CERITERA LAFATTON : LAFATTON ANAK MAK
Bab BAB 1 : SIREN LA-OMAK!
Genre: Keluarga
Kategori: Alternatif
Paparan sejak 29 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
389

Bacaan






“Bangun!! Bangun!!

Along… Bangunnn..

Lanaaa.. Dengar tak mak panggil ni?

Mak kata Bbbaaaaaaaaanggggguuunnnnnnnn!!!!

Sepantas kilat aku dengan Lana bangun capai tuala terus masuk bilik air. Walaupun hari ini hari Ahad, memang dah menjadi kebiasaan di rumah. Kami akan bangun pagi dan sarapan bersama. Jangan haraplah dapat sambung tidur balik.

Yang tadi korang dengar tu adalah ‘Siren La-Omak.’ Siren itu akan berbunyi kalau alarm-alarm lain dah tak mampu nak kejutkan si pengunci alarm atau lebih tepat lagi ianya adalah siren kecemasan yang menandakan gempa bumi di rumah akan berlaku bila-bila masa sahaja kalau kau tak bangun juga dari tidur.

Kebiasaannya aku akan sedaya-upaya mengelakkan dari siren ni berbunyi. Sebabnya :

1. Ia mampu membuatkan anda segar biji mata selama seminggu.

2. Kau akan fobia untuk melelapkan mata dan akan berdebar setiap kali mengerlipkan mata.

3. Frekuensi siren ini mampu di dengari sehingga 1 kilometer (km).

4. Setiap kali siren ini berbunyi, satu taman akan tahu pagi tadi apa yang terjadi di rumah.

5. Kau akan mendapat panggilan dan whatsapp bertubi-tubi. Ada yang mencemuh dan memarahi sebab siren tersebut telah membuatkan penduduk satu taman terkena fobia yang sama.

Kalau aku mengantuk sangat, aku sambung tidur dalam bilik air. Tapi Lana ini selalu spoilkan rancangan aku. Timing dia nak membuat pelaburan tu, selalu mengganggu aku meneruskan misi lena.

Pagi-pagi memang aku akan rebut bilik air dulu dengan dia. Aku akan pastikan aku masuk dulu. Kalau dia dah masuk, kau kena biarkan pintu tu terbuka selama sejam. Kalau bilik air korang tak ada aliran udara, aku rasa penangan dia akan jadi lebih azab. Mahu sampai setahun bau tu melekat.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku