Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab 4 (Sukantara)
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
114

Bacaan






BAB EMPAT

SUKANTARA

“Untunglah kau, Hairie,” puji Firuz. Hairie terkejut mendengar kata-kata Firuz.

“Apa maksud kau?” tanya Hairie dengan kemusykilan.

Firuz menutup buku latihannya lalu berdiri menuju ke jendela. Malam iti tiada bintang di langit. Suhu pada malam itu sungguh dingin.

“Hah, waktu begini amat sejuk sekali, Hairie. Engkau beruntung kerana kau dapat apa yang kau miliki. Tetapi,..,”

“Em.... Eehem....,”tegur Lim.

“Nampak macam sedih jer. Kenapa? Kau cemberukan Hairie ke?” kata Lim.

“Kau semua tidak tahu.. Aku dapat tiga pingat emas berturut-turut dalam sukan..,” kata Firuz dengan angkuh.

“Acara apa yang kau ambil?”tanya Hairie.

“Lompat tinggi....,”

“Lompat tinggi?”

“Ya,.. Kenapa?”

“Jangan kecewa, Firuz. Mungkin ketinggian palang dalam acara tersebut berbeza dalam acara di sekolah rendah. Kita sama-sama berjanji akan saling bantu-membantu apabila salah seorang daripada kita menimpa dalam kesusahan,” kata Lim dengan pendapatnya.

“Betul tu! Susah senang kita bersama. Sekarang, minggu kesukanan. Oleh itu, semangat kesukanan akan terpahat dalam diri kita masing-masing,” kata Hairie dengan penuh semangat.

“Ya, KITA BOLEH!!” jerit mereka bertiga dengan penuh semangat kesukanan mereka.

**

Esok adalah bermulanya hari pertama pada minggu yang berikutnya. Mereka bangun awal pada hari tersebut. Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Mereka masih dalam perjalanan untuk pergi ke kelas. Tiba-tiba terdengar bunyi mikrofon apabila ada orang yang membetulkan kerosakan mikrofon tersebut.

“Hello, percubaan satu, dua, tiga..” terdengar kata-kata pelajar yang cuba membaiki telefon tersebut. Dua minit kemudian, terdengar suara Encik Firdaus memberi pengumuman.

“Sila beri perhatian kepada semua pelajar di sekolah ini. Diminta pelajar beratur di tapak perhimpuanan, sekarang!” kata Encik Firdaus dengan keadaan tegas. Kebisingan pelajar semakin perlahan setelah mendengar pengumuman tersebut. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut mengambil masa dua puluh minit untuk beratur di tapak perhimpunan.

Kelihatan semua guru di sekolah tersebut berkumpul di pantas behadapan di tapak perhimpunan. Encik Firdaus memulakan ucapannya. “Terima kasih kerana semua pelajar telah memberi kerjasama untuk beratur di tapak perhimpunan sekarang ini. Assalamualaikum dan Selamat Pagi, yang berusaha, Tuan Pengetua, Para pentadbir, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Tujuan kita berkumpul pada pagi ini adalah merasmikan kejohanan olahraga yang kali ke dua puluh tujuh pada tahun ini. Oleh itu, pada hari rabu dan khamis minggu ini akan mengadakan sukantara yang melibatkan semua pelajar kecuali hari khamis. Hari khamis adalah pelajar yang terpilih dalam acara kejohanan sahaja yang terlibat. Pelajar yang lain tidak diwajibkan hadir. Saya rasa itu sahaja pengumuman hari ini, dijemput tuan pengetua sekolah untuk memberi ucapan beliau, dipersilakan,” kata Encik Firdaus yang mengakhiri ucapannya. Perhimpunan tersebut telah tamat pada 8.30 pagi.

“Majlis bersurai...,”kata Encik Firdaus. Kelihatan Puan Rokiah memberitahu sesuau kepada Encik Firdaus.

“Pelajar-pelajar sekalian diminta tunggu sebentar. Satu pengumuman bagi aktiviti sukantara pada hari rabu yang akan dimulakan pada pukul empat petang melibatkan semua pelajar. Pelajar yang tidak melibatkan semua pelajar. Pelajar yang tidak melibatkan diri pada sukantara tersebut. Maka, mata rumah sukannya akan ditolak. Sukantara pada hari khamis melibatkan pelajar yang terpilih sahaja pada pukul empat petang. Sekian,” kata Encik Firdaus.

Hairie perlu berlatih bersungguh-sungguh dalam acara yang dia terpilih. Dorongan rakannya, Hairie semakin yakin dan semangat kesukanan diri Hairie semakin membara. Namun, masa begitu pantas. Pada hari rabu waktu malamnya, Firuz pengalaman bersukan pada hari sukantara.

“Meluat betul. Aku tengok Farid tu, berlagak, macamlah diateror sangat. Hiss, bencinya,” luah Firuz dengan penuh kebencian.

“Siapa Farid?” kata Lim.

“Ala, Farid yang tinggi lampai dari rumah Nilam,” kata Firuz.

“Yang tinggi? Nilam? Macam mana kau tahu nama dia?” kata Hairie terkejut kerana dia pernah kenal orang yang tinggi dari rumah Nilam.

“Masa tu, aku terdengar nama Farid dari rakan sebaya dia. Berlagak betul,” kata Firuz. Namun, Lim menceritakan dia dan Hairie pernah terserempak denga Farid.

“Kalau tidak, masa itu, aku nak pecah-pecahkan kepala dia. Nasib baik ada cikgu rumah Nilam,” kata Firuz setelah mendengar cerita Lim. Tiba-tiba muncul dari fikiran Zainal tentang perjumpaan Pengakap.

“Hairie, esok ada perjumpaan pengakap tentang perancangan perkhemahan pada pukul empat petang ini,”

“Apa! Empat petang esok? Mana boleh. Masa itu aku ada sukantara. Ishh, macam mana nie?” kata Hairie lalu bangun dan berjalan-jalan dalam keadaan menggelabah dan terpinga-pinga.

“Hairie! Sudahlah tu. Kami berdua kan ada. Nanti kami sampaikan apa-apa pesanan dalam perjumpaan pengakap selepas selesai sukantara nanti. Rilekslah,” kata Firuz.

“Mana boleh! Perkhemahan itu adalah kegemaran aku. Aku mesti datang juga!” kata Hairie.

“Hairie, perjumpaan pengakap adalah perbincangan dulu. Sudah kita ketahui tarikhnya, barulah kami maklum nanti, faham!!” jelas Lim.

Hairie sudah mengerti apa yang dikatakan oleh Zainal. Dia berasa bersyukur kerana mempunyai rakannya yang mengambil berat tentangnya. Hari semakin larut malam. Bintang-bintang yang bertaburan di langit menyinari cahaya malam. Angin bertiup sempoi-sempoi. Mata mereka bertiga sungguh mengantuk lalu tertidur dalam keadaan lampu terbuka.

**

“TUK! TUK! TUK!” bunyi ketukan pintu pada mulanya perlahan selepas itu, bunyi itu terus menjadi kuat. Hairie terjaga dari tidurnya. Zainal dan Firuz masih nyenyak tidur dan tidak terjaga ketukan pintu tersebut. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Lampu di biliknya masih berfungsi. Hairie bangun lalu membuka pintu dalam keadaan mengantuk. Kelihatan seorang pak cik yang berjanggut panjang sehingga ke bawah leher, berpakaian seragam dalam keadaan muka yang masam dan marah.

“Kenapa tidak tidur-tidur lagi?” kata pak cik tersebut. Hairie membeliakkan dua biji matanya, barulah dia tahu bahawa pak cik itu adalah pengawal sekolah ini.

“Saya tidur....,” kata Hairie.

“Kalau tidur, kenapa lampu bilik kamu terbuka?” tanya pengawal itu.

“Saya dan kawan-kawan saya tertidur dan tidak sedar lampu bilik saya menyala,” kata Hairie berterus terang.

“Kalau begitu, padamkan lampu bilik kamu dan tidur,” kata pengawal itu dengan garangnya. Hairie hanya mengangguk kepalanya bermaksud memahami apa yang oleh pengawal tersebut. Hairie memadam suis lampu biliknya dan menutup pintu. Suasana menjadi gelap. Hanya cahaya dari jendela iaitu cahaya lampu jalan raya dan tiang-tiang lampu di sekeliling sekolahnya. Hairie merasakan malam itu sepi. Dia amat mengantuk sekali. Sebelum dia menutup matanya, dia berasa sejuk di pergelangan tapak tangannya. Apabila dia membuka matanya semula, dia terkejut parut di tangannya bercahaya terang. Dia terdengar orang berbisik di sebelah almari. Lelaki yang tidak dikenali ketawa sinis. Dia memasukkan bebola itu ke dalam gelas yang berisi air lalu cahaya dalam bebola itu hilang. Lelaki itu berjalan dan mengetuk pintu. Muncul gadis yang berambut perang dan panjang. Gadis itu kelihatan mengandung. Wajah gadis itu tersenyum manis apabila lelaki itu muncul Lelaki itu melakukan jelingan mata yang jahat. Lelaki itu ada niat buruk terhadap gadis itu. Lelaki itu memberikan gelas itu kepada gadis tersebut. Gadis itu sudah terpedaya kata-kata manis lelaki itu. Gadis itu terus minum air itu sehingga habis. Tiba-tiba, cahaya misteri muncul di lehernya, selepas itu cahaya itu menyalur ke bahagian dadanya dan seterusnya, cahaya itu menyalur ke arah kandungannya.

“Aahh!! No!!”gadis itu menjerit sekuat hati keranan kesakitan yang dialaminya sangat perit. Lelaki itu bangun dan senyum sinis apabila rancangan dia berjaya. Lelaki itu terus ketawa. “Ha! Ha! Ha!”

“Aaaahhh!!!”gadis itu terus menjerit. Cahaya dalam kandungannya bertambah terang dan seterusnya malap sebentar. Hairie tidak sampai hati melihat keadaan gadis itu yang mengeluarkan beberapa titisan air mata. Hairie menuju ke arah gadis itu lalu berkata “Calm down, sister,”lelaki itu hilang secara ghaib. Hairie tidak mempeduikan kehilangan lelaki yang tidak memberi kemanusiaan. Kandungan dalam perut gadis itu semakin nipis

“Calm down, sis,”kata Hairie yang tidak mampu berbuata apa-apa kerana hari telah larut malam.

“Calm down........calm down........sister,”

“Calm down??!”

“Hairie!! Ini akulah,” kata Firuz yang berhampiran dengan Hairie apabila Firuz tersedar dari tidur. Hairie terkejut dan tidak menyangka gadis itu ghaib dan bertukar menjadi Firuz. Adakah Hairie bermimpi?

“Hairie, kau bermimpi kah?” kata Firuz.

“Ermm, ya. Aku bermimpi tadi. Maaf lah,” kata Hairie yang masih ragu-ragu.

“Tak apa. Kau telah mengejutkan aku dari tidur. Sekarang sudah pukul enam. Lim masih belum bangun dari tidurnya,” kata Firuz yang matanya masih kuyu. Akhirnya, Hairie mengejutkan Lim lalu mereka bersiap untuk ke kelas pembelanjaran yang seterusnya.

**

Hairie masih ragu-ragu kerana dia tidak tahu mesej yang disampaikan dalam mimpinya semalam. Hari ini dia perlu bersedia untuk ke sukantara, pelajar yang terpilih dalam acara-acara yang dipertandingkan dalam kejohanan nanti. Hairie tidak tahu bagaimana acara sukantara tersebut.

“Hairie, semalam kau bermimpi?” tanya Firuz. Hairie tidak tahu berkata apa-apa. Dia cuba berbohong.

“Ya, aku bermimpi,”

“Mimpi apa? Ceritalah sedikit,” tanya Firuz. Waktu selepas pembelanjaran sememangnya waktu kelapangan untuk Firuz bertanya. Patutkah Hairie menceritakan apa yang telah berlaku? Patutkah begitu? Hairie cuba mencari alasan yang munasabah.

“Ala,..mimpi biasa ja. Hah, kerja Matematik yang cikgu beri semalam, kau sudah siapkan?” kata Hairie yang bertukar topik. Firuz merasakan Hairie menyembunyikan sesuatu kepadanya.

Jam menunjukkan dua petang. Lim mengajak Hairie ke dewan latihan.

“Dewan latihan? Kau tahu dari mana?” tanya Hairie.

“Di belakang kantin. Aku tidak tahu sekolah ini ada dewan latihan pula. Mari kita cuba masuk,” ajak Lim. Mereka pun pergi ke tempat tersebut. Bangunan iu lebih besar dan ketinggiannya lebih kurang sama dengan ketinggian bangunan kantin sekolah. Mereka membuka pintu. Pintu itu tidak berkunci.

“Wah, lapangnya tempat ini!” kata Lim.

“Hairie, kau kena berlatih bersungguh-sungguh. Beginilah...,”

**

Lim telah memberi tunjuk ajar dan semangat kepada Hairie pada hari sukantara ini. Jam telah menunjukkan pukul empat petang. Pelajar-pelajar yang terpilih berkumpul di padang. Kelihatan Encik Firdaus muncul di padang.

“Pelajar-pelajar sekalian, diminta bersedia. Acara pertama adalah lumba lari lima pusingan,..,” kata Encik Firdaus. Hairie terkejut. Dia keseorangan di padang. Rakannya iaitu Firuz dan Zainal menghadiri taklimat pengakap tentang hari perkhemahan. Hairie terpaksa membatalkan niatnya untuk ke taklimat tersebut. Acara pertama akan dimulakan sebentar lagi.

“Semua pelajar yang terpilih dalam acara pertama berkumpul di sini!” kata Encik Firdaus. Beberapa pelajar yang rumah sukan yang berbeza keluar menuju ke tempat garisan. Hairie terkejut apabila melihat seorang pelajar yang tinggi dari rumah Nilam. “Farid!” bisik hati Hairie apabila dia teringat niat jahat yang dikatakan oleh Firuz semalam. Farid terkejut melihat Hairie kerana mereka berdua pernah bertemu. Mereka seperti tidak bertegur sapa.

“Ke garisan,” peserta-peserta mengambil tempat masing-masing

“Sedia..,” mereka menurunkan punggungnya.

“Mula!!:

“Dass!!” satu das tembakan pistol dilepaskan oleh Encik Firdaus. Enam peserta yang rumah sukan berbeza berlari dengan agak pantas. Farid berada di depan sekali. Dia berlari dengan pantas dengan menggunakan kakinya yang panjang dan kuat. Hairie tertinggal jauh dan berkedudukan ketiga. Satu pusingan telah dilepasi. Namun, Hairie tidak pernah berputus asa. Dia cuba memotong peserta dari rumah Samudera yang berkedudukan kedua. Akhirnya, Hairie berjaya memotongnya. Hairie cuba memotong Farid. Namun, gagal kerana otot kaki Farid yang kuat dan panjang mampu melangkah perjalanan yang cepat. Pusingan kedua sudah dilepasi. Hairie berasa tidak yakin untuk memotong Farid lalu teringat kata-kata Zainal.

“Jangan berputus asa, Hairie. Kau boleh melakukannya, pasti boleh. Percayakan pada diri sendiri,” dengan nasihat rakannya yang membara. Hairie cuba memotong Farid ke depan, ke depan, dan ke depan. Hairie berjaya melepasi kedudukan Farid. Wajah Farid tiba-tiba berubah. Dia memotong Hairie ke depan dan berjaya melepasi kedudukan Hairie ke depan. Pusingan ketiga sudah dilepasi. Wajah Farid dengan jelingan jahat melempar wajahnya ke arah Hairie. Hairie membalas pandangannya yang sangat meluat dan benci. Memang benar apa yang dikatakan oleh Firuz. Memang Farid orangnya sombong dan tidak mempunyai perasaan. Dalam pusingan keempat, Hairie gagal lagi memotong Farid. Hairie sudah tidak berdaya lagi. Semangat Hairie sudah tidak membara dan hilang.

“YA!! RUMAH NILAM!! JUARA!! YA!! NILAM PASTI BOLEHH!!” laung pelajar-pelajar dari rumah Nilam. Kepala Hairie tiba-tiba sakit dan anggotanya lemah sekali.

**

“Bagaimana Hairie, sukantara petang tadi? Boleh lepas,tak?” tanya Lim pada waktu malamnya.

“Aku rasa rumah kita tidak mampu menjadi juara pada hari kejohanan nanti,” kata Hairie dengan hampa.

“Kenapa? Apa yang telah terjadi?”kata Lim kerana tidak percaya bahawa Hairie bukanlah orang yang berputus asa.

“Kau ingat tentang pelajar yang paling Firuz benci?” kata Hairie.

“Siapa? Farid?”

“Ya, Farid. Dia juga mengambil acara yang sama dengan aku. Aku tidak boleh menewaskan dia. Aku tidak boleh!” kata Hairie dengan berputus asa.

“Kenapa? Kau kena ada keyakinan diri tau,” tegas Lim.

“Itu aku tahu. Tetapi, aku tidak boleh kerana kakinya yang panjang dan tinggi. Aku tidak boleh. Rumah Panglima akan kalah!!” kata Hairie dengan patah hati akibat kedatangan Farid dalam acara tersebut.

“Aku faham perasaan kau, Hairie. Tetapi, kau haruslah yakin pada diri sendiri. Sudahlah, kita lupakan pasal itu. Aku ada berita baik,Hairie,” kata Lim untuk menggembirakan Hairie dari tekanan perasaan yang mendalam.

“Berita apa pula?” tanya Hairie dengan selamba.

“Perkhemahan!”

“Apa? Perkhemahan? Bagaimana?” tanya Hairie yang wajahnya berubah menjadi gembira apabila menyebut istilah ‘perkhemahan’.

“Menurut perbincangan ahli-ahli pengakap dan Puan Nirmala, kami bersetuju mengadakan perkhemahan selesai sahaja kejohanan olahraga nanti, akan diadakan kem perkhemahan terbuka. Ahli-ahli pengakap juga telah diagih beberapa kumpulan kepada yang mengikuti perkhemahan tersebut. Jangan risau, Hairie. Aku sudah letakkan nama kamu dalam kumpulan kami,” jelas Lim dengan panjang lebar.

**



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku