Hairie Hendrytt Dan Bebola Laser
Bab 10 (Rumah Rahsia Hyde Park)
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
180

Bacaan






BAB 10

RUMAH RAHSIA HYDE PARK

Waktu hampir pagi. Jam tepat pada pukul tujuh. Bunyi kicauan burung merbok menggamat suasana pagi di seluruh bandar London. Cuma cahaya matahari tidak cerah dan panas. Izmal bangun awal untuk bersiap-siap ke SOAS. Dia meninggalkan Hairie dan rakan-rakannya. Kerana tergesa-gesa ke pusat pengajian SOAS, Izmal tidak sempat bersemuka dengan mereka berempat. Mereka berasa bosan dan ingin keluar berjalan-jalan di kota raya London. Mereka serba salah.

“Tok! Tok! Tok! “ bunyi ketukan pintu sangat kuat seolah-olah membaling batu di permukaan pintu tersebut. Mereka berempat cemas. Mereka tidak tahu siapa yang mengetuk pintu. Hairie cuba memberanikan diri untuk membuka pintu tersebut.

“Jangan, Hairie!” Firuz menghalang.

“Kenapa?”

“Mungkin......ada orang nak culik kita! Tempat ini negara orang. Jangan main-main,” jawab Firuz. Hatinya terasa gelisah. Dia menghalang tindakan Hairie. Terdengar bunyi sejambak kunci yang cuba membuka pintu tersebut. Mereka berempat berasa cemas. Siapa yang membuka pintu tersebut?

“Cak!!!”

Izmal ketawa melihat gelagat mereka ketakutan. Izmal diberitahu bahawa pengajian hari ini terpaksa ditangguhkan kerana pensyarah di SOAS sedang bermesyuarat dan menjalani peperiksaan penting. Izmal ingin membawa mereka berjalan-jalan di kota London. Mereka berlapang hati dengan cadangan Izmal.

Mereka bertolak kira-kira jam sepuluh pagi. Siapa sangka, dengan sekelip mata, tiba-tiba mereka dapat menjejaki kaki di London. Seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku sekarang. Bangunan- bangunan yang unik membuatkan mereka terpukau melihat cakaran langit di sekelilingnya. Banyak tempat-tempat yang mereka kunjungi. Antaranya ialah Hock Van Holland, Harwich, Marble Arch, tempat bersejarah seperti patung diraja inggeris iaitu Raja Henry VIII dan J.R(Larry Hagman) bertempat di Madama Tussed.

Mereka kagum dan unik melihat ukiran patung diraja Inggeris. Nurul berasa rugi tidak membawa kamera untuk merakamkan tempat-tempat yang belum pernah dilihatnya. Tempat-tempat yang dia lihat memang tidak boleh dilupakan. Selain itu, terdapat juga tempat orang ramai berlatih pidato iaitu di Speakers Corner. Mereka juga mengunjungi kawasan membeli-belah di Oxford Street. Banyak juga barang keperluan yang dipilih oleh Izmal untuk mereka berempat. Mereka juga berkesempatan mengungi pusat pengajian Izmal di SOAS.

Sememangnya, tempat-tempat yang mereka lawati tidak akan pernah dilupakan. Tempat-tempat tersebut sungguh berbeza daripada tempat-tempat di Malaysia.

“Kalaulah saya bawa kamera,” bisik hati Nurul. Jika tempat-tempat seperti ini, dia tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil atau merakam gambar-gambar yang menarik. Namun, Nurul tidak membawa kamera. Persoalannya, mengapa mereka sampai ke London dengan sekelip mata? Adakah kerana sapu tangan ajaib itu? Apakah rahsia di sebalik sapu tangan ajaib itu?

Semua persoalan penuh dengan tanda tanya. Tetapi, Hairie masih mengingati kata-kata gadis yang digelar ibunya itu. Sapu tangan inilah yang akan memberi jawapan di sebalik bentuk parut di tangannya yang berhuruf ‘H’. Kini, Hairie belum lagi menemui jawapannya.

*

Suasana masih dingin. Keindahan Taman Hyde Park membuatkan orang ramai terpukau melihatnya. Hairie, Lim, Firuz dan Nurul melihat suasana di taman itu sunyi dan tenang. Tempat ini sesuai untuk menenang fikiran di taman Hyde Park.

“Sungguh cantik taman ini, ya,” kata Nurul melihat keindahan bunga-bunga di sekeliling taman tersebut. Hati mereka sungguh gembira seolah-olah mereka berada di alam rimba kanak-kanak.

“Eh, mana Nurul?” tanya Hairie dengan cemas.

“Nurul!” kata Lim dan Firuz lalu melihat kawasan sekelilingnya.

“Entahlah. Tadi, dia pernah ke arah sana,”kata Lim menghala tangan kanannya ke arah bahagian bunga.

“Mari, kita cari Nurul ke arah sana!” arah Hairie.

“Hai, kamu semua tergesa-gesa, nak ke mana?” tanya Izmal yang masih berehat di kerusi taman.

“Abang Izmal! Kami nak cari Nurul. Dia tiba-tiba ghaib,” jelas Firuz.

“Apa? Jadi, Nurul hilang sekarang ini?” Izmal terkejut.

Mereka bekerjasama mencari Nurul di kawasan sekeliling taman Hyde Park. Selepas setengah jam, mereka gagal menjumpai Nurul.

“Hairie, Lim, Firuz! Masih jumpa Nurul?” tanya Izmal.

“Tidak. Kami tak jumpa!” kata mereka bertiga serentak.

“Nurul ni, pantang saja ke negara asing. Pasti dia hilangkan diri!”kata Hairie.

*

Cuaca masih gelap. Awan redup berlegar-legar ke udara. Daun-daun dari pokok berguguran dengan banyak di rumput. Angin ditiup sempoi-sempoi menyebabkan daun-daun tersebut jatuh berguguran. Mungkin cuaca hari ini telah berubah sepenuhnya berbanding dengan hari yang sebelumnya. Mereka masih risau tentang kehilangan Nurul. Apabila mereka menunggu Nurul di Taman Hyde Park, Nurul tetap tidak muncul-muncul lagi. Jam hampir menunjukkan enam petang, tidak lama lagi waktu malam akan menjelang nanti. Patutkah mereka pulang?

“Jangan risau, lah. Malam ini, saya akan laporkan kepada pihak polis. Mari kita pulang dahulu,” ajak Izmal.

“Benar, kata Abang Izmal. Sudahlah, Hairie. Insya-Allah, kita berharap dan berdoa bahawa Nurul berada dalam keadaan selamat,” pujuk Firuz. Mereka pulang termasuk Izmal dengan hampa.

“Tunggu....,” kata Lim dengan tiba-tiba.

“Kenapa dengan kamu ni, Lim?” tanya Firuz.

“Saya ada nampak sesuatu....,” jawab Lim.

“Nampak apa pula, Lim?”tanya Izmal pula.

“Di hujung sana, saya ada nampak bumbung buruk,” jelas Lim.

“Bumbung buruk?! Mana?” tanya Hairie melihat apa yang dimaksudkan oleh Lim.

“Iyalah, ada bumbung buruk. Besar kemungkinan ada pondok atau rumah di sana. Mungkin Nurul bersembunyi di sana,” Hairie menduga.

“Benar juga. Mari kita ke sana,” cadang Lim.

Sampai sahaja di rumah tersebut, Lim dan Firuz tidak berani mendekati daun pintu yang usang itu. Hairie cuba membuka daun pintu tersebut dengan perlahan. Jantungnya berdegup kencang. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Mereka bertiga termasuk Izmal masuk ke dalam rumah buruk itu. Semua peralatan rumah berhabuk seolah-olah rumah itu telah lama ditinggalkan.

“Hello! Hello!Everybody here?” Izmal menyahut dalam ungkapan bahasa Inggeris.

“Nurul! Nurul! Awak ada dalam rumah ini, ke?” giliran Hairie pula yang ingin tahu keberadaan dalam rumah itu.

“Rasanya Nurul tiada dalam rumah ini. Marilah kita keluar dari tempat ini!” tegur Lim.

“Ya. Lah! Rasa menyeramkan berada dalam rumah ini!” sokong Firuz.

“Anybody can help you, guys?” tiba-tiba ada suara yang garau lagi menggerunkan membuatkan jantung mereka berempat berdegup pantas. Alangkah terkejutnya,mereka melihat seorang makhluk aneh berpakaian jjubah hitam, mukanya yang pelik. Mulutnya berparuh tajam. Hidungnya seperti belalai gajah. Di sebalik jubah tersebut, badannya separuh berbulu.

“Sorry. I want find somebody. Little girl,” jelas Izmal.

“Ya. She Nurul!” Hairie cuba bercakap bahasa Inggeris.

“I think you alls are not come from London. Are you’re from Malaysian?”

“How you do know? Yes, we from Malaysian...,” Izmal memberi jawapan.

Makhluk aneh itu melihat tangan Hairie dari jauh. Dia memandang wajah Hairie. Hairie semakin ketakutan. Dia memegang tangan Zainal.

“Nampak awak adalah Hendrytt!” Makhluk anaeh itu pandai berbahasa Melayu.

“Awak pandai bercakap bahasa Melayu!” Izmal kaget.

“Siapa awak? Dari mana awak tahu nama Hendrytt!” Fikiran Hairie tidak menentu. Hairie teringat kisah mimpinya tentang sijil lahir yang menunjukkan namanya juga adalah ‘Hendrytt.

Makhluk aneh itu tersenyum sinis. Dia mengalih pandangan. Tiada kata perbicaraan. Dia duduk di atas kerusi sambil mempelawa Hairie dan rakan sepasukannya duduk di kerusi di hadapannya. Di hadapan kerusi, kelihatan sebuah jag air besar dan beberapa cawan kecil. Makhluk aneh itu menghidang cawan-cawan itu kepada mereka. Dia menuang setiap cawan-cawan tersebut dari jag besar.

“Minumlah air teh ini. Kasihan kamu semua dalam keadaan keletihan,” pelawa makhluk aneh itu. Hairie, Lim dan Firuz berpandangan. Mereka was-was untuk minum air tersebut. Izmal lantas minum air. Izmal benar-benar kehausan.

“Jangan risau. Air teh ini bukan racun. Teh ini adalah teh herba. Buatan Malaysia,” jelas makhluk itu. Mereka bertiga kaget. Dengan keadaan perlahan, mereka bertiga minum kerana kehausan yang amat.

“Saya adalah Fiqual. Makhluk ciptaan hasil dari buatan manusia. Saya diciptakan oleh seorang saintis popular iaitu Ossicle!” jelas Makhluk aneh yang memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

“Ossicle!” Hairie masih samar-samar atas nama itu.

“Sebenarnya, dia ada mencipta sejenis bebola cahaya untuk menghasilkan bintang tiruan di langit. Namun, penghasilannya gagal kerana musuhnya yang sangat dengki atas kebolehan Ossicle menjadi seorang saintis!”

“Siapa musuh Ossicle?” tanya Izmal.

“Violet. Violet adalah musuh ketat Ossicle. Dia juga seorang saintis yang terkenal. Pernah berkawan rapat dengan Ossicle. Oleh kerana dia merasakan cemburu terhadap kesahihan Ossicle, dia cuba mengagalkan semua hasrat ciptaan Ossicle,”

“Ok. Di mana Ossicle berada sekarang? Boleh kami menemuinya,” tanya Lim.

“Dia telah mati dibunuh,” jelas Fiqual.

“Apa? Mati?!” Hairie kaget.

“Violet membunuhnya. Isterinya juga dibunuh dengan kejam. Pada awalnya, Violet merancang untuk mengagalkan hasrat Ossicle mewujudkan cahaya laser melalui sebuah bebola. Dari bebola tersebut, akan hasillah beberapa bingkisan bintang tiruan untuk dipantulkan ke arah langit. Akhirnya, bebola laser itu sudah berjaya diwujudkan. Dan, Violet telah mencuri bebola itu ke makmal Ossicle. Melalui bebola itu, Violet berjaya merancang untuk membunuh isteri Ossicle.Mujurlah,..,”

“Mujurlah apa? Siapa isteri Ossicle?” Hairie seperti sudah mengetahui kisah saintis bernama Ossicle. Hairie mengambil cawan teh untuk diminum sekali lagi.

“Tiara! Tiara, isteri Ossicle!” jelas Fiqual. Tanpa disedari, cawan teh yang dipegang oleh Hairie terjatuh ke lantai. Nama ‘Tiara’ sering bermain-main di fikiran Hairie. Sijil lahir misteri dalam mimpinya juga ditulis “Hendrytt Ossicle”.

“Hairie, awak dah kenapa? Ada yang tidak kena ke?” tanya Firuz. Peluh di dahu Hairie mengalir laju membasahi pipi.

“Tak ada apap-apa. Teruskan, Fiqual. Kami nak tahu kisah selanjutnya,” kata Hairie. Rakannya, Nurul semakin dilupakan.

“Anak dalam kandungan Tiara berjaya diselamatkan. Violet meletakkan bebola laser itu ke dalam air. Selepas itu, air itu diminum oleh Tiara termasuk bebola laser,”

“Jadi, bebola itu ada dalam kandungan Tiara?” Tanya Lim,

“Ya. Tiara berjaya melahirkan bayi itu sehingga Tiara menghembus nafas terakhir. Ossicles menyerahkan bayi itu kepada saya ketika Ossicle berada dalam buruan Violet. Ossicle pernah memesan kepada saya selamatkan bayi ini. Akhirnya, nyawa Ossicle telah menjadi korban. Kini, Violet masih memburu saya termasuk bayi itu,”

“Bayi itu ada di mana sekarang?”Hairie bertanya. Dia ingin tahu.

“Parut awak!” Fiqual mengaju parut di tangan Hairie.

“Kenapa dengan parut ini? Apa kaitannya?” tanya Hairie lagi. Fiqual lantas berdiri dan menuju ke jendela. Sudah puas Fiqual mengurungkan diri dalam kegelapan. Fikirannya melayang ke sesuatu peristiwa.

“Parut itu sama dengan anak Ossicle. Ossicle sudah merancang nama anaknya ialah Hendrytt. Lambang ‘H” di parut anaknya sudah memberi gambaran. Ketika Violet sudah mendapat tahu tempat persembunyi saya bersama Hendrytt, Violet terus mengejar saya. Saya berusaha menyelamatkan Hendrytt sehingga ke sebuah pusat lapangan terbang. Apabila penat, saya terpaksa meletakkan Hendryt ke sebuah beg pakaian milik penumpang Malaysia tanpa diketahui oleh pihak keselamatan lapangan terbang. Saya membiarkan nasib Hendrytt ke arah penumpang itu. Saya memang tidak ada pilihan. Nyawa Hendrytt ketika it sangat merbahaya. Saya lebih rela mati kerana Hendrytt,” cerita Fiqual. Mereka berempat khusyuk mendengar cerita Fiqual.

“Jadi awak cam la parut saya ini?” tanya Hairie. Dia dapat menjangka bahawa dialah bayi yang dimaksudkan itu.

“Awak Hendrytt kan?!” Fiqual memutuskan.

“Hairie! Awak Hendrytt! Jadi awak bukan orang Malaysia? Awak dari sini!” Lim seperti tidak menjangka bahawa rakannya itu bukanlah orang tanah air mereka. Hairie menunduk. Hairie sudah dapat menjangka bahawa ibubapa yang sengaja menyembunyikan rahsia di sebalik parut ini telah terbongkar. Firuz dan Izmal juga terkejut akan kenyataan Fiqual.

“ Sudahlah. Hari telah hampir malam. Bermalamlah sini sementara menunggu hari siang. Makanan akan saya siapkan. Jangan risau. Lagipun ini adalah amanah arwah Ossicle untuk menjaga kebajikan Hendrytt. Buatlah rumah sendiri,” suara garau Fiqual semakin perlahan. Hairie membelek parutnya. Masih kekal dan tidak lama lagi parut itu akan bercahaya lagi.

“Fiqual. Saya ada satu pertanyaan. Di mana hilangnya bebola laser itu? Bebola itu telah diberi oleh ibu saya. Selepas itu, apa yang berlaku? Apa nasib bebola tersebut?” Hairie menyoal dengan penuh musykil. Fiqual tersenyum mendengar soalan Hairie.

“Jawapannya ada dalam diri awak, Hendryytt!” jawab Fiqual.

“Diri saya. Maksudnya?”

“Awak akan tahu suatu hari nanti.....,” Fiqual beredar dan lesap dengan tiba-tiba. Hairie dan rakan-rakannya kehairanan.

*



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku