Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab 3 (Latihan Rumah Sukan)
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
164

Bacaan






Bab 3

Latihan Rumah Sukan

Masa begitu pantas. Tibalah minggu yang berikut yang merupakan minggu amat penting iaitu minggu latihan rumah sukan masing-masing. Rumah sukan Panglima akan mengadakan latihan rumah mereka pada hari selasa manakala rumah sukan Samudera pula pada hari Isnin. Hari ini adalah giliran latihan rumah sukan panglima yang dimulakan pada petang nanti.

“Hairie, hari ini ada perjumpaan pengakap,” kata Firuz tergesa-gesa hendak mengambil sesuatu.

“Siapa yang beritahu?” tanya Hairie.

“Nurul!”

“Nurul?! Dia pun ahli pengakap juga,” kata Lim yang berada di sebelah Hairie.

“Sekarang! Di dewan,” kata Firuz.

“Apa nak kelam kabut, Firuz?” kata Lim melihat gelagat Firuz.

“Ya, lah. Minggu lepas ditunda mengamuk cikgu itu,” kata Firuz yang sebenarnya.

Mereka pergi ke dewan dengan keadaan pantas. Kelihatan sudah ramai pelajar berada di dewan. Lim masih sempat melihat Encik Nadzir yang memberi pengumuman tentang perjumpaan pengakap sekarang. Setelah lima belas minit kemudian, muncul guru wanita india serta guru lelaki Encik Nadzir yang baru sahaja memberikan pengumuman. Encik Nadzir akan melantik organisasi uniform mereka. Setelah itu, guru India yang dikenali sebagai Puan Nirmala akan mengadakan perkhemahan mereka selepas aktiviti olahraga sukan nanti. Hairie kelihatan gembira mendengar berita yang disampaikan oleh Puan Nirmala. Dia pernah pun merasakan nikmat kegembiraan di saat perkhemahan pada sekolah rendah dahulu. Zainal tahu apa yang dirasakan oleh Hairie. Menurut Puan Nirmala, perkhemahan itu akan dibahagikan enam buah kumpulan. Namun menurut beliau, perbincangan kumpulan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana kesempitan waktu. Oleh itu, Encik Nadzir akan mengadakan perjumpaan lagi pada minggu hadapan nanti.

“Hairie, nampak dari tadi asyik tersenyum je,”kata Nurul di pertengahan jalan menuju ke kelas. Zainal dan Firuz terdengar perbualan mereka juga.

“Hai, Nurul. Apa lagi, tentang perkhemahan?” Firuz tiba-tiba menyampuk.

“Kamu bertiga bercadang hendak ke perkhemahan tersebut?” tanya Nurul.

“Ermm, kami tidak berbincang lagi tentang itu...,”kata Lim.

“Ya, saya dan Adilah berpakat hendak ke perkhemahan tersebut. Kalau kamu bertiga, pergi. Baguslah!” kata Nurul yang tersenyum manis. Wajah manis Nurul membuat pelajar lelaki terpukau melihatnya. Akhirnya, mereka sudah sampai ke kelas.

**

Jam masih menunjukkan pukul tiga setengah petang. Hampir jam empat, Hairie dan Lim sudah bersiap memakai baju sukan untuk menjalani latihan rumah sukan. Hairie berasa seronok mengikuti hari perkhemahan. Dia masih belum membincangkan hal itu kepada Lim dan Firuz.

“Hairie, mari kita ke kantin dulu, ya,” kata Lim yang masih keadaan lapar. Hairie mengikuti sahaja kata-kata Zainal tadi. Dia juga berasa bosan menunggu semua pelajar di padang sekolah.

Setelah selesai makan ke kantin, mereka ke padang. Hampir setengah pelajar yang datang ke padang. Suasana petang di padang panas dan terik. Hairie dan Zainal memakai baju sukan yang berwarna merah dan ditulis dada baju tersebut ialah ‘PANGLIMA’. Suku daripada pelajar itu memakai baju berwarna merah manakala suku lagi pelajae itu memakai baju berwarna biru dan ditulis nama di dada baju tersebut adalah NILAM. Kelihatan ada satu pergaduhan yang berkumpulan dari rumah Nilam yang pelajarnya tinggi bergaduh dua orang pelajar dari rumah Panglima.

“Jangan nak cuba berbohong! Kamu berdua nampak apa yang kau buat tadi,” kata salah satu pelajar dari rumah Nilam itu.

“Kamu mesti bayar apa yang kau curi daripada aku!” tengking pelajar yang lebih tinggi daripada pelajar-pelajar yang lain di situ. Hidungnya tinggi sedikit serta matanya mengecil sinis.

“Abang, saya tidak melakukannya. Saya bersumpah, saya tidak melakukannya. Percayalah,..abang,” kata pelajar rumah Panglima yang sebaya dengan Hairie dan Zainal.

“Abang, tolonglah percayakan kami. Mungkin ada orang lain yang melakukannya,” kata rakannya dari rumah Panglima juga.

“Selain kamu berdua, siapa lagi yang berani nak curi?” kata salah seorang dari pelajar rumah Nilam.

Hairie melihat gelagat pergaduhan mereka lalu dia dan Zainal masuk campur pergaduhan tersebut.

“Abang! Saya bukan nak masuk campur. Tetapi, saya nak ingatkan jangan tuduh menuduh tanpa usul periksa!” kata Hairie dengan beraninya berdepan dengan pelajar dari kumpulan Nilam itu.

“Woi, kau siapa? Hah! Dia ni kawan kau, kah? Ini hal aku dengan dia. Kau jangan nak masuk campur tentang hal aku dengan dia!!” kata pelajar yang tinggi lampai itu dengan amarahnya. Zainal berasa takut melihat muka pelajar itu seperti Cikgu Encik Firdaus. Walaupun Hairie ada rasa gementar, namun dia cuba memberanikan diri.

“Saya bukan nak cari gaduh dengan abang tetapi janganlah buli dan rendah diri terhadap kami,” kata Hairie dengan suara yang kuat. Telinga pelajar tinggi lamapai itu berasap, dan terus berhadapan dengan Hairie. Hatinya benar-benar terasa sakit.

“PRITT!! RUMAH NILAM!!” kata salah seorang guru yang memanggil pelajar dari rumah mereka untuk memulakan laihan.

“Ingat! Aku tidak akan lupakan apa yang kau buat! Aku akan balas! TUNGGU!” tengking pelajar itu lalu rakan-rakan dari kumpulan Nilam beredar dari situ.

“Kamu tidak apa-apa,kah?” tanya Hairie.

“Terima kasihlah,..,”

“Sebenarnya, apa yang terjadi?” tanya Zainal.

“PRITT!! RUMAH PANGLIMA!!” kata cikgu Encik Nasir memanggi pelajar untuk memulakan latihan. Mereka menceritakan apa yang telah berlaku.

“Kamu tak berasa takutkah, dengan abang itu? Saya risaulah. Gara-gara kami berdua. Kamu terpaksa..,”kata pelajar itu dari kelas 1E.

“Tidak apalah. Mereka tidak akan melakukan apa-apa,”kata Hairie. Encik Nasir memulakan latihan rumah sukan mereka dengan memanaskan badan.

“Sempena kejohanan olahraga yang akan datang! Acara yang akan dipertandingkan seperti lumba lari lima pusingan, lumba lari 250 meter, lumba lari berpagar, lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. Syarat acara tersebut adalah bebas Sila angkat tagan sesiapa hendak memulakan latihan dalam acara lumba lari lima pusingan,”kata Encik Nasir. Hanya lima orang yang mengangkat tangan.

“Lima orang sahaja? Sesiapa lagi yang berminat dalam acara ini, angkat tangan. Masih ada masa lagi,”kata Encik Nasir yang belum berpuas hati. Hairie teringat, dia pernah menyertai acara lumba lari dan mendapat lima pingat berturut-turut setiap tahun di sekolah rendahnya dahulu. Dia juga telah menceritakan kemenangannya kepada Lim dan Firuz. Lim mencuit perutnya supaya menyertai acara itu. Tetapi, Hairie tidak berapa yakin untuk menyertai pertandingan itu kerana dia belum pernah berlumba lari dalam lima pusingan.

“Masuklah, Hairie. Cuba dulu!”Lim memberi kata semangat kepada Hairie. Tanpa berfikir panjang, Hairie mengangkat tangan tanpa segan silu.

**

Hairie berasa tidak yakin dengan acara yang perlu dipertandingkan. Dengan dorongan rakannya, Lim, dia berasa yakin apa yang perlu dia lakukan. Enam orang mengambil tempat untuk bertanding. Dalam kalangan pelajar tersebut, ada yang lebih pantas apabila melihat penampilan pelajar-pelajar tersebut. Jantung Hairie berdegup laju Dia tidak tahu, adakah ia dapat melepasi ke depan atau tidak.

“Ke garisan,....”

Hairie membongkok badannya. Begitu juga dengan peserta yang lain.

“Sedia.....,”

Merka menurun punggungnya ke bawah sambil meletak tangan ke tanah.

“Mula!!!” kata seorang pengadil.

Keenam-enam berlari dengan keadaan pantas sekali. Keempat pemain masih di depan termasuk Hairie. Satu pusingan telah dilepasi dengan sepantas kilat. Lim tidak berhenti menyebut nama Hairie untuk menyuntik semangat rakannya itu. Ketiga pemain masih di depan termasuk Hairie. Kini, pusingan kedua telah dilepasi. Hairie seperti tidak berdaya sekali. Pada pusingan yang ketiga, Hairie ditinggalkan di belakang. Dua pemain mara ke hadapan. Tidak lama kemudian, salah satu pemain memotong Hairie ke belakang.

“Hairie, Hairie!!” jerit Lim. Dengan semangat Hairie yang mendalam, Hairie cuba memotong pemain tersebut termasuk pemain kedua yang mara ke hadapan. Pada pusingan keempat, Hairie berada di tempat kedua hadapan, dia cuba memotong pemain di hadapannya tetapi tidak berdaya. Pada pusingan kelima atau terakhir, kepenatan Hairie terasa dalam diri Hairie. Pemain lain cuba memotong Hairie. Namun, Hairie tegas mara ke hadapan, ke hadapan, dan ke hadapan.

“PRITT” bunyi wisel berbunyi yang ditiup oleh Encik Nasir.

“Tahniah, Hairie. Awak berjaya. Awak adalah wakil rumah kita pada olahraga nanti. Tetapi, awak perlu berlatih dan berusaha bersungguh-sungguh supaya rumah Panglima akan menjadi johan tahun ini,” kata Encik Nasir untuk memberi semangat kepada Hairie supaya berusaha dengan lebih gigih lagi. Lima pemain yang lain mengucapkan tahniah kepada Hairie. Hairie tidak percaya bahawa dia terpilih mewakili acara lumba lari lima pusingan bagi rumah Panglima. Namun, dia tidak mensia-siakan peluang ini untuk mendapatkan mata yang tertinggi bagi rumah mereka.

“Tahniah, Hairie. Saya tahu awak pasti boleh melakukannya,” kata Lim dengan gembira.

“Terima kasih, Lim kerana memberi sokongan tadi,” Hairie hanya mampu senyum.

“Hairie! Hairie!” terdengar sayu jeritan Firuz di belakang. “Tahniah, Hairie. Aku berasa bangga dengan kajayaan kau. Semoga kejohanan nanti, kau akan buat yang terbaik,” kata Firuz yang turut gembira dengan kejayaan rakannya itu. Hairie dan Zainal terkejut dengan kedatangan Firuz secara tiba-tiba.

“Terima kasih, Firuz,” kata Hairie . Hari ini merupakan hari yang paling berharga buat Hairie. Dia merasakan dirinya cukup terhebat pada tahap ini. Dia belum yakin bahawa dia akan berjaya dalam kejohanan nanti. Namun, kurang kayakinan itu disebabkan permainan perasaan sahaja. Dia sepatutnya haruslah merasakan yakin bahawa peluang kemenangan masih cerah lagi.

**

Berita hasil kemenangan yang terpilih sebagai wakil dalam kejohanan nanti, masih terpahat di hati Hairie. Dia masih mengingati kata-kata Encik Nasir, apabila diberitahu Hairie terpilih menjadi peserta dalam kejohanan sukan nanti.

“....tetapi, awak perlu berlatih dan berusaha bersungguh-sungguh supaya rumah Panglima kali ini akan menjadi johan dalam acara ini,” itulah kata-katanya. Hairie perlu berlatih berlumba lari dan yakin kejayaan itu akan menghampirinya nanti. Pada keesokkan harinya, Hairie, Lim dan Firuz belajar sekolah seperti biasa sehingga pada waktu rehat, belum sempat Hairie melangkah satu kaki ke luar pintu. Terdengar “Hairie!!” namanya di belakang. Hairie menoleh. Kelihatan Nurul serta Adilah berdiri bersama.

“Betulkah awak terpilih acara lumba lari lima pusingan dalam kejohanan nanti?” kata Nurul dengan serius.

“Ya lah. Orang tegas macam Hairie ni memamg terpilih,” kata Firuz menyampuk.

“Firuz! Saya bukan tanya dengan awak. Saya tanya dengan Hairie. Faham!!” kata Nurul yang kelihatan marah.

“Sudahlah! Benda tu pun nak gaduh lagi. Betul apa yang dikatakan oleh Firuz tadi. Memang saya terpilih sebagai acara tersebut dalam kejohanan nanti,”kata Hairie berterus terang.

“Benarkah begitu? Saya kagum dengan awak. Saya doakan bahawa awaklah juara dalam kejohanan yang akan bermula nanti,” kata Nurul dengan senyuman yang manis.

“Terima kasih atas sokongan awak, Nurul,” kata Hairie yang membalas senyuman kepada Nurul. Lim pun mengajak Hairie dan Firuz ke perpustakaan untuk menimba beberapa pengetahuan yang ada di situ.

**



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku