lelaki tu ketawa sinis.

“Kalau aku cakap pun kau mampu bayar ke hah?”

“Aku tanya ni jawab ajelah bodoh, dia hutang kau berapa?!” tengking Leo yang sudah semakin naik angin.

“2 ribu. Mampu ke?” soal lelaki tersebut. Leo dah teguk air liur. Sekali lagi dia pandang Ijam dengan mata helangnya yang tajam. Ijam sekali lagi tunduk kepala sambil memegang mulut.

“Aku tak ada duit sebanyak tu.” Jawab Leo dengan suara yang dingin.

Lelaki tadi sekali lagi gelak dengan sinis. Dia mendepakan tangannya.

“Kau tengok. Aku dah kata kau tak mampu bayar. Sekarang ni aku nak buat apa dekat korang berdua?” tanya lelaki tu. Salah seorang konco dibelakangnya sudah menyerah pisau lipat pada lelaki tadi. Dan lelaki tadi melambung-lambungkannya di hadapan Leo.

“Aku akan bayar balik. Tapi nanti.” Jawab Leo dingin dan penuh janji. Ijam dah angkat kepala tanda terkejut mendengar apa yang Leo katakan.

“Tapi…” Ijam mencelah.

“Kau diam!” potong Leo dengan pantas. Ijam terus membisu.

“Kau ingat aku percaya ke hah? Tolonglah.. aku dah biasa dah dengar janji macam tu. Dah lapuk sangat. Kata nak bayar tapi tak bayar. Aku rasa orang macam korang berdua ni patut mati aje. Tak payah nak menyusahkan aku nak kutip hutang lagi!”

Habis saja lelaki itu berkata. dia terus cuba untuk menyerang bahagian perut Leo dengan pisau lipat di tangannya. Leo tolak Ijam ke tepi sebelum mengelak tujahan pisau itu dengan cekap. Ijam sudah kebelakang. Dia lihat Leo menarik tangan lelaki tadi lalu dipusingkannya dengan kuat lalu perut lelaki itu yang agak bnuncit ditendang dengan penuh kekuatan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Lelaki tadi sudah pun terjatuh ke jalan tar dan mengaduh kesenakkan.

Empat orang konconya terus mengepung Leo. Leo kini berada dalam bulatan kepungan empat orang lelaki. Dia bersiap sedia jika ada yang ingin menyerangnya.

Dan apabila salah seorang sudah mula bertindak, dengan pantas Leo bergerak lalu menghalang pukulan yang terkena padanya. Mereka kemudian menyerang dia sekali gus secara bertubi-tubi. Laju tangan dan kaki Leo memainkan peranan bergerak ke sasaran yang menjadi titik kelemahan lelaki-lelaki itu semua. Mulut, perut, kepala, tangan dan kaki.

Dia bukanlah seorang hero yang handal. Tapi buat masa sekarang dia berjaya menumpaskan lima orang lelaki yang menyerangnya.

“Aku akan datang balik!” gertak ketuanya sambil menahan senak diperut. Mereka laju beredar apabila Leo sudah mengangkat kerusi mahu membaling pada mereka.

“Kenapa kau tak cakap dengan aku yang kau hutang diorang hah?!”

Tanpa apa-apa amaran Leo laju menerpa ke arah Ijam dan ditumbuk muka Ijam. Ijam terjatuh namun dia hanya terdiam. Tidak langsung membalas atau melawan. Dia hanya berdiri semula sambil memegang muka. Kepala ditunduk ke bawah. Tidak berani bertentangan dengan mata Leo. Dapat dia dengari deruan nafas Leo yang sedang marah itu.

“Mana duit tu? Kau cakap dengan aku mana duit tu!?” bentak Leo garang seperti singa. Meluop-luap marah Leo. Matanya birunya membulat.

“Aku dah pakai.” Perlahan Ijam membalas namun masih bisa didengari oleh Leo.

“Kau pakai beli apa? Beli dadah? Hah?”

“Tak! aku tak ambil dadahlah” tegas Ijam kuat.

“Habis tu mana pergi duit dua ribu tu?!” Leo sekali lagi datang menerpa ke arah Ijam. Dia mengangkat leher baju Ijam. Ijam hanya terdiam. Dapat dia lihat wajah Leo yang sudah dibasahi dek peluhnya. Mata Leo memanah seperti helang.

“Aku… aku guna untuk aku…”

“Kau tak kesian ke dengan ibu? Hah? Kau tak kesian ke dengan ibu? Kenapa kau pinjam duit orang lain? Aku dah bagi amaran dekat kau jangan pinjam duit daripada sesiapa pun! kenapa kau taknak dengar hah! Kau dah kenapa!”

“Aku minta maaf. Aku bukan sengaja pinjam. Memang aku perlukan duit.” Kata Ijam tergagap-gagap. Kemudian Leo melepaskan kolar baju Ijam dengan kasar.

Leo pusing kebelakang perlahan. Dia kemudian mengambil semua kerusi yang sudah berselerak. Meja disusun semula seperti keadaan asal. Juga kerusi disusun di tempatnya. Ijam masih lagi berdiri. Dia hanya memerhati Leo.

Dia tahu Leo sedang cuba untuk mengawal kemarahan. Dia tahu Leo sedang cuba untuk tenangkan diri.

Leo duduk di kerusi. Dia mendongakkan kepala ke atas.

“Aku tahu. Aku tahu cita-cita kau besar Ijam. Aku tahu kau nak jadi orang yang berjaya. Dan aku tahu kau mesti gunakan duit tu untuk ke Filipina. Tapi Ijam… kalau betul-betul kau perlukan duit. Kau tak perlu pinjam dengan orang lain. Kau boleh kumpul sendiri. Orang-orang dekat sini semua tak boleh dipercayai. Kau tahu tak?”

“Tapi sampai bila? Sampai bila aku nak kumpulkan duit tu? Sampai aku mati? Kau tahu tak aku teringin sangat nak berjaya dekat sana.” Ijam membalas. Dia melangkah setapak mendekati Leo.

“Kau tak kesiankan ibu ke?”

“Siapa cakap aku tak kesiankan ibu? Aku sayangkan ibu.” Tegas Ijam.

“Habis tu. Kalau kau sayangkan ibu kenapa kau pergi pinjam duit tu. Kau tahu tak, kalau kau pinjam duit dengan along dekat sini bukan setakat kau dia cari. Ibu pun dia akan cari kau tahu tak?! kita dah bertahun-tahun duduk sini takkan itu pun kau tak tahu.”

“Tapi…”

“Sebenarnya. Secara jujur. Aku tak pernah suka kau nak ke sana.” Leo memotong kata-kata Ijam. Ijam terdiam.

“Apa kau kata?” soal Ijam sambil berkerut dahi. Bergetar sedikit nadanya.

Leo berdiri. Matanya tepat memandang ke arah Ijam.

“Aku nak tanya kau. Apa Malaysia ni tak cukup bagus ke untuk orang yang macam kita berjaya? Kenapa kau cuba nasib dekat Malaysia aje? Kenapa kau perlu pergi ke sana pula?” soal Leo bertalu-talu.

“Aku agak kau memang dah terpengaruh dengan cerita Filipina yang selalu kita curi tengok di kedai kopi dulu. Kau tengok dalam TV semuanya benda yang baik-baik. Tapi kau tak pernah sedar, sebenarnya negara kita lebih baik daripada sana. Negara kita.”

Ijam tersenyum sinis sambil ketawa lucu. Dia tak sangka dengan apa yang dia dengar ketika ini.

“Kenapa kau baru nak cakap sekarang? Kenapa kau tak cakap dari dulu lagi? Kenapa?”

“Sebab aku taknak kau putus asa. Aku taknak kau rasa diri kau tu tak berguna. Aku nak kau rasa macam mana orang yang ada cita-cita. Hidup kita, biar susah dan merempat sekalipun, tapi kita dah tahu ke mana arah tuju kita. Apa cita-cita kita. Kita takkan rasa susah tu. Hanya usaha saja yang membantu untuk kita capai cita-cita kita.”

“Dan aku dah pun berusaha. Dengan mengumpul duit aku untuk ke sana.”

“Bukan dengan cara berhutang dengan orang!” marah Leo dengan rahang yang bergerak-gerak.

Ijam terus terdiam.

Mereka diam membisu sambil memandang sesama sendiri. Leo masih lagi dengan renungan tajamnya bak mata pisau yang baru lepas diasah.

“Aku kata benda yang betul Ijam. Aku memang tak suka dengan cita-cita kau tu. Aku rasa, kalau betul kau nak jadi pelakon. Kau cuba saja di Malayisa. Dekat Malaysia ni. banyak agensi-agensi mencari pelakon. Kenapa kau tak cuba je?”

Ijam palingkan wajahnya ke arah lain. Dia menarik nafas berat dan dihembus rengusan.

“Aku dah pernah cuba.” Kata Ijam.

“Apa?” Leo terdiam.

“Ya, aku dah pernah cuba.” Tegas Ijam lagi.

“Bila?” Leo serius terkejut.

“Aku je yang tak pernah beritahu kau. Sebenarnya dah banyak kali aku masuk audition. Tapi.. semua tolak. Mereka langsung tak pandang aku. Mereka pandang aku dengan sebelah mata.”

“Memang adatlah tak dapatkan. Kau masih lagi boleh mencuba.”

“Ya betul. Aku terima memang adat kalau kita pergi audition dapat ataupun tidak dapat. Tapi aku langsung tak boleh terima bila semua juri tu kecam aku macam aku ni tak layak langsung nak jadi pelakon dekat agensi diorang.” Ijam bernada marah dan geram.

“Tapi itu tak bermakna kau tak bagus dekat sini. Kalau kau nak tahu dekat artis dekat luar sana tu, masa mula-mula mereka nak naikkan nama diorang. Diorang macam kau juga. Orang tak pandang langsung. Orang hanya buat tak tahu dan pada pandangan pertama diorang memang kau langsung tak layak. Tapi artis dekat sana tu beruasaha untuk naikkan nama diorang. Jadi apa salahnya kalau kau cuba lagi dan lagi.”

Ijam terdiam.

“Kau cakap senanglah!” bentak Ijam dengan genggaman penumbuk. Dia menyepak bangku dan terus berlalu dari situ. Leo hanya memerhati dengan ekor matanya. Dia rasa pening kepala.


_______________

Mengamuk betui Leo kat Ijam ni. Hmmm... Ijam pun satu pergi kata Leo ni pengecut pasai ngape? haish!

Apa jadi nanti? berjaya ke yang Ijam ni capai cita-cita dia?


to be continue... ekekekek



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku