Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab 1 (Parut atau Tatu?)
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
105

Bacaan






Bab Satu

Parut atau Tatu?

Ramai pelajar termasuk ibu bapa berpusu-pusu untuk mendaftarkan anak mereka ke sekolah. Mustafa mula mendaftar anaknya, Hairie ke sekolah menengah sains bersepadu, Sekolah Menengah Sains Tengku Mahmud. Hairie adalah pelajar yang terpilih untuk melayakkan diri ke sekolah berasarama penuh tersebut kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah(PMR). Sekolah sains pernah tergolong dalam Sekolah Berpresatasi Tinggi(SBT). Setelah mendaftar dan membeli buku-buku dan peralatan sekolah, Munirah, ibunya mendekati Hairie dan berkata

“ Jaga diri kamu baik-baik. Jangan nakal sangat. Dengar arahan cikgu dan tidak lupa, basuh baju sendiri,ya? Ibu yakin Hairie pasti selesa bersekolah di sini dan ibu juga yakin bahawa Hairie pasti banyak kawan di sini untuk menolong Hairie. Nah, ambil duit ni untuk belanja makan. Kena jimat-jimat sikit,” Munirah menyerahkan wang sebanyak seratus ringgit kepada Hairie. Hairie mengucapkan selamat tinggal kepada ibu dan ayahnya. Mustafa juga berjanji akan membawa Hairie pulang ke rumah semula pada cuti pertengahan tahun nanti.

Seorang guru perempuan yang memberi pengumuman dengan menggunakan mikrofon.

“Kepada pelajar-pelajar baru yang telah daftar diri ke sekolah ini. Sila berkumpul di dewan, sekarang!”

“Hairie, cepat pergi ke dewan, ya?” kata ibunya sambil memeluk Hairie dengan penuh kasih sayang. Sebelum ibu dan ayahnya pergi menuju ke pagar sekolah, Hairie melambai-lambai sebagai tanda perpisahan sementara. Selepas ibu dan ayahnya tiada kelihatan di luar sekolah, barulah Hairie menuju ke dewan sekolah.

Ramai pelajar yang baru mendaftar ke Tingkatan Empat Sekolah Menengah Sains berada di dewan. Suasananya riuh rendah kebisingan seperti pasar malam. Hairie masih tercegat di kaki lima bersebelahan dewan. Dia merasakan dirinya seperti orang asing dan sebatang kera kerana tiada sesiapa yang ingin berborak dengannya.

“Kepada pelajar-pelajar sekalian, tolong jangan bising dan sila beratur mengikut barisan,” kata seorang guru yang berada di pentas dewan. Hairie masuk ke barisan yang belakang kerana barisan hadapan penuh.

“Semua pelajar diminta bertenang dan tolong jangan bising. Cikgu akan membahagikan semua pelajar kepada beberapa kumpulan untuk pembahagian blok asrama. Jadi, semua pelajar perlu dengar arahan saya dengan teliti. Cikgu akan sebutkan nama pelajar mengikut setiap kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima puluh orang pelajar. Di sini, ada lapan kumpulan. Cikgu akan bacakan nama-nama pelajar dari kumpulan pertama. Dimulakan dengan Mohd Mudzar bin Ali,...,” setelah guru tersebut selesai menyebut nama-nama pelajar dari kumpulan pertama.

“Diminta pelajar dari kumpulan pertama beratur di luar sana dan ikutlah arahan Cikgu Maimunah,” selepas itu “Kumpulan Kedua ialah Lim Kim Seng, Hairie bin Mustafa, Firuz Anuar bin Lat, Haikal bin Muhd Sudin,...,” Hairie terpaku sebaik sahaja namanya disebut bagi kedudukan kedua sebelum Lim. Setelah selesai memberitahu nama dari kumpulan Kedua, “Diminta pelajar kumpulan kedua beratur di luar sana dan ikutlah arahan Cikgu Halim,” Hairie mengikuti sekumpulan pelajar yang dipanggil dari kumpulan kedua dan beratur di luar dewan. Kelihatan guru lelaki, Halim memimpin para pelajarnya beratur denga lurus.

“Sila beri perhatian pelajar-pelajar sekalian dari kumpulan kedua. Tempat bilik asrama kamu semua di tingkat tiga dan empat dari Blok A. Cikgu rasa kamu mesi tahu kedudukan nombor giliran kamu semua,ya?” ada sesetengah pelajar yang menganguk kepala.

“Kalau begitu, biarlah cikgu ulang semula susunan nama pelajar mengikut giliran,ya?..” Lama juga Cikgu Halim bercakap termasuk peraturan-peraturan dan keselamatan ketat di asrama.

“Pelajar dilarang keluar ke asrama sebelum pukul sepuluh malam. Itulah peraturannya. Saya harap semua pelajar patuh pada peraturan yang telah saya katakan. Sekarang, pelajar sekalian, mari ikut saya,” kata Cikgu Halim yang berakhirnya taklimat ringkas sebelum melangkah ke Blok Asrama A. Semua pelajar kumpulan kedua yang mengandungi lima puluh orang pelajar beratur mengikut Halim ke Blok A di tingkat tiga dan empat.

“Ok. Setiap bilik hanya boleh tinggal tiga orang sahaja. Bilik ini hanya pelajar giliran nombor satu, dua dan tiga sahaja,” Hairie merasakan dirinya pemalu dan akhirnya ia dapat menghalang perasaannya untuk berani masuk ke bilik itu. Ketiga-tiga pelajar termasuk Hairie masuk ke bilik itu. Pelajar-pelajar yang lain terus mengikuti Cikgu Halim untuk ke bilik yang seterusnya.

Pelajar yang berkaca mata itu berebut untuk memilih katil yang elok, “Ini tempat saya,” katanya. “Hai, nama aku Firuz. Apa nama gelaran kamu berdua?” soalnya lagi.

“Nama saya Lim Kim Seng. Boleh panggil saya, Lim. Selamat berkenalan,” kata salah seorang pelajar yang berhidung mancung.

“Saya Hairie,”katanya dengan ringkas.

“Hairie, mengapa kamu seperti tidak gembira berada di sini?”kata Firuz.

“Kamu rasa gembira berada di sini tanpa ibu bapa kamu?” soal Hairie.

“Hah, ini mesti kamu ni anak emas? Atau anak tunggal? Selalunya orang sebegitu sifatnya kurang selesa tanpa ibu bapa,”kata Lim menyampuk. Hairie tersengih. Dia merasakan kata-kata Lim ada benarnya.

“Hairie, kita baru sahaja tinggal di sini. Saya dan Lim pun boleh tolong jika kamu ada masalah,” kata Firuz yang memberi dorongan kepada Hairie.

“Kalau begitu, baiklah. Selamat berkenalan,” kata Hairie tersenyum manis. Mereka bertiga mengemas diri, pakaian, dan tempat tidur serta perkara-perkara yang patut dibuat.

“Pengumuman! Pengumuman! Pelajar diminta berehat. Pada petang ini iaitu jam dua petang, semua pelajar baru Tingkatan Satu dan Empat berbaris di dewan sekolah. Terima kasih,” kedengaran guru memberi pengumuman. Hairie dan rakannya hanya mengerti apa yang diucapkan sebentar tadi. Sesudah pengumuman itu diumumkan, Zainal ternampak kesan bentuk di tapak tangan Hairie lalu ia menegur.

“Hairie, kamu pakai tatu?” katanya sambil menunjukkan kesan bentuk itu.

“Ini bukan tatu. Ini kesan parut,”kata Hairie. Firuz terdengar perbualan rakannya di sebelah lalu mendekatinya. Dia pun lihat kesan pada tapak tangan Hairie.

“Nampaknya lebih jelas, ini kesan tatu dan bukannya parut. Hairie, cuba kamu lihat parut itu berhuruf H. Mana ada dalam dunia ada parut berhuruf H?”jelas Firuz.

“Benar kata Firuz. Cuba kamu lihat, kesan huruf H memang bercorak jelas seakan-akan tatu. Hairie, lebih baik kamu jujur terhadap kami berdua. Betulkah kamu pakai tatu? Bukankah tatu ini haram dipakai menurut islam?” tegur Lim. Walaupun dia bukan beragama Islam, dia tahu serba sedikit pantang larang agama tersebut. Hairie hanya diam sebentar lalu berkata “Saya tidak tahu apa-apa. Menurut ibuku, ini kesan parut tanda lahirku sejak bayi lagi,”

“Sejak bayi lagi?” ulang Firuz lalu menyambungkan katanya “pelik juga ya, tanda lahir pun berhuruf macam itu. Hairie, cuba kamu lihat leher saya,” Hairie lihat leher Firuz, ada bentuk kelabu atau hitam pudar yang tiada saiznya.

“Inilah tanda lahir aku sebenarnya. Semua kawan yang aku kenali tentang tanda lahir saiznya hampir sama. Cuma kali pertama aku lihat tanda lahir berhuruf,” jelas Firuz. Lim kebingungan lalu berkata “Hairie, ini tanda parut atau tanda lahir?” Hairie yang tidak tahu apa-apa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

**

Jam tepat pada pukul dua petang. Semua pelajar baru berkumpul di dewan semula. Hairie, Zainal, dan Firuz berjalan bersama-sama menuju ke dewan.

“Ishh, malaslah macam ini. Mesti kumpul di dewan. Bila nak belajar?”kata Firuz dengan suara malasnya.

“Sabarlah Firuz. Kita masih pelajar baru di sini. Mula-mula memang begitu,”kata Lim menegur Firuz. Mereka masuk ke dewan dalam keadaan berbaris.

Jam hampir pukul lima petang, perjumpaan dewan telah pun selesai. Perjumpaan pelajar baru ke dewan hanyalah memberitahu bahawa penentuan kelas pelajar. Hairie, Lim, dan Firuz bersyukur kerana mendapat kelas yang sama. Mereka pun berjanji akan tolong-menolong dan membuat kerja sekolah atau belajar bersama-sama. Selepas selesai perjumpaan dewan itu, mereka menuju ke bilik asrama untuk bersiap sedia kerana ada jamuan di kantin.

Mereka menuju ke kantin sekolah. Mereka belum pernah lagi ke kantin sekolah asrama. Setelah sampai ke kantin, kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu untuk mengambil makanan secara percuma.

“Ramainya orang! Kalau macam inilah keadaannya, lebih baik aku tidak makan,” kata Firuz.

“Kau sanggup tahan lapar?” tanya Hairie.

“Aku ada duit. Boleh pergi beli makanan di luar sahaja daripada dapat makanan yang riuh rendah di sini,” kutuk Firuz.

“Janganlah begitu, Firuz. Kita mesti jimat memakai wang. Jangan jadi boros. Apabila ada sesuatu yang nak dibeli, duit ketika itu sudah habis. Bagaimana nanti?” nasihat Lim.

“Benar kata Lim. Walaupun di kantin ini riuh rendah, kita harus hadapinya. Ayuh, kelihatannya pelajar hanya sedikit sahaja mengambil makanan. Cepat, sebelum pelajar lain datang beramai-ramai,” ajak Hairie menyuruh dua rakannya ke gerai makanan kantin. Mereka menuju ke gerai makanan itu.

“WOI!! KENAPA BISING SANGAT MACAM PASAR MALAM? TIDAK TAHU SENYAP, KA? MACAM BINATANG!!” Tengking seorang guru lelaki yang panas baran ketika itu. Wajah guru tersebut garang dan bengis.

“Garangnya cikgu itu! Takut melihat mukanya” kata Lim melihat wajah guru lelaki itu.

“Ya. Cikgu itu suka hati kutuk orang macam binatang!” kata Firuz pula.

“Sudahlah. Mari kita cari tempat duduk untuk kita makan,” kata Hairie yang menutup perbulan Firuz dan Zainal.

**

Waktu hampir larut malam, semua pelajar asrama telah masuk ke bilik masing-masing. Asrama Blok A di tingkat tiga yang pintunya bernombor giliran pelajar nombor satu, dua, dan tiga, kelihatan Firuz telah tidur nyenyak tanpa berdengkur kepenatan seharian berorientasi di dewan sekolah. Lim pula sedang membaca novel aksi yang berjudul “Musuh Kejam” dan Hairie termenung jauh di jendela biliknya memikirkan ibu bapanya serta masa depan yang akan datang. Kedengaran bunyi telefon dengan nada dering nyanyian “Mewangi” lagu popular dari bintang Akademi Fantasia. Hairie tahu itu bunyi telefonnya lalu menjawab panggilan itu.

“Hairie, ini ibu. Bagaimana keadaan Hairie di sana, okey?” kata ibunya senasa menelefon Hairie.

“Ermm, seronok juga. Betullah apa yang dikatakan oleh ibu. Di sini, Hairie dapat ramai kawan. Hairie selesa tinggal di sini, ibu,” jelas Hairie.

“Alhamdulillah. Akhirnya, anak ibu akan faham! Baru sehari di sana sudah selesa. Bagus, Hairie. Tidaklah ibu risau sangat tentang anak ibu yang comel ini!”puji Munirah, ibu Hairie kepada anaknya.

“Ibu ini, ada-ada sahajalah,”

“Ibu ada banyak kerja. Jaga diri baik-baik,ya?”

“Ya. Selamat malam, sayang...Muah!” suara Hairie kelihatan bermanja-manja dengan ibunya. Lim yang sedang memerhati gelagat Hairie bercakap dengan ibunya di telefon terasa sedikit cemburu lalu berkata “Wahh..mesranya ibu kamu. Mesti anak manja ini,” puji Lim.

“Kamu sama macam ibu saya. Mesti puji saya. Saya bukanlah terlalu baik sangat. Sudahlah! Hari sudah hampir tengah malam. Nanti terlewat pula nak bangun awal ke sekolah,”kata Hairie yang sangat mengantuk sambil menguap.

“Baiklah!” kata Lim menutup buku novelnya lalu menutup suis lampu bilik mereka.

**



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku