Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab 5 (Kejohanan Olahraga)
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
318

Bacaan






BAB LIMA

KEJOHANAN OLAHRAGA

Masa berjalan dengan pantas. Hari kejohanan olahraga akan bermula jam dua petang. Hari ini, pembelanjaran terpaksa ditangguhkan kerana persiapan Hari Kejohanan Olahraga. Terdapat beberapa khemah telah didirikan di padang. Khemah berjalur hanya untuk tetamu dan guru-guru sahaja. Khemah itu kelihatan besar daripada khemah-khemah yang lain. Khemah-khemah yang lain adalah dari rumah sukan bagi setiap khemah. Cuaca agak terang benderang kerana cahaya matahari yang terus bersinar. Ada juga beberapa pelajar dan guru memakai topi untuk melindungi daripada cahaya matahari tersebut. Kelihatan Hairie, Lim, dan Firuz masih berada di dewan latihan.

“Aku rasa Farid terlalu handal daripada aku,” kata Hairie.

“Kamu mesti yakin, Hairie. Buktikan kehandalan kamu kepada orang ramai bahawa kamu boleh melakukannya, Hairie,” kata Zainal untuk memberi semangat kepada Hairie. Perasaa Hairie tiba-tiba berubah. Dia berasa tidak yakin akibat kehadiran Farid yang lebih handal daripadanya.

“Semua pelajar berkumpul di khemah rumah sukan masing-masing dan jangan merayau-rayau di tempat lain! Tindakan tegas akan dilakukan,” laung seorang guru. Hairie,Lim dan Firuz berada di rumah sukan masing-masing. Hairie dan Lim berada di rumah sukan yang sama iaitu rumah Panglima. Di dalam perjalanan menuju ke rumah sukan Panglima, Hairie dan Lim terserempak dengan Farid.

“Hai, orang yang terhormat. Sebentar lagi, kita akan bertanding dalam acara yang pertama. Nampaknya semasa sukantara, kamu juga adalah orang terhandal juga. Tetapi, kamu jangan harap dapat kalahkan aku, rumah Panglima!!” kata Farid dengan tersenyum sinis dan jelingan yang jahat.

“Woi! Awak jangan pandang rendah dengan dia. Jangan tunjuk berlagak dekat sini! Cermin diri awak tu, sikit. Macamlah handal sangat!” tengking Lim kepada Farid.

“Kau sibuk campur tangan aku dengan Hairie, kenapa?” marah Farid.

“Sudahlah. Hairie, mari kita pergi ke khemah. Buang masa bergaul dengan orang yang sombong ni,”jawab Lim lalu mengajak Hairie ke khemah rumah sukan masing-masing.

Sebelum memulakan acara pertama untuk dipertandingkan, pertunjukkan kawat kaki dan badan uniform untuk menyerahkan bendera sempena upacara perasmian kejohanan olahraga akan dijalankan. Pertunjukkan kawat kaki badan beruniform memang memukau dan kemas. Lima belas minit kemudian, upacara menaikkan bendera kejohanan olahraga telah pun dijalankan. Hairie berasa gementar sahaja. Dia tidak pasti dan yakin bahawa dia dapat mengalahkan Farid. Hatinya berdebar-debar kerana acara yang diambil adalah acara yang pertama.

“Pelajar-pelajar yang terpilih dalam acara lumba lari lima pusingan boleh berkumpul di tempat permainan,” kata seorang guru wanita yang berucap. Guru-guu rumah Panglima telah memberi kata-kata semangat kepada Hairie.

“Hairie, awak buat dengan sebaik yang mungkin. Yakinkan pada diri sendiri,” kata Cikgu Nasir, selaku guru ketua rumah Panglima. Hairie merasakan sudah berkali-kali kata-kata semangat diucap oleh rakan-rakannya dan guru kepadanya. Tetapi, hati dia berasa tidak sedap hati. Dia merasakan ada sesuatu yang akan terjadi kepadanya selepas ini.

“Hairie, termenung apa lagi? Lekas berkumpul di sana,”

Acara akan dimulakan sebentar lagi. Di dalam perjalanan, hatinya tertanya-tanya, adakah dia dapat menewaskan Farid yang handal itu? Muncul di dalam fikirannya, apabila dia teringat mimpi atau kejadian seorang wanita mengandung dan lelaki aneh itu. Dia masih tidak mengerti apakah maksud di sebalik mimpi tersebut?

“Hairie!” kata Encik Firdaus yang menunggu ketibaan Hairie. Encik Firdaus memberitahu Hairie acara akan dimulakan.

“Hairie, nampak macam gementar sahaja. Rileslah..,” kata Farid menyindir Hairie.

“Cepat! Semua masuk ke garisan. Lekas,” kata Encik Firdaus. Semua peserta masuk ke garisan.

“Hairie, lakukan dengan semangat,” kata Firuz yang menyaksikan perlumbaan Hairie.

“Yakinkan pada diri sendiri!” Lim tidak berhenti menyuntik semangat Hairie. Farid mendengar laungan rakan Hairie dengan pandangan yang meluat dan benci.

“Ke garisan...,”

“Sedia...,”

“Mula!!”

Satu das tembakan dilepaskan di udara yang dilakukan oleh pengadil iaitu Cikgu Firdaus. Keenam-enam peserta lari dengan sepantas kilat. Jantung Hairie tiba-tiba berdenyut. Tanpa yang disangkakan, parut di tangannya bercahaya semula.

**

“Di mana aku, sekarang?,” kata Hairie. Dia tempatkan di sesuatu lorong yang dipenuhi banyak sampah dan barang-barang yang lain. Hairie terdengar bunyi yang mencurigakan di celah dan bersebelahan sampah. Janting Hairie berdenyut semula. Hatinya tertanya-tanya dimanakah dia berada sekarang. Tanpa disedari olehnya, tiga ekor anjing yang besar dengan giginya dipenuhi oleh air liurnya kelihatan bengis apabila Hairie berada di situ. Hairie terkejut melihat anjing-anjing tersebut. Anjing-anjing itu mendekati Hairie lalu mengejar dia. Hairie terkejut lalu membuka langkah seribu untuk menyelamatkan diri sendiri. Anjing-anjing itu berlari dengan pantas. Kaki anjing itu mampu membuka langkah anggaran seribu meter. Anjing-anjing itu tidak berhenti mengejar Hairie. Hairie kepenatan. Kakinya seperti tidak berdaya untuk berlari. Walau bagaimanapun, Hairie mahu menyelamatkan diri daripada ancaman ketiga-tiga anjing yang ganas itu. Dalam pertengahan jalan, kakinya tersepak di sesuatu barang di penjuru lalu terjatuh. Kesakitannya dapat dirasai. Anjing-anjing itu semakin mendekati dengan Hairie. Hairie cuba bangun semula lalu berlari semula. Ketiga-tiga anjing yang besar itu meneruskan kejaran. Langkah kaki anjing itu amat luas menyebabkan anjing-anjing itu semakin mendekati Hairie. Hairie berada dalam keadaan cemas sekali. Bajunya basah bermandi peluh. Dia tidak berdaya lagi untuk berlari. Kakinya lenguh. Kepalanya sakit seakan-akan banyak cucukan pisau di kepalanya. Suasananya kelihatan kabur dan pudar lalu menjadi gelap.

**

Hairie membuka matanya dengan perlahan. Di sekelilingnya kelihatan Lim dan, Firuz, Encik Nazri dan guru-guru lain.

“Di mana saya sekarang?” kata Hairie dengan suara perlahan kelihatan.

“Hairie, akhirnya kamu sedar juga. Kamu ada di bilik kesihatan,” kata Lim dengan senyuman manis.

“Bilik kesihatan? Apa yang sudah berlaku?” tanya Hairie dengan curiga kerana teringat dia dikejar tiga ekor anjing yang ganas.

“Hairie,..sebenarnya...,” tidak sempat Firuz berkata sesuatu. Cikgu Nazri berkata “Tahniah, Hairie! Rumah kita menjadi juara...,”

“Saya kagum dengan awak, Hairie. Awak memang mempunyai kebolehan,” kata Nurul yang masih menemani Hairie. Zainal memberi hadiah pingat emas dua kalung hasil kemenangan Hairie.

“Tahniah, Hairie. Saya yakin awak boleh melakukannya,” kata Lim. Hairie masih belum mengerti. Apa maksud di sebalik hadiah itu?

“Apa yang berlaku sebenarnya?” ulang Hairie. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya.

“Awak tidak tahu apa yang kamu lakukan, Hairie? Awak juara dalam acara lumba lari. Hairie, awak lupakah?” kata Firuz dengan berterus terang. Dia hairan melihat keadaan Hairie seolah-olah dia hilang ingatan.

“Juara! Lumba lari? Apa yang berlaku?” kata Hairie dalam hati. Dia tidak ingat bila dia jadi juara dalam pertandingan tersebut.

“Mungkin awak pengsan tadi. Awak tidak tahu siapa yang menjuarai dalam pertandingan itu,” kata Nurul dengan pendapatnya.

“Pengsan!! Bila?” tanya Hairie dengan terkejut.

“Masa awak berlumba lari dalam pertandingan itu, Hairie,” jawab Nurul.

Zainal berasa risau keadaan Hairie yang seolah-olah lupa diri.

“Cuba awak ingat kembali. Awak pernah terjatuh semasa berlari akibat tendangan Farid. Cuba awak ingat kembali,”kata Zainal yang berusaha untuk mengingatkan kembali keadaan Hairie.

“Jatuh?” kata Hairie lalu ia mengingatkan kembali bahawa dia pernah terjatuh akibat kakinya tersepak sesuatu barang dalam kejaran tiga ekor anjing.

“Anjing!!” tiba-tiba mulut Hairie muncul perkataan ‘anjing’.

“Anjing?! Apa maksud awak?”kata Nurul dengan hairan.

“Ermm, cuma teringat anjing di rumah jiran,” Hairie cuba berbohong.

Lim berpandangan aneh terhadap Hairie kerana dia tahu Hairie cuba berbohong. Setelah semua guru-guru, Nurul dan rakan-rakannya yang lain beredar, Lim ingin tahu perkara sebenarnya di sebalik perkataan ‘anjing’. Firuz turut mengetahui perkara itu. Hairie terpaksa memberitahu perkara yang sebenarnya. Dia tidak tahan menyembunyikan perkara yang aneh itu kepada Zainal dan Firuz.

“Mesti. Awak berdua tidak percaya cerita aku kan?”kata Hairie yang mengakhiri cerita yang sebenarnya berlaku. Zainal dan Firuz terkejut walaupun hati mereka mengatakan tidak percaya tetapi dia tahu Hairie tidak akan berbohong.

“Masa itu, parut kamu bercahaya?”tanya Firuz.

“Ya,” jawab Hairie.

“Mesti ada perkara aneh terhadap parut awak. Hairie, lebih baik aku beritahu Cikgu Nadzri,”kata Lim.

“Jangan,Lim. Tidak usahlah kau beritahu kepada sesiapa. Aku pasti lambat laun aku tahu apa yang di sebalik rahsia parut ini,”kata Hairie yang tidak mahu menyusahkan orang lain. Tetapi, dia sanggup menanggung segala risiko yang harus dia hadapi.

**

Misteri parut di tangan Hairie menjadi simbol tanda tanya bagi Lim dan Firuz. Hairie juga tidak sangka bahawa dapat memenangi peringkat johan dalam pertandingan tersebut. Pada waktu malamnya, Firuz berborak seronok dalam karenah kejohanan olahraga tadi.

“Rugi kalau kamu tidak ambil pingat kerana kamulah rumah Panglima menjadi juara,” kata Lim kepada Hairie. Hairie tersenyum sahaja. Dia berasa bersyukur dapat memenangi pertandingan tersebut.

**

Pada keesokan harinya, Hairie, Lim dan Firuz persekolahan seperti biasa.

“Hairie, bagaimana keadaan awak, okey?” kata Nurul sebaik sahaja menuju ke kelas.

“Saya okey, Nurul. Terima kasih atas keprihatinan awak,” kata Hairie dengan melemparkan senyuman. Nurul membalas senyuman Hairie. Nurul teringat akan satu perkara.

“Oh,ya. Baru saya teringat, minggu hadapan ada satu perjumpaan pengakap yang membincangkan tentang perkhemahan nanti,” kata Nurul.

“Hari apa perjumpaan itu diadakan?” tanya Lim.

“Seperti biasa iaitu selasa pukul empat,” jawab Nurul.

“Hari apa,ya? Perkhemahan itu akan dimulakan?” tanya Hairie yang tidak sabar untuk mengikutinya.

“Hairie, rilekslah, masih dalam perbincangan. Macam tidak sabar-sabar pula,” kata Firuz yang sudah tahu keinginan Hairie itu. Setelah selesai perbincangan mereka, pembelanjaran dimulakan seperti biasa.

**

“Bagaimana rasanya berada di hutan nanti? Mesti ada perkara yang aneh berlaku,” kata Firuz yang sebelum ini, tidak pernah mengikuti perkhemahan di dalam hutan.

“Ya lah, Hairie. Kamu kan pernah mempunyai pengalaman berada di dalam hutan. Ada tak perkara yang menakutkan?” kata Lim yang ingin tahu kerana dia terlalu taksub ketika membaca buku cerita yang bermotifkan misteri dan mistik di mana wujudnya perkara-perkara aneh atau ajaib.

“Apa yang kamu semua merepek ini? Mana ada perkara aneh itu berlaku. Tetapi, saya teringatkan kata-kata guru petugas semasa saya pergi ke kem hutan di sekolah rendah dulu. Dia kata peraturan wajib diikuti. Kalau tidak diikuti dengan betul, mesti ada malapetaka yang akan berlaku terhadap dirinya seperti kena sampuk hantu dan macam-macam lagi,” jelas Hairie yang mempunyai pengalaman dan teringat salah seorang rakannya di sekolah rendahnya terkena rasuk.

“Apa? Sampuk hantu? Kalau begitu, tak mahulah ikuti perkhemahan,” kata Firuz yang merasakan badannya tiba-tiba dingin.

“Apa yang nak ditakutkan, Firuz? Perkara itu memang jarang berlaku. Kalau begitu, kenalah ikut peraturan dengan teliti supaya tidak akan berlaku musibah yang akan menimpa terhadap diri kita, Faham!” jelas Hairie.

“Sudahlah. Jangan fikirlah pasal perkhemahan itu. Hari sudah lewat malam, nanti lambat pula nak bangun tidur,” kata Lim yang matanya kuyup dan mengantuk.

**

Kini yang ditungu-tunggu akan tiba nanti. Hari selasa adalah hari yang paling menyeronokkan walaupun perkhemahan itu belum dijalankan. Penentuan tarikh perkhemahan merupakan hari yang bersejarah buat Hairie. Cuaca petang redup. Cahaya matahari masih belum terang. Cuaca redup seolah-olah awan akan berubah menjadi hitam. Waktu hampir jam empat petang. Hairie, Lim dan Firuz sama-sama menuju ke dewan untuk mendengar taklimat perkhemahan yang dirancangkan. Mereka ditegur sekumpulan pelajar perempuan seperti Nurul. Hairie berasa seronok sekali. Ketibaan guru penasihat iaitu Puan Nirmala serta beberapa guru-guru lain yang terlibat juga dalam perkhemahan ini. Semua pelajar di dewan itu mengucapkan selamat petang. Sebelum memulakan perbincangan, Puan Nirmala akan memperkenalkan beberapa guru tersebut. Setelah selesai, perbincangan yang diketuai Puan Nirmala baru dimulakan.

“Menurut pelajar-pelajar sekalian, minggu ini dan minggu hadapan tidak boleh adakan hari perkhemahan kerana ada mesyuarat penting sempena ketibaan yang terhormat Menteri Pelajaran Kuala Lumpur. Oleh itu, kita adakan perkhemahan pada minggu berikutnya,” jelas Puan Nirmala dengan tegas.

**



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku