RAPHAEL
Bab VI
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Jeneral Karim telah menyalahgunakan sumber bahan mentah dari planet asing dalam pembangunan teknologi ketenteraannya. Dengan kesedaran ini, sekumpulan saintis dan mereka yang terlibat dalam menentang projek yang berisiko tinggi ini, mencipta sut khas yang dapat menghapuskan bahan mentah itu, sekaligus menggagalkan rancangan Jeneral Karim.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
131

Bacaan






“Cakap! Cakap!!!” pekiknya lagi dengan marah. Menimbulkan gerun pada musuh.

“Bunuh saja aku. Bunuh saja aku!!” Balas ejen itu. Pisau yang berada dileher semakin kuat ditekan.

“Beritahu aku!!” Komander Mustaffa bertegas tidak putus asa mengorek maklumat.

“Tak. Aku tak akan beritahu. Bunuh saja aku cepat!” Balas ejen lagi.

“Baik. Ikut aku ke balai. Gerak cepat!”

“Tak!” Ejen berkeras dan dengan sepenuh tenaganya cuba untuk meloloskan diri.

Dengan keadaan yang sukar dikawal. Komander Mustaffa tiada pilihan lain. Pisau Ramboyang terletak dileher ejen itu ditekan dan ditarik. Leher ejen itu dikelar dan darah tersembur keluar dengan banyaknya. Ejen jatuh rebah di atas rumput. Menahan kesakitan yang teramat. Menggelupur dan kemudian terdiam. Hanya menunggu mati. Komander Mustaffa terkejut, tidak lama selepas itu dengan pantas mayat ejen terus mereput. Hanya baju dan debu yang berterbangan di tiup angin. Sungguh menghairankan.

Dari kejauhan Dr. Danial melihat insiden itu. Melalui pintu belakang kenderaan perisai tentera AV4 4x4. Melihat dengan sedikit lega sambil terduduk bersandar berhampiran pintu. Melihat Komander Mustaffa tercungap-cungap kepenatan, berdiri dihadapan ejen yang terbaring kaku.

Asap berkepul-kepul keluar dari enjin kenderaan serba hitam. Api semakin marak dan merebak sedikit ke bahagian badan kereta. Komander Mustaffa berjalan mendekati kenderaan tentera perisainya dan mengambil alat pemadam api kecemasan yang kebetulan berada di dalamnya. Kebakaran kenderaan ejen itu dapat dibendung. Mayat di dalam kereta itu terselamat dari kebakaran.

Di dalam kenderaan tentera perisai itu terdapat alat telekomunikasi tersendiri. Komander Mustaffa membuat panggilan kecemasan dan meminta bantuan supaya datang segera agar insiden yang telah berlaku terus dapat di’bersih’kan dan diselesaikan.

Enjin dihidupkan. Dengan perlahan dipandu pergi jauh dari kawasan itu. Hakimi dan Dr. Danial hanya mampu duduk bersandar di bahagian belakang. Letih dan penat. Mereka juga dalam kesakitan dan kecederaan. Luka-luka kecil kelihatan. Hampir saja terlelap di dalam kereta perisai tentera yang dipandu Komander Mustaffa. Senyap tanpa sebarang kata.

“Kita kesuntukan masa... Kita tak ada banyak masa lagi.” Kata Dr. Danial yang didengari oleh semua yang berada dalam kenderaan perisai tentera itu.

Komander Mustaffa menambah kelajuan. Memecut selaju mungkin di atas lebuh raya. Membawa kenderaan itu balik ke pengkalan yang berhampiran dengan segera. Beliau memahami apa yang diperkatakan Danial.

***

Kelihatan banyak khemah-khemah besar dipasang yang terdedah dan separuh menutupi setiapnya. Kelihatan juga Dr. Danial dan Hakimi duduk di dalam khemah yang turut ditemani beberapa doktor perawat kecemasan. Dahi berbalut, luka-luka ditangan bertampal. Mereka telahpun menerima rawatan. Selain itu beberapa askar lalu lalang di antara khemah-khemah hijau tanah yang terpasang. Dari jauh Komander Mustaffa datang menghampiri mereka berdua

“Macam mana? Rasa semakin okey?” Kata Mustaffa bertanya kesihatan dan kecergasan mereka berdua.

“Ya. Semakin baik.” Balas Dr. Danial. Hakimi hanya mendiamkan diri. Komander Mustaffa melihatnya dengan tanda tanya. Dia tidak mengenali Hakimi.

“Saya kenalkan. Hakimi... Hakimi, Komander Mustaffa.” Kata Dr. Danial. Komander Mustaffa dan Hakimi saling berjabat tangan.

“Orang kampung tak jauh dari sini. Dialah yang terjumpa dan menyelamatkan arwah Dr. Zahran malam tu.” Jelas Dr. Danial.

“Dr. Zahran ada meninggalkan beberapa pesanan kepada dia. Dia di sini sebab penuhi pesanan tu.” Sambung Dr. Danial lagi.

“Semua ni berlaku dengan pantas. Maaf dan takziah atas apa yang dah berlaku.” Kata Komander Mustaffa.

“Misi ini tetap juga perlu diteruskan.”

“Ya. Aku tahu. Apa plan kau selepas ni? Stillguna cara yang sama? Maaf, tindakan engkau dan Zahran terlalu cepat. Maksud aku, buat keputusan terlalu awal. Banyak lagi strategi dan taktikal yang perlu diperbaiki.” Komander Mustaffa meluahkan pendapat dan apa yang dirasanya.

“Maaf aku tak tahu menahu pasal operasi kau semalam. Aku tak dapat nak tolong sebab aku sentiasa sibuk dengan tugas aku di sini.” Sambung Komander Mustaffa lagi.

“Tak mengapa Tuan, saya faham. Saya akan perbaiki dan mulakan semula.” Kata Danial. Kemudian mengeluh.

Hakimi masih lagi terdiam dan trauma. Adakalanya seperti sedang berfikir dengan mendalam sambil merenung tajam.

“Tapi saya perlu bertindak pantas. Sebab Jeneral...” Percakapan Dr. Danial tersekat. Agak sukar menyebut nama itu ditempat terbuka. Komander Mustaffa menoleh ke kiri dan kanan.

“Mereka terlalu ghairah nak siapkan projek mereka. Ini bahaya.” Sambung Danial.

“Projek apa?” Tiba-tiba Hakimi mencelah. Bersungguh dia ingin tahu rahsia sulit terbesar yang kini sedang bermain dalam fikirannya.

Dr. Danial dan Komander Mustaffa tersentak.

“Okey. Aku akan terangkan segala-galanya. Tapi bukan di sini.” Kata Danial melihat wajah Hakimi dengan penuh fokus.

“Tuan, saya akan mulakan semula. Tidak kisah walau apa yang terjadi. Projek mereka mesti disekat.” Sambung Danial.

“Okey, aku akan panggilkan yang lain.” Kata Komander Mustaffa.

“Saya akan jelaskan segalanya di makmal saya. Di situ lebih tertutup dan selamat.”

“Okey.”


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku