Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab 6 (Hari Perkhemahan)
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
76

Bacaan






BAB 6

HARI PERKHEMAHAN

Cuaca belum terang sepenuhnya pada hari esoknya. Pembelanjaran diteruskan seperti biasa. Pada waktu rehat, Hairie, Lim, dan Firuz hendak menuju ke perpustakaan. Mereka sudah ketahui bahawa perkhemahan itu akan diadakan pada hari rabu minggu berikutnya. Hairie tidak sabar mengikuti perkhemahan itu. Menurut Puan Nirmala, bayaran yang akan dikenakan sebanyak dua puluh lima ringgit Malaysia sahaja. Hairie masih belum menelefon ibunya untuk membiayai bayaran perkhemahan tersebut. Dia akan memberitahu kemudian. Belum sempat membuka pintu perpustakaan. Mereka terdengar suara gadis sayu meminta tolong.

“Tolong.....tolong.......tolong......Hairie, Lim dan Firuz.........,”

“Suara siapakah itu?” tanya Firuz.

“Mari kita cari siapa gerangan suara gadis itu,” cadang Liml. Mereka mencar-cari suara itu.

“Hairie,....Lim....tolong!!!!!” suara itu semakin dekat. Tiba-tiba terlihat sekumpulan pelajar lelaki dari Tingkatan Lima menahan Hairie dan rakan-rakannya. Suara gadis yang terjerit-jerit itu adalah suara Nurul. Nurul ditahan oleh sekumpulan pelajar tersebut..

“Abang, lepaskan Nurul. Kasihankan dia,” kata Firuz yang kasihan melihat Nurul.

“Mana Hairie, hah??” kata pelajar itu dengan suara yang kasar dan garau. Hairie terkejut lalu menunjukkan dirinya kepada pelajar-pelajar yang ganas itu.

“Oh, kamu yang bergelar Hairie, ya!!” kata salah seorang pelajar itu. Tiba-tiba muncul seorang pelajar yang tinggi lampai. Rupa-rupanya pelajar yang baru muncul itu adalah Farid. Hairie, Lim, dan Firuz berasa terkejut.

“Woi! Hairie! Kau memang tak guna! Kau guna ilmu apa, hah?” tanya Farid denga wajah yang garang dan tidak berpuas hati.

“Apa yang kau maksudkan ini? Aku tidak faham,” kata Hairie yang berterus terang dan tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Farid tersebut.

“Jangan kau buat tidak tahu, Hairie. Kemenangan kau tu adalah penipuan. Kau mesti guna apa-apa ilmu untuk menang dalam pertandingan kejohanan itu. Kalau kau tidak berterus terang dengan aku, perempuan ini akan menerima nasibnya nanti!” kata Farid dengan kasar.

“Farid! Apa yang kamu merepek ini? Kamu tahu dari mana Hairie guna ilmu? Mana buktinya?” tanya Lim yang berasa geram dengan ketegasan Farid itu.

“Jangan kau berdalih, Hairie. Kau ceritalah perkara yang sebenarnya! Hah! Itu buktinya,” kata Farid yang menunjukkan tangan kiri Hairie.

“Tatu apa itu? Kau bukan orang islam kah? Mungkin tatu itu yang mempergunakan Hairie supaya menang dalam pertandingan tersebut. Tetapi, ermm...mungkin kamu semua tidak percaya apa yang aku nampak semasa hari pertandingan itu berlangsung sebab orang ramai tidak nampak apa yang aku nampak, Hairie!” jelas Farid dengan wajah yang serius.

“Maksud kau? Kau nampak sesuatu yang aneh?” walaupun masih dalam tangkapan, Nurul masih bersuara.

“Ya. Aku nampak seluruh anggota badan Hairie bercahaya! Benar! Amat terang cahayanya! Aku syak bahawa Hairie mesti menggunakan ilmu yang tidak sepatutnya. Hairie, lebih baik kau jelaskan perkara yang sebenarnya!! Sekarang !!” Farid masih belum berpuas hati tentang kemenangan Hairie. Sepatuntnya kemenangan lumba lari dimenangi olehnya. Lim dan Firuz terkejut. Begitu juga Nurul. Penjelasan Farid memang benar-benar tidak masuk akal. Hairie teringat semasa dia sembunyikan perkara sesuatu terhadap rakannya bahawa semasa itu dia berada di bilik air dan ternampak cahaya sebahagian daripada anggotanya. Dia merahsiakan perkara tersebut kerana dia menganggap perkara itu tidak masuk akal. Akhirnya, rahsia itu akan terbongkar juga.

“Hairie, mengapa kau diam? Oh, kamu takut hendak memberitahu perkara yang sebenarnya bahawa kau guna ilmu hitam??” kata Farid yang tuduh melulu.

“Farid! Mengapa kau tuduh yang bukan-bukan. Dia islam. Jangan kau masuk soal agama pula,” kata Firuz yang yakin bahawa Hairie bukan yang sedemikian. Lim dan Firuz mengerti masalah Hairie kerana mereka berdua telah ketahui kejadian sebenarnya. Demi untuk menyelamatkan Nurul, Hairie terpaksa mengambil dua pingat emas yang dimenanginya semula.

“Nah, ambillah pingat ini. Pingat ini tidak berhak aku menangi. Abanglah yang berhak dan sesuai untuk menangi. Tetapi, lepaskan Nurul dahulu,” kata Hairie lalu menyerahkan dua pingat itu kepada Farid.

“Betulkah awak mahu menyerahkan pingat itu? Hairie, awak tidak menyesalkah?” tanya Farid untuk mendapakan kepastian. Hairie menggeleng-gelengkan kepala menandakan ‘tidak’. Farid tersenyum. Dia tidak menyangka Hairie bertindak untuk mengembalikan pingat itu.

“Terima kasih, Hairie. Ambillah Nurul ini,” kata Farid lalu dia dan rakannya beredar dari situ.

“Hairie, betulkah apa yang diceritakan oleh Farid tadi?” tanya Nurul dengan keadaan curiga terhadap Hairie. Hairie tidak mampu berkata apa-apa. Tetapi, Lim dan Firuz terpaksa memberitahu perkara yang sebenarnya berlaku kepada Nurul. Nurul terkejut.

“Hairie!”

Tiba-tiba ada suatu suara yang memanggil Hairie. Rupa-rupanya Farid muncul sekali lagi.

“Aku nak beri satu peluang! Betul kamu tidak mahu pingat ini? Fikir masak-masak. Aku tidak mahu nanti kamu, kamu minta kembali pingat ini semula?” kata Farid dengan tegas. Hairie berfikiran sejenak. Dia tahu, dia tidak akan mengubah keputusannya.

“Ambillah!! Aku tidak layak memenangi kemenangan dan pingat ini. Awaklah yang layak memenangi sepenuhnya kemenangan itu,” kata Hairie dengan tekad. Rakan Farid berbisik-bisik seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

“Betul, kamu tidak menyesal. Pingat ini tidak akan kembalikan kepada kamu, Hairie sampai bila-bila. Faham!!” kata Farid memberi peringatan kepada Hairie.

“KRINGG!!!”

Bunyi deringan loceng yang kuat menandakan waktu rekat telah selesai. Farid dan rakannya beredar dan menuju ke kelas masing-masing. Begitu juga dengan Hairie, Lim, Firuz, dan Nurul menuju ke kelasnya.

**

Langit di suasana malam yang gelap gelita disinari cahaya dari bintang-bintang yang bertaburan. Lim dan Firuz khusyuk membuat tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Hairie belum menyiapkan kerja sekolahnya. Dia teringat peringatan Farid. Dia merasakan ada perkara yang hendak disembunyikan sesuatu dari rakan Farid. Kenapa Farid datang kembali lagi setelah beredar dari situ yang seronok mendapat pingat? Adakah dia sekadar untuk mendapatkan kepastian atau disebaliknya? Fikirannya telah mengganggu untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Mujurlah ada rakannya, Lim dan Firuz yang sering membantunya. Bunyi telefon bimbit Hairie berfungsi dengan lagu ‘Mewangi’. Hairie tahu pasti ibunya menelefon menanyakan khabar. Hairie menjawab telefon itu.

“Hello, ibu! Assalamualaikum...,” suara Hairie keletihan manja. Lim dan Firuz mendengar kelihatan cemburu dengar suara manja itu.

“Waalaikumusalam, sayang! Tidak tidur lagi, ya? Buat apa tu?” tanya ibunya, Puan Munirah. Hairie teringat aktivit perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

“Masih buat kerja sekolah, ibu. Hairie nak pergi kem perkhemahan minggu hadapan. Jadi, Hairie perlukan wang!” jelas Hairie.

“Wang! Baiklah. Ibu izinkan Hairie pergi. Berapa bayarannya?” tanya ibunya.

“Cuma dua puluh lima ringgit sahaja. Ibu, ada satu perkara yang Hairie nak katakan,” kata Hairie lalu bangun dan bercakap di halaman jendela. Lim dan Firuz tahu mesti ada perkara rahsia tidak boleh diketahui oleh mereka sendiri. Namun, mereka berdua tidak akan masuk campur dalam perbualan Hairie dan ibunya.

“Perkara apa yang hendak dikatakan, Hairie?” tanya ibunya.

“Begini, betulkah parut atau tanda di tangan Hairie ini adalah tanda lahir, ibu?” tanya Hairie untuk mendapatkan kepastian.

“Kenapa Hairie tanya soalan begini? Hairie tidak percaya kata-kata ibu? Perkara apa yang membuatkan Hairie cuba tanya soalan itu?” tanya ibunya.

“Tidak ada apa-apa. Cuma bertanya sahaja,” kata Hairie cuba menyembunyikan sesuatu.

“Hairie, ibu tahu kamu mesti berbohong. Mustahil jika kamu tiba-tiba bertanya soalan begitu. Cakaplah, sayang. Apa sebenarnya berlaku?” kata ibunya sudah tahu benar perangai Hairie. Hairie serba salah untuk menceritakan perkara yang sebenarnya. Namun, dia terpaksa menceritakan apakah yang terjadi.

“Oleh sebab itulah, Hairie syak sangat parut inilah yang munculnya cahaya tadi. Sejak akhir-akhir ini, Hairie rasa ada perkara aneh yang selalu muncul dalam mimpi Hairie. Apa petanda mimpi itu, ibu? Ibu, adakah benar itu adalah tanda lahir Hairie yang sebenarnya?” kata Hairie yang menceritakan perkara yang sebenarnya. Munirah diam sebenar. Munirah tidak tahu berkata apa-apa. Dia tidak sanggup untuk mengatakan perkara yang sebenarnya.

“Ibu pun tidak tahu. Memang parut itu tanda lahir kamu. Hari sudah lewat malam. Lain kali ibu telefon, ya, sayang. Bye!!” kata Munirah, ibunya yang sengaja menutup perbualannya bersama anaknya, Hairie. Munirah berasa gelisah. Mustapha keluar dari bilik air. Dia terlihat wajah isterinya berubah.

“Abang, bagaiman ini? Saya takut nanti anak kita tahu diri dia yang sebenarnya,” kata Munirah.

“Kenapa ni, sayang? Apa yang telah berlaku?” tanya Mustapha.

“Anak kita. Tadi, dia tanya pasal parut di tangan dia,” kata Munirah.

“Tentang parut itu! Abang pasti dia tidak akan tahu perkara sebenarnya! Percayalah!” kata Mustapha dengan yakin.

“Tetapi, dia kata ada cahaya dari parutnya dan selalu bermimpi. Abang, bagaimana ni? Saya takut mimpi yang dia alami adalah petanda yang memberitahu identiti dirinya yang sebenarnya. Saya takut kehilangan anak kita, bang. Tolonglah, abang!! Saya takut,” rayu Munirah dalam keadaan tertekan. Dia tidak sanggup kehilangan Hairie buat selama-lamanya

“Sayang!! Bersabar. Jangan terlalu tertekan. Tenang dulu dan rehatkan diri. Dengar sini, abang percaya dia tidak akan tinggalkan kita. Sudahlah, hari sudah lewat malam. Tidur,ya. Jangan terlalu terlalu banyak berfikir,” nasihat Mustapha kepada isterinya. Selepas itu, hati Munirah berasa tenang dan kembali kepada sedia kala.

**

KRING KRING. Bunyi loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba pada hari keesokannya. Hairie, Lim, dan Firuz seperti biasa mahu pergi ke perpustakaan. Akan tetapi, Hairie ditegur oleh seorang pengawas.

“Adik ini namanya Hairie, bukan?” tanya pengawas itu.

“Ya. Saya Hairie. Ada apa?” tanya Hairie.

Lim dan Firuz meninggalkan Hairie bersama pengawas itu. Mereka pergi menuju ke rak buku untuk mencari buku.

“Cikgu Nirmala mahu berjumpa dengan awak sekarang,” kata pengawas itu.

“Baiklah,” kata Hairie lalu memberitahu dia hendak berjumpa dengan Puan Nirmala.

Fikiran Hairie masih bermain-main di fikirannya. Dia tidak tahu apakah tujuan Puan Nirmala mahu berjumpa dengan dia. Adakah tentang perkhemahan? Atau selama ini Puan Nirmala sebagai guru bahasa Inggeris di kelasnya, bertanya tentang pelajaran dan kerja sekolahnya?

Hairie membuka pintu bilik guru. Dia mencari-cari meja kedudukan Puan Nirmala. Tiba-tiba kelihatan tangan yang melambai-lambai kearahnya. Rupa-rupanya meja guru itu berada di sudut tepi jauh darinya.

“Cikgu, panggil saya!” kata Hairie.

“Ya. Ermm, cikgu nak tanya sesuatu. Kenapa kamu pulangkan pingat kejohanan kepada Farid?” kata Puan Nirmala. Hairie terkejut. Fikirannya berkata mungkin angkara Farid. Hairie cuba bertanya semula.

“Bagaimana cikgu tahu hal ini?”

“Cikgu dengar dari rakaman telefon ini,” jelas Puan Nirmala lalu membuka rakaman telefon itu. Terdengar suara Farid.

“Aku nak beri satu peluang! Betul kamu tidak mahu pingat ini? Fikir masak-masak. Aku tidak mahu nanti kamu, kamu minta kembali pingat ini semula?” selepas itu terdengar suara Hairie. Hairie melan air liurnya setelah mendengar rakaman itu.

“Ambillah!! Aku tidak layak memenangi kemenangan dan pingat ini. Kaulah yang layak memenangi sepenuhnya kemenangan itu,” Puan Nirmala menutup rakaman itu.

“Hairie, mengapa awak kata begitu?” kata Puan Nirmala dengan serius.

“kerana.....kerana....... Saya menggunakan cara negatif untuk mendapat pingat itu,” kata Hairie yang terlintas memberi jawapan di fikirannya

“Jadi, memang benarlah kata Farid yang kamu menggunakan ilmu luar biasa supaya dapat memenangi kemenangan itu!!”kata Puan Nirmala.

“Bukan begitu, cikgu. Saya ........,”belum sempat Hairie berkata sesuatu. Puan Nirmala mencelah percakapan Hairie. “Jangan cuba berbohong, Hairie! Mana ada cara lain supaya dapat memenangi pertandingan itu. Saya sudah kenal Farid. Dia seorang yang tinggi dan sudah lima kali, ia memenangi pertandingan itu. Lepas itu, mustahillah Farid kalah dengan kemenangan kamu, Hairie kerana kamu tidaklah seberapa tinggi dan hebat berbanding dengan Farid itu. Oh, saya lupa pula. Kamu ini adalah salah seorang ahli perkhemahan yang akan diadakan pada minggu hadapan,ya. Kamu tidak layak mengikuti perkhemahan tersebut!!” kata Puan Nirmala. Hairie amat terkejut.

“Mengapa saya tidak mengikuti cikgu?”kata Hairie dengan rasa kecewa.

“Oleh kerana kamu mempunyai ilmu yang luar biasa itu, saya takut nanti, ada kejadian buruk berlaku di hutan. Kamu tahu kan, keadaan di hutan sangat merbahaya. Keputusan saya muktamad. Kamu tidak layak mengikuti perkhemahan itu dan segala rayuan yang awak berikan tidak akan dilayan. FAHAM!!” kata Puan Nirmala dengan panjang lebar dan tegas. Hairie terkejut sekali lagi. Dia tidak menyangka bahawa guru seperti Puan Nirmala mempunyai sikap tegas berbanding dia bergaul dengan orang lain dengan penuh sifat kelembutan.

“Mengapa sampai begitu sekali, cikgu?”kata Hairie dengan belas kasihan.

“Kerana kesalahan kamu adalah amat besar dan boleh membahayakan orang lain! Sudah awak boleh pergi! Saya ada kerja lain yang harus diselesaikan,” kata Puan Nirmala yang wajahnya berubah menjadi keadaan masam. Hairie beredar dengan keadaan kecewa. Segala yang Hairie inginkan akan menjadi musnah dan gelap. Impian Hairie tidak akan tercapai.

**

“Apa! Kamu tidak boleh mengikuti perkemahan? Kenapa?” kata Lim dengan keadaan terkejut. Dia tahu mesti Hairie kecewa tentang hal ini.

“Tentang pingat. Ini semua angkara Farid. Dia memberitahu segalanya kepada cikgu Nirmala,”jelas Hairie pada waktu malam itu.

“Dia memberitahu kau ada ilmu hitam?”tanya Firuz juga mendengar perbuatan mereka.

“Semestinya dan saya rasa tidak puas hati kerana cikgu asyik membelakangkan Farid kerana sifat fizikalnya yang layak memenangi pertandingan itu. Apa yang bagus sangat si Farid itu? Entahlah, macamlah Farid itu anak kandung dia,” jelas Hairie yang meluahkan perasaannya yang tidak puas hati dengan guru bahasa Inggeris di kelas mereka.

“Cikgu Nirmala, kan? Baru saya teringat dia adalah guru pelatih rumah Nilam. Oleh sebab itulah, dia membelakangkan Farid,” kata Firuz.

“Sebab itulah Cikgu Nirmala percayakan Farid. Tak guna, si Farid, sudah dapat pingat cukuplah. Lepas tu, nak beritahu cikgu pula. Ini sudah keterlaluan. Eaah, aku nak ajar si Farid itu!” kata Firuz yang tidak puas hati.

“Sabar, Firuz. Sabar. Hairie, aku ada satu cadangan. Cuba kamu buat rayuan. Manalatahu awak diterima,” kata Lim.

“Tidak boleh. Cikgu Nirmala sudah memperingatkan saya bahawa segala rayuan yang diterima tidak akan dilayan!” jelas Hairie.

“Susahlah macam ini kalau kau tidak mengikuti dengan kita sekali. Kita seharusnya mencari jalan supaya Hairie dapat mengikuti perkhemahan itu nanti,” kata Firuz memberi cadangan.

“Bagaimana caranya, Firuz? Mungkin ini nasib aku kerana tidak mengikuti perkhemahan bersama kamu berdua. Sudah tidak ada jalan lain supaya aku dapat pergi perkhemahan itu,” kata Hairie dengan kecewa.

“Kalau begitu, aku juga tidak mahulah mengikuti perkhemahan itu?” kata Lim.

“Aku juga. Tidak mahu jika tidak bersama dengan kau, Hairie,” kata Firuz dengan nekad.

“Lim, Firuz. Kenapa kamu berdua harus mengikuti aku? Kamu berdua belum pernah lagi,kan merasai pengalaman di sana? Malahan, aku sudah beberapa kali merasa pengalaman itu,” kata Hairie lalu sepantas kilatnya Firuz menyambung percakapan Hairie “Tetapi tanpa dorongan awak, Hairie. Kita tidak akan pergi!” kata Firuz.

“Tidak boleh! Tidak boleh! Kamu berdua harus pergi juga!!” kata Hairie.

“Hairie!! Kenapa awak harus paksa kami? Kami cuma mahukan kamu ada bersama-sama kami. Lupakah kamu tentang janji kita bahawa susah senang kita bersama. Kita tidak akan berpisah, Hairie,” jelas Lim.

Hairie mengerti. Dia tahu janji persahabatan mereka bertiga. Dia berasa serba salah. Impian dan angan-angan mereka untuk pergi ke perkhemahan tidak menjadi. Keseronokan Hairie yang masih terpendam dalam hati sudah hilang. Mungkin harapan yang hilang itu mempunyai musuh yang boleh menghalang mereka untuk pergi ke perkhemahan itu.

**



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku