Lelaki Kelas Pertama
Bab 9
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1517

Bacaan






BAB 9

SORRYLAH Bro. memang aku takde kerja kosong lagi nak bagi. Baru aje semalam orang baru masuk. Sorry eh?” pemilik pusat kareoke itu mengelengkan kepala beberapa kali. Leo hanya angguk dan tersenyum. Agak hampa rasanya. Sudah masuk ke waktu petang namun satu kerja pun dia tak dapat lagi. Kenapa susah sangat nak cari? Sudah enam tempat dan nak dekat sepuluh kedai dia masuk tapi satu pun langsung tak diterima. Kebanyakkannya menolak dengan cemuhan. Apa punya manusia! Orang minta kerja elok-elok main maki-maki pula.

Apa? Ingat dunia ni milik dia seorang aje ke?

Cemuh Leo dalam hati. Dia semakin rasa mahu berputus asa. Tapi bila memikirkan pasal Ijam dan Ibu. Dan dia ingin mencari wang untuk bawa Ijam balik juga membayar hutang Ijam. Dia kena kuatkan dan kentalkan hati menerima segalanya.

Apa lagi yang dia boleh buat sekarang ni? semuanya bergantung pada dia? takkan dia nak bawa Ijam balik dengan hasil jualan gerai burger yang tak seberapa tu? Mahu bertahun-tahun dia kumpul duit untuk ke Filipina.

Leo duduk di palang besi tepi kaki lima. Mengeluh dan memandang ke sekeliling. Beg sandangnya yang semakin lusuh digenggam agak kuat. Pergerakkan manusia diperhatikannya dengan ekor mata.

Batu di jalan itu disepak-sepak.

“Mana lagi ni?” soal Leo pada diri sendiri dengan nada yang perlahan. Mata meliar ke serata tempat. Mencari idea mana lagi kedai yang boleh dia dapatkan kerja. Kerja kedai makan? Hentikanlah. Dunia sekarang ni lain. Kerja satu jam baru dapat sepuluh ringgit. Bukan berkira tapi… kalau orang yang pernah rasa semua tu memang akan faham. Dia dah banyak kali merasa. Kerja di situ dan sini. Itu pun sehari aje sebab memang pekedai tu panggil suka-suka sebab asyik tengok dia dengan Ijam berjalan ke hulur ke hilir tanpa arah tuju. Sekadar menolong kata orang.

Malas nak tunggu lama lagi Leo mula bergerak berjalan di laluan kaki lima. Bersiul-siul nyaring.

“Tolong! Tolong!” pekikan yang datang dari arah belakang secara drastik Leo menoleh. Terkejut dia apabila melihat seorang lelaki yang berparut di bahagian lengannya sudah menarik beg tangan seorang wanita cantik yang baru saja keluar dari sebuah kedai.

Lelaki itu kini berlari ke arahnya.

“Beg saya!” pekik wanita itu yang sudah terjatuh.

Leo tanpa menunggu apa-apa terus menahan lelaki tadi dengan kakinya. Lelaki itu terjelopok jatuh bersama dengan raungan garaunya.

Beg tercampak ke hadapan.

Leo meluru ke arah lelaki itu. Lelaki yang sudah tertiarap tersebut diangkat dengan cara menarik rambutnya yang agak kerinting. Lelaki tersebut cuba melepaskan diri dengan menumbuk perut Leo sekuat hati.

Leo kesenakkan. Dia tertolak ke belakang. Dan peluang itu diambil lelaki tersebut untuk melarikan diri. Sudah dibiarkan beg tadi di atas jalan kaki lima.

“Encik tak apa-apa?” soal wanita yang menjadi mangsa. Dia meluru ke arah Leo. Leo geleng kepala laju dan cuba untuk berdiri. Dia kemudian mencapai beg tangan wanita itu dan serahkannya semula padanya.

Wanita itu nampak cemas dan wajahnya pucat. Hampir tidak kelihatan darah di muka. Mungkin terkejut barangkali.

“Terima kasih! Terima kasih!” Ucap wanita itu berkali-kali sambil mengoncangkan tangan Leo selaju yang mungkin. Leo hanya tersenyum kelat sahaja. Masih cuba menahan sakit diperut. Tumbukan lelaki tadi memang betul-betul kuat.

“Ahh! Terima kasih! Kalau awak takde tadi mesti beg saya dah hilang. Oh...” kela kabut wanita itu berkata macam tak ada nafas.

“Ahh! Jom! Jom saya belanja awak! Saya belanja awak makan! Nak?” tanya wanita itu. Leo terdiam setika. Macam tahu-tahu aje dia tengah lapar. Ahh, rezeki jangan ditolak.

“Okey…” itu yang Leo balas. Wanita itu tersenyum. Mungkin senang sebab dia terima pelawaan dia.

LEO terkaku seketika. Memandang restoran terkemuka itu dengan pandangan yang terkejut. Lebih kepada jakun. Halkumnya bergerak.

“Kita nak makan dekat sini? Tapi tempat ni mahal. Kedai mamak ajelah.” Leo tak senang hati. Seumurnya hidupnya tak pernah jejakkan kaki di depan sebuah restoran yang mahal. Ini kali pertama.

“Takpa. Jangan risau. mari.” Ajak wanita itu. Dia lucu melihat gelagat Leo yang sudah menijau-ninjau di sekeliling restoran. Wanita itu menarik tangan Leo masuk bersama. Leo agak terkejut tapi membiarkan saja sebab dia dah leka memerhatikan kawasan dalam restoran itu yang berkilau bak berada dalam sebuah istana berlian.

Bau makanan mahal berada di mana-mana.

Seorang pelayan menunjukkan meja kepada mereka.

“Jemput duduk.” Pelawa wanita itu.

Leo teragak-agak mahu duduk di kerusi itu sebab dia rasa kerusi itu dah macam permata yang tak boleh langsung disentuh oleh baju dia yang agak lusuh ni. Wanita itu hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.

Kemudian datang seorang pelayan memebawa menu dan diserahkan pada wanita itu.

“Awak nak makan apa? Awak order saja? saja belanja awak hari ni.” kata wanita cantik itu lembut. Dia menyerahkan menu pada Leo. Leo tunjuk muka keliru sebelum membuka menu dengan ralit dan jakun.

“Err…” dia terkelu. Dia pandang wanita itu dengan kerutan di dahi.

“Saya tak pandai bahasa inggeris. Dia tulis apa ni?” tanya Leo sambil menggaru dahinya. Wanita itu tertawa lucu. Leo senyum kelat. Dia nampak pelayan tu pun sama dah tahan ketawa.

“Oh macam tu ke? takpa biar saya orderkan untuk awak.” Leo angguk aje. Janji dapat makan free hari ni.

“Sebelum tu, boleh saya tahu siapa nama awak?” soal wanita tersbut setelah pelayan itu beredar.

“Leo.” Jawab Leo sepatah. Masih ralit memerhatikan kawasan restoran. Berpenghawa dingin. Kali pertama dia rasa tempat yang ada penghawa dingin.

“Leo? Sedapnya nama. Senang nak sebut. Nama saya Raisya. Raisya Sutera. Boleh panggil Sya aje.” Raisya menghulurkan tangan. Salam perkenalan mungkin. Leo pantas mengelap tangannya dengan kain lapik meja sebelum menyambut huluran salam Raisya. Raisya tersenyum lucu.

“Awak ni kelakarlah.” Kata dia.

By the way Leo, terima kasih sebab selamatkan saya tadi. Kalau tak de awak tak tahulah saya. Mungkin semua barang-barang penting saya dalam handbag hilang. Terima kasih.” Ucap Raisya sepenuh hati.

“Sama-sama.” Leo masih lagi berasa tak selesa.

“Jadi, untuk itu saya belanja awak makan. Jangan malu-malu tau. Kalau awak nak order apa-apa lagi awak bagi tahu saya.”

Leo anggukkan kepala saja perlahan-lahan.

Raisya terdiam sekejap sebelum merenung wajah putih Leo itu. Bibir lelaki itu merah, keningnya tebal dan berhidung agak mancung.

“Awak ni cina ke?”

“Ah? Eh tak. Saya melayu tapi saya keturunan cina. Belah bapa saya.” Ujar Leo agak gagap. Itulah yang ibu Salmah katakan padanya. Dia berketurunan cina.

“Patutlah. Patutlah awak handsome semacam aje. Mata awak tu pun cantik. You know, you will look like as a model if you know to treat yourself.” Puji Raisya sambil tersenyum manis. Leo kerutkan dahi.

“Oh, Maaf. Awak tak faham bahasa inggeris kan. Haha…” Raisya ketawa. Dan Leo tak tahu sama ada ketawa lucu ataupun ketawa memerli. Dia hanya diam dan senyum kelat. Itu saja yang dia buat.

“Awak akan jadi seperti model kalau awak pandai berhias diri. Rambut awak sikat kemas.” Terang Raisya semula dalam bahasa melayu.

“Ohh…” barulah Leo angguk faham. Ya ke? serius ke pujian perempuan depan dia ni.

Raisya hanya tersenyum comel dan tak lepas langsung memanndang wajah dan mata biru Leo. Buat Leo rasa tak selesa.

Sepuluh minit kemudian pesanan mereka sampai. Lamb chop berserta dengan beberapa lagi jenis daging panggang seperti ayam dan kijang. Sos lada hitam diatasnya membuatkan Leo meneguk liur. Sedapnya makanan itu dia rasa sebab tak pernah langsung dia cuba. Ini kali pertama.

“Jemputlah makan. Banyak ni.” ajak Raisya yang sudah mula mengunyah ikan salmon di dalam mulut.

Leo memandang ke atas meja. Dia mencari sesuatu.

“Err… nasi tak ada?” soalnya kepada Raisya. Raisya terkejut sedikit.

“Oh, awak nak makan nasi? Kenapa tak cakap tadi? Takpa-takpa. Biar saya order. Waiter!” panggil Raisya dengan senang hati.

Kemudian sampai sepinggan nasi putih di hadapan Leo. Leo mula mengambil sudu dan meletakkan daging ayam bersoskan lada hitam ke dalam pinggang. Leo terdiam sekejap sebelum dia memandang Raisya.

“Maaf, saya nak basuh tangan. Saya tak selesa pakai sudu.: ujar Leo jujur. Raisya hanya ketawa perlahan. Lucu melihat gelagat Leo.

Selesai membasih tangan Leo terus menjamah makanannya dengan berselera.

“Saya minta maaf. Saya memang dah biasa pakai tangan.” Sempat Leo berkata.

“Eh, tak apa. Saya tak kisah.” Raisya hanya tersenyum comel lagi. Dan mereka hanya terdiam selepas itu. Leo hanya menikmati makanannya dengan sepenuh hati. Tak peduli langsung dengan pandangan Raisya itu. Orang kalau lapar kau buat apa pun orang takkan kisah.

“Awak nak cari kerja ke?” soal Raisya kembali setelah lama menyepi. Leo berhenti menyuap nasi ke dalam mulut. Makanannya sudah separuh tinggal.

Perlahan-lahan Leo anggukkan kepala.

“Mana awak tahu?” soal Leo mengelap mulut dengan tangan.

“Saya nampak dan dengar awak bercakap dengan tauke kedai karoeke tadi. Tu yang saya tahu tu.”

Leo mengerutkan dahi. Dalam otaknya ligat berfikir sesuatu. Dia memandang Raisya dengan seribu tanda tanya.

“Oh, err.. saya ke situ sebab nak cari adik saya. Hmm.. awak tahulah kan budak remaja zaman sekarang ni. lagipun tempat tu memang port dia melepak dengan kawan-kawan dia.” kata Raisya dalam nada yang agak kelut. Menyedari yang Leo mungkin fikir dia ke situ untuk melalak tak tentu fasal.

Leo diam saja. dia tidak berkata apa-apa.

“Kalau saya bagi awak kerja dekat rumah saya awak nak?” tanya Raisya. Leo angkat kepala sekali lagi. Matanya agak bulat sedikit. Mulutnya yang penuh dengan nasi itu hampir terkeluar semula. Segera dia telan.

“Kerja? Betul ke ni? saya nak!” laju Leo bersetuju.

“Tapi… kerja sebagai pengawal keselamatan. Boleh ke? awak tak kisah?”

“Eh! Boleh-boleh! Saya tak kisah. ah, saya tak kisah kerja apa pun janji saya dapat kerja. Tak kisahlah pengawal keselamatan pun.” Leo bernada gembira. Dia tersenyum lebar.

“Betul ni?” Soal Raisya pula meminta kepastian. Leo dia lihat mengangguk laju.

“Okey, kalau macam tu…” Raisya keluarkan satu ked kecil dari dalam hangbagnya. Leo hanya memerhati.

“Awak datang rumah saya. Kalau awak keliru dengan kawasan rumah saya tu sila telefon. Ada nombor saya sekali dekat situ.” Laju Leo mencapai kad tersebut tanpa teragak-agak.

“Terima kasih Sya. Kalau saya datang esok boleh?”

“Boleh aje. Tapi datang lepas pukul 5 petang. Sebab saya kerja.”

Leo angguk sambil tersenyum lebar.

“Sekali lagi terima kasih Sya.” Makin berselera dia menjamah makanannya tadi dengan bersungguh-sungguh. Raisya hanya tersenyum memandang.

“Err… kalau saya bungkus yang tak habis ni boleh tak? saya nak bawa balik untuk ibu saya.”

MERENIK peluh di dahi Tengku Arman menonton rakaman CCTV itu. Matanya hampir saja terbeliak. Dahinya berkerut-kerut tanda tak faham dengan apa yang terjadi. Arwin pula hanya terdiam di sofa sambil memeluk tubuh. Lama mereka berdiam. Arwin mahu papa dia bertenang dahulu.

“Tapi…” Tengku Arman tergagap.

“Pa… benda ni serius pa. nasib baik Arwin tak tuduh mana-mana staf papa lagi. Kalau tak malu kita. Papa jatuh dengan snediri tanpa ada sesiapa yang tolak.” Ujar Arwin dengan nada yang agak tegas.

“Tak mungkin Arwin. Papa nampak. Ada orang yang tolak papa.”

“Habis tu terangkanlah dekat Arwin video tu ada nampak yang papa ditolak ke? papa jatuh sendiri.”

“Tak mungkin.” Tengku Arman memegang tongkatnya. Dia terasa macam mahu pengsan. Betul! Sungguh dia tak tipu. Memang ada orang yang menolak dia.

“Papa perlu check semua sekali CCTV.”

“Tak payah. Arwin dah check semua sekali. Memang tak ada orang yang mencurigakan masa tarikh papa jatuh tangga tu.”

“Betul ke?”

“Takkan Arwin nak bohong papa. Masa Arwin tengok pun Arwin sendiri yang terkejut juga.”

Mereka kembali membisu. Tengku Arman kelihatannya sedang memikirkan perkara itu. Berkerut-kerut dahinya.

Cha… mungkin papa berhalusinasi masa tu. Papa dah dalam keadaan yang nak pengsankan. Mungkin papa nampak macam ada orang dekat situ. Kita tutup ajelah kes ni. tak payah tuduh siapa-siapa. Papa pun dah semakin pulih. Orait pa?”

Tengku Arman memandang Arwin.

“Ya, okey. Kita tutup aje. Mungkin betul kata Win. Papa mungkin berimaginasi. Hmm…”

“Kalau macam tu Arwin naik atas dulu ya. Ada design nak kena buat. Selamat malam pa.” Arwin salam tangan Tengku Arman dah terus bergerak meninggalkan ruang tamu.

Sambil itu Tengku Arman masih lagi terdiam. Mungkin betul dia berhalusinasi. Tapi dia masih lagi tak boleh nak terima sama ada memang dia betul-betul berhalusinasi ataupun tidak. Sebab memang dia ada nampak orang sebelum dia pengsan.

Arwin tutup pintu bilik dengan nafas yang lega. beberapa hari ni asyik fikir pasal benda tu sahaja. Selesai juga malam ni.

Dia terus melemparkan badan di atas katil. macam biasa. Memang kertas-kertas A4 tak boleh nak berpisah dengan katilnya. Di atas kertas itu terdapat lakaran baju yang cukup cantik dan cukup bergaya. 4 design baju untuk lelaki dan 5 design baju untuk wanita.

Hasil daripada perahan otak kecil Arwin dan sedikit research yang dia buat. Terhasillah semua itu. Naik berpinar juga mata dia memerah otak. Sedang asyik Arwin touch up sikit design dia tu telefon berbunyi nyaring macam minta dipenggal ke dinding.

Dengan malas Arwin angkat.

“Hello.”

“Hai sayang.”

“Hah?” Arwin terkejut. Siapa pula berani panggil dia sayang ni? nak kena terajang sampai ke syurga ke hah? Laju dia tengok skrin telefon.

Tertera nama ‘Mamat sawan’ dekat skrin. Arwin melepaskan nafas menyesal. Macam nak nangis pun ada. Kenapalah dia boleh angkat call mamat seorang ni. lambat-lambat Arwin tekapkan ke telinga. Dia yang sedang elok meniarap tadi terus bangun.

“You nak apa ni?”

“I rindu you.”

“Tak ada ayat lain ke? call asyik cakap benda yang sama. Muaklah.” ucap Arwin dengan nada yang agak marah. Berkerut-kerut dahinya ketika ini.

“Ermm… kalau macam tu jom kita jumpalah. I dah lama tak date dengan you.”

“Haizam Dato’ Nasaruddin.” Tekan Arwin kuat. Menderam marah.

“Ya, Tengku Arwin sayang…” meleret-leret nada Haizam.

“Boleh tak jangan ganggu I lagi. Kita dah tak ada apa-apa kan. You dah lupa ke hah?”

What? Kita dah tak ada apa-apa?” Haizam bernada terkejut yang sengaja dilakon-lakonkan. Dengar nada pun dah tahu tengah berlakon terkejut.

“Tapi kenapa I rasa macam kita ni ada hubungan lagi. Macam… suami dan isteri.”

“Gila!” Arwin kata sepatah. Haizam tertawa di belah sana.

“Janganlah panggil I macam tu. I rasa semakin sayang dekat you.” Haizam masih ketawa. Dan bunyi nada ketawa dia tu memang cukup menjengkelkan Arwin.

“Boleh tolong tak jangan ganggu I lagi. I ada banyak kerja nak buat tahu tak? tolonglah.”

“Macam mana I tak ganggu you kalau setiap masa I asyik fikirkan you saja.”

“Oh, please. You boleh pergi mampus dengan lakonan you tu. Jadi selama you dengan perempuan-perempuan simpanan you semua tu you fikirkan I lah? Oh, terharunya…”

Huh! Kalau mamat tu boleh jadi pelakon dia pun boleh jugaklah.

“Ah, jangan cakap macam tu. Ermm… memang biasalahkan lelaki yang kaya dan kacak macam I ni ada perempuan simpanan. You kena faham.”

“Hotak lu berjambul. Sepatutnya you ni dari dulu lagi dicampak masuk dalam loji kumbahan. Ingat semua perempuan nak kan you ke? dengan perangai you yang macam tu?” marah Arwin. Haizam ketawa. Dah sebijik macam orang gila.

Erghh! Cuba bayangkan kalau pihak media tahu model hot yang diorang kata baik dan lagi suci tu sebenarnya lelaki yang suka main-mainkan perasaan wanita. Nasib baik dia cepat bertindak dulu sebelum terperangkap dengan lelaki tak guna ni.

Pang!

Arwin terperanjat. Hampir gugur jantung dia saat mendengar sesuatu yang melanggar tingkap bilik. Dia memegang dada.

“Cuba you tengok dekat luar Arwin.” Kata Haizam. Arwin mengerutkan dahi sebelum terkejut sendiri. Takkanlah mamat sawan ni ada dekat luar?!

Dengan perlahan-lahan dia melangkah ke arah tingkap. Langsir diselak dan tingkap dibuka separuh sebelum melangkah ke arah balkoni.

Surprise!” bisik Haizam girang di dalam corong telefon.

Arwin tergamam. Dia melihat Haizam di hadapan rumahnya. Memegang sejambak bunga ros merah sambil bersandar pada kereta dan tersenyum ke arahnya di balkoni.

“You dah gila ke Haizam? Apa you buat dekat rumah I ni? you balik sekarang sebelum I panggil guard.” Desak Arwin dengan nada yang cukup marah. Dia tunjuk penumbuk pada Haizam.

Chill lah Arwin. I Cuma nak ajak you keluar dating aje. You nak tak?”

In your dream. Tolong balik Haizam!”

“You makin cantiklah Arwin.” Arwin pandang Haizam dengan panahan mata yang menikam.

Please go!”

“Ah… sangat membosankan.” Kata Haizam dengan nada yang menyampah sambil menunjukkan riak muka yang kecewa. Arwin terus matikan talian. Dia memerhati Haizam yang membuka pintu kereta itu. Muka tak puas hati dilemparkan ke arah Arwin sebelum masuk ke dalam kereta dan terus pergi. Arwin hembus nafas lega. rasa macam dah berjumpa dengan seekor naga.

Erghh! Sangat tak matang Haizam…

Laju Arwin menutup tingkap dan langsirnya semula.


------------------------


Enjoy your reading?

What's happen next?

Coming Up next!

Chapters 10!

Please comment on section below. ^_^

What u think about this stories.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku