Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab Sinopsis
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
155

Bacaan






SINOPSIS

 HAIRIE HENDRYTT DAN BEBOLA LASER - mengisahkan kehidupan seorang anak lelaki kepada pasangan suami isteri, Munirah dan Mustapha. Namanya Hairie. Pada umurnya genap 16 tahun, dia dihantar ke sekolah menengah sains, sekolah asrama penuh. Hairie cuba menyesuaikan diri di sekolah itu tanpa penjagaan ibu dan ayahnya. Sepanjang Hairie di sekolah tersebut, satu rahsia tentang dirinya terbongkar satu per satu. Rahsia parut berhuruf di tangannya menimbulkan tanda tanya kepada rakan rapatnya, Lim dan Firuz. Selepas itu, rahsia identiti dirinya terbongkar melalui mimpinya iaitu sijil lahir kanak-kanak di London. Kemudian, rahsia kematian Tiara terbongkar melalui mimpinya juga. Apakah mesej-mesej mimpi tersebut? Adakah mimpi-mimpi itu hanya mainan tidur? Apabila Hairie menyoal tentang parutnya kepada ibunya, Munirah. Hati Munirah gugup. Jawapannya tergagap. Munirah takut dan khuatir bahawa Hairie akan tahu siapa dirinya yang sebenar.

Di samping itu, sifat cemburu dari rakan senior, Farid atas kemenangan Hairie dalam Kejohanan Olahraga menyebabkan nama Hairie yang tersenarai dalam aktiviti perkhemahan digugurkan. Namun, Hairie juga menyimpan perasaan cinta kepada seorang pelajar wanita yang bernama Nurul. Pada musim cuti sekolah, dengan tidak sengaja, keluarga Nurul rapat dengan keluarga Hairie. Ibu Nurul adalah rakan rapat kepada Ibu Hairie. Sesuatu keajaiban telah muncul. Tubuh Hairie bercahaya sendiri apabila tubuhnya direndam dalam air. Keluarga Nurul dan Keluarga Hairie merancang untuk berkhemah di hutan. Lim dan Firuz turut serta ke aktiviti itu. Segalanya terbongkar apabila mereka berempat, Hairie, Lim, Firuz, dan Nurul hilang di dalam hutan dan muncul ke bandar luar negara di London, melalui cahaya misteri di sapu tangan. Sapu tangan itu diberi oleh Tiara, gadis jelmaan penanggal yang mengaku dirinya adalah ibu kandung Hairie. Dia memberi sapu tangan itu kepada Hairie menyelongkar satu rahsia tentang dirinya di London termasuk rahsia cahaya misteri di dalam tubuhnya sendiri. Dapatkah Hairie tahu siapa keluarga kandungnya yang sebenar? Mengapa asal usulnya di London? Mengapa ibubapa Hairie menyembunyikan identiti Hairie yang sebenar? Apakah cahaya misteri yang sentiasa menghantui Hairie? Apa kaitan rahsia parut berhuruf dengan cahaya misteri itu?

Sepanjang pengembaraan mereka di London, ada suatu kuasa jahat mengekori mereka untuk mencapai suatu matlamat iaitu membunuh Hairie. Sebenarnya, cahaya misteri dalam tubuhnya mampu memberi kuasa ajaib untuk menentang musuh. Namun, di sebaliknya, cahaya itu mampu membunuhnya diri sendiri.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku