RAPHAEL
Bab II
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Jeneral Karim telah menyalahgunakan sumber bahan mentah dari planet asing dalam pembangunan teknologi ketenteraannya. Dengan kesedaran ini, sekumpulan saintis dan mereka yang terlibat dalam menentang projek yang berisiko tinggi ini, mencipta sut khas yang dapat menghapuskan bahan mentah itu, sekaligus menggagalkan rancangan Jeneral Karim.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
310

Bacaan






Pada malam berikutnya, tanpa pengetahuan sesiapa. Tanpa di duga, Dr. Zahran dengan menggunakan senjata pintar telah menyerang pengkalan ujikaji yang diketuai oleh Jeneral Karim. Kerana aktiviti yang telah terpesong dan amat membahayakan semua nyawa sekiranya dibiarkan berjaya.

Dengan kehadiran tanpa di duga itu, Jeneral Karim sangat berang. Dia punya pendirian bak askar yang tidak memiliki sifat belas kasihan.

“Segala kelemahan kau ada dalam genggaman aku Raphael. Sut yang engkau pakai ada kelemahannya. Hahaha...” Jeneral Karim menjelaskan dengan terang. Raphael memandang Jeneral Karim dengan perasaan sedikit cemas dan berhati-hati. Dia harus dapat membaca segala kemungkinan yang bakal berlaku yang mengancam keselamatan diri sendiri. Jeneral Karim menyambung kembali bicaranya.

“Teknologi ini aku yang menguasainya, teknologi ini sangat berkuasa dan potensinya sangat besar. Aku lebih tahu bagaimana ia berfungsi lebih dari engkau sendiri Raphael.”

“Namun teknologi ini bukan milik orang seperti engkau, yang suka menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri.” Tempelak Raphael dengan berpenampilan seperti adiwira. Sut hitam berotot menyeliputi segenap tubuhnya, matanya merah sentiasa. Amat gerun bagi sesiapa pun yang memandang. Pasti akan gementar hati manusia. Sut bio-organik yang maju dan mempunyai kuasa yang luarbiasa. Bersayap hitam lebar, yang kini menyelubungi seluruh tubuh Raphael kecuali sekitar bahagian mulutnya.

“Aku harus hapuskan teknologi ini walaubagaimana sekalipun. Orang macam engkau tak berhak menguruskannya.” Tengking Raphael, suaranya garau ibarat singa yang berkata-kata seperti manusia.

“hahahaha...” Jeneral Karim tertawa sambil menahan sakit di hati.

“Dah aku jangka dari awal, engkau mesti akan menentang projek ini, tanpa benar-benar tahu tujuan aku buat semua ni. Sebab itu segala ancaman yang engkau terima adalah dari perancangan aku sendiri. Sebelum ianya terjadi, engkau harus aku hapuskan dahulu. Aku tahu engkau licik Raphael. Tak ada sesiapa setakat ini yang dapat bunuh engkau... baiklah, kalau begitu, biar aku sahaja yang tamatkan hidup kau malam ni juga!!!” Kata Jeneral Karim dengan suara tinggi. Lengkap berpakaian seperti ketua tentera namun kelihatan sepucuk pistol disematkan di sisi kanannya. Bukan pistol biasa.

Raphael memandang wajah Jeneral Karim dengan penuh kebencian. Tidak dia gentar dengan ancaman yang di dengar. Suit berotot hitam itu semakin mengembang, sebagai tindak balas bio-kimia dalam tubuh badan Raphael dengan sut bio-organik yang ‘dipakainya’. Sungguh amat bengis dan menggerunkan. Sayap yang lebar yang melindungi tubuhnya itu menggigil kerana perasaan geram Raphael. Mata yang merah kelihatan memancar dengan begitu menakutkan. Nafas Raphael turun naik dengan mendadak.

Mata saling berpandangan dari jauh. Kini, buku bertemu ruas. Dalam bangunan pengkalan yang teramat luas itu dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi, staf-staf, saintis-saintis dan pegawai yang lainnya hanya mampu melihat dengan perasaan gerun dan bersembunyi di balik perkakas dan peralatan gedung yang besar. Dibalik almari, meja, bongkah besi dan perkakas lainnya.

Kelihatan juga di hujung gedung besar itu bongkah asing yang berbentuk segitiga prisma yang besar, berdiri tegak seperti bangunan pejabat. Beralur seperti sambungan bongkah-bongkah dan bahagian yang banyak. Bahan komoditi dari planet asing itu berwarna hitam kelabu dan berkilau. Amat keras dan tidak musnah.

“Satu perkara yang kau tak tahu dari aku Karim. Sut ini aku cipta khas untuk menghapuskan teknologi yang datang dari komoditi itu.” Kata Raphael, sambil jari telunjuknya mengarah ke bongkah dari planet asing yang berbentuk segitiga prisma, jauh di sebelah kirinya. Raphael menyambung lagi.

“Hanya teknologi mereka yang dapat menghapuskan teknologi yang engkau cuba kuasai sekarang ini. Sut yang aku pakai ini jugalah yang akan menamatkan segala niat jahat dan ketamakan engkau Karim!.. malam ni juga!!” Tengking Raphael.

Jeneral Karim memandang wajah Raphael dengan marah dan tidak berpuas hati. Matanya terbeliak mendengarkan bahawa teknologi yang bakal membuatkannya orang terkaya dunia dan mampu menguasai ekonomi antarabangsa, selain penguasaan teknologi ketenteraan untuk masa depan, kini ingin dihapuskan oleh Raphael. Gara-gara teknologi yang dibawa oleh tamadun alien yang amat canggih dan tidak terjangkau oleh kehebatan teknologi manusia setakat ini.

“Ahhh... tidak semudah itu Raphael. Tidak ada yang lebih berkuasa di sini melainkan aku!!” Pekik Jeneral Karim.

Raphael tersenyum dengan mata merah menyala yang sedang terbeliak, kemudian tertawa.

“Zahran.!!” kata Jeneral karim dengan suara tinggi.

Raphael terdiam. Pegun mendengar namanya disebut Karim.

“Zahran... kawanku. Kenapa engkau bersusah payah macam ni. Kau tak percayakan aku? Nanti bila teknologi ini mendapat sambutan baik di Malaysia, kita boleh kongsikan dan rasai kekayaan bersama-sama. Ini adalah teknologi masa depan. Amat rugi sekali bila kau nak hapuskannya. Selagi aku masih hidup, teknologi ini akan selalu ada dan tidak ada sesiapa yang boleh hapuskan.” Kata Jeneral Karim dengan nada kecewa.

“Engkau tamak Karim, sanggup engkau bunuh Zainal, Khairi yang selama ini bertanggungjawab untuk projek ini. Sepatutnya di uruskan oleh orang yang amanah seperti mereka. Engkau tidak berhak masuk campur sama sekali.” Balas Raphael.

Orang di sekeliling terkejut, tidak sangka disebalik sut yang dikenali sebagai Raphael adalah Dr. Zahran. Antara saintis yang bertanggungjawab di dalam menguruskan teknologi alienyang amat canggih namun haruslah bertanggungjawab. Jangan sampai teknologi ini jatuh ke tangan orang yang tamakkan kuasa. Dr. Zahran satu-satunya saintis yang menentang pengambil alihan projek kepada Jeneral Karim, selain Dr. Danial. Kerana dia mengesyaki banyak yang tidak kena selepas jeneral itu menguruskan projek teknologi alien.

“Dr. Zahran?” kata salah seorang pegawai di gedung ujikaji besar itu.

“Engkau telah memburukkan nama baikku di hadapan seluruh pegawai dan staf di sini. Aku kecewa Zahran. Engkau tuduh aku bukan-bukan. Apa salahku?” kata Jeneral Karim.

“Besar salah kau Karim... aku akan hapuskan teknologi tu sekarang!!” pekik Dr. Zahran, yang juga memakai sut yang diberi nama Raphael.

Tanpa berlengah Raphael mengembangkan sayapnya dengan gah. Di hempas sayap seperti malaikat itu sekuat mungkin sehingga terbanglah tubuh Raphael menuju bongkah gergasiberbentuk segitiga prisma itu. Semua staf yang berada di situ melihat Raphael terbang dengan pantasnya. Mereka semua ketakutan kerana sesuatu yang buruk akan berlaku yang boleh meragut nyawa mereka.

Jeneral Karim menjadi berang. Matanya tajam melihat Raphael terbang dengan sayap menuju ke arah segitiga prisma, bahan mentah dari planet asing. Tanpa berlengah dia mengambil pistol khas di sisi lalu di hunus ke arah lembaga yang menyeramkan itu. Hitam, berotot, bermata merah sentiasa dan bersayap hitam lebar berpelepah.

‘Bamm... Bamm!!’ dua das tembakan yang meluncurkan peluru berteknologi alien dengan pantas memburu tubuh Raphael. Kesemua peluru dengan tepat menembusi tubuh bersut hitam itu.

“Arghhh!!” jerit Dr. Zahran merasai kesakitan yang teramat. Lalu jatuh terhempas ke lantai sebelum sempat mendarat di atas segitiga prisma itu.

Matanya melirik tajam melihat Jeneral Karim dari kejauhan. Orang ramai yang berada dalam bangunan ujikaji rahsia itu telah bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing. Kecuali Dr. Danial. Sahabat kepada Dr. Zahran. Sut Raphael itu adalah ilham dari idea mereka berdua. Bertujuan menghapuskan teknologi yang teramat canggih yang menjangkaui tamadun manusia. Dia bersembunyi di dalam bilik kajian, sambil terjenguk-jenguk melihat Raphael dan Jeneral Karim dengan waspada dan ketakutan.

Raphael tidak menyangka peluru itu mampu menembusi tubuhnya walaupun telah diciptakan sut itu sebagai kalis peluru dengan apa jenis sekalipun. Dia memegang dadanya. Merasai akan peluru yang telah menembusi tubuh. Sut yang berlubang, pulih dan bercantum kembali. Begitulah sut bio-organik pintar berfungsi. Seperti kulit manusia yang akan mengembalikan kulit kepada bentuk asal apabila menerima koyakan atau terluka. Namun perluru yang dua das itu telah bersemadi di dalam tubuh Raphael. Dia tidak fikir akan dapat bertahan lama. Kematian semakin hampir akibat peluru yang telah menusuk ke jantungnya.

Dengan wajah marah, Raphael menguatkan kembali kudratnya yang berbaki. Digagahkan diri yang bertubuh besar dan berotot tegap. Dihempas sekuat mungkin sayapnya yang seperti malaikat menuju ke arah Jeneral Karim dengan laju. Dia harus menghapuskan mastermind terlebih dahulu.

“Ayuh kemari, engkau tidaklah sekuat mana bila berhadapan dengan aku!” Kata Jeneral Karim dengan bongkak.

Das demi das di lepaskan ke arah Raphael yang terbang laju menuju dirinya. Kiri kanan tangannya memegang pistol. Namun Raphael sedaya upaya mengelak segala peluru yang datang dengan amat pantas. Terbang sambil mengelak ke kiri dan ke kanan. Semakin laju Raphael terbang dengan sayapnya. Lantas memeluk Jeneral Karim yang berdiri di atas dek tingkat dua. Dibawa terbang hingga ke atap gedung luas itu kemudian di lepaskan jatuh ke lantai. Namun tidak sedikitpun mencederakan Jeneral Karim. Raphael terkejut. Sepatutnya tulang kaki akan patah jika jatuh dari ketinggian seperti itu.

Jeneral Karim mendongak menatap wajah Raphael sambil tertawa. Raphael yang masih terapung di atas melihat dengan hairan.

“Tak guna, apa yang telah kau buat dengan tubuh kau...” bisik Raphael dalam hati.

“Hahaha...” Jeneral Karim semakin kuat tawanya.

“Dah aku katakan Zahran, aku yang menguasai teknologi ini, suntikan cecair yang masuk dalam badan aku buatkan aku lebih kebal. Hahahaha...” sambung Jeneral Karim lagi.

“Tak guna.” Kata Zahran geram.

Terus sahaja Dr. Zahran meluru laju mendapatkan Jeneral Karim. Dia perlu dilemahkan terlebih dahulu sebelum segitiga prisma gergasi itu dihapuskan.

Jeneral Karim tersembam setelah tumbukan kuat mengenai pipi kanannya. Raphael menahan kesakitan. Jeneral Karim berang. Kemudian bangkit kembali dan dengan pantas membalas tumbukan Raphael. Tumbukan demi tumbukan singgah di muka dan badan Raphael. Dr. Zahran menahan dengan sedaya mungkin. Ternyata tumbukan Jeneral Karim amat berbisa. Sut Raphael yang berotot tebal dan kalis peluru itu sepatutnya tidak langsung memberi kesan kesakitan apabila menerima tekanan kuat seperti tumbukan mahupun sepakan selain perlanggaran dengan objek keras seperti besi dan batu. Dr. Zahran menahan semampunya, mengelak dan menepis. Dikumpulnya segala kekuatan untuk membuat serang balas kepada Jeneral Karim.

Zahran menahan tumbukan dengan lengannya. Melihat dada Jeneral Karim yang tidak dilindungi memberinya peluang. Maka dengan bertubi-tubi pula penumbuk kanannya menerjah dengan kuat ke dada Jeneral Karim. Terasa juga kesakitannya. Jeneral Karim mengundur kebelakang sedikit demi sedikit. Raphael bertubi-tubi melepaskan tumbukan. Kemudian, dengan pantas pula menghayun tumbukan ke arah kepala Jeneral Karim. Lalu tersembam ke tanah, lantai retak akibat hentakan kepala yang kuat.

Masing-masing terdiam untuk seketika. Nafas Raphael turun naik. Cuba untuk menenangkan diri. Jeneral Karim yang terlantar di lantai dengan perlahan bangun dan berdiri gagah. Nafasnya juga turun naik tetapi terkawal. Sedikit kesan lebam terlihat di pipi kiri Jeneral Karim. Jeritan dari pegawai-pegawai gedung makmal kedengaran. Persekitarannya kini kucar-kacir, terdapat kebakaran kecil dan perkakas bersepah-sepah. Seperti baru sahaja selesai gempa bumi.

Dr. Zahran menahan kesakitan. Diletakkan tangan kanan dekat dengan jantungnya kerana peluru telah terbenam di situ. Dia cuba menggagahkan diri. Sedikit sebanyak sut bio-organik itu memberikan kekuatan lebih selain kekuatan tubuh sendiri. Sut itu sangat berkuasa.

Dr. Danial yang bersembunyi di dalam bilik makmal tadi terlihat akan kelongsong peluru yang bertaburan di atas lantai tingkat dua. Peluru yang telah menembusi tubuh sahabatnya itu. Lantas dia berlari mendapatkan kelongsong itu dan disimpannya dalam poket baju saintisnya. Kemudian berlari masuk semula ke dalam makmal untuk menyelamatkan diri. Dia tidak boleh lari keluar dari gedung ujikaji besar itu. Kerana Zahran ada di situ dalam bahaya, dia harus bantu selamatkan sahabatnya.

Jeneral Karim melihat Dr. Zahran yang sedang menyembunyikan kesakitan. Dia mengetahui dan kemudian tersenyum. Mata bertentang mata, kedua-duanya kepenatan dan kesakitan. Seperti tercungap-cungap. Tapi di gagahi.

“Kau akan mati tak lama lagi...” Jeneral Karim membuat kesimpulan terhadap hayat Zahran dengan yakin. Apa tidaknya, banyak peluru telah menembusi dada Zahran. Peluru yang dilepaskan Jeneral Karim tidak pernah tersasar, malah tepat mengenai sasaran.

Dr. Zahran memandang sepucuk pistol yang terselit di sisi kanan Jeneral. Dia harus merampas pistol itu dan memusnahkannya kerana pistol itu satu-satunya senjata yang dapat membunuh. Jeneral Karim berjalan gah menghampiri Zahran. Kaki kanan di ‘hunus’kan ke arah dada Raphael. Belum sempat mengenai dada, Zahran menangkap kaki Jeneral dan dengan sedaya upaya menghayunkan tubuh besar itu melemparkannya ke belakang. Jeneral Karim jatuh tersembam lagi. Lantai retak.

Dengan pantas juga Zahran merampas pistol di sisi Jeneral. Namun sukar kerana pistol itu melekat ibarat magnet. Jeneral Karim lantas bangkit dan melepaskan tumbukan dan tendangan ke arah Zahran. Dia tahu niat Zahran yang cuba untuk merampas pistolnya.

Dr. Zahran jatuh tersembam.

“Boleh saja aku lepaskan peluru ni lebih banyak lagi. Aku Cuma ingin melihat sejauh mana kekuatan engkau. Ternyata kekuatan aku tak dapat engkau tandingi. Hahaha... hahaha..” kata Jeneral Karim dengan angkuh.

Dr. Zahran tiada pilihan lain melainkan cuba untuk membuatkan Jeneral Karim koma dan tak bermaya, kerana untuk menghapuskan Karim agak sukar.

Sekali lagi Dr. Zahran bangkit dan dengan pantas bertubi-tubi tumbukan dan tendangan dilepaskan ke arah Jeneral Karim. Kanan kiri, kedua-dua kaki dan tangannya bekerja keras menerjah tubuh dan kepala Jeneral Karim. Terbenam lagi tubuh jeneral ke lantai, kali ini sedikit lelah dan tak bermaya. Kuat juga penangan dan tumbukan Dr. Zahran. Dr. Danial mengintai dengan perasaan kagum.

Tanpa berlengah Dr. Zahran terbang menuju segitiga prisma milik alien. Ingin di hapuskan serta merta. Jeneral Karim hanya mampu melihat dengan pandangan yang tidak bermaya namun cuba untuk mengumpulkan tenaga kembali.

Terbang tinggi sut itu dan bertenggek di atas ‘bahan mentah’ yang sangat besar. Dengan menahan kesakitan. Dr. Zahran menarik nafas panjang, kerana untuk menghapuskan teknologi yang terdapat pada segitiga prisma itu ada caranya tersendiri.

“Inilah masanya. Scream Zahran, scream... tamatkan semua ni.” kata Dr. Danial dengan nada perlahan. Hanya dirinya saja yang dengar.

“Aaarrghhhhhh...!!!” Dr. Zahran menjerit dengan sekuat hati. Suara yang terhasil bergema dengan gerun sekali. Besar dan garau. Ibarat singa yang mengaum, tapi lebih hebat lagi. Suara jeritan kuat yang kedengaran itu bukanlah suara Dr. Zahran sendiri, tetapi dengan bantuan sut yang telah mengubah struktur suara Zahran menjadi suara yang menggerunkan. Seperti lembaga bertubuh sasa sedang meraung. Besar, bergema dan menyeramkan.

Segala teknologi makhluk asing di situ bergegar. Serpihan-serpihan yang kecil berkecai selepas beberapa percikan api kelihatan. Cahaya sangat tajam. Manakala serpihan yang besar bergetar kuat, memancarkan percikan api dan kilat elektrik kecil. Kemudian hancur berkecai dengan letupan yang kuat. Menjadikan bentuk yang kukuh dan teramat padat itu hancur lebur ibarat debu. Berterbangan memenuhi ruang gedung bangunan uji kaji. Kemudian jatuh perlahan ke lantai ibarat pasir halus yang tidak mempunyai sebarang kuasa.

“Tidak... tidak... jangan kau musnahkan karya agung aku...” pekik Jeneral Karim.

Raphael henti menjerit, menarik nafas dalam-dalam untuk melontarkan jeritan yang seterusnya. Kali ini akan lebih kuat dan bergema. Tidak semua besi dan bongkah dari alien itu hancur lebur. Masih ada lagi yang pegun. Untuk memusnahkan segitiga prisma gergasi itu memerlukan segala kudrat yang ada. Itulah ibu segala bahan asas untuk dijadikan teknologi yang telah di salahgunakan oleh Jeneral Karim. Bahan itu apabila dipisahkan dan diambil, akan tumbuh kembali mengekalkan bentuk asal pada struktur induk.

“Aaaaaarrrrgggghhhhhh!!!” Zahran melontarkan jeritan seterusnya. Kali ini lebih kuat. Kelihatan urat-urat di leher timbul dan otot hitam sut itu mengembang seperti mahu meletup. Mereka yang lain yang berada di situ bertempiaran lari sambil menutup telinga. Namun Dr. Danial tidak berganjak, melihat dengan berhati-hati akan Dr. Zahran yang menjerit dengan sekuat hati sambil bertenggek tinggi di atas segitiga prisma. Sekali-sekala matanya melihat Jeneral Karim untuk memastikan Raphael tidak diganggu.

Jeneral Karim menjadi berang. Dia tidak akan membiarkan impiannya musnah. Bangkit dari jatuhnya yang sakit, mengeluarkan dua pucuk pistolnya, memegangnya di kiri dan kanan. Jalan menghampiri Raphael dari kejauhan dan terus sahaja melepaskan tembakan bertubi-tubi. Setelah peluru habis, dikeluarkan stock peluru dari bawah tempat pemegang dan menggantikannya dengan stok peluru baru yang melilit di tubuhnya. Tembakan bertubi-tubi kedengaran lagi.

Kali ini Dr. Danial tidak dapat bersembunyi lagi, dia harus selamatkan sahabatnya, Dr. Zahran dari menerima das tembakan bertubi-tubi. Sedang belasan peluru meluncur laju menuju tubuh Dr. Zahran, sempat Danial menjerit dengan sekuat hati.

“Zahran...” pekik Dr. Danial dengan kuat.

Raphael terdengar das-das tembakan dan jeritan Danial. Jeritannya terhenti. Cuba menangkap pandangan peluru-peluru yang datang ke arahnya. Namun tidak kelihatan. Terus sahaja Raphael mengelak dan amat malang, kesemua peluru yang dilepaskan itu tepat mengenai dada kirinya iaitu berhampiran dengan jantungnya.

Raphael menjerit. Namun tidak lagi dia bermaya. Jeneral Karim yang terdengar pekikan suara Dr. Danial menjadi marah. Dengan matanya yang membara, terus sahaja diacu pistol ke arah Dr. Danial dan melepaskan das tembakan. Baginya, pembelot tidak seharusnya hidup dan perlu sahaja dihapuskan, supaya mudah kerja dan impian untuk direalisasikan.

Dr. Danial melihat jeneral dengan takut. Namun belum sempat peluru-peluru hinggap di tubuh Danial. Raphael memeluknya dari belakang dan terbang ke atas menghampiri bumbung gedung ujikaji itu.

“Mungkin bukan sekarang Karim. Raphael akan kembali, dan memusnahkan jenayah besar yang engkau buat ini.” Kata Dr. Zahran yang sedang terapung mengibas-ngibas sayapnya. Kelihatan bekas darah mengalir keluar dari tepi mulutnya. Dia cedera parah. Hampir menunggu maut. Dr. Danial gayat dengan ketinggian itu.

Dengan pantas terus saja Raphael terbang laju dan keluar melalui runtuhan bumbung bangunan. Dr. Zahran melarikan diri, dibawa bersama sahabatnya itu ke tempat yang jauh untuk bersembunyi. Terus terbang tinggi sehingga hilang dari pandangan Jeneral Karim.

“Aargghh!!” Jerit Jeneral Karim tanda tidak berpuas hati. Selagi Raphael masih hidup, misinya akan sentiasa dihantui kemusnahan. Sentiasa terancam. Dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya menunggu Raphael datang kembali untuk dihapuskan. Ataupun memburu Raphael hingga ke lubang cacing dan dibunuh.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku