5 TAHUN UNTUK CINTA
Bab 11A
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
478

Bacaan






Bab 11A

 SYAZA mematikan telefon lalu menapak ke dalam pasar raya. Troli dicapai. Sambil menolak troli, mata ligat mencari rak yang mempamer barang-barang dalam botol. Syaza mengamati satu-satu jenama kicap yang tersusun di situ. Mencari jenama yang dipesan ibunya.

“Ibu ni… tak boleh orang rileks sikit. Ada aje nak pesanlah, nak kirimlah,” rungut Syaza perlahan. Mata tertumpu kepada segala benda yang di hadapan matanya.

Di hujung sana, seorang lelaki sibuk membeli-belah. Dia mencapai beberapa plastik berisi sayuran dan cili merah lalu memasukkan ke dalam troli. Hadif bergerak memilih buah mangga dan beberapa item lagi dalam senarai. Selesai urusan di ruang itu dia mendekati rak-rak yang mempamer barang-barang kering pula. Seminggu sekali dia pasti akan menjalani rutin ini. Apabila stok barang-barang rumah dipenuhi dengan lengkap, kedua-dua orang pembantu rumahnya pasti tersenyum bahagia.

Hadif menyorong troli ke kiri. Mata mencari rak yang diletakkan dengan susu pekat dan minuman dalam tin. Hari ini senarai beliannya agak panjang.

Hadif memperlahankan langkah tiba-tiba. Mengecilkan anak mata. Dari jauh dia perasan macam nampak kelibat seseorang. Sekali lagi dipandang ke kanan. Memang matanya tidak silap, tubuh Syaza yang dilihat.

“Mm… apa dia buat kat sini?”

Belum sempat nak dekat, gadis itu sudah menghilang di celah pengunjung yang ramai. Hadif kembali kepada urusan pembeliannya. Ada beberapa item lagi yang perlu diperolehi.

Beberapa minit kemudian Hadif tertegak di tepi troli menyemak bahan yang tertulis di sebuah bungkusan berisi biskut. Tiba-tiba dia terngaduh apabila tubuh dilanggar oleh sesuatu. Ouch!

Hei, what’s going on?” bebel Hadif seraya tunduk mencapai paket biskut yang terjatuh akibat pertembungan tadi.

Oops, sorry.”Hadif bangkit dan menoleh kepada orang yang melanggar trolinya.

“Err…” Mata terhinggap pada satu wajah. Oh, dia! Terus terlekat di situ. Tak mampu dilarikan dari renungan yang mencengkam.

Syaza juga langsung terkedu. Apasal dada aku berdegup semacam? Tidak pasti entah berapa lama maing-masing terperangkap dalam keadaan itu.

“Awak ni Syaza anak pak cik Suhail, kan.” Hadif dulu bersuara. Mata tetap memberikan renungan tajamnya.

“Mm… Encik Hadif, kan?” balas Syaza, baru pulih dari kejutan. Pura-pura tenang.

“Hm.” Hadif angguk. Kelu lidah untuk menyambung kata. Wajah sudah bertukar dingin.

So sorry, saya terlanggar,” ujar Syaza laju tatkala melihat wajah ketat lelaki itu.

“Yalah, lain kali hati-hati.” Hadif laju memberi respons. Hilang senyuman mahupun kemesraan. Troli ditolak menjauh daripada Syaza. Hadif laju melarikan diri. Menyembunyikan gelabah hati. Hish, kenapa aku tiba-tiba gabra semacam?

Nafas ditarik dalam. Perlahan-lahan menghembuskannya. Fikiran menyesal dengan tindakan sendiri. Apasal aku ni? Relakslah. Chill, man…

Dari belakang Syaza merenung lama lelaki yang berlalu bersama troli yang sarat.

“Garang boleh tahan juga kawan babah ni,” omelnya sendirian. Dia menggeleng sendiri sebelum beralih ke rak di kirinya. Mencari entah barang apa, dia sudah lupa.Jiwa terganggu dengan pertemuan yang merimaskan.

“Rupa memang kacak, tapi poyo semacam je! Aku yakin Jamil pun tak macam tu,” bebelnya lagi. Reaksi dingin lelaki itu masih buat hatinya tersinggung.

“Jamil…” Syaza menyeru nama itu. Alangkah baik jika pertemuan tadi bersama Jamil dan bukan dengan kawan babah yang kerek tu!

“Haila… lain yang nak jumpa, lain pula yang terserempak.”




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 11A | Bab 12 | Bab 13 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku