Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab 7 (Keajaiban Bermula)
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
81

Bacaan






BAB 7

KEAJAIBAN BERMULA

Sudah tiga bulan, Hairie, Lim, dan Firuz bersekolah di sekolah asrama penuh. Mereka bertiga sudah biasa hidup di asrama itu dengan banyak pengalaman pahit dan manis yang mereka alami. Minggu hadapan adalah minggu cuti penggal pertama untuk tahun ini. Hairie sudah membuat keputusan untuk pulang ke rumah ibubapanya kerana terlalu rindu akan ibubapanya. Lim dan Firuz juga ada perancangan yang akan dilakukan semasa cuti penggal ini. Pada waktu malam, hari pertama cuti penggal sekolah, di rumahnya ada tetamu misteri yang datang.

KRING..KRING.. . Bunyi telefon rumahnya berdering kuat. Munirah mengangkat telefon itu.

“Hello, siapa di sana?”

“Munirah! Ini saya, Fatimah,”

“Fatimah! Ada hal apa yang telefon malam-malam ini?”

“Ira, saya ada masalah sikit. Saya harap tidak menyusahkan awak,”

“Tidaklah. Awak kan kawan lama saya. Saya anggap awak ni macam adik-beradik. Masalah apa yang membimbangkan awak?”

**

Pada malam itu, Hairie masih berada di biliknya untuk menyiapkan kerja sekolahnya yang diberikan oleh guru sempena cuti sekolah ini. Lima belas minit kemudian, terdengar riuh rendah di ruang tamu. Hairie terfikir mesti ada tetamu yang datang. Hairie terus menuju ke ruang tamu.

“Fatimah! Masuklah. Buatlah macam rumah sendiri,” kata Munirah menjemput seorang wanita yang sebaya dengannya. Hairie cuba mengendap di tangga sahaja. Dia berasa malu berdepan dengan tetamu tersebut kerana belum pernah mengenali keluarga itu.

“Mana Halim, Ima?” kata Mustapha yang tiba-tiba muncul.

“Oh, dia ke kedai belikan makanan,” kata Fatimah tersenyum.

“Apa yang nak disusahkan ,Ima? Di sini banyak makanan. Oh, ini anak awak, Ima! Umurnya mesti sebaya dengan anak saya, Hairie, kan? Siapa nama anak awak tu?” tanya Munirah. Hairie cuba melihat anak Fatimah yang umurnya sebaya dengannya. Tetapi, wajahnya dilindung oleh rambutnya yang lurus.

“Namanya Nurul....,”

“NURUL!!” kata Hairie dalam hati.

“Mustahil Nurul datang di rumah aku,” bisik hati Hairie. Dia seolah-olah tidak percaya akan rakan sekelasnya yang belum rapat iaitu Nurul datang di rumah Hairie.

“Mana anak kamu, Ira?” kata Fatimah.

“Oh, terlupa pula. Jemputlah minum. Biar saya panggil anak saya dulu, ya” kata Munirah lalu beredar untuk ke bilik anaknya iaitu Hairie. Hairie ke ruang tamu mengikut arahan ibunya.

“Inilah anak saya, Hairie namanya,” kata Munirah. Nurul memandang Hairie. Hairie membalas pandangan Nurul. Mereka berdua pernah saling mengenali kerana berada di sekolah yang sama. Mereka berdua saling berpandangan. Hairie barulah mengetahui bahawa keluarga Nurul mahu tinggal di rumah Hairie hanya dua hari kerana mempunyai masalah kenderaan dalam perjalanan pulang ke rumah.

**

Pada keesokan harinya, Munirah menyediakan sarapan dengan enak dan makanannya agak banyak keranan kedatangan rakannya itu. Setelah selesai sarapan, Hairie keluar menghirup udara segar di luar kawasan rumahnya. Kawasan rumahnya dipenuhi pokok pokok yang menghijau yang boleh menenangkan fikiran. Tiba-tiba muncullah Nurul di situ.

“Cantik juga kawasan rumah awak, Hairie!” kata Nurul. Hairie terkejut akan kedatangan Nurul.

“Terima kasih,” balas Hairie dengan ringkas.

“Hairie, bukankah awak terlibat dalam aktiviti perkhemahan di sekolah? Semasa perkhemahan diadakan, saya tidak nampak awak dan kawan awak mengikuti perkhemahan itu,” kata Nurul.

“Saya..ada masalah dan terpaksa membatalkan niat saya untuk mengikui perkhemahan itu,” jawab Hairie.

“Masalah apa?” tanya Nurul lagi.

“Masalah keluarga...,” Hairie cuba berbohong.

“Rugi,..awak tidak pergi perkhemahan itu. Banyak pengalaman manis yang tidak dapat saya lupakan. Amat menyeronokkan masa itu. Awak tahu, Cikgu Firdaus belanja saya dan kawan-kawan saya di restoran yang makanannya.....emm...paling enak. Mahal tau harganya tetapi Cikgu Firdaus tetap bayar. Wahh, amat seronok sekali. Rugi jika awak tidak mengikuti perkhemahan itu,” kata Nurul dengan perasaan yang menyeronokkan dalam kehidupannya. Hairie berasa cemburu melihat gelagat Nurul menceritakan pengalaman semasa aktiviti perkhemahan itu berlangsung.

“Hairie, kenapa ini? Saya marah awak ke?” tanya Nurul apabila melihat wajah Hairie tiba-tiba berubah.

“Tidak. Cuma saya tidak sedap hati. Tak tahulah. Kenapa?” kata Hairie.

“Awak sakit?”

“Tak,”

“Kalau bukan. Ermm, jom lakukan aktiviti sesuatu seperti bermain, jalan-jalan, dan apa-apa sahaja,” kata Nurul memberi cadangan.

**

Bunyi kicauan burung-burung kedengaran di luar rumah Hairie. Mungkin burung-burung itu masih sibuk mencari makanan. Hairie bingkas bangun dari tidur. Hairie dapat merasakan bahawa hari ini adalah hari yang paling menyeronokkan. Tidak tahulah perasaan dia tiba-tiba menjadi gembira. Hairie sekeluarga dan Nurul sekeluarga sarapan seperti biasa. Hairie dikejutkan oleh anak jiran sebelah yang namanya Izral. Izral bukanlah rakan yang rapat. Rakan di sekolah rendahnya yang paling rapat adalah Azrul.

“Siapa yang datang rumah awak, Hairie?” tanya Izral yang ingin tahu.

“Kawan ibu aku. Kenapa?” tanya Hairie.

“Tak ada apa-apa. Cuma tanya sahaja. Eh, Hairie, boleh saya tahu, siapa budak perempuan yang cantik tu?” kata Izral yang menjeling mata apabila terlihat Nurul masih bercakap-cakap dengan ibunya.

“Woi, Izral. Kenapa dah berkenan ke? Oklah. Nama dia ialah Nurul. Puas hati,” kata Hairie.

“Haii, macam marah jer. Janganlah begitu, rileks brader!” kata Izral mengusik.

“Kau ni dah lebih-lebih ni. Oh, aku tahu kau suka kat dia, kan? Aku beritahulah,” kata Hairie yang membalas usikan rakannya itu.

“Hairie!! Tunggu....,”

“Kenapa, Izral? Takut?”

“Kau ni, jangan buat aku macam ni. Aku bukan suka kat dia, cuma nak berkawan dulu. Nak tahu juga, latar belakang dia, prestasi akademik dan lain-lain lagi,” jelas Izral.

“Jadi, kau nak berkawan dengan dia dengan lebih rapatlah. Emm, boleh. Aku pergi panggil dia sekarang, boleh?” kata Hairie.

“Tunggu kejap!! Hari ini aku ada buat apa-apa tak?” Izral bertanya kepada diri sendiri. “Ermm..tak ada kot. Oklah. Sekarang, kau boleh pergi panggil dia,” kata Izral.

Hairie dengan sepantas kilat pergi memanggil Nurul. Nurul bersetuju untuk berjumpa dengan Izral. Izral melihat Hairie dan Nurul pergi menuju ke arahnya.

“Ya Allah, dia datang! Dia sudah datang!” kata Izral dalam hati. Hatinya berdebar-debar secara tiba-tiba.

“Hai,...nan...nama saya Izral. Nnamu kamu ssiapa?” kata Izral dengan teranggap perkataan yang dia sebutkan. Izral sebenarnya sudah ketahui nama perempuan itu tetapi dia menganggap persoalan itu adalah bermulanya persahabatan.

“Saya Nurul. Mahu apakah Izral berjumpa dengan saya?” tanya Nurul. Izral tidak tahu berkata apa-apa. Dia melihat raut wajah budak perempuan itu bagaikan bidadari yang turun dari kayangan. Hairie melihat gelagat Izral melihat wajah Nurul agak lucu. Hairie tahu Izral sememangnya golongan pelawak di dunia.

“Saya cuma mahu berkenalan. Boleh saya tahu...,” belum sempat Izral mahu berkata sesuatu lalu Hairie memotong percakapan Izral “Izral, Nurul. Saya masuk ke dalam dulu ada hal mustahak yang harus saya selesaikan,” kata Hairie

“Hairie, kau nak pergi mana? Tunggulah dulu habis aku cakap....,” kata Izral yang melarang Hairie pergi.

“Tak apa, berbual dulu. Aku pergi dulu, ya,” kata Hairie lalu beredar dari situ.

“Alamak! Aku dengan Nurul kat sini. Tak biasalah aku bercakap dengan perempuan yang tidak berteman. Hairie ni, sengaja nak mempermainkan aku,” Izral berbisik dalam hati. Dia seolah-olah malu-malu kucing berhadapan dengan Nurul tanpa Hairie. Izral tersenyum memandang Nurul.

“Hehe....ermm.. Nurul sudah makan?”

“Sudah...,”

“hehehe”

“Issh.., segannya aku,” kata Izral dalam hati.

“Sekarang ni, Nurul tak buat apa-apa ke? Kalau tak ada, bolehlah Izral ajak Nurul keluar bersiar-siar kat taman ni, boleh?” kata Izral.

“Boleh juga. Nurul asyik duduk rumah jer. Boleh juga keluar jalan-jalan. Tetapi, waktu sekarang ni cuaca panas. Tunggu petang nantilah. Bolehlah ajak Hairie sekali, ya,” kata Nurul.

“Hairie? Erm, bolehlah,” kata Izral yang belum sempat berkata sesuatu. Kedengaran jeritan ibu Izral.

“IZRAL!! IZRAL!!”

“Ya, mak!! Tunggu!”

“Jumpa lagi, Nurul. Bye,” kata Izral lalu beredar menuju ke rumahnya. Nurul menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Izral itu. Nurul berpaling unuk pergi ke rumah. Tetapi, dia sempat melihat Hairie mengendap di penjuru jendela lalu Hairie berpandang ke arah lain. Nurul tahu pasti Hairie mendengar segala percakapan dia dengan Izral. Nurul terus berjumpa dengan Hairie.

“Hairie, awak curI-curi dengar, ya?” kata Nurul yang ketahui perkara itu.

“Mana ada. Awak salah faham kot,” kata Hairie dengan senyum.

“Hairie, awak jangan berpura-pura tidak tahu. Saya tahu awak telah mendengar semua percakapan saya dengan Izral. Jadi, macam mana? Petang ini, mahu ikut atau tak?” tanya Nurul kepada Hairie. Hairie tiba-tiba ketawa kecil.

“Hei! HAIRIE!! Kenapa dengan awak ni? Ketawa pula. Cepatlah jawab pertanyaan saya,” kata Nurul lagi.

“Kenapa awak tidak pergi dengan Izral sahaja? Kan romantik? Hehehe,” kata Hairie dengan ketawa besar.

“HAIRIE!! Awak ini kenapa? Main-main pula. Saya tidak ada perasaan langsung dengan si Izral tu, sebab itulah, saya nak awak temankan sekali, boleh, kan? Awak tu bukannya nak ajak saya bersiar-siar kat taman tu. Asyik berkurung, kat rumah ja. Malulah sikit diri awak tu,” kata Nurul dengan marah apabila dirinya dipermainkan oleh Hairie.

“Ha! Nurul ni selalu menangkan Izral daripada saya. Mesti ada apa-apa ni, kan?” kata Hairie mempermainkan Nurul sekali lagi.

“HAIRIE!! GERAMNYA DENGAN AWAK NI!! Awak ni kesitu pula. Kalau begitu, saya pergi dulu dan malas nak layan karenah awak, tu,” kata Nurul dengan panas baran lalu dia mahu beredar akan tetapi dihalang oleh Hairie.

“Nurul! Tak kan pasal perkara itu pun nak merajuk. Oklah. Saya minta maaf apa yang saya cakapkan tadi. Saya akan temankan awak pergi bersiar-siar di taman ini. Ok. Sorry, girl” kata Hairie sambil memujuk Nurul.

Sememangnya hari ini adalah hari yang paling menyeronokkan bagi Hairie. Apabila munculnya Izral, dia dapat merasakan Izrallah pembawa kebahagiaan dirinya dan Nurul. Hairie pun tidak terfikir untuk membawa Nurul bersiar-siar di taman. Fikirannya masa itu kosong dan tidak tahu berbuat apa-apa.

**

Nurul berasa seronok berada di rumah Hairie. Kemunculan Izral, rakan jiran rumah Hairie memeriahkan lagi suasana kehidupannya. Keluarga Hairie dan keluarga Nurul makan malam bersama-sama. Makanan pada waktu malam lebih enak kerana Fatimah turut membantu Munirah memasak hidangan malam. Oleh sebab itu, Hairie merasakan ada kelainan terhadap makanan yang dimakan olehnya. Selepas makan malam, Hairie dan Nurul sekeluarga bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen. Mustapha dan Halim berbisik sesuatu lalu Halim bersuara.

“Hairie, cuti ini awak tidak lakukan apa-apa?” tanya Halim.

“Tidak, Pak Cik,” kata Hairie dengan ringkas.

“Kalau tidak, Pak Cik dan ayah kamu bercadang nak bawa kamu dan Nurul pergi berkelah di hutan dan dapatlah kamu mengisi masa lapang musim cuti sekolah ini dengan perkara-perkara yang berfaedah,” jelas Halim, ayah kepada Nurul. Hairie tergumam. Keseronokan dalam diri Hairie berputik kembali. Hairie tersenyum mendengar berita ini lalu dia bersetuju untuk berkelah pada musim cuti sekolah ini. Hairie masih teringat rakan-rakannya iaitu Lim dan Firuz yang belum pernah mengalami aktiviti ini lalu Hairie meminta persetujuan terhadap bapanya dan bapa Nurul. Setelah berfikir panjang, kedua-dua bapa Hairie dan Nurul bersetuju membawa bersama Lim dan Firuz. Hairie berasa amat seronok dan dia juga tidak berharap bahawa aktiviti ini ditangguhkan atau tidak boleh dilakukan seperti hari perkhemahan di sekolah. Bintang-bintang menyinari kegelapan. Taburan bintang di langit dapat membentuk buruj. Hairie menganggap bintang-bintang itu adanya harapan dia untuk menikmati keseronokan berkelah atau berkhemah di hutan nanti.

**

Jam menunjukkan pukul tujuh pagi pada hari esoknya. Dua sekeluarga bersarapan bersama-sama. Setelah bersarapan, Hairie masih teringat rakannya untuk memberitahu perancangan aktiviti yang telah dirancang oleh bapa Nurul.

“Waalaikumusalam, Hairie. Sudah lama tidak dengar suara kamu. Kamu apa khabar? Macam mana cuti ini, seronok?” kata Lim menjawab panggilan Hairie melalui telefon.

“Saya sihat. Seronok juga. Hah, awak nak tahu tak? Ermm, pasti awak tidak percaya ni?” bodek Hairie.

“Hal apa? Cakap jer. Saya percaya,” jelas Zainal.

“Baiklah. Tetapi, jangan jeuolus pula,” kata Hairie sengaja memberhentikan katanya yang masih belum jelas membuatkan Zainal berasa berdebar-debar.

“Jelous? Issh, tentang apa? Cakap tu terus terang. Janganlah berhenti separuh jalan. Apa dia?” Lim mula meninggikan suaranya kerana dia tidak mahu Hairie sengaja memberi kejutan.

“Relas, Lim. Sebelum itu, aku nak tanya, Firuz sedang buat apa masa ini? Macam sunyi jer,” kata Hairie yang sengaja mengubah topik.

“HAIRIE! Soalan aku masih belum terjawab. Kalau awak tidak beritahu, soalan awak pun saya tidak akan beritahu jawapannya. Cepat, jawab pertanyaan aku dulu, SEKARANG!” kemarahan Zainal tiba-tiba membara.

“Relakss. Jangan cepat marah, nanti cepat tua.....ha,ha,ha,” Hairie ketawa kecil lalu menyambungkan percakapannya. “Kasihannya, baiklah. Sebenarnya, bermula cuti sampai kini, Nurul.....aku ulang....NURUL.....dia dan keluarganya menginap di rumah aku. Menurut pendapat awaklah, keluarga dia memang baik dengan keluarga aku. He,he, puas!!” kata Hairie berterus terang.

“Betul ke? Tak sangka keluarga Nurul itu datang rumah kamu. Mesti best awak dengan Nurul kan?” kata Lim.

“Issh,..mana ada. Nurul sudah ada orang lain iaitu rumah sebelah aku ni, kawan lama aku, Izral. Aku rasa mereka berdua memang sepadan dan sesuai sekali. Awak bukan tahu, Izral tu pelawak orangnya. Hah, aku ada satu perkara yang sangat mustahak. Mesti awak serta Firuz gembira mendengar berita ini,” kata Hairie yang sengaja memberi kejutan sekali lagi.

“Apa dia, Hairie? Cakap cepat sikit. Jangan pula bagi sakit hati aku,” kata Lim yan memberi amaran terlebih dahulu.

“Baiklah saya janji. Cuti ini mesti kamu semua bosan berada di asrama,kan? Aktiviti apa yang selalu dilakukan pada masa cuti ini?” tanya Hairie.

“Aktivitinya tidak beberapa seronok sangat seperti permainan, kelab, dan lain-lain lagi,” jelas Lim.

“Kasihannya kamu. Mesti kamu rasa tidak ada apa yang menarik masa cuti ini,kan? Tetapi musim cuti sekolah belum habis lagi. Saya nak ajak kamu serta Firuz berkhemah di hutan. Mesti kamu berdua belum pernah merasai aktiviti di hutan, kan? Bagaimana?” kata Hairie.

“Benarkah? Akhirnya impian kita untuk berkhemah tercapai. Tentulah kami bersetuju, Hairie. Bila kita adakan akitiviti tersebut?” tanya Lim yang belum pernah merasai bermalam di hutan.

“Emm,..kita pergi bersama Nurul serta bapanya termasuk bapa saya. Menurut mereka, aktiviti ini akan diadakan hari sabtu ini. Insya-Allah, aku akan menyuruh ayah mengambil kamu dan Firuz ke lokasi hutan tersebut. Aku ada hal di dalam. Semoga kita berjumpa pada hari perkhemahan nanti,”kata Hairie yang mengakhiri perbualannya dengan kawan karibnya, Zainal. Lama juga mereka berbual setelah mulanya cuti berlalu. Hairie mengambil angin di luar sambil mendengar karenah keluarga Nurul dengan keluarganya.

**

“Sabtu ini, kamu bertolak?” Kata Izral pada hari keesokan harinya setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Nurul dan Hairie.

“Kenapa Izral? Terkejut!! Kalau kamu nak ikut sekali, tiada masalah,” kata Hairie.

“Tetapi. Kenapa hari sabtu? Esok tak bolehkah? Sabtu ini aku ada kat kampung. Eh, esok aku kena teman kakak aku pergi universiti pula. Aku rasa tidak jadi pergi bersama kamu berdua. Maaflah,” kata Izral berwajah sedih.

“Tidak apa. Aku faham situasi kamu, Izral. Janganlah bersedih. Kamu kan sudah pergi berkhemah di sekolah rendah dahulu..,” kata Hairie cuba memujuk Izral.

“Sekolah rendah dengan waktu sekarang berbeza. Mungkin kamu berdua dapat pengalaman berlainan daripada hari yang lepas,” kata Izral pula. Izral memberi sokongan terhadap Hairie dan Nurul walaupun dia tidak dapat bersama mereka.

**

Tepat jam tiga petang pada keesokan harinya, Firuz dan Limbermain badminton di gelanggang sekolahnya. Waktu petang yang ceria dan cahaya matahari tidak memancar terang serta tiada angin yang sempoi-sempoi, memang sesuailah mereka bermain badminton. Empat puluh minit kemudian, Firuz kelihatan penat dan letih. Bajunya basah kepeluhan.

“Lim, berhenti dululah. Kita rehat. Aku rasa dahaga sekali,” kata Firuz yang tidak sanggup untuk menyambungkan perlawanan antara dia dan Lim. Lim mengerti. Dia berasa tidak letih dan bersemangat dalam waktu kesukanan. Lim sememangnya amat minat dalam kesukanan. Firuz kelihatan duduk lalu bersandar ke kerusi. Lim duduk bersebelahan Firuz. Mereka telah dikejutkan oleh seseorang .

“WOII!!”

“Apocot! Mak datang...!”Firuz melatah dengan tiba-tiba. Lim turut terkejut. Rupa-rupanya Hairie muncul yang dikejutkan oleh mereka berdua.

“Hairie ni, terkejut aku. Bukan nak ucap salam pun,” kata Firuz yang bertenangkan dirinya.

“Ya lah. Perbuatan kamu ni boleh menyebabkan lemah jantung. Hairie, sejak dari telefon tadi, perangai kamu ni semakin menjadi-jadi,” kata Lim yang berubah wajah kerana dia menjangka kelakuan Hairie sebelum ini lebih baik daripada rakan-rakan lain yang perna dia kenali.

“Betul ka? Saya minta maaf. Saya cuma nak melawak saja. Saya datang sini sebab nak jumpa kamu berdua. Maklumlah lama tidak berjumpa. Kamu berdua apa khabar?” kata Hairie yang menyesal perbuatannya tadi.

“Kami sihat. Bagaimana kau boleh masuk ke kawasan sekolah ini? Pengawal tu membenarkan kau masuk, Hairie?” tanya Firuz kehairanan.

“Saya datang dengan ayah saya dan pengawal juga telah membenarkan saya berjumpa dengan awak berdua. Sekarang ni, ayah saya masih menunggu,” jelas Hairie.

“Kenapa pula dia nak tunggu? Kasihan ayah awak terpaksa tunggu awak semata-mata nak berjumpa dengan kami,” kata Lim dengan bersimpati.

“Tak lah. Dia ada hal. Nanti dia datang semula. Cepatlah siap!!” kata Hairie.

“Pergi mana, Hairie?” tanya Lim.

“Berkhemahlah...,” jawab Hairie.

“Hairie, kamu jangan cuba berbohong. Awak kata hari sabtu iaitu esok, kan? Hari ini hampir senja. Awak jangan nak permainkan kami berdua, Hairie,” kata Lim yang sudah tahu kelakuan Hairie yang sebenar sejak dari telefon sebelum ini.

“Saya tidak bohong. Benar, ayah saya cuti awal. Bolehlah kita berkhemah lebih awal lagi dan dapatlah pengalaman yang lebih banyak yang tidak pernah dilupai. Cepatlah siap dan mandi, waktu hampir senja ni,” kata Hairie yang memberitahu khabar gembira. Lim dan Firuz seolah-olah tidak percaya bahawa hari ini mereka dapat melakukan aktiviti dan espedesi mereka. Hari ini adalah hari yang palig menyeronokkan bagi Lim dan Firuz kerana seumur hidup mereka, tidak pernah lagi melakukan eskpedesi atau perkhemahan hutan ini. Mereka terus bersiap dengan cepat kerana waktu hampir pukul lima setengah. Tepat jam enam petang, Hairie, Lim, dan Firuz terus bertolak bersama Mustapha, ayah Hairie. Di dalam pertengahan perjalanan, Lim dan Firuz terus terbayang bagaimana reaksi bermulanya waktu berkhemah. Lim terus tersenyum lalu dia berasa tidak sedap hati pada masa itu.

“Hairie, saya rasa macam tidak sedap hati. Kemungkinan saya rasa macam ada kekurangan orang dalam kereta ini? Siapa, ya? Hah, mana Nurul yang awak katakan itu, Hairie,” tanya Lim yang cuba mencari ketidakpastian dalam hatinya. Secara tidak sengaja, Mustapha mendengar percakapan Lim, dia berfikir, adakah Hairie tidak memberitahu tujuan yang sebenarnya? Hairie diam sebentar. Dia tidak tahu berkata apa-apa.

“Eh, kenapa kita berada di laluan perumahan ini? Hairie, sebenarnya awak nak bawa kita pergi mana, hah?” kata Lim yang meninggikan suaranya.

“He...he...he, sorry, saya saja nak bagi awak berdua suspens sikit. Sebelum awak berdua nak berkhemah esok, awak berdua bermalamlah di rumah aku, makan malam bersama-sama. Itu cadangan ayah,” kata Hairie lalu menghala cadangan itu kepada ayahnya.

“Benar, Lim. Pak Cik yang cadangkan sebab malam ini Pak Cik buat makan malam sempena menyambut hari perkhemahan esok,” jelas Mustapha sambil tersenyum.

“Hairie ni! Selalu buat begini. Terus teranglah nak pergi rumah kamu. Janganlah cakap mengarut pulak,” kata Lim merajuk. Firuz tersenyumhanya karenah Lim

“Ala, Lim. Hairie tu sengaja nak bergurau. Janganlah ambil hati sangat,” pujuk Mustapha lalu berhenti di ruang parking halaman rumah Hairie. Lim dan Firuz berasa terpegun dan tergumam melihat keindahan rumah mewah Hairie.

“Wah, besar juga rumah kau, Hairie. Tidak pernah aku merasakan rumah sebesar ini,” luah Firuz yang matanya masih terkejut melihat rumah itu.

“Marilah masuk,” jemput Hairie lalu membuka pintu utama rumahnya.

“Assalamualaikum,” ucap Hairie.

“Waalaikumusalam. Eh, Hairie. Mana kawan kamu?” tanya Munirah. Hairie memperkenalkan Zainal dan Firuz kepada ibunya.

**

“Wah, besarnya bilik kau, Hairie! Untunglah kau dapat rumah sebesar ini. Cemburu aku melihatnya,” kata Firuz tercengang seolah-olah kali pertama dia melihat suasana rumah ini.

“Firuz! Aku tahulah kamu sudah lama mengidam-idamkan ruangan sebesar ini,kan?” kata Lim yang sudah kebiasaan melihat rumah mewah ini.

“Sudahlah. Waktu sudah hampir malam. Kamu berdua mandilah dahulu,” kata Hairie yang melihat cuaca di jendela.

“Hairie, dari tadi, aku tidak nampak pun Nurul berada di rumah ini. Hah, jangan-jangan kau tipu kami berdua lagi, ya?” kata Lim dengan curiga.

“Betul!! Kali ini aku tidak berbohong!! Sumpah! Demi Allah! Aku tidak berbohog tentang Nurul. Tadi, dia bersama ibunya ke kedai. Sebab itulah kamu berdua tidak nampak dia. Nanti semasa makan malam, kamu berdua akan nampak dia sepuas-puasnya,” kata Hairie dengan geram kerana rakannya sudah mula tidak mempercayai dan dia mula menyesal mempermainkan mereka dalam kebohongannya.

**

“Aku berada di mana sekarang? Hah, di mana aku sekarang?” kata Hairie terkejut. Apabila matanya terbuka, dia melihat sekelilingnya. Suasananya dipenuhi air merah yang pekat dan berlendir.

“Kenapa aku berasa sejuk ini?”kata Hairie lalu dia sedar bahawa dirinya tiada sehelai benang. “Hah, pusatku!!” kata Hairie terkejut melihat pusatnya panjang seolah-olah tali pusat itu tidak dipotong sejak ia dilahirkan. Ruangan Hairie berbaring itu semakin lama semakin sempit. Tiba-tiba, tali pusat itu bercahaya terang. Pergerakan cahaya bergerak ke tubuh Hairie.

“HAA!!” Hairie menjerit kesakitan seolah-olah ada tikaman. Ruangan tersebut cuba menamatkan riwayat kehidupannya.

“HAAAAA!!”

“TIDAK!!” Hairie terus menjerit tanpa henti.

“Hairie!!! Bangun...!! Kau dah gila? Jerit terlalu kuat semasa tidur. Ha! Aku baru nak tidur dengan nyenyak ni, kacau jer orang nak tidur,” kata Firuz dengan marah.

“Hai, Firuz....bangun!! Hari dah pagi, jangan pula nak sambung tidur pula,” kata Lim yang sudah bangun dari awal. Hairie tersedar dari tidurnya. Badannya berpeluh. Kepalanya juga berpeluh.

“Hairie, kenapa tubuh awak berpeluh ni? Mesti awak bermimpi tentang hantu dan cerita seram ni,” kata Lim dengan pendapatnya. Hairie tidak berkata apa-apa lalu dia menanggalkan baju tidurnya dan menuju ke bilik mandi. Kejadian dalam mimpi Hairie tadi adalah dia berada dalam alam lain. Hatinya berbisik begitu. Hairie terus membaringkan diri dalam tab mandi yang dipenuhi dengan air dan sabun. Dengan tiba-tiba, parut Hairie yang berhuruf H bercahaya terang apabila terkena air. Cahaya itu lalu bergerak ke seluruh tubuh badan Hairie. Sungguh menakjubkan dan ajaib. Hairie sendiri boleh melihat rangka tulang dan daging dalam tubuhnya ketika cahaya itu bergerak dengan sendirinya. Hairie melihat jantungnya berdegup kencang. Proses usus-usus dalam perutnya bergerak dengan sendiri. Dia seolah-olah mahu menyentuh semua organ dalamannya tetapi dihalang oleh kulitnya sendiri. Hairie tekejut tentang keadaan dirinya sendiri. Dia berasa bingung. Sungguh kagum sekali. Dia akhirnya bangun dalam tab mandi itu. Mengambil nafas udara setelah sekian lama tenggelam di dalam tab mandi tersebut. Dia bingkas berdiri. Cahaya itu hilang serta merta. Keadaan tubuh badan yang kembali seperti biasa.

“Sungguh ajaib...,” bisik Hairie. Namun, dia tidak tahu sebab terjadi cahaya itu dalam dirinya. Semua keajaiban dalam dirinya bermula dengan bentuk parut yang berhuruf H. Mesti ada satu rahsia di sebalik tentang parut ini. Hairie yakin ibubapanya pasti tahu tentang parut yang dimiliki olehnya. Hairie berharap semua persoalan yang ada dalam fikirannya pasti terjawab. Dia ingin tahu perkara yang sebenarnya terhadap ibu dan ayahnya.

‘TUK....TUK!’

“Hairie !! Kenapa lama sangat mandi tu? Cepatlah...kami berdua sudah tunggu lama,” jerit Firuz yang sudah lama menunggu. Hari ini merupakan hari bermulanya Lim dan Firuz melakukan aktiviti beriadah dan berkhemah di hutan. Mereka berdua teringat semasa mereka berdua makan malam semalam, mereka terkejut dan seolah-olah tidak percaya bahawa keluarga Nurul menginap di rumah keluarga Hairie.

“Ini merupakan petanda awal bahawa Hairie dan Nurul, ehemm...,” Firuz terlepas katanya lalu Hairie mencubit perut Firuz yang sudah tahu niat rakannya itu. Sampai ke hari ini, kesakitan cubit perut Firuz masih dirasai. Sungguh kuat Hairie mencubit Firuz semalam.

**

Jam menunjukkan pukul lapan pagi, bunyi enjin kereta Mustapha berfungsi. Mereka sekeluarga telah selesai bersarapan dengan nasi goreng. Lim dan Firuz sudah bersedia untuk menuju ke lokasi tempat mereka beriadah. Ibu Hairie, Munirah sibuk menyediakan bekalan makanan untuk dibawa semasa waktu perkhemahan nanti. Hairie masuk ke ruang dapur untuk bertemu dengan ibunya.

“Wah, banyak bekalan yang harus dibawa ni,” kata Hairie melihat bekalan yang dibungkus dengan plastik oleh ibunya.

“Ya, lah. Kamu dan kawan-kawan kamu juga bersama beriadah sekali. Tiga hari pula bermalam dekat sana. Ibu perlulah buat bekalan lebih sedikit,” kata Munirah dengan senyuman yang manis. Hairie membalas senyuman ibunya itu lalu ia melihat sekeliling didapati dia dan ibunya sahaja berada di ruang dapur itu.

“Ibu, Hairie nak beritahu tentang...,” mulutnya terketar-ketar hendak berkata-kata.

“Tentang apa, Hairie?” tanya Munirah memandang wajah anaknya yang tiba-tiba berubah.

“Parut,..yang ada di tangan Hairie, ibu,” jawab Hairie. Munirah terkejut. Wajahnya juga berubah. Hairie merasakan ibunya pasti menyembunyikan sesuatu apabila melihat raut wajah ibunya tadi.

“Kenapa dengan parut itu, Hairie?” tanya Munirah.

“Entahlah, ibu. Hairie merasakan parut ini menggangu kehidupan Hairie. Ibu tahu tentang rahsia parut ini?” kata Hairie sambil melihat parut di tangannya.

“Rahsia apa pula? Parut ini tiada rahsia apa-apa. Semasa kamu lahir, parut itu memang wujud di tangan Hairie,” jawab Munirah terketar-ketar percakapannya kerana dia terpaksa berbohong. Hairie melihat gerak geri percakapan ibunya seperti ada sesuatu yang disembunyikan olehnya.

“Ibu, ada menyembunyikan sesuatu daripada Hairie?” tanya Hairie dengan aneh. Munirah diam sebentar.

“HAIRIE!!” jerit Nurul dari halaman rumahnya.

“Hah, Nurul sudah panggil! Ayah kamu sudah start enjin dari awal lagi. Sudahlah, ambil bekalan ini, cepat! Mereka pasti menunggu kamu, Hairie,” kata Munirah yang tidak mengikuti aktiviti riadah bersama mereka. Begitu juga, dengan ibu Nurul, Fatimah.

**



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku