Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab 2(Rumah Sukan)
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
155

Bacaan






Bab Dua

Rumah Sukan

“Firuz! Firuz! Bangun sudah lewat! Bangun lekas!!!” tengking Hairie mengejutkan Firuz yang masih ketiduran lagi.

“Ya,ya,ya. Aku bangun ni!” kata Firuz dengan suara malas lalu mengambil tualanya menuju ke bilik mandi.

“Dia memang sangat pemalas! Tidur awal daripada kita, dia pula yang bangun lambat,” sindir Lim yang telah pun bersiap memakai baju sekolah lengkap. Begitu juga dengan Hairie yang sedang mengemaskan buku latihannya yang dibeli semasa pendaftaran pelajar untuk dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.

Setelah mereka bertiga sudah bersiap, mereka berjalan menuju ke kelas mereka yang telah ditetapkan semasa perjumpaan petang semalam. Setelah sampai ke kelas mereka,..

“Betul ke? Kelas kita?”tanya Firuz.

“Betullah. Cuba kamu lihat kelas 4G,”

“Tapi, kelas ini terlalu kotorlah,” kata Firuz cerewet.

“Hah, itu ada perempuan ambil penyapu. Mesti dia nak membersih kelas kita,”

Mereka bertiga berebut-rebut nak mengambil tempat duduk. Selepas itu, mereka tercengang hanya seorang sahaja pelajar perempuan yang datang dulu ke kelas yang masih menyapu lalu perempuan itu ketawa sedikit melihat karenah Hairie, Lim dan Firuz.

“Woi, perempuan! Kenapa kau ketawa? Kenapa? Nak sindir kita, ya?” marah Firuz.

“Firuz! Jangan cakap begitu,” kata Lim.

“Maafkan saya. Saya tidak sengaja,” kata pelajar perempuan itu dengan lemah lembut. Penampilannya memang berbeza dengan pelajar perempuan yang lain. Raut wajahnya yang bulat, comel dan rambut yang panjang berikat concang dua di sebelah kanan dan kiri.

“Amboi, sedapnya mulut nak meminta maaf! Sedarlah diri sikit. Kamu itu perempuan. Kami lelaki. MESTILAH HORMAT!” kata Firuz dengan nada yang tinggi.

“Firuz! Apa kamu ni? Tidak patut marah sesama yang lain. Kita dan dia adalah satu kelas yang sama. Tidak baik bermusuh-musuhan,” nasihat Hairie.

Firuz terdiam sebentar. Kemudian, dia kembali ke tempat duduk semula.

“Maafkan kawan kami tadi. Emm, kamu kelas di sinikah?”tanya Hairie dengan mesra.

Lim yang berasa cemburu melihat Hairie bermesra lalu berkata “Mestilah kamu di kelas ini kan? Tak mungkin kamu menyapu di kelas orang lain kan?”

“Ya, memang saya berada di kelas sini. Maafkan saya sebab..,” belum sempat pelajar perempuan itu berkata lalu Hairie menyampuk “Tidak mengapa. Kami yang bersalah. Saya gembira berjumpa dengan kamu. Nama saya Hairie. Ini Lim dan yang tadi Firuz,” kata Hairie sambil menunjukkan rakan-rakannya sebagai tanda perkenalan.

“Oh, nama saya Nurul,” kata pelajar perempuan itu. Belum sempat Lim nak berkata sesuatu lalu mendengar panggilan “NURUL!!” suara dari rakan-rakan Nurul yang sudah tiba ke kelas. Hairie dan Lim tidak berani berkata apa-apa lagi.

“Hai, dah suka ke?” sindir Firuz selamba.

**

Jam hampir pukul lapan pagi, guru dari kelas 4G masih belum muncul lagi. Terdengar suara pelajar sayu-sayu mengucapkan “Selamat Pagi Cikgu” dari kelas bersebelahan 4G.

“Issh, mana cikgu ni? Bila nak belajar? Kelas lain dah mula!” kata Lim yang kurang selesa. Firuz dengan tiba-tiba bangun.

“Eh, Firuz. Kau nak pergi mana?” tanya Hairie.

“Aku nak pergi tandas! Kalau ada cikgu masuk, kamu beritahu sahaja yang aku ke tandas,”kata Firuz yang tidak tahan lalu beredar atau berlari keluar dari kelas tersebut.

Suasana bising kelas mereka semakin kuat daripada suasana bising yang sebelumnya. Tiba-tiba ada satu suara mikrofon yang memberi pengumuman.

“Kepada pelajar baru! Selepas rehat, sila berkumpul di dewan untuk mendengar aktiviti sekolah. Sekian,” Lim dan Hairie berpandangan sejenak. Mereka mengerti akan pengumuman itu.

Lima belas minit kemudia, guru di kelas 4G masih belum muncul-muncul. Pelajar-pelajar di kelas tersebut belum tahu lagi jadual waktu belajarnya. Kemudian, barulah Firuz muncul semula.“Cikgu masih belum datang lagi?” Mereka berdua menggeleng-geleng kepalanya yang bermaksud “belum”

“Firuz, tadi ada cikgu beri pengumuman bahawa kita akan..,” belum sempat Hairie berkata habis ayatnya lalu Firuz menyambungkan “..pergi ke dewan kan? Kejap-kejap, pergi. Dah cikgu tidak masuk ke kelas ni! Bila lagi nak belajar? Hiss, geramnya dengan sekolah ini,” Firuz berasa sangat tertekan keadaan sekolah ini pada hari pertama persekolahannya. Tidak lama kemudian, tibalah guru perempuan yang bertudung manis datang ke kelas 4G. Guru itu masuk ke kelas dengan senyuman yang memukau terhadap pelajar-pelajar di kelas tersebut.

“Cikgu nak ucapkan selamat datang ke sekolah ini kepada pelajar-pelajar sekalian. Nama cikgu Puan Aziah, guru kelas kamu semua,”

**

Hairie ditempatkan di sesuatu lorong yang gelap. Suasana gelap gelita. Hairie berada seorang diri di situ. Jantungnya berdenyut-denyut. Dia merasakan tidak sedap hati pada masa itu. Hatinya tertanya-tanya di mana keberadaannya sekarang. Di pertengahan jalan, dia terjumpa sijil lahir yang tiada namanya dan ditempatkan di Hospital Vikruss Snom. Akan tetapi, dia melihat huruf H bercorak besar yang menyatakan sijil itu miliknya kerana huruf H itu sama dengan parut di tangannya.

“TIDAK! Ini bukan sijil lahir aku!” Hairie memberontak. Tempat hospital itu di negara terkenal, London.

“Hairie! Bangun! Bangun! Sudah lewat ni,” kata Lim cuba menampar perlahan pipi Hairie untuk mengejut Hairie bangun dari tidur. Hairie membuka matanya. Barulah dia sedar bahawa perkara itu hanya mainan mimpi.

“Pergi mandi, Hairie. Selalunya dia yang paling awal bangun kejutkan kita. Sekarang, dia pula yang lambat,”sindir Firuz. Hairie tidak berkata apa-apa. Namun, dia rasa curiga akan mimpi tersebut. Dia tidak berfikir apa-apa lalu mengambil tualanya dan menuju ke bilik mandi.

**

Sudah seminggu Hairie, Lim dan Firuz bersekolah di asrama penuh. Mereka juga boleh berdikari sendiri itu menanggung keperluannya tanpa ibu bapa. Hairie masih termenung jauh menyebabkan rakannya,Zainal berasa curiga dan agak risau tentang keadaan Hairie.

“Hairie, sejak kebelakangan ini, kamu selalu termenung jauh. Kenapa? Kamu ada masalah ker? Manalah tahu saya dan Firuz boleh tolong,” kata Lim dengan penuh semangat. Hairie diam sebentar lalu Firuz menyindir Hairie.

“Alah, ini mesti termenungkan seorang gadis yang bernama Nurul, ni! Lim, kau tidak perasan ke? Nurul selalu sangat berbual dengan Hairie,tau,”

“Jangan mengarutlah, Firuz. Nurul tu rakan sekelas kita juga. Hairie, ceritalah perkara yang sebenarnya,” kata Lim yang ingin benar tentang masalah Hairie. Akhirnya, Hairie membuka mulut.

“Aku,..aku tak tahu bagaimana nak mulakan?” kata Hairie yang masih belum pasti punca masalahnya. Hairie berkata semula. “Sebenarnya, aku rasa curiga tentang mimpi aku. Mimpi itu sudah dua kali diulang dalam tidurku. Aku tidak tahu apa mesej dalam mimpi aku. Mimpi itu seolah-olah telah memberi tahu identiti diriku yang sebenar,”

“Identiti diri? Maksud kau?” kata Firuz dengan terkejut.

“Dalam mimpi, aku terjumpa sijil kelahiran dan huruf.......huruf....ahh,..,” Hairie berasa menggelabah hendak memberitahu mereka lalu menyambung percakapannya. “Huruf H bercorak seperti...,” Hairie berhenti percakapannya lalu menunjukkan parut di tangannya.

“Maksud kamu, sijil lahir itu mengatakan sijil itu milik kamu!” kata Lim dengan terkejut.

“Pengumuman! Pengumuman! Ketua kelas atau wakil, sila ambil senarai mana pelajar kelas yang menentukan rumah sukan masing-masing,”

“Pengumuman Kedua, ahli-ahli baru dan lama pasukan pengakap, sila hadir perjumpaan kali pertama pada hari esok jam dua petang, bertempat di dewan besar. Pengumuman Ketiga........,” Pengumuman Kedua sudah jelas mengatakan perjumpaan pengakap akan diadakan pada hari esok. Lim telah mengambil keputusan untuk memasuki bersama-sama dengan Hairie. Walau bagaimanapun, Firuz turut serta memasuki pengakap. Kedengaran bunyi loceng berbunyi selepas membaca pengumuman yang terakhir. Mereka bertiga memasuki ke kelas untuk meneruskan pembelanjaran. Apabila mereka masuk ke kelas 4G, murid-murid berpusu-pusu ke sesuatu tempat seolah-olah ada pameran istimewa. Mereka bergegas untuk melihat perkara apa yang berlaku.

“Kau kumpulan apa?”

“Samudera,”

“Hei, aku pun sama,”

Kedengaran pelajar yang beredar di tempat itu. Mereka tertanya-tanya perkara apakah itu? Lim melihat senarai nama pelajar rumah sukan masing-masing. Hairie mula teringat semasa guru telah memberi pengumuman tentang perkara itu.

“ Hairie, kamu kumpulan Panglima dan saya juga,” kata Lim. Firuz dihimpit-himpit pelbagai pelajar. “Aku! Aku!” Firuz berasa terkejut dan mukanya berubah menjadi seorang itu berputus asa. Hairie dan Lim menegur Firuz.

“Firuz, kamu kumpulan apa?” kata Hairie yang bersimpati keadaan Firuz.

“Aku tidak sama dengan kumpulan kamu berdua. Aku kumpulan Samudera,” kata Firuz dengan berwajah sedih kerana tidak bersama-sama dengan rakannya iaitu Hairie dan Lim. Kelihatan guru lelaki yang bernama Encik Firdaus.

“Kelas....sila berada di tempat masing-masing,”kata guru yang kelihatan agak marah apabila pelajar berpusu-pusu dalam kertas senarai nama pelajar mengikut kumpulan.

“Firuz, kamu kumpulan Samudera, ya?” kata Siva yang berada sama dengan kelas Firuz.

“Ya” jawab Firuz.

Siva tersenyum lalu terdengar ucapan ketua kelas, Haikal. “Selamat Pagi, Cikgu!” semua pelajar di kelas tersebut mengucap seruan Haikal.

**

Hairie, Lim, dan Firuz bangun awal pada hari keesokan harinya untuk bersiap bermula pembelanjaran di sekolah. Semasa mereka masuk ke kelas,..

“Diminta semua pelajar di sekolah ini turun di tapak perhimpunan, sekian,” terdengar pengumuman yang diberikan oleh guru. Mereka berasa hairan. Kenapa semua pelajar berkumpul di tapak perhimpuanan? Belum pernah lagi berkumpul di tapak perhimpuanan kecuali hari tertentu iaitu Isnin. Semua pelajar di sekolah itu sama ada di tingkatan satu iaitu pelajar baru dan pelajar lama berbaris di tapak perhimpunan mengikut tingkatan dan kedudukan kelas. Kebisingan pelajar-pelajar di tapak perhimpunan dengan penuh tanda tanya. Apakah tujuan berkumpul di tapak perhimpuanan selain hari isnin? Kelihatan guru Encik Firdaus naik ke pentas dan berucap “Selamat Pagi pelajar-pelajar sekalian. Diminta pelajar bertenang,” kata Encik Firdaus yang tidak selesa berucap dalam keadaan bising seperti pasar malam. Selepas beberapa minit kemudian, kebisingan tersebut mulai reda.

“Terima kasih kerana memberi kerjasama. Pada pagi ini, saya akan bahagikan kumpulan mengikut rumah sukan masing-masing. Semua pelajar sudah pun mengetahui kedudukan rumah sukan masing-masing yang telah saya berikan senarai nama pelajar mengikut kelas. Jika ada pelajar belum masih mengetahui rumah sukan, sila berjumpa dengan Puan Nabilah, sekarang! Kepada pelajar-pelajar yang lain, perhatian kepada Rumah Sukan Samudera! Sila berada di kantin untuk taklimat ringkas dengan Puan Zaiton..,” Firuz tergumam. Siva dari tadi melihat gelagat Firuz di depan. Hairie dan Lim tercengang. Firuz berasa tidak sampai hati meninggalkan Hairie dan Zainal kerana mereka adalah rakan akrab sekali. “Firuz, marilah..,”tegur Ahmad Jamil lalu meninggalkan Hairie dan Zainal.

“Perhatian kepada rumah Panglima, sila berkumpul di gelanggang bola tampar bersebelahan dengan makmal kimia. Sila bergerak dan mengikuti Encik Nasir,” kata guru pengumuman tersebut. Hairie dan Lim bergerak bersama-sama untuk menuju ke makmal mengambil masa dua minit untuk menuju ke ruang tersebut. Encik Nasir menyuruh ke semua pelajar beratur semula mengikut kelas di gelanggang bola tampar. Seterusnya, kesemua pelajar duduk dan mendengar taklimat guru yang diketuai oleh Encik Nasir. Guru tersebut membincang organisasi rumah yang merangkumi Pengerusi, Penolong, Ketua, Bendahari, dan Ahli Jawantankuasa. Setelah selesai, cikgu selain daripada Encik Nasir ialah Puan Rokiah. Beliau menyerahkan beberapa helai kertas untuk menulis nama kedatangan pelajar-pelajar yang berada di situ.

“Rumah kita iaitu Panglima akan adakan latihan rumah sukan pada setiap hari selasa,jam tiga petang di padang sekolah. Latihan pertama kita ialah pemilihan peserta dalam lompat jauh. Latihan ini akan dimulakan pada minggu hadapan. Semua pelajar diwajibkan hadir. Pelajar-pelajar yang tidak hadir akan ambil tindakan tegas. Oleh itu, pelajar mesti hadir. Kahadiran anda, berdisiplin, semangat kesukanan akan diambil kira jumlah mata bagi rumah sukan kita manakala pelajar bersikap negatif, rumah tersebut akan dipotong markah mata yang diperoleh. Oleh itu, semua pelajar dapat majukan rumah sukan kita. Boleh tak?” kata Encik Nasir yang bersemangat.

“Boleh...,” kata sebilangan pelajar yang berada di gelanggang tersebut.

“Tak dengar pun. Kuat lagi. PANGLIMA BOLEH!” laung Puan Rokiah.

“PANGGLIMA BOLEHH!!” laung semua pelajar dengan penuh semangat kesukanan. Seterusnya, taklimat setiap rumah sukan telah tamat dan pembelanjaran diteruskan seperti biasa sehingga pukul dua petang.

**

Hairie termenung jauh di jendela biliknya pada malam itu. Firuz dari tadi masih melihat gelagat Hairie termenung dari jendela. Firuz tahu pasti Hairie mempunyai masalah yang dihadapi oleh rakannya itu, Hairie.

“Aku masih tidak faham tentang....,”

“Tentang apa?” tanya Firuz.

“Parut aku,” kata Hairie yang masih merenung parut di tangannya.

“Aku merasakan mimpi itu membawa petunjuk kepada aku,” kata Hairie dengan penuh perasaan.

“Kau masih percaya kepada mimpi? Jangan terlalu berharap sangat yang mimpi kamu itu adalah satu petunjuk,” kata Lim.

“Benar kata Lim. Anggaplah mimpi itu hanya mainan tidur sahaja,Hairie,” nasihat Firuz kepada rakannya.

Hairie hanya mengangguk-angguk kepalanya yang menunjukkan dia mengerti akan kata-kata Firuz. Hairie masih ragu-ragu. Semasa ia bermandi di bilik air. Dia melihat ada sesuatu cahaya misteri yang bernyala malap di parut tangannya. Apa tanda semua ini? Namun, Hairie tidak menceritakan perkara ini kepada rakannya. Hairie berfikir apa yang diceritakan tidak masuk akal tetapi dia masih ragu-ragu. Dari manakah cahaya itu datang dari parutnya? Apakah tanda cahaya tersebut dari parut berhuruf H? Apakah yang membawa maksud di sebalik huruf H? Fikirannya semakin buntu.

**



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku