Lelaki Kelas Pertama
Bab 5
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
473

Bacaan






BAB 5

DATO’ WAZIR duduk bertentangan dengan seorang peguam hebat di meja makan sebuah restoran terkenal. Peguam yang sudah sedikit beruban rambutnya dan kini masuk ke fasa 40an dipandangnya dengan senyuman. Agak sinis semestinya. Dato’ Wazir sudah tidak sabar-sabar mahu mendengar wasiat Arwah bapanya, Ahmad Tan Alex. Sudah lama dia menunggu saat-saat harta arwah bapanya jatuh ke tangannya. Ini yang dia tunggu selama ini. Memandangkan dia anak tunggal. Sudah pastilah dia akan mendapat semua harta yang ada.

“Baiklah. Sebelum saya mula membacakan wasiat. Saya minta izin pada Dato’ untuk kita tunggu seseorang. Boleh Dato’?” tanya peguam itu dengan lengok bahasa yang tampak yakin. Berkerut dahi Dato’ Wazir.

“Tunggu seseorang? Siapa? Saya seorang sahaja anak Alex. Siapa lagi anaknya?” soal Dato’ Wazir dengan nada yang tidak puas hati. Peguam itu hanya tersenyum tenang. Dia sikit pun tidak menjawab.

Beberapa minit kemudian seseorang masuk ke dalam restoran itu. Menuju ke arah meja Dato’ Wazir dan peguam itu dengan penuh gaya bersahaja.

“Assalamualaikum.” Ucap dia. Suara yang cukup lembut tapi penuh ketegasan. Dato’ Wazir segera menolehkan kepala ke sebelah kanan. Matanya tiba-tiba membulat.

“Waalaikumsalam. Selamat kembali ke tanah air Puan Rozita.” Peguam itu mempersilakan Puan Rozita duduk. Seorang wanita bergaya dengan imej muslimahnya. Berpakaian jubah wanita fesyen terkini berwarna hijau tua. Cukup cantik walaupun sudah sedikit berumur.

Dato’ Wazir di tempat duduk sudah seperti cacing kepanasan. Terkejut dan terkelu dengan keadaan ketika ini. Dia hampir tidak dapat mengeluarkan suara.

“Dato’ Wazir? Sihat? Lama betul kita tak berjumpa. Dalam… enam tahun macam tu seingat saya.” Tanya Puan Rozita lembut dan bersahaja. Tapi, bagi Dato’ Wazir. Puan Rozita mengeluarkan nada yang cukup sinis.

“Apa yang kau buat dekat sini? Encik? Apa yang dia buat di sini?” soal Dato’ Wazir tidak menjawab pertanyaan ramah Puan Rozita. Dato’ Wazir rasa perkara yang buruk akan berlaku sebentar nanti.

“Sabar dulu Dato’ Wazir. Saya akan jelaskan nanti. Semuanya ada di dalam wasiat Arwah Ahmad Tan Alex.” Peguam itu bersuara.

“Jadi bacakanlah sekaarang.” Dato’ Wazir sudah bernada marah. Mood baiknya tadi sudah hancur dek kedatangan tak terjangka Rozita!

Peguam itu tanpa membuang masa terus mengeluarkan sehelai fail dari broadcastnya. Puan Rozita hanya tenang. Dia kerling sedikit matanya ke arah Dato’ Wazir. Dato’ Wazir menjeling dia dengan tajam dengan mata birunya.

“Dengan lafaz bismilah saya akan bacakan wasiat ini. Bermula dengan Puan Rozita.” Peguam itu memandang Puan Rozita yang hanya membuat riak wajah bersahaja.

“Di dalam wasiat ini mengatakan. Perniagaan Perhotelan Ahmad Tan Alex di seluruh Malaysia dan Singapura akan menjadi milik Puan Rozita.”

“Apa?!” Dato’ Wazir bersuara dengan nada yang tinggi. Terhenti pembacaan peguam itu.

“Apa awak cakap ni? kenapa bagi dekat dia? dia bukan siapa-siapa.” Marah Dato’ Wazir. Puan Rozita hanya mengeleng kepala.

“Sabar Dato’, saya belum habis baca lagi.”

Dato’ Wazir merengus kasar.

“Perniagaan itu akan menjadi milik Puan Rozita sekiranya Puan Rozita sudah sampai ke umur 46 tahun. Secara rasminya perniagaan itu akan jadi hak mutlak Puan Rozita. Buat masa sekarang ini Puan Rozita hanya akan menerima 50% sahaja daripada keuntungan semua hotel.” Kata peguam itu.

“Sekarang umur kau berapa?” soal Dato’ Wazir dengan nada yang tak puas hati.

“45 tahun. Kenapa Dato’ Wazir?” jawab Puan Rozita. Dato’ Wazir berdecit.

“Itu sahaja wasiat untuk Puan Rozita. Puan Rozita setuju.”

“Ini adalah wasiat. Jadi saya tiada bantahan.” Balas Puan Rozita tenang.

“Memanglah kau tak ada bantahan. Sebab kau memang dah bolot semua harta.” Gumam Dato/’ Wazir perlahan. Dia rasa sangat marah dan sakit hati.

“Dan sekarang saya akan baca wasiat untuk Dato’ pula.”

“Cepatlah baca. Berapa banyak pula bapak aku tu tinggalkan untuk aku? Ke semua dia dah bagi dekat orang asing ni.”

Dalam diam peguam itu menahan tawanya. Sudah biasa dengan situasi begini. Ramai lagi orang dekat luar sana yang gilakan harta. Malah lebih teruk daripada Dato’ Wazir. Sampai sanggup membunuh sesama sendiri.

“Di dalam wasiat ini mengatakan bahawa, Dato’ Wazir akan mendapat ke semua harta milik Ahmad Tan Alex yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Brunei. Perniagaan-perniagaan Tan Alex terutamanya syarikat penerbangan Wangsa Air akan menjadi milik Dato’ Wazir kecuali syarikat perhotelan yang sudah diwasiatkan kepada Puan Rozita.” Kata peguam tersebut.

Serta-merta Dato’ Wazir tersenyum manis dan lebar.

“Betul ke?” soalnya tidak percaya. Dia memandang Puan Rozita disebelah dengan pandangan yang belagak.

“Nampaknya dia memang lebih sayangkan aku daripada orang asing macam kau ni.” ujar Dato’ Wazir dengan angkuhnya.

Puan Rozita tetap juga tenang seperti tadi.

“Tapi… dengan syarat.”

Senyuman Dato’ Wazir hanya sementara. Dia terdiam tergemap.

“Syarat? Kenapa letakkan syarat? Tak boleh ke bagi aje harta tu tanpa letakkan syarat? Kau ni biar betul?” dia sudah mula geram dengan bapanya. Ahmad Tan Alex saja mahu mengenakan dia. Dah mati tu mati ajelah. Ni nak bagi harta pun minta syarat bagai.

“Syaratnya adalah, Dato’ Wazir perlu dapatkan tanda tangan anak Dato’ Wazir. Baru semua harta Tan Alex akan jadi milik mutlak Dato’” sambung peguam itu.

“Hah?!” tercengang.

Dato’ Wazir terkelu sebelum tiba-tiba saja ketawa perlahan-lahan dan makin kuat, makin kuat. Orang disekeliling yang memandang tidak dihiraukan.

“Bapa aku ni dah gila agaknya. Aku mana ada anak. Aku kahwin tak ada anak kau tahu tak? tak sempat ada anak aku dah bercerai. Haha… kelakar betullah kau ni.”

“Tapi, Ahmad Tan Alex sertakan wasiat itu dengan syarat tersebut. Tak mungkin Tan Alex nak menipu.” Peguam itu bersuara.

“Aku tak ada anak. Kau faham tak? aku ni tak ada anak.”

“Yalah tu.” Puan Rozita tiba-tiba suara. Pantas Dato’ Wazir merenung Puan Rozita tajam.

“Kau ni Wazir. Dah tua pun. Tapi perangai masih macam dulu. Kau kena ingatlah. Kita ni dah tua. Bukan orang muda lagi. Bila-bila masa boleh pergi” Ujar Puan Rozita cukup sinis dan halus.

“Apa maksud kau? Kau jaga sikit mulut kau tu sebelum tangan aku melekat dengan pipi kau.” Ugut Dato’ Wazir.

Puan Rozita ketawa lucu. Dia memandang Dato’ Wazir. Sedikit pun langsung tidak gerun dengan ugutan lelaki itu.

“Kalau aku ingat dengan anak kau. Kenapa kau boleh lupa?” pedas sungguh bicara Puan Rozita.

“Ini gambar yang Ahmad Tan Alex serahkan pada saya. Gambar anak Dato’ semasa dia kecil.” Peguam itu bersuara sambil mengeluarkan sekeping gambar dari fail yang sama. Puan Rozita mengambil gambar itu dahulu. Dia menatapnya lama. Gambar seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun. Putih melepak. Mata yang biru bundar mirip mata Dato’ Wazir.

“Fateh Tan Ahmad bin Wazir Tan Ahmad. Nama dia pun aku masih boleh ingat. Takkan kau sebagai bapa dia sendiri kau lupa pasal anak kau?” soal Puan Rozita sedikit bernada mengejek.

Dengan geram Dato’ Wazir merampas gambar itu. Dia melihat gambar tersebut dengan matanya yang garang.

“Sekiranya Dato’ Wazir dapatkan tandatangan anak Dato itu. Secara automatik kesemua harta akan jadi milik Dato’”

Dato’ Wazir terus terdiam. Langsung tidak bersuara. Jika dia bersuara untuk menafikan yang dia mempunyai seorang anak. Pasti dia akan jadi gagap. Dan dia tidak mahu malu di depan Rozita.

“Oh ya. Sebelum saya terlupa.” Peguam itu bersuara lagi. Dato’ Wazir dan Puan Rozita memandangnya.

“Sekiranya Dato’ Wazir tidak berjaya mendapatkan tandatangan anak Dato’ Wazir dalam masa satu tahun. Secara automatik segala harta Dato’ Wazir akan berpindah milik kepada Puan Rozita.” Itu yang peguam tersebut kata sehingga membuatkan Dato’ Wazir bangun sambil menghentak meja kuat.

“Kau dah gila ke hah?!” marahnya dengan kuat. Peguam itu tetap nampak tenang dan yakin. Mata Dato’ Wazir yang sedang memabakar mukanya langsung tidak dipeduli.

“Saya hanya menjalankan amanah Dato’. Dan Dato’ mesti ikut. Nak atau tidak Dato’ kena tunaikan syaratnya.”

Dato’ Wazir terdiam seribu bahasa terus.

Peguam tadi pun sudah meminta diri pergi kerana ada hal lain yang perlu diselesaikan setelah 10 minit kemudian. Puan Rozita mahu beransur namun dia terhenti langkah sewaktu di luar restoran tatkala Dato’ Wazir memanggilnya dengan nama yang sangat kurang ajar.

“Kau sukalah kan perempuan? Kau dapat bolot harta bapak aku. Aku tak tahulah macam mana bapak aku boleh bagi harta dia yang banyak tu pada orang asing macam kau ni. ke kau dah berkomplot dengan bapak aku sebelum dia mati?!”

“Tolong jaga sikit mulut kau tu Wazir! Untuk pengetahuan kau. Aku memang tak hinginlah dengan semua harta bapa kau tu. Kau jangan anggap aku ni terhegeh-hegeh dengan semua kekayaan dunia ni. semua tu boleh ditarik bila-bila masa saja.” Puan Rozita melawan.

“Kau cakap dengan aku! Aku tahu kau mesti berkomplot dengan bapa aku kan? Letakkan syarat yang merepek. Anak aku dah tak ada! Macam mana aku nak cari dia?!”

“Itu bukan masalah aku Wazir. Tapi… aku nak ingatkan pada kau. Lepas apa yang kau dah buat dengan bekas bini dan anak kau dulu. Aku nak nasihat pada kau. Kau carilah bini kau semula. Kau carilah anak kau semula dan minta maaflah pada mereka. Mereka tak bersalah langsung, tapi kau buang mereka macam tu aje. Kau langsung tak kesian pada anak kau yang masih kecil masa tu. Jangan pula masa sekarang ni kau cari anak kau semata-mata hanya kerana kau mahukan harta saja.”

Dato’ Wazir mahu membalas tapi dia terus tiada ayat.

“Dan… aku rasa anak kau tu dah tak ingat langsung yang dia ada bapa yang tak guna macam kau ni. jadi berhentilah untuk cari dia semata-mata mahukan harta sahaja. Kau akan buat dia rasa sedih dan kecewa sebab ada bapa yang macam ni.” Puan Rozita merengus geram. Hampir mahu menjerit bila menuturkan ayat itu. Kerana dia geram! Dia geram dengan sikap Wazir yang langsung tak pernah berubah. Takkan dia lupa macam mana Wazir menghalau isterinya sendiri keluar daripada rumah. Ketika anaknya sedang menangis dan tidak tahu apa-apa. Semua itu bermain di dalam fikiran Rozita.

“Kau sengaja cakap macam tu sebab kau taknak aku cari diakan? Supaya senanglah nanti kau bolot semua harta aku. Betul tak? kau memang licik Rozita. Kau memang licik. Tapi kau kena ingat! Kau sedang berurusan dengan aku sekarang. Aku takkan biarkan mana-mana orang yang menghalang aku. Aku akan pastikan yang aku akan dapat semua harta tu. Aku takkan biarkan kau yang bolot semuanya! Kau tu hanya anak angkat bapa aku! Tak ada kena mengena dengan aku. Darah aku dengan darah kau tak sama!”

“Baguslah! Ambillah sebanyak mana harta yang kau nak daripada aku tu. Ambil! Aku tak kisah langsung. Aku nak tengok nanti, kalau kau mati nanti adakah kau akan bawa semua harta kau ke dalam kubur?” tajam seperti mata pedang yang baru di asah ayat yang dituturkan oleh Puan Rozita.

Sekali lagi membuatkan Dato’ Wazir tidak dapat membalas.

You Shit!”

And you more than that!” Puan Rozita terus meninggalkan Dato’ Wazir yang terpinga-pinga di luar restoran.

Sehingga figura Puan Rozita tidak kelihatan lagi di depan mata Dato’ Wazir masih lagi kaku. Sehingga bunyi guruh berdentum menandakan hujan akan turun tak lama lagi. Langit perlahan-lahan menjadi gelap. Hujan mula turun dengan perlahan-lahan dan bertambah lebat.

Pantas Dato’ Wazir masuk ke dalam keretanya. Dia termenung dengan riak wajah yang masam dan sakit hati. Dalam otak ligat berfikir macam perkara.

Kemunculan Rozita! Harta yang takkan menjadi miliknya secara mutlak! Dan pasal anaknya! Kalau betul anaknya masih lagi bernyawa di atas muka bumi ini. Dia mesti mencari anaknya dengan segera. Sebelum hartanya jatuh ke tangan Rozita. Dia kena cari sebelum terlambat.

“AH! Hujan! Menyesal betul aku tak bawa baju lebih tadi!” Leo mengomel sendiri dengan nada yang agak marah. Dia terus berlari ke arah bus stop berdekatan mahu berteduh. Habis lenjun bajunya. Leo memeluk tubuh sendiri sambil mengosok-gosok bahu. Sejuknya sampai terasa ke tulang.

Beg sandang yang hampir terkoyak di bahagian bawah itu dipeluk dengan erat. Kereta yang lalu-lalang di jalan raya diperhati tanpa riak. Dia harus menunggu sehingga hujan berhenti baru dia boleh sambung semula pencariaannya. Misi mencari pekerjaan dilakukan sejak awal pagi tadi lagi. Dan sampai sekarang dia masih lagi tiodak dapat pekerjaan. Bukan memilih. Sudah tiga tempat dia pergi tapi semuanya menolak. Apa yang dia boleh buat? Dia tak ada pelajaran. Kemahiran apa yang dia tahu? Sekadar buat burger dan berlawan. Itu saja yang dia pandai.

Memang orang macam dia langsung tak berguna. Dan buat masa sekarang ini mungkin dia sedang cemburu dengan Ijam. Ijam punya bakat yang besar. Mungkin. Tapi untuk apa dia cari pekerjaan ini kalau tidak kerana mencari Ijam? Kau tak boleh cemburu dengan dia Leo.

Mengingatkan Ijam buat Leo rterfikir. Apa agaknya yang sedang Ijam lakukan sekarang ini di Filipina. Adakah dia sudah makan? Dia selamat? Dia punya tempat tinggal. Semua itu buatkan Leo rasa sangat risau.

Hujan masih lagi tak berhenti. Masakan akan berhenti dalam masa yang singkat? Keadaan begini? Alamatnya sampai ke petang pun belum tentu berhenti.

Dan dia tak boleh duduk di bus stop ini aje. Boleh mati kesejukkan. Baik dia cari tempat teduh yang lebih baik.

Kocek diseluk. Ada dalam tiga ringgit di dalamnya. Minum kopi panas pun cukup. Lebih baik dia cari kedai mamak sekitar sini.

Leo memandang kereta di kiri dan kanan. Tunggu masa yang selamat untuk melintas. Tapi hujan yang lebat menyukarkan pandangannya. Yang dia nampak hanyalah lampu-lampu kereta sahaja. Itu pun kabur dek taburan hujan yang begitu lebat.

Bila sudah selamat. Leo mula melintas dengan pantas.

Tapi malang tak berbau. Perkiraannya salah. dia sangka tiada lagi kereta.

Bang! Masa seakan-akan terhenti dengan sendiri. Leo tak dapat fikir apa-apa. Badannya melayang ke hadapan dengan laju sebelum terbaring di atas jalan raya menelentang ke arah langit yang hujan.

Darah mula mengalir keluar daripada kepalanya. Matanya mahu tertutup. Pandangannya jadi kabur-kabur. Dan perkara terakhir yang dia fikirankan adalah Ijam dan Ibu Salmah.

“AHH!” Arwin menjerit nyaring tatkala mendengar bunyi guruh berdentum. Dalam masa yang sama telefonnya yang dipegang terjatuh. Dia mengurut dada tanda terkejut. Laju Arwin kutip semula telfon di lantai.

“Kenapa ni boss?” tanya Laila melangkah masuk ke dalam kawasan dapur butik Arwin’s. Laila menuju ke arah Arwin yang nampak terkejut. Arwin terdiam.

“Tak ada apa-apa. Terkejut sebab kilat.” Balas Arwin sambil tersengih. Laila geleng kepala sebelum menuju ke arah cerek elektrik. Dia capai dan masukkan air ke dalamnya. Lalu air dimasak. Mahu membuat mila panas untuk Sally, Jiha dan Arwin.

“Saya dah telefon supplier tadi. Dia kata mungkin esok dia dapat hantar. Sebab katanya jalan jams. Ada kemalangan. Biasalah… hujan-hujan ni kan. Selalu setan memang banyak berkeliaran.” Kata Laila lagi.

“Oh.” Arwin masih lagi terdiam. Dia terasa berdebar-debar. Jantungnya berdegup kuat macam baru lepas berlari sejauh 100 kilometer. Pucat mukanya.

Boss ni kenapa? Nampak macam tak sihat aje? Ke ada masalah dekat butik Bangsar tadi?” tanya Laila setelah perasan riak wajah Arwin yang berubah.

“Tak. aku Cuma rasa tak sedap hati aje.” Balas Arwin gugup. Dia cuba untuk ‘hidupkan’ semula telefonya yang sudah terpadam.

Laju tangan Laila dekap pada dahi Arwin.

Boss demam ke? nampak pucat aje ni?” Laila tanya dengan nada yang agak risau.

Arwin termenung. Dia tiba-tiba terfikirkan papanya. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa dia tiba-tiba fikirkan Tengku Arman?

Berkali-kali Arwin cuba menghidupkan telefonnya tetapi langsung tidak mahu untuk terbuka. Laila memerhati.

“Kenapa telefon boss? Jatuh ke? meh saya tolong buka.” Arwin serahkan pada Laila.

Keajaiban berlaku. Laila berjaya menghidupkan kembali telefon Arwin.

“Nah, settel.”

“Terima kasih.” Kata Arwin lalu bergerak keluar dari kawasan dapur. Dia duduk di sofa depan. Nombor papanya dicari di senarai kenalan. Dia mahu menelefon papanya. Dan jumpa terus Arwin dail.

Menunggu penuh sabar talian disambungkan. Arwin gigit kuku sendiri sambil mata memandang ke arah pintu.

Hello papa!” Arwin menyapa dengan nada yang risau sebaik saja talian bersambung.

“Papa? Papa okey tak? Arwin rasa tak sedap hatilah.” Kata Arwin pantas.

“Hello.” Arwin terus kerutkan dahinya. Bukan suara papa? Dia jauhkan telefon dan melihat skrin telefon. Salah dail nombor ke? suara perempuan. Tapi betullah nombor papanya.

“Hello ni siapa? Macam mana awak boleh angkat telefon papa saya? Mana papa saya?” tanya Arwin dengan nada yang marah.

“Maafkan saya. Ni Tengku Arwin ye? Saya Maisarah, staf Tengku Arman.” Jawab gadis yang bernama Maisarah itu.

“Saya tak kisah siapa awak. Yang saya nak tahu kenapa awak angkat telefon papa saya?”

“Tengku Arman jatuh tangga baru kejap tadi Tengku. Sekarang ni Tengku Arman sedang dibawa ke hospital.” Cerita Maisarah.

“Apa?!” Arwin terkejut dan terus bangun dari duduk. Sally dan Jiha terkejut dek jeritan Arwin itu.

“Macam mana boleh jatuh?! Err! Papa saya dekat hospital mana sekarang?!” tanya Arwin kalut dan tergesa-gesa.


____________________

Hai guys, Thanks for your times. Enjoy stories?

Please free to left your comment and what you think about this ordinary story. Tq for your support. I really love you.

Apa yang Dato' Wazir akan lakukan sekarang ni?



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku