Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab 9 (Sesat di Negara Asing)
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
197

Bacaan






BAB 9

SESAT DI NEGARA ASING

“IIBUU....!!!!” kata Hairie lalu tersedar dari tidurnya. Keadaan persekitarannya berubah apabila dia berada dalam khemah.

“Hairie,....bangun! Hai, baru sehari, sudah rindu dengan ibu kamu,”kata Firuz uang sudah lama bangun dari tidur. Hairie terkejut. Rupa-rupanya dia bermimpi tetapi adakah mimpi itu adalah petunjuk terhadap dirinya atau sekadar hanya mainan tidur? Keadaan Hairie semakin rumit apabila sapu tangan berwarna emas berada bersebelahan di tempat tidur Hairie. Dia semakin bingung. Dari manakah sapu tangan berada di situ?

“Firuz, sapu tangan ini milik siapa?” tanya Hairie.

“Entahlah. Saya ingat sapu tangan itu milik kamu kerana saya lihat kamu ketiduran sambil memegang sapu tangan itu,” jelas Firuz yang sebenarnya.

“Apa? Sapu tangan ini saya pegang!” Hairie terkejut. Bermakna apa yang terjadi malam semalam adalah benar. Malam itu juga dia dapat tahu siapa dirinya yang sebenarn. Hairie menggeleng-gelengkan kepalanya.

**

“Memang sukar nak lupakan apa yang terjadi semalam,”kata Hairie kepada Firuz dan Lim setelah bersarapan.

“Apa yang berlaku, Hairie? Kamu terjaga waktu malam?” tanya Lim yang ingin tahu.

“Ya, tetapi kamu semua mesti tidak percaya...,”

“Hairie, kita berkawan sudah hampir tiga bulan. Saya percaya apa yang awak cerita sama ada cerita itu masuk akal atau tidak,”jelas Firuz. Hairie terpaksa memberitahu perkara yang berlaku malam semalam.

“Jadi, awak percaya gadis itu ibu kandung awak, Hairie?” tanya Lim. Hairie mengeyakannya.

“Hairie, awak sudah gilakah? Dalam hutan, boleh jadi apa-apa. Kalau saya jadi awak, saya memang tidak percaya. Manalah tahu gadis itu jelmaan makhluk halus atau pontianak!!” jelas Lim dengan pendapatnya terhadap gadis itu.

“Benar apa yang dikatakan oleh Lim, Hairie. Kau yang cerita sendiri bahawa wanita pada awalnya berwajah hantu....,”kata Firuz. Bulu roma tiba-tiba naik menegang.

“Tetapi, dia menceritakan apa yang terjadi dan maksud sebenar di sebalik parut saya di tangan ini,” kata Hairie.

“Hairie, dia boleh lakukan apa-apa untuk meyakinkan kau. Mujurlah tidak terjadi apa-apa kepada kau, Hairie,” kata Firuz pula. Hairie tidak yakin atau tidak percaya bahawa perkara yang terjadi semalam hanya dongengan.

“WWAHHH!!!!!”

“Maa..kkk!!” jerit Firuz. Lim terkejut besar.

“Ha, ha, ha........,”Nurul ketawa berdekah-dekah.

“Kelakarnya awak berdua ni,saya dengar awak semua cerita pasal hantu, ker? Aku pun nak dengar juga, ceritalah, ceritalah...,”kata Nurul yang tidak sabar mendengar kisah hantu.

“Nurul ni, tak habis-habis terkejut orang. Awak nak tahu, apa yang awak buat ni, boleh lemah jantung! Kalau aku sakit jantung. Bagainamana, hah?” marah Firuz.

“Ya, lah. Buat apa awak curi-curi dengar tadi. Suka hati masuk campur hal lelaki, ya?” kata Firuz lagi.

“Sebenarnya, saya tidak sengaja tadi. Saya cuma nak beritahu bahawa ayah saya kata, esok kita akan balik ke rumah,”jelas Nurul.

“Esok, balik?” kata Hairie. Dia mula teringat sapu tangan misteri itu lalu di segera mengambil. “Menurut dia, sapu tangan inilah yang akan memberi jawapan yang sebenarnya,” kata Hairie lagi.

“Hairie, kau percaya benda yang karut itu?” tanya Firuz.

“Wei, apa yang kamu semua cakapkan, ni?” tanya Nurul yang kurang mengerti.

“Sudahlah, kalau tidak percaya, sudah!!!” jawab Hairie lalu beredar menuju ke dalam hutan.

“Hairie, tunggu!! Awak nak pergi mana?!” kata Lim terkejut melihat Hairie tiba-tiba beredar baegitu sahaja. Hairie tidak mengendahkan Lim. Firuz dan Lim mengekori Hairie termasuk Nurul.

“Hairie!! Tunggu!!”

Hairie berhenti berjalan.

“Kamu nak pergi mana?” tanya Firuz.

“Firuz, saya nak buktikan bahawa sapu tangan ini mampu memberitahu perkara yang sebenarnya!”kata Hairie. Wajahnya kelihatan serius.

“Tapi, bagaimana? Sapu tangan ini bercakapkah? Bagaimana sapu tangan itu memberitahu perkara yang sebenar, Hairie?” tanya Lim. Hairie diam sebentar. Dia berfikir. Logikkah sapu tangan ini menunjukkan atau memberitahu perkara yang sebenarnya?

“Apa yang kamu semua fikirkan? Apa yang kena mengena dengan sapu tangan ini? Eh, sapu tangan ini nampak lebih berbezalah. Warnanya lain. Tidak pernah saya melihat sapu tangan seperti ini. Dari mana awak dapat, Hairie?” kata Nurul mengambil sapu tangan itu dari tangan Hairie. Nurul membelek-belek sapu tangan itu.

“Nurul, awak nak buat apa dengan sapu tangan itu?” kata Hairie.

Nurul terpegun melihat sapu tangan itu. Fikirannya melayang apabila kain sapu tangan itu jauh berbeza daripada kain-kain yang dia pernah jumpa. Nurul mencuba mengelap tangannya yang baru terkena getah pokok dengan sapu tangan itu.

“Eh, ...sapu tangan ini bercahaya!! Sapu tangan ini mengeluarkan cahaya tadi!! Saya benar-benar nampak cahaya itu,” kata Nurul dengan terkejut dan menggelabah kerana pertama kali sapu tangan itu mengeluarkan cahaya.

“Apa!! Sapu tangan ini bercahaya! Mengarutlah, Nurul, awak salah nampak,kot,” kata Firuz.

“Demi Allah, benar, sapu tangan itu memang bercahaya. Hairie, percayalah sapu tangan itu bercahaya! Saya berkata yang benar,” kata Nurul yang cuba yakinkan Hairie, Firuz dan Lim.

“Sabar, Nurul! Sabar! Saya percaya,” kata Hairie melihat Nurul yang keadaan menggelabah. Lim berasa tidak yakin lalu mengambil sapu tangan dari Nurul. Dia cuba mengelap tangannya. Tetapi, tiada perubahan yang berlaku. Tiada cahaya yang muncul.

“Awak salah lihat, Nurul,” kata Firuz.

“Tidak mungkin saya salah lihat. Saya nampak, sapu tangan ini mengeluarkan cahaya yang terang,” kata Nurul. Firuz dan Lim hanya diam sahaja. Memang sukar nak percaya apa yang dikatakan oleh Nurul.

“Beri sapu tangan itu, Lim!” kata Hairie. Lim memberi sapu tangan itu kepada Hairie. Hairie cuba mengelap tangannya tetapi tiada perubahan. Tanpa disedari, tangan Hairie terkena ranting kayu yang berduri lalu tangannya terluka mengeluarkan darah. Zainal dan Firuz melihat tangan Hairie. Begitu juga dengan Nurul.

“Luka kamu ni teruk sangatlah, Hairie. Darah awak tidak berhenti mengalir,” kata Nurul. Hairie cuba mengelap lukanya dengan sapu tangan itu.

“Eh, cahaya,” kata Firuz dengan terkejut.

“Benarkah, Firuz? Ada cahaya?” kata Lim yang kurang percaya.

“Beri sapu tangan ini kepada saya,” kata Firuz. Firuz ambil sapu tangan itu lalu mengelap tangan Hairie.

“Aduh!! Pelan, pelan, pelan, Firuz,” kata Hairie menahan kesakitan.

“Ya lah. Awak tahan dulu, Hairie,” kata Firuz. Apabila Firuz mengelap luka tangan Hairie, ada cahaya yang bersinar terang.

“Aaahh!!...,” jerit Hairie. Dengan tidak sengaja, luka Hairie tadi berubah menjadi ghaib. Sapu tangan tadi terus bercahaya.

“Cahaya itu!! Sapu tangan itu bercahaya,” kata Lim terkejut baru melihat sapu tangan itu bercahaya.

“Apa yang kita nak buat dengan sapu tangan ini?” kata Firuz yang masih memegang sapu tangan itu. Lengan Hairie masih lenguh lagi walaupun luka tangannya tadi sudah hilang sepenuhnya. Hairie meminta Firuz cuba menggoyang-goyangkan sapu tangan itu supaya cahaya itu tidak kelihatan. Firuz terus mengikuti apa yang dikatakan oleh Hairie. Tetapi, cahaya itu terus bersinar terang dan cahaya terangnya dapat menebusi semua keadaan sekeliling hutan itu seolah-olah ada cahaya letupan tanpa bunyi di kawasan tersebut. Mereka bertiga menutup mukanya masing-masing kerana mata mereka tidak dapat melihat cahaya yang lebih terang. Putih yang amat terang sehingga keadaan menjadi kabur. Tidak lama kemudian, kepala mereka bertiga berasa sakit dan keadaan mereka tidak terkawal lalu mereka pengsan.

**

Waktu hampir sebelas pagi. Cuaca masih terang di perkhemahan hutan. Namun, ada pekara yang kurang baik yang belum menyenangkan hati Halim dan Mustapha.

“Mana anak kita? Mana mereka pergi? Sudah tiga jam kita cari mereka?”kata Mustapha dengan keadaan tertekan.

“Sabar, sabar. Saya yakin kita mesti jumpa mereka bertiga dan Nurul,” kata Halim yang juga risau dengan anak gadisnya itu.

“Budak-budak ini, menyusahkan orang sahaja! Pagi-pagi dah buat perangai! Kalau beginilah jadinya, lebih baik tidak perlu bawa mereka berkhemah lagi!” marah Mustapha. Darahnya tiba-tiba naik. Mustapha berasa geram dengan sikap Hairie dan rakannya itu.

“Kalau begitu, kita buat laporan polis?” cadang Halim.

“Belum boleh lagi, Halim. Kita tidak boleh berputus asa. Kita harus cari mereka sampai ke lubang cacing!” kata Mustapha yang masih tidak kawal panas barannya itu.

**

Keadaan masih gelap- gelita. Hairie membuka matanya. Cahaya terang itu sudah ghaib. Matanya sudah pulih dan boleh melihat semula. Hanya ada cahaya samar-samar yang berada di tempat itu.

“Di mana kita berada, sekarang?” tanya Hairie. Dia lihat keadaan sekeliling, bukan lagi berada di kawasan perkhemahan dan hutan. Lim, Firuz dan Nurul masih belum sedar dari pengsan. Lantas, Hairie mengerakkan tubuh rakannya itu. Mereka semua kaget melihat keadaanya sekarang seolah-olah mereka berada dalam alam lain. Bukan lagi, di alam yang nyata.

“GRR...ERR!!!”

“Eh, bunyi kereta api!” kata Nurul selepas nampak cahaya lampu keretapi. Keretapi itu berhenti di hadapan mereka. Ramai orang yang turun dari keretapi tersebut.

“Eh, Peta !” kata Lim yang tercuri pandang di dinding perhentian kereta api itu.

“Mari, kita lihat peta itu!” cadang Lim. Mereka melihat peta itu dengan khusyuk. Pada mulanya, mereka tidak faham tentang nama-nama di dalam peta itu. Mereka terkejut besar melihat perkataan di bawah peta itu.

“LONDON COUNTRY”

“Apa? Kita sebenarnya berada di London!” Hairie terkejut.

“Mengapa kita boleh berada di sini? Siapa yang bawa kita di sini?” kata Nurul.

“Mungkin sapu tangan misteri ini!” kata Firuz dengan pendapatnya. Dia masih ingat tentang cahaya sinar di sapu tangan misteri ini.

“Issh, tak mungkin kita berada di London. Cuba awak lihat sekeliling. Gelap geliat! Mana bangunan dan kedai-kedai? Kamu semua tidak tahukah di London, suhunya sejuk dan lebih rendah daripada suhu di Malaysia. Di sini, saya rasa sangat panas! Jadi, ini bukan London! Tidak mungkin kita berada sejauh di London,” kata Lim menurut pengetahuannya sendiri.

“Benar kata kamu, Lim. Kita tidak mungkin berada di tempat sejauh itu. Mungkin kita masuk dalam perangkap,” fikir Hairie.

“Saya rasa kita berada di negara asinglah,” kata Nurul lalu menyambung perbualannya.

“Cuba kamu lihat ada orang sekeliling. Kebanyakkan mereka adalah orang Inggeris, orang putih!” jelas Nurul. Mereka melihat orang ramai di sekeliling. Memang benar kat Nurul. Kebanyakkan tempat tersebut dikelilingi oleh orang luar. Lim terlihat sesuatu.

“Eh, tangga! Ramainya orang menuju ke situ. Jom kita pergi ke tempat itu,” Lim mengajak rakan-rakannya itu.

Hairie, Lim, Firuz dan Nurul beratur menaiki tangga. Seorang gadis kacukan cina di belakang mereka. Nurul melihat gelagat gadis itu menelefon seseorang. Gadis itu kelihatan kecewa selepas mendengar perbualan telefon. Dengan tidak disangka-sangka, seorang pemuda telah meragut beg tangan gadis itu.

“Help! Help me! Help! “ jerit gadis itu.

Hairie dan rakan-rakanya tergumam melihat reaksi gadis itu. Seorang lelaki yang tidak dikenali yang berada di hadapannya dalam barisan membantu mengejar pencuri itu. Kaki pencuri tersangkut wayar yang berada di bucu jalan lalu pencuri itu terjatuh. Sepantas kilat, lelaki itu menumbuk muka pencuri lalu mengambil semula beg tangan gadis itu. Pencuri itu mengerang kesakitan lalu melarikan diri. Tanpa membuang masa, lelaki itu menyerahkan beg tangan itu kepada gadis itu.

“Thank you, brother,”ucap gadis itu.

“Wait...,” gadis itu mengeluarkan dua dolar ciptaan negara lain kepada lelaki.

“No, thank you. I’m sincerely to help you. I no need your money,”kata lelaki itu lalu pergi menuju ke tempat barisannya semula.

“Hebat juga, abang ini. Perempuan itu bagi duit, bukannya nak ambil,” kata Firuz dalam hati.

Setelah mereka naik ke atas. Mereka kaget. Nama tempat dalam peta tadi memang benar dan kenyataan. Bangunan di sini mencapai tahap ketinggian yang maksimum berbanding bangunan di Malaysia. Cuaca di sini berasa dingin sederhana berbeza di Malaysia. Mereka terlihat papan kenyataan berhadapan dengan pintu keretapi.

WELCOME TO LONDON CITY

“Hah!!”

“Kita sebenarnya berada di London, la,”

“Habis, apa yang harus kita lakukan di sini?” kata Firuz menggelabah. Nurul masih terjenguk di tangga yang telah dinaiki lalu fikirannya melayang.

“Nurul! Kamu ni pergi mana? Selalu hilangkan diri. Kamu tahukah kita berada di negara asing. Kita tidak harus berpisah, Faham!” kata Hairie dengan serius. Dia tidak mahu berlakunya kehilangan salah seorang dari mereka.

“Ada satu perkara yang kamu semua harus tahu. Awak tahu di keretapi tadi, sebenarnya stesen itu berada di bawah tanah,”kata Nurul.

“Apa? Bawah tanah? Menakjubnya! Keretapi bawah tanah......,” kata Zainal terkejut.

“Sudahlah. Kita harus mencari jalan bagaimana hendak pulang semula. Saya berasa di sini sangat asing dan tidak sesuai kita duduki,” jelas Firuz.

Lima belas minit kemudian, mereka berempat berehat di perhentian bas.

“Apalah nasib kita hari ini? Mengapa kita boleh berada di sini?” tanya Nurul.

“Mungkin sapu tangan itu,” kata Hairie lalu mengeluarkan sapu tangan tersebut. Hairie dapat satu akal. Sebelum mereka berada di sini, mereka memusingkan sapu tangan itu. Hairie cuba memusingkan sapu tangan itu. Namun, keadaan tidak berubah. Mereka tetap berada di tempat yang sama. Mereka berasa bingung dan tidak tahu buat apa lagi. Pemuda yang berwajah putih gebu kacukan melayu melihat rekreasi keempat-empat kanak-kanak itu. Pemuda itu lalu bersuara

“Hello, guys. Can i help you all?” tanya pemuda itu.

“Ermm, No,” jawab Hairie tersenyum untuk menjawab pertanyaan dalam bahasa Inggeris semula. Pemuda itu membalas senyuman Hairie.

“Kamu semua dari mana?” kata pemuda itu. Hairie, Zainal, Firuz, dan Nurul terkejut apabila pemuda itu bercakap bahasa Melayu.

“Abang, bukan orang sini?” tanya Hairie yang duduk bersebelahan dengan pemuda itu di perhentian bas.

“Abang yang tanya dulu tadi. Adik pula yang bertanya lagi,” kata pemuda itu .

“Sebenarnya, kami semua tersesat, bang!” jelas Hairie.

“Tersesat? Dari mana?” tanya pemuda itu lagi.

Hairie berasa serba salah untuk memberitahu perkara yang sebenar. Dia merasakan perkara itu tidak masuk akal. Firuz terus mencuit pinggang Hairie supaya memberitahu hal yang sebenarnya.

“Kami dari.....,” percakapan Hairie tergantung. Lim dan Firuz membuat perubahan mukanya memaksa Hairie memberitahu perkara yang sebenarnya.

“MALAYSIA!” kata Hairie.

“Malaysia?! Siapa yang hantar kamu semua ke sini?” tanya pemuda itu lagi. Wajah pemuda itu tergumam sebentar. Firuz lalu merampas sapu tangan dari tangan Hairie.

“Benda ini, bang,” kata Firuz menyerahkan sapu tangan itu kepada pemuda itu.

Pemuda itu memandang aneh. Memang sukar pemuda itu percayakan kata-kata mereka. Pemuda itu pasti mereka tidak membohonginya. Dia bertekad untuk menyelesaikan misteri yang berkaitan sapu tangan ajaib yang berwarna keemasan itu. Dengan belas kasihan, pemuda itu membawa mereka ke rumahnya. Rumah pemuda itu adalah rumah sewa dan banyak bilik di situ. Hal ini bermakna pemuda itu tinggal di bilik seperti hotel.

“WELCOME TO HOTEL HARWICH”

Perkataan ini berada di pintu pagar hotel tersebut. Pemuda itu mengambil kunci bilik lalu membuka pintu itu. Bilik hotel itu seperti biasa. Keindahan bilik itu sama seperti bilik di negara Malaysia.

“Buat sementara waktu, kamu semua tinggal di sini. Maaflah bilik ini terlalu sempit,” kata pemuda itu.

“Abang ini asalnya dari mana?” tanya Nurul musykil kerana wajah pemuda itu seperti orang melayu Malaysia.

“Err, sebenarnya abang ini dari Malaysia juga. Abang ke sini untuk melanjutkan pengajian di SOAS,” jawab pemuda itu.

“SOAS?”

“Ya, SOAS itu ialah School Of Oriental and African Studies,” jelas pemuda itu sekali lagi

“African Studies? Bermakna abang ini belajar tentang ilmu Afrika lah,” kata Nurul pula. Nurul melihat kamar yang berasingan dengan bilik rakannya, Hairie, Lim dan Firuz.

“Nama abang siapa, ya?” kata Hairie yang ingin tahu.

“Nama kamu semua siapa? Okey, Nama abang ialah Izmal Ismail,”

**



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku