RAPHAEL
Bab I
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Jeneral Karim telah menyalahgunakan sumber bahan mentah dari planet asing dalam pembangunan teknologi ketenteraannya. Dengan kesedaran ini, sekumpulan saintis dan mereka yang terlibat dalam menentang projek yang berisiko tinggi ini, mencipta sut khas yang dapat menghapuskan bahan mentah itu, sekaligus menggagalkan rancangan Jeneral Karim.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
350

Bacaan






“Teknologi ini sangat luarbiasa. Jika kita aplikasikan kepada industri yang berkaitan, pasti dapat membantu mereka dengan prestasi yang sukar dibayangkan.” Kata Dr. Rahman. Visioner berjiwa besar.

“Ya, tapi aku tak fikir begitu. Teknologi ini akan bawa banyak kepincangan dan kerosakan, kalau terdedah kepada umum.” Kata Dato’ Ismail. Usia mereka dalam lingkungan 50-an.

Dr. Rahman terdiam. Berfikir panjang. Bilik pejabat yang gelap tidak menampakkan langsung wajah mereka. Hanya cahaya lampu kota di luar bangunan pejabat, menjadi sumber bilik itu terang. Namun tetap juga kelam.

“Engkau betul.” Kata Dr. Rahman akur dengan pendapat timbalannya. “kita akan mulakan, dengan segala kemajuan teknologi dan penemuan komoditi dari planet asing yang telah kita terokai, akan dirahsiakan dengan ketat. Kita akan jalankan eksperimen dengan berskala dan berperingkat-peringkat.”

“Aku tidak fikir penemuan ini boleh dipasarkan.” Kata Dato’ Ismail memberikan pendapatnya lagi.

“Mungkin untuk masa terdekat. Untuk memasarkannya mengambil masa.” Celah Dr. Rahman.

“kalau boleh, biarlah ianya tidak diketahui oleh sesiapa pun. Kita hanya perlu berurusan dengan orang-orang yang boleh kita percayai, untuk sama-sama bertanggungjawab membangunkannya.”

Dr. Rahman mendengar dengan teliti. Mereka terdiam agak lama. “Adakah kau dapat lihat apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang?”

Dato’ Ismail hanya terdiam.

a vision!!” kata Dr. Rahman lagi. “aku akan wujudkan generasi manusia yang mempunyai tahap kepintaran dan kebolehan yang luarbiasa, melalui DNA mereka. Supaya mereka akan menguasai dan menerajui hampir apa saja bidang yang sangat tinggi kepentingannya kepada dunia. Pintar berfikir dan mentafsir keagungan alam. Dengan kebolehan yang mereka ada, mereka mampu meneroka dan melihat sendiri keajaiban ciptaan Tuhan, yang selama ini sukar dirungkai. Lembaran tamadun manusia baru akan terwujud, dengan penemuan demi penemuan yang tidak pernah terlintas oleh akal manusia.”

“Macam mana dengan Karim? Kita tak boleh biarkan dia sewenang-wenangnya melakukan penyelewengan. Kita perlu berhati-hati dan tak ulang kesilapan lagi.” Kata Dato’ Ismail. “apa yang akan kau lakukan?”

Dr. Rahman hanya terdiam, membiarkan pertanyaan itu tidak berjawab.

“Apa pula pendapat kau tentang Zahran?” soal Dato’ Ismail lagi.

“Dia seorang saintis muda yang bijak dan terang hati. Dia mempunyai kegusaran yang sama seperti apa yang kita rasa.” Jelas Dr. Rahman. “Aku akan sokong misinya.”

“Engkau pasti dengan semua ni? Engkau yakin?”

“Ya!” jawab Dr. Rahman ringkas. Kemudian terdiam.

Kini yang berbicara adalah akal fikiran masing-masing yang ligat menganalisa segala urusan rahsia mereka. Berkuasa dan berbahaya, yang disembunyikan dari pengetahuan awam.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku