Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab 8 (Identiti Hairie)
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
187

Bacaan






BAB 8

IDENTITI HAIRIE

Jam tepat pukul 9.30 pagi. Lama amat menuju ke tempat destinasi. Mustapha dan Halim mengikuti perkhemahan itu. Hari ini adalah hari yang paling bermakna buat Lim dan Firuz kerana kali pertama mereka menjalani aktiviti ini. Mustapha berhenti keretanya disebelah jalan raya berhadapan dengan hutan.

“Lim, ini hutan apa?” tanya Firuz.

“Kamu tidak tahu ini hutan apa? Bukankah ada satu papan tadi yang memberitahu tentang nama hutan ini?” kata Lim dengan hairan.

“Ya ke? Tak perasan pun. Nama apa?” tanya Firuz yang kurang pasti.

“Hutan Malingkabau...namanya,” jawab Lim

“Hutan Malingkabau? Tidak pernah saya dengar nama hutan yang pelik itu,” kata Firuz yang berkerut dahinya.

“Jangan mengarutlah, Firuz. Awak yang beria-ia nak ke sini. Anggaplah aktiviti ini mencabar dalam diri kita. Maksudnya...sejauh mana keberanian kita sebenarnya,” jelas Lim.

“Firuz! Zainal! Lekas.....ke mari...,”sahut Hairie. Lim dan Firuz berlari mengikut Hairie.

“Mari, ikut Pak Halim,” kata Hairie.

“Ke mana?” tanya Firuz.

“Kenapalah lambat sangat kau ni, Firuz. Mestilah mencari kawasan lapang untuk berkhemah dan mencari ke arah sungai. Ish, pasal itu pun nak tanya!!” kata Lim yang geram tingkah laku Firuz seolah-olah Firuz sengaja bertanya tidak henti-henti. Kini, mereka sudah menjumpai sebatang sungai dan bersebelahan tebing sungai, terdapat kawasan lapang yang sesuai didirikan khemah di kawasan tersebut. Mereka melakukan aktiviti dengan tugas masing-masing. Hairie sedang mengajar Firuz dan Lim bagaimana mendirikan khemah. Mereka perlu menyediakan dua khemah di kawasan lapang tersebut. Pak Halim dan anaknya, Nurul masing-masing mengambil air lebih awal untuk memasak air pada petang nanti. Mustapha pula sedang mencari kayu-kayu kecil di sekeliling hutan sebagai bekalan asas untuk memasak air.

Waktu hampir pukul 10.30 pagi. Matahari terus memancar cahayanya dengan terang benderang. Mujurlah ada pokok-pokok besar yang melindungi kawasan perkhemahan mereka dengan teduh dan selamat. Lim dan Firuz berasa yakin dan aktiviti ini adalah satu riadah pertama bagi mereka berdua. Kelihatan Mustapha membawa kayu-kayu kecil dengan dua buah tangannya. Wajah Mustapha tiba-tiba berubah. Dahinya berkerut. Hairie tahu benar perubahan wajah ayahnya itu. Dia merasakan pasti ada sesuatu yang berlaku mencurigakan.

“Kenapa, ayah? Ayah ada nampak sesuatu,kah?” tanya Hairie.

“Entahlah. Mungkin perasaan ayah sahaja kot. Sudahlah,lupakan hal itu. Kamu dan kawan-kawan kamu tidak mandi lagi?” kata ayahnya yang cuba mengubah topik. Hairie merasakan ada sesuatu perkara yang disembunyikan oleh ayahnya.

“Emm, belum sampai masanya, ayah. Saya dan kawan-kawan saya mahu berjalan dan merayau-rayau di persekitaran hutan ini. Maklumlah, kawan saya ini tidak pernah masuk ke hutan sebelum ini. Mungkin petang ini, barulah kami bermandi-manda di sungai,” jelas Hairie. Hairie pasti, penjelasannya pasti mengubah jawapan ayahnya tadi.

“Kalau begitu menurut kamu, hati-hatilah. Jangan sesat pula. Hairie, ada kamu bawa kompas?” tanya Mustapha.

“Ada, ayah,” jawab Hairie dengan kecewa kerana apa yang dianggapkan dalam hatinya tidak terbukti. Hairie, Lim, dan Firuz pergi bersama-sama meninggalkan kawasan perkhemahannya.

**

Cuaca matahari terang pada waktu itu. Cahaya matahari dapat menebusi di kawasan hutan tersebut. Lim dan Firuz berasa berdebar-debar kerana pertama kali masuk ke hutan. Hairie pula merasakan tidak sedap hati tentang situasi ayahnya tadi. Dia tahu pasti ayahnya ada menyembunyikan seseuatu kepadanya.

“Hairie, awak tidak rasa apa-apa ke berada di hutan ini?” tanya Limsambil melihat sekeliling hutan tersebut.

“Rasa apa? Maksud kamu apa, Lim?”tanya Hairie semula.

“Maksud saya? Perasaan kamu! Rasa gementar, takut, berdebar-debar atau apa-apa,” jelas Lim. Matanya meliar memandang semua tempat di sekeliling hutan itu.

“Tidak. Saya tidak rasa apa-apa. Saya sudah biasa begini. Kenapa kamu tanya? Oh ..saya tahu.., kamu berdua mesti takut atau gementar berada di hutan ini, kan?” kata Hairie yang sudah masak perangai rakannya itu. Lim dan Firuz tersenyum.

“Hairie, awak tahu bagaimana nak menggunakan kompas itu?” tanya Firuz.

“Firuz, saya mestilah tahu sebab sudah biasa,” kata Hairie yang sudah tahu tingkah laku Firuz yang selalu bertanya soalan sebegitu.

“Bagaimana nak menggunakannya, Hairie?” tanya Firuz.

“Usahlah kamu tahu,”

“Kalau sesat, bagaimana?”

“Kalau sesat, saya akan tunjukkanlah...,” kata Hairie yang menggelengkan kepalanya melihat Firuz.

“Hairie, kita nak ke mana?” tanya Lim.

“Mencari pengalaman....,”

“Mencari pengalaman? Lebih baik kita bermandi dulu,” kata Firuz.

“Kamu takut, Firuz?” tanya Hairie.

“Bukan begitu, pengalaman begini selalunya berbahaya. Mungkin aktiviti bermandi manda dapat pengalaman yang lebih menyeronokkan daripada aktiviti ini,” jelas Firuz.

“Sudahlah, Firuz. Mengaku sahajalah yang kau tu penakut,”kata Hairie. Firuz hanya diam. Lim menumpukan perhatian di sekeliling hutan tersebut. Lim tercuri pandang di semak yang dipenuhi lalang yang panjang.

“WA!!!” jerit Lim lalu berhenti sekejap. Dia berfikiran aneh.

“Kenapa, Lim?” tanya Hairie.

“Ss...saya ternampak daun semak itu bergerak-gerak.....,”kata Lim ketakutan.

“Alahh....itu cuma angin sahaja. Rilekslah,...korang berdua mesti berani menghadapi cabaran,” kata Hairie dengan tegas. Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan. Lima belas minit kemudian, terdengar bunyi kayu kecil patah “KPEK!!” Lim dan Firuz mula ketakutan.

“Bunyi apa itu, Hairie?” kata Firuz pula.

“Rilekslah... Saya rasa itu bunyi orang terpijak kayu kecil,” kata Hairie berpendapat.

“Ini bermakna ada orang melihat kita dan mengikuti kita..,”kata Lim yang penuh syak wasangka.

“Siapa yang cuba mengikuti kita? Entah....entah.....han..,” Firuz tidak sempat berkata begitu. Lalu Hairie berkata “Jangan mengarutlah...., Firuz. Waktu masih siang, mana ada hantu kat sini!,” kata Hairie dengan marah.

“Hairie, jangan cakap han... Nanti dia dengar... Manalah tahu kat hutan ini ada penunggu...,” kata Lim yang sudah biasa membaca buku cerita misteri dan mistik di perpustakaan.

“Janganlah berfikir yang bukan-bukan.., marilah kita keluar kat hutan ini. Badan kita berasa panas dan tidak selesa ini..,” kata Hairie lalu mereka berundur semula untuk menuju ke tempat perkhemahan. Lim berasa tidak sedap hati seolah-olah ada perkara sesuatu yang akan berlaku sebentar nanti. Dia hanya menyembunyikan perasaannya kepada kawan-kawannya. Lim merasakan ada satu lembaga yang berjalan di sebelahannya lalu dia mengalih pandangan sebelahannya. Namun, tiada apa yang berlaku. Bulu romanya semakin merenggang.

“Lim!! Nampak cemas ja. Kenapa?”tanya Firuz yang melihat gelagat Lim apa yang berlaku di sebelahannya.

“Saya rasa ada orang yang lalu di sebelah saya..,”kata Lim terketar-ketar. Walaupun cuaca masih belum kegelapan dan masih terang, Lim tetap rasa curiga.

Mereka bertiga terkejut apabila laluan yang mereka jalan telah ditutup oleh pokok-pokok dan semak-samun.

“Alamak!! Sesat ini. Betul ke jalan ini yang kita lalu tadi,” kata Lim. Hairie melihat kompas tetapi arah dalam kompas itu tetap menunjukkan arah yang mereka lalui sekarang.

“Tidak mungkin kompas ini rosak!! Saya baru beli dua bulan lepas,” kata Hairie dengan cemas. Firuz melihat pokok dan semak-samun yang menjadi penghalang mereka tiba-tiba bergerak sendiri.

“Lim, Hairie, pokok ini bergerak tadi. Aku baru nampak,” kata Firuz. Anggapan Lim selama ini ternyata benar. Pasti ada musibah yang berlaku terhadap diri mereka. Mereka bertiga melihat akar pokok itu bergerak dan seterusnya batang pokok itu.

“HE! HE! KENAPA MANUSIA DATANG KE KAWASAN AKU!!? KELUAR!!!!” jerit pokok itu.

Hairie, Firuz dan Lim terduduk dalam ketakutan dan cemas. Mereka tidak pernah melihat pokok boleh berkata-kata. Kemungkinan hutan ini berpuaka dan besar kemungkinan hutan ini bernyawa seperti manusia.

“KALAU ANDA TIDAK KELUAR, SAYA AKAN MAKAN KAMU BERTIGA.. HE...HE..HE!!!” tengking pokok itu dengan suara garau dan kasar.

“Bbbaikklah...kkami akan kkeluarr dari sssini tetetapi jangan mmakan kami...,” kata Lim terketar ketakutan. Hairie berasa ada kelainan terhadap pokok itu. Barulah Hairie tahu pasti ada orang yang menakutkan mereka.

“Rie!! Mari cepat kita keluar!! Cepatlah, aku takut ni!,” kata Lim menarik tangan Hairie.

“HE..HE....HE!!! CEPAT !!! SAYA MASIH LAPAR NI!! HE....!!” laung pokok itu lalu pokok puaka itu mengeluarkan ranting panjang yang berfungsi sebagai tangan itu menuju ke arah Firuz dan Zainal.

“HAA...HA!!!!! TIDAKK!!!” jerit Firuz dan Lim ketakutan.

“Ha! Ha! Ha! Kelakarnya korang ni,” Terdengar suara seorang perempuan ketawa lalu batang pokok itu ditanggalkan. Rupa-rupanya Nurul yang menakutkan mereka.

“Ha....ha.. Mana ada hantu waktu terang begini..ha!” kata Nurul dengan ketawa.

“Oh,..semua ini Nurul yang buat. Suara garang itu suara kamu juga, Nurul?” kata Lim kaget. Dia telah diperbodohkan oleh Nurul selama ini.

“Memanglah. Kamu semua ingin saya tak boleh buat suara garau. Saya pernah berlakon di pentas teater di sekolah rendah dulu,” jelas Nurul.

“Saya sudah ketahui, pasti ada orang yang sengaja menakutkan kami. Sarung kulit pokok itu kamu punya, Nurul?” tanya Hairie.

“Memanglah saya punya. Saya sengaja bawa benda ini untuk menguji kamu semua adalah penakut atau tidak?” kata Nurul yang masih ketawa melihat gelagat Lim dan Firuz ketakutan. Nurul tahu Lim dan Firuz belum pernah mengadakan aktiviti seperti ini. Sebab itulah, Nurul sengaja menakutkan mereka.

Hairie, Firuz dan Lim pulang ke tempat perkhemahan. Mereka sudah buat keputusan untuk bermandi manda di sungai selepas ini. Firuz dan Lim seronok bermandi membuatkan mereka sudah lupa akan ketakutan yang mereka alami.

**

Jam masih pukul sepuluh malam, Nurul sibuk menyiapkan makanan bersama ayahnya, Pak Halim yang membakar ikan yang baru dibeli. Sungguh enaknya hidangan makanan tersebut apabila isi ikan dicincah kuah asam pedas. Firuz memang suka kuah itu kerana apa sahaja yang dicincah kuah tersebut adalah kegemarannya. Dialah yang makan bayak ikan tetapi dia masih belum puas kerana ikan yang dibakar hanya empat ekor sahaja. Setelah itu, mereka termasuk Mustapha dan Pak Halim bersantai dan berkongsi cerita pada malam tersebut. Pelbagai cerita lucu dan menarik yang diperdengarkan. Waktu hampir lewat malam, mereka tidak sedar kerana leka berseronok dan khusyuk mendengar cerita. Mereka semua mengambil keputusan untuk tidur kerana terlalu mengantuk. Mereka ke khemah masing-masing yang terdapat dua khemah yang telah didirikan pagi tadi.

**

Mata Hairie terbuka tiba-tiba. Bunyi cangkerik di hutan sentiasa menganggu lenanya. Tidurnya terganggu. Lim dan Firuz dibuai lena. Dengkur Firuz semakin kuat. Jam menunjukkan dua pagi, badannya berasa miang dan terlalu panas.Dia lantas menanggalkan bajunya. Badannya berpeluh. Dia terus keluar dari khemah tersebut meninggalkan rakan-rakannya yang masih tidur nyenyak. Kawasan sekelilingnya masih gelap gelita. Hanya minyak pelita yang digantung bercahaya terang di kawasan khemah itu. Setelah berfikir panjang, Hairie membuat keputusan untuk bermandi di sungai. Dia sentiasa mengawasi keadaan sekelilingnya. Dia terus bermandi dengan memakai seluar pendek sahaja. Apabila badan Hairie berendam di dalam air, badan yang panas telah bertukar menjadi sejuk. Hairie berasa selesa dan senang dalam keadaan dirinya. Dia terus menikmati kesejukan air sungai. Sambil dia menikmati kedinginan air sungai,dia terdengar suara perempuan yang menyanyi dalam keadaan merdu sekali.

“ohh....oooo...

“Lalalala.....lala//

“Emm.....emm.....emm

“Haa......haa.....

Bulu roma Hairie tiba-tiba rengang seolah-olah air dalam sungai itu bertukar menjadi ais. Hairie baru tersedar, sebenarnya dia telah melakukan kesalahan besar kerana bermandi pada waktu selepas tengah malam dan sunyi. Tetapi, dia tidak boleh melakukan apa-apa kerana perkara telah berlaku. Perasaannya gelisah dan takut.

Wahai gelaran siapa dia

Mendengar suara merdu saya

Wahai gelaran siapa dia

Mendengar suara merdu saya

Lalala......la....la....la....la...

Siapa dia?

Nyanyian suara gadis itu semakin kuat dan jelas di lubang telinga Hairie. Adakah gelaran ‘siapa dia’ adalah Hairie yang telah mendengar suara gadis itu? Hairie lantas mengambil tualanya kerana nyanyian itu semakin lama semakin kuat didengar. Hairie mahu mencari di mana suara nyanyian itu muncul. Dia mengelap badannya yang basah dengan tuala. Tanpa berfikir panjang, dia menuju ke arah sungai yang jauh dari tempat perkhemahan. Hairie berjalan dengan berhati-hati. Setelah sepuluh minit berjalan, dia melihat seorang gadis bermandi di sungai. Gadis itu bernyanyi seorang diri. Gadis itu duduk tersimpung di batu sungai. Rambutnya panjang mengurai sehingga menuju ke dalam sungai. Gadis itu serta merta berhenti menyanyi. Hairie menelan air liurnya. Dia seakan-akan mengetahui gadis itu tahu kehadirannya. Gadis itu tunduk dan mengambil sesuatu yang digenggam dari tangannya. Gadis itu terus makan dalam keadaan gelojoh. Bunyi makanan yang dilahapnya kedengaran jelas. Hairie ingin mengetahui makanan apa yang dimakan oleh gadis tersebut. Hairie cuba mengecilkan matanya. Gadis itu berhenti makan. Bahunya diangkat tinggi-tinggi. Gadis berpaling ke hadapan memandang Hairie.

“AAHH!!!” Hairie menjerit. Wajah gadis yang rambutnya mengembang amat mengerikan. Mulutnya dipenuhi dengan darah. Tangannya meninggalkan tulang-tulang yang kecil. Daging habis bersepah di tebing sungai. Makanan yang dipegang oleh gadis itu adalah janin. Bayi di dalam kandungan. Hairie lari lintang-pukang seperti lipas kudung. Tubuhnya berpeluh semula. Sia-sia ia menyejukkan badan sebelum ini.

“Di mana tempat perkhemahan tadi?” Hairie memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada bayang-bayang perkhemahan. Hatinya terasa gementar. Mulutnya tidak berhenti mengucap nama-nama Allah. Dia terus mencari. Dia tidak boleh berputus asa. Setelah hampir sejam dia mencari, kakinya lenguh. Gadis misteri itu tidak kelihatan. Hairie menarik nafas lega. Suaranya termengah. Kepenatan berlari. Hairie terduduk dan baring di sebuah pokok.

“Wahai orang muda?” kata gadis itu. Hairie tergumam. Badannya terketar-ketar. Dia seolah-olah berasa menyesal pergi ke tempat itu. Kakinya menjadi kaku. Terbejat untuk meneruskan perjalanan. Dia takut untuk berpaling ke belakang. Bulu romanya naik menegang. Dia terus mengambil langkah seribu.

“Tunggu....orang muda!! Tunggu....,tunggu........ Hendrytt!!” kata gadis itu menghalang Hairie pergi.

“Hendrytt?” bisik hati Hairie. Dia pernah dengar nama itu lalu cuba mengingati. Akhirnya, dia ingat nama itu yang selama ini menghantui dalam mimpinya berulang kali.

“Hendrytt Ossicle” mulutnya terlintas dalam perkataan itu lalu memandang gadis itu dari dekat. Wajah gadis itu berubah menjadi gadis ayu dan cantik. Ketakutannya terus hilang. Hairie pernah melihat gadis itu dalam mimpinya bersama orang yang tidak dikenali yang cuba meracuni gadis itu ketika mengandung.

“Kamu Hendrytt? Hendrytt, my son,” kata gadis itu mengeluarkan air mata lalu memeluk dia tetapi Hairie berjaya menghalang.

“Siapa kamu? Siapa Hendrytt? Saya rasa kamu masih muda dan tidak layak menjadi seorang ibu!” tengking Hairie kepada gadis itu.

“Bagaimana kamu tahu nama penuh Hendrytt? Kamu dapat tahu dari mana? Siapa yang beritahu kamu?” kata gadis itu meninggikan suaranya.

“Saya dapat tahu melalui mimpi saya,” kata Hairie dengan ringkas.

“Your dream. Adakah mimpi kamu selalu berulang-ulang kali?” tanya gadis itu. Hairie diam sebentar. Dia musykil, bagaimana gadis itu tahu bahawa mimpi itu berulang-ulang kembali. Hairie mengganguk-angguk kepalanya.

“Benar, jadi kamulah Hendrytt. Kamu Hendrytt. Saya sudah minta kepada tuhan supaya kebenarannya akan terbukti dalam mimpi kamu,” kata gadis itu berterus terang. Hairie merasakan dirinya ditipu oleh gadis itu.

“Hey, perempuan asing. Jangan nak merepek pula. Saya mengantuk dan mahu ke tempat saya semula,” kata Hairie lalu beredar tetapi tangannya dipegang oleh gadis itu.

“Jangan! Kamu harus dengar penjelasan saya. Kamu Hendrytt! Saya yakin kamu Hendrytt. Buktinya ialah...,” lalu gadis melihat tangan Hairie yang berparut huruf H.

“Ini......,ini parut berhuruf H. H bermaksud nama kamu ialah Hendrytt,” kata gadis itu. Selama ini, Hairie memang musykil tentang parut yang ada di tangannya. Walau bagaimanapun, Hairie tidak terpengaruh tipu daya orang yang tidak dikenali itu. Hairie melepaskan tangannya dari gengeman tangan gadis itu dengan muka yang masam. Hairie mahu meneruskan perjalanan

“Orang muda!! Tunggu....,”

“Saya mahu tanya satu soalan,” kata gadis itu. Hairie tidak mengendahkan.

“Adakah selama ini kamu terlihat cahaya misteri?” tanya gadis itu. Hairie berhenti perjalanan. Dia gugup. Persoalan ini memang tertanya-tanya kepada dirinya bahawa dari mana cahaya itu datang?

“Benarkah begitu?” tanya gadis itu sekali lagi.

“Kamu tahu dari mana cahaya itu muncul dalam badan saya?” tanya Hairie melihat gadis itu semula. Gadis itu berasa gembira kerana berjaya menghalang Hairie beredar.

“Panjang ceritanya. Ceritanya bermula apabila saya jatuh cinta kepada seorang lelaki yang bukan beragama Islam, yang berasal dari London. Lelaki itu ayah kamu yang dinamai Ossicles. Saya dari Rembau, Melaka dan sayalah ibu kandungmu, Tiara,” jelas gadis itu yang memperkenalkan dirnya yang sebenar, berkait rapat dengan Hairie.

“Tiara,” bisik hati Hairie. Dia merasakan nama itu pernah muncul dalam mimpinya.

“Ossicles sangat kagum dengan keindahan cekeralawan di langit dan angkasa sehingga dia boleh menciptakan sebuah bintang tiruan hasil buatan manusia!”

“Apa? BINTANG TIRUAN?!” kata Hairie dengan terkejut. Dia tidak sangka bahawa dalam dunia ini ada juga manusia mampu mencipta bintang tiruan sendiri.

“Ya. Malangnya, hasratnya tidak tercapai... Kamu tahu cahaya bintang hasil ciptaan ayah kamu sebenarnya adalah dari cahaya laser. Cahaya itu telah diubah suai oleh ayah kamu sendiri. Ia dibuat dalam sebuah bebola. Namun, bebola cahaya itu telah disalahgunakan oleh musuh ayah kamu, Hendrytt,” gadis itu bercerita dengan wajah yang serius.

“Siapa musuh ayah saya?” tanya Hairie.

“Hendrytt...,” lalu gadis itu memegang tangan Hairie. “Saya ibu kandungmu yang sebenar tetapi ibu terpaksa pergi sekarang! Ibu tidak boleh lama di sini. Ibu yakin kamu akan ketahui siapa musuh ayah kamu sebenar,” kata gadis itu lalu mengeluarkan sapu tangan berwarna emas menyerahkan kepada Hairie.

“Hendrytt, sapu tangan inilah yang akan membantu kamu mencari siapa musuh ayah kamu sehinggalah ayah kamu meninggal dunia,”

“Apa? Ayah saya mati, bu?” kata Hairie dengan terkejut. Dia tidak sangka musuh ayahnya itu sangat kejam.

“.....termasuk,..ibu,” gadis itu menyambungkan kata-kata Hairie tadi lalu hilang dengan ghaib meninggalkan sapu tangannya yang berada di tangan Hairie.

“Ibu.......Ibu...Ibu!!!!!” jerit Hairie memanggi ibunya. Suasana sunyi dan gelap gelita.

*



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku