Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab Prolog
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
165

Bacaan






Prolog

“Aku berada di mana sekarang? Hah, di mana aku sekarang?” Apabila mata terbuka, Hairie terkejut melihat sekelilingnya. Suasananya dipenuhi air merah yang pekat dan berlendir. Dirinya bagaikan bermandikan darah. Ruang semakin sempit. Suara Hairie termengah-mengah. Tiada ruang udara untuk dirinya bernafas.

“Kenapa aku berasa sejuk ini?”kata Hairie. Hairie sedar bahawa dirinya tiada seurat benang. Tubuhnya yang bertelanjang bulat merasakan dirinya amat dingin sekali.

“Siapa yang mengurungku di sini? Dunia apakah ini?”

“Hah, pusatku!!” kata Hairie terkejut melihat pusatnya panjang seolah-olah tali pusat itu tidak dipotong sejak ia dilahirkan. Ruangan itu semakin lama semakin sempit. Tiba-tiba, tali pusat itu bercahaya terang. Pergerakan cahaya bergerak perlahan-lahan menuju ke tubuh Hairie. Dari mana datangnya cahaya itu? Persoalan itu semakin bermain di kotak fikirannya.

“HAA!!” Hairie menjerit kesakitan seolah-olah ada tikaman yang tertusuk dalam tubuhnya. Pergerakan cahaya melalui tali pusatnya amat pantas seolah-olah seekor ular berbisa bergerak laju menuju ke tubuh Hairie. Cahaya tersebut cuba menamatkan riwayat kehidupanya.

“HAAAAA!!”

“TIDAK!!” Hairie terus menjerit tanpa henti.

“Hairie!!! Bangun...!! Kau dah gila? Jerit terlalu kuat semasa tidur. Ha! Aku baru nak tidur dengan nyenyak ni, kacau jer orang nak tidur,” kata Firuz dengan marah.

“Hai, Firuz....bangun!! Hari dah pagi, jangan pula nak sambung tidur pula,” kata Lim yang sudah bangun dari awal. Hairie tersedar dari tidurnya.

“Hairie, kenapa tubuh awak berpeluh ni? Mesti awak bermimpi tentang hantu dan cerita seram ni,” kata Lim dengan pendapatnya. Hairie tidak berkata apa-apa lalu dia menanggalkan baju tidurnya dan menuju ke bilik mandi. Kejadian dalam mimpi Hairie amat menggerunkan.. Hatinya beranggapan seperti itu. Hairie membaringkan dirinya dalam tab mandi yang dipenuhi dengan air dan sabun. Dia cuba menenangkan fikirannya. Dia cuba melupakan kejadian yang berlaku dalam mimpinya. Dengan tiba-tiba, parut Hairie yang berhuruf H bercahaya terang apabila terkena air. Cahaya itu lalu bergerak ke seluruh tubuh badan Hairie. Sungguh menakjubkan dan menghairankan. Hairie sendiri boleh melihat rangka tulang dan daging dalam tubuhnya ketika cahaya itu bergerak dengan sendirinya. Hairie dapat melihat jantungnya berdegup kencang . Proses usus-usus dalam perutnya juga dapat dilihat dengan matanya sendiri. Dia seolah-olah mahu menyentuh semua organ dalamannya tetapi dihalang oleh kulitnya sendiri. Hairie tekejut tentang keadaan dirinya sendiri. Dia berasa bingung. Dia akhirnya bangun dalam tab mandi itu. Mengambil nafas udara setelah sekian lama berada dalam tab mandi tersebut. Dia bingkas berdiri. Cahaya itu hilang serta merta. Keadaan tubuh badannya kembali seperti biasa.

“Sungguh ajaib...,” bisik Hairie. Namun, dia tidak tahu sebab terjadinya cahaya itu dalam dirinya. Semua keajaiban dalam dirinya bermula dengan bentuk parut yang berhuruf H. Mesti ada satu rahsia di sebalik tentang parut ini. Hairie yakin ibubapanya pasti tahu tentang parut yang dimiliki olehnya. Hairie berharap semua persoalan yang ada dalam fikirannya pasti terjawab. Dia ingin tahu perkara yang sebenarnya terhadap ibu dan ayahnya.

‘TUK....TUK!’

“Hairie !! Kenapa lama sangat mandi tu? Cepatlah...kami berdua sudah tunggu lama,” jerit Firuz yang sudah lama menunggu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku