RAPHAEL
Bab VII
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Jeneral Karim telah menyalahgunakan sumber bahan mentah dari planet asing dalam pembangunan teknologi ketenteraannya. Dengan kesedaran ini, sekumpulan saintis dan mereka yang terlibat dalam menentang projek yang berisiko tinggi ini, mencipta sut khas yang dapat menghapuskan bahan mentah itu, sekaligus menggagalkan rancangan Jeneral Karim.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
232

Bacaan






Sekitar waktu malam, mereka senyap-senyap masuk ke dalam makmal. Suis lampu ditekan dan terang benderang makmal yang di mana ujikaji rahsia dijalankan. Banyak peralatan dan perkakas makmal tersusun dan ada juga yang bersepah di atas meja. Terdapat juga komputer peribadi, laptop, mikroskop, monitor dan skrin televisyen berdefinisi tinggi sebesar lima puluh inci memenuhi ruang bilik itu. Ada bilik khas yang mempunyai unit kawalan rapi dan kedap udara. Dipersiapkan dengan pintu yang mempunyai kunci elektronik. Makmal itu adalah tempat di mana ‘Projek Raphael’ dicipta. Dengan obsesnya diilhamkan oleh arwah Dr. Zahran, di bantu dan difahami oleh sahabatnya Dr. Danial. Banyak rahsia yang tersimpan dalam makmal itu. Yang bakal di jelaskan hampir semuanya oleh Dr. Danial nanti.

Hakimi masuk ke dalam makmal sambil pandangannya dijelajahkan hampir segenap sudut. Tiga ratus enam puluh darjah, secara perlahan untuk memastikan tiada suatu pun yang terlepas dari pandangannya. Matanya tertumpu pada meja besar yang sedang dalam proses kajian. Tertanya-tanya dalam hati apa yang sedang dan telah dilakukan di meja uji kaji itu.

Dr. Danial mengeluarkan peluru yang di ambilnya semasa General Karim berentap dengan Dr. Zahran. Di simpan dalam kotak lutsinar kemudian dimasukkan ke dalam peti simpanan yang tersedia khas. Kelongsong peluru itu sangat penting baginya. Kerana itulah satu-satunya peluru yang boleh menembusi sut Raphael. Dia perlu jalankan ujikaji, kandungan kimia apakah yang terlibat atau terdapat unsur-unsur bio-kimia yang lain, yang membolehkan sut Raphael yang kebal peluru mampu ditembusi dengan mudah. Namun dia telah mempunyai hipotesis yang mampu dibuktikan.

Hakimi masih lagi tidak henti-henti meninjau bilik makmal yang penuh dengan peralatan sains yang canggih. Mencuba membina teori sendiri terhadap segala persoalan yang bermain di minda. Salah satu meja terdapat sebuah bongkah yang menyerupai batu, akan tetapi berbentuk fizikal seperti besi. Di simpan kemas dan kelihatan masih baru dan dijaga dengan rapi. Dihampiri bongkah itu dengan perasaan teruja dan ingin tahu.

“Jangan terlalu dekat. Perlu berhati-hati, sebab hanya itu sahaja yang aku ada.” Kata Danial. Hakimi terkejut, tangannya hampir menyentuh balang lutsinar kuboid.

“Batu ni nampak pelik. Aku teringin nak tahu.” Kata Hakimi.

“Ia bukan berasal dari bumi. Sifat dan struktur fizikalnya juga berbeza.”

“Maksud kau dari planet lain? Macam mana batu ni boleh sampai sini?” tanya Hakimi lagi. Perasaan ingin tahunya meluap-luap.

“Berunding.” Jawab Danial ringkas.

“Berunding? Dengan siapa? Bagaimana?” Tanya Hakimi lagi. Bertambah hairan.

Belum sempat Dr. Danial menjawab, tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kasut melangkah menghampiri bilik makmal mereka. Masing-masing melihat dengan perasaan berhati-hati.

“Kenapa? Ada apa-apa yang tidak kena?” kata Komander Mustaffa sebaik masuk ke dalam makmal.

“Tiada apa.” Kata Dr. Danial.

“Kejap lagi mereka sampai.” Kata Komander Mustaffa.

Dr. Danial mengangguk tanda faham. Hakimi hanya mendiamkan diri menunggu jawapan.

Kedengaran pula ketukan tapak kaki yang ramai sedang menghampiri makmal Dr. Danial. Komander Mustaffa mengambil tempat di bahagian tepi kiri yang terdapat kerusi. Dia duduk di situ.

“Kenapa baru sekarang kau nak panggil semua? Nyawa Zahran tak akan sia-sia macam ni kalau kau susun strategi bersama-sama.” Kata Qaireen yang masuk ke dalam makmal. Tanpa memberi salam dan ucapan selamat jumpa. Dia kesal dengan apa yang telah berlaku di atas kematian Dr. Zahran.

Tiada kata yang terungkap. Dr. Danial hanya terdiam.

Selepas itu, masuk pula Dr. Sofea Huda, gadis muda yang pakar dalam bidang bio-kimia. Prof. Syafiq, pemuda cerdas dalam bidang IT dan komputer. Dr. Ishaq, lelaki usia lingkungan empat puluhan, seorang pakar teknologi makhluk asing dan konspirasi, yang dulunya adalah pakar dalam bidang penganalisa politik. Kelapan-lapan mereka berkumpul dalam satu makmal. Menyusun semula strategi untuk menghapuskan bahan mentah kod YR17-1.

“Wow, Qaireen. Kawal diri kau. Bertenang.” Kata Komander Mustaffa cuba menenangkan keadaan.

“Jeneral Karim dah melampau. Kalau kau tak dapat bunuh dia, biar peluru ni yang tembus ke jantung dan kepalanya, satu persatu.” Kata Qaireen, dengan geram. Menyentuh pistol yang berada di pinggang kanannya.

“Aku minta maaf Qaireen.” Kata Dr. Danial. “Malam tu aku pun tak jangka Zahran bertindak melulu sepantas tu. Dia bertindak sendirian. Aku tak tahu kenapa.”

“Okey baiklah, cukup. Sekarang apa yang perlu kita lakukan? Terus bergaduh sesama sendiri? Yang semestinya merugikan.” Tanya Dr. Ishaq dengan nada sinis. Qaireen menjeling.

“Apa yang dah berlaku? Siapa mereka semua ini?” Tanya Hakimi pula memberanikan diri. Semua yang berada di situ terdiam mendengar pertanyaan Hakimi. Semua mata tertumpu ke arahnya.

“Siapa kau?” Tanya Qaireen.

“Kenalkan, dia Hakimi. Dialah yang menemui tubuh arwah Doktor Zahran yang terhempas di belakang rumahnya. Dengan meninggalkan pesanan supaya mengambil alih sut Raphael.” Kata Dr. Danial.

“Oh, Hakimi. Saya kenalkan, Inspektor Qaireen. Seorang Inspektor polis.” Dr. Danial menunjukkan tangannya ke arah Qaireen. “Paling kanan, Profesor Syafiq. Pakar komputer dan IT... kanan pula Doktor Sofea Huda, seorang pakar sains bio-kimia.” Wajah Hakimi menatap satu persatu, kagum dengan segala jawatan dan kepakaran yang dimiliki oleh mereka. “Sebelah kanan Inspektor Qaireen, Doktor Ishaq. Pakar penganalisa sumber teknologi planet asing.” Mendengar kepakaran itu, Hakimi bertambah teruja untuk tahu.

“Dan Komander Mustaffa, pakar dalam Counter Quarters Combat dalam tentera. Yang telah menyelamatkan saya dan Hakimi pada insiden pagi tadi.” Sambung Dr. Danial lagi.

Kesemua mereka dalam makmal itu sedia maklum antara satu sama lain.

Guys. We do really, really don’t have much time now.” Kata Dr. Danial. “But first, let me explain everything what already had happen.”

“Teruskan, mari sama-sama kita hapuskan teknologi bahaya tu. Tambahan pula, nyawa engkau sekarang dalam bahaya. Begitu juga dengan kami kalau Jeneral Karim dapat tahu.” Kata Dr. Sofea Huda. Sekalipun terserlah santunnya seorang gadis, jiwanya tetap kental bak perwira.

Dr. Danial telah bersedia menerangkan segala-galanya.

“Pada... November 2006, transaksi pertama teknologi dan bahan mentah berjaya dilakukan antara planet bumi, lebih spesifik, Malaysia dan planet kod XM-7157, sektor 13h. Pihak atasan telah menghantar beberapa wakil delegasi untuk membuat perundingan. Segala-galanya berjalan lancar. Mereka telah berjaya dan selamat semasa pergi dan balik, ke bumi.”

“Maksud kau, mereka telah mengembara dari satu planet ke satu planet yang lain?” Kata Komander Mustaffa, cuba untuk meyakinkan diri.

“Atau mungkin juga dari satu galaksi ke satu galaksi yang lain.” Jelas Dr. Danial lagi.

“Mustahil, tunjukkan aku bukti.” Kata Komander Mustaffa.

Tanpa berlengah Danial menghampiri komputer disebelahnya. Kemudian membuka fail jenis video yang terdapat pada folder rahsia. Maka terpampanglah pada skrin besar televisyen berdefinisi tinggi yang bersambung, kelihatan suatu tempat seperti bilik besar rahsia. Di situ terdapat sebuah kenderaan berbentuk kontena direkabentuk dengan canggih dan kompleks. Dihadapan kontena itu terdapat portal sebagai medium penjelajahan mereka ke planet yang lain. Seorang demi seorang wakil diplomat masuk ke dalam kenderaan itu. Seperti sebuah kapal makhluk asing yang berbentuk kontena. Setelah orang-orang penting semuanya masuk, kontena itu terapung, dihadapan mereka terpancar satu cahaya terang sehingga menyelubungi segenap ruang bilik besar itu. Lalu seolah-olah blackholes wujud di hadapan kapal angkasa berbentuk kuboid itu. Turut dikelilingi para saintis sebagai penyelaras untuk kapal angkasa itu berlepas. Bagaikan sekelip mata, kontena itu terus hilang dari pandangan, cahaya putih yang terang turut hilang. Keadaan sudah kembali seperti sediakala. Para saintis itu tetap berdiri di tempat masing-masing. Seolah-olah sedang mengawal dan menyelia keadaan perjalanan kapal angkasa supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju, penjelajahan ke planet lain.

Masing-masing melihat dengan kagum. Mereka terpana, kecuali Dr. Sofea Huda, Prof. Syafiq, Dr. Ishaq dan Dr. Danial. Kerana mereka telah melihatnya dari awal, perkara itu adalah benar.

“Dari mana kau dapat video ni?” Tanya Komander Mustaffa.

“Dari aku.” Tiba-tiba Prof. Syafiq bersuara. “Arwah Dr. Zahran telah datang berjumpa dengan aku, dan dia menerangkan situasi yang serba tidak kena kepada aku. Kemudian dia meminta beberapa pertolongan. Dia meminta supaya aku dapat curi maklumat yang terdapat pada pengkalan data pihak pengurusan tertinggi. Dan aku berikan kepadanya. Ini adalah bukti terhadap kata-kata arwah.” Jelas Prof. Syafiq, bercakap dengan laju yang juga melambangkan kecerdasan otaknya.

Video rahsia yang di’hack’ dari pengkalan data terus dimainkan. Kali ini dua belas jam selepas aktiviti pertama berlaku. Rekod masa tercatat pada atas hujung kiri skrin. Kelihatan kontena itu telah berjaya pulang kembali. Cahaya putih menerangi segenap ruang dan dengan tiba-tiba kapal angkasa itu wujud kembali dengan sekelip mata. Seorang demi seorang keluar dengan selamat. Kelihatan juga pintu belakang kontena itu dibuka, dan salah seorang dari mereka mengeluarkan bahan mentah dari planet asing itu dengan penuh berhati-hati. Mereka terus menonton sambil minda penuh dengan pertanyaan.

“Bahan mentah yang dilabelkan sebagai XM-14, dibawa keluar dari kapal peneroka angkasa dan ujikaji dijalankan.” Sambung Dr. Danial. “Bahan mentah ini lebih diberikan tumpuan kepada bidang pertanian dan pertumbuhan. Dijalankan selama setahun bermula pada Januari 2007. Teknologi ini masih dijalankan hingga kini dan tidak memberikan apa-apa bahaya kepada kehidupan manusia. Sebagai timbal balik, planet bumi, atau lebih spesifik Malaysia telah memberikan sumber mentah seperti tanah, pasir dan petroleum untuk tujuan ujikaji mereka.” Semua yang ada mendengar dengan teliti. “Oleh kerana kos yang tinggi untuk setiap transaksi dan transportasi bahan mentah dari planet lain, maka penjelajahan hanya mampu dilaksanakan dalam masa lima tahun sekali. Oh ya, proses transportasi juga amat bahaya dan kompleks, jika tersilap pengiraan, kapal peneroka yang dinaiki mereka akan hilang dari pengawasan. Mereka akan terperangkap di angkasa lepas. Setakat ini, kelebihan komoditi asing ni tidak diketahui.”

Dr. Danial menyambung lagi menerangkan fakta kronologi.

“Bahan mentah dari planet asing ini telah menyebabkan ramai saintis yang hadir untuk menjayakan objektif pihak atasan. Antara saintis yang terlibat adalah Dr. Sofea Huda.”

Update. Kod bahan mentah adalah XM14 sub-2, ujikaji dijalankan sebagai pemangkin pertumbuhan buah-buahan dan tanaman pertanian. Juga untuk menanam buah-buahan dan pertanian jenis baru yang tidak pernah terdapat di bumi. Khasiat dan zat sedang di uji dan dijalankan ke atas haiwan dan tumbuhan itu sendiri, dan sekiranya sesuai untuk manusia, tanaman tumbuhan tersebut akan dikomersialkan sebagai sumber pertanian terbaru yang pasti akan memajukan ekonomi mereka. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga menjalankan ujikaji secara rahsia. Mencipta jenis pemakanan ke atas manusia supaya sistem tubuh dapat mencipta makanan sendiri. Dalam ertikata lain, jika eksperimen ini berjaya, mereka mampu membantu manusia untuk memiliki tenaga tanpa mengambil sebarang makanan dalam jangka masa lama, atau mungkin sepanjang hidup mereka.” Dr. Sofea Huda bersuara.

“Mereka?” Komander Mustaffa inginkan penjelasan.

“Pihak atasan, yang bertanggungjawab dalam program dan projek ini. Seperti yang saya katakan tadi. Mereka ingin mencipta produk yang akan membuatkan manusia mampu bertahan bertahun-tahun tanpa makan dan minum. Ataupun mungkin seumur hidup mereka.” jawab Dr. Sofea.

“Kenapa perlu mereka melakukan kerja gila ni?” Komander Mustaffa mempersoalkan kredibiliti projek itu.

“Mereka melakukkan semua ini untuk menguasai ekonomi dan mengawal masa depan, komander. Ianya ibarat pelaburan masa depan yang akan memenangkan mereka.” Getus Sofea Huda. “Dunia sekarang adalah dunia teknologi dan persaingan yang tidak berpenghujung. Dengan tercipta teknologi yang di luar logik kita, survival mereka akan dapat bertahan lebih lama, sepanjang hayat mereka di dunia.”

Komander Mustaffa menunjukkan tanda faham di wajahnya.

“Sekali lagi, pada November 2011, setelah genap lima tahun. Mereka telah memulakan misi eksplorasi mendapatkan bahan mentah di luar planet bumi.” Dr. Danial memberikan fakta seterusnya. “Kali ini mereka mencari bahan untuk memajukan bidang dalam ketenteraan, tenaga nuklear, kuasa elektrik dan eksplorasi angkasa. Perjalanan berbilion-bilion batu tahun cahaya memerlukan kecekapan dan penyeliaan yang tinggi, mereka percaya dengan sumber yang mereka perolehi, pengembaraan dapat dijalankan dengan lebih efisien dan terkawal. Planet yang mereka kunjungi kali ini adalah planet yang diberi kod... YR17ZZ sektor 16.” Terang Dr. Danial sambil tercari-cari nama kod planet pada buku laporan yang dipegangnya.

“Mana kau dapat laporan tu?” Tanya Inspektor Qaireen pula.

“Ini adalah hardcopy... dari Dr. Syafiq.” Jawab Dr. Danial. Dr. Syafiq tersenyum. Kemudian menyambung lagi. “Mereka menghantar wakil, penolong dan pembantu delegasi bersama tiga pegawai tentera untuk menjalankan rundingan di sana.”

“Planet itu mesti merbahaya.” Kata Dr. Ishaq.

“Ya.” Dr. Danial menyahut. “Mereka berjaya membawa pulang bahan mentah tersebut yang dikodkan sebagai YR17-1. Namun dilaporkan, seorang delegasi dan seorang wakil tentera terkorban, dan yang lainnya mengalami cedera ringan. Punca... tidak diketahui.”

Masing-masing menunjukkan wajah yang tidak senang dan berfikir dengan kuat.

“Seperti biasa, mereka memulakan ujikaji bermula pada Januari 2012. Dijalankan selama setahun dengan pelbagai cubaan dan pengaplikasian. Di sini ramai saintis bio-fizik terlibat, termasuk aku dan Dr. Zahran. Pada Ogos 2014, terdapat beberapa eksperimen dan rancangan yang bahaya telah diwujudkan. Iaitu kemajuan dalam kenderaan, transport dan senjata dalam tentera. Oh ya, tambahan... projek pelan pembangunan nuklear secara besar-besaran untuk tujuan ketenteraan dan teknologi tenaga yang boleh diperbaharui. Pegawai dan saintis-saintis lain yang terlibat tiada hak untuk bertanya. Mereka dipaksa untuk akur dan melaksanakan tugas. Sekalipun pada masa itu perasaan skeptikal dan keraguan memuncak.” Dr. Danial bersyarah.

Mata Hakimi dan Komander Mustaffa menjeling melihat objek yang sama. Iaitu batu dari planet YR17ZZ sektor 16, berkod YR17-1 yang diletakkan dalam balang kuboid lutsinar.

“Salah seorang saintis, Ir. Dr. Farhan Ghazali cuba untuk menyelongkar dan menyiasat aktviti yang semakin terpesong. Beliau menemui bahawa projek ini didalangi oleh Jeneral Karim. Beliau cuba untuk membuat aduan di mahkamah supaya hukuman yang setimpal dikenakan. Dan pada September 2014, Ir. Dr. Farhan Ghazali dibunuh dengan kejam kerana membongkar aktiviti rahsia mereka. Keesokan harinya, tempat beliau dikosongkan tanpa pengganti. Kami dikhabarkan, kehilangan Ir. Dr. Farhan sebagai maut kemalangan jalanraya. Segala tuduhan dan bukti yang telah difailkan beliau telah dihapuskan dan dibersihkan, demi melindungi dan menjayakan aktiviti terpesong mereka.” Jelas Dr. Danial lagi.

Mendengar pencerahan itu membuatkan perasaan Inspektor Qaireen sedikit marah. Ingatan yang menyakitkan singgah ke kepalanya dengan jelas. Das demi das tembakan dilepaskan oleh Jeneral Karim ke atas tubuh arwah bapanya. Dibunuh dengan kejam tatkala cuba menyelamatkan Ir. Dr. Farhan Ghazali. Dia hanya mampu memandang dari jauh dan Jeneral Karim pula berjaya melepaskan diri. Sekalipun berada di mahkamah besar, seolah-olah semua pegawai memihak pada Jeneral Karim. Mereka merelakan dan mendiamkan jenayah yang telah berlaku. Bermula semenjak itu, Inspektor Qaireen yang tegas dan berdisiplin bertukar menjadi seorang yang pemarah dan mudah memberontak.

“Pada Oktober 2014, Dr. Zahran telah membuat satu keputusan diluar jangkaan. Diklasifikasikan sebagai rahsia, arwah Dr. Zahran secara sembunyi mengkaji struktur bahan mentah yang kemudiannya dijadikan sut yang berfungsi sebagai senjata.”

“Hampir setahun eksperimen dijalankan. Sehinggalah pada Oktober 2015, prototypedemi prototypesut dihasilkan atas beberapa pertimbangan.” Kata Dr. Danial.

“Pertimbangan?” Komander Mustaffa mengajukan pertanyaan. Menginginkan penjelasan.

“Bahan mentah YR17-1 mempunyai sifat biologi dan fizikal yang sangat pintar. Batu yang telah dileburkan akan menjadi cecair yang mempunyai daya lekitan yang tinggi dan terbentuk dengan sendirinya terhadap struktur DNA. Dengan ertikata lain, sekiranya DNA seekor tikus makmal diletakkan pada struktur cecair, maka ia akan membentuk tikus tersebut dengan fizikal yang serupa. Bezanya ialah, tikus makmal biasa mudah untuk dihapuskan, tetapi tidak pada struktur tikus yang dicipta.”jelas Dr. Danial dengan wajah serius.

“Bahan mentah itu juga mempunyai proses regeneration. Apabila cecair mukus dipisahkan, struktur induk akan menumbuhkan semula bahagian yang terpotong menjadi seperti asal.” Jelas Dr. Sofea pula.

“Ya, tepat.” Kata Dr. Danial, menyokong hujah tersebut. Kemudian menyambung lagi. “Arwah Dr. Zahran dapati, dengan sifat pintar bio-fizikal bahan mentah ni, segala jenis bahan letupan mahupun peluru, tak dapat memusnahkannya.”

“Engkau pasti?” Tanya Komander Mustaffa.

“Ya, ujikaji telahpun dijalankan.” Balas Danial.

Sekali lagi video dimainkan setelah fail dipilih pada skrin monitor. Kelihatan arwah Dr. Zahran merekodkan penemuannya di dalam makmal yang sama. Batu dan cecair yang telah dileburkan dengan suhu yang tinggi cuba untuk dihapuskan. Bahan letupan sudah sedia terpasang. Setelah kedua-dua bentuk fizikal tersebut diletupkan, kelihatan bahan itu tetap seperti yang asal. Dalam video itu, Dr. Danial turut kelihatan.

“Macam mana nak musnahkan benda ni?” Tanya Inspektor Qaireen dengan perasaan ingin tahu yang tinggi. Tak sabar rasanya dia ingin bersua muka dengan Jeneral Karim.

“Ianya telah dijumpai pada Februari 2016.” Kata Dr. Danial. Melihat laporan arwah Dr. Zahran yang tertulis perkataan ‘Eureka’ sebagai tajuk besar. “YR17-1 dapat dihapuskan dengan mengenakan tekanan resonan. Atau dengan lebih tepat lagi mekanikal resonan.”

“Maksudnya?” Qaireen bersuara lagi.

“Bahan mentah asing yang pintar ni akan lebur bila bunyi nyaring dan tinggi dikenakan.” Jelas Dr. Danial.

“Ada bukti wahai saintis?” Kata Komander Mustaffa sinis dengan suaranya yang besar, melambangkan jiwanya yang berwibawa.

“Ya.” Dr. Danial memainkan video yang lain. Terpampanglah rekod rakaman arwah Dr. Zahran bersama dirinya sedang menjalankan ujikaji. Dua bahan yang sama dikenakan resonan bunyi nyaring yang tinggi. Dengan kenyaringan itu, semua mereka yang menonton menutup telinga sebagai tindakbalas refleks. Kedua-dua bahan tersebut telah hancur lebur seperti butiran pasir halus.

“Apa yang terjadi dengan struktur komoditi tu selepas hancur?” Tanya Dr. Syafiq.

“Saya sendiri telah merekodkan. Setelah bahan asing ini menjadi seperti pasir halus, struktur fizikal seolah-olah telah mati dan segala fungsi pintar telah hilang.” Jelas Dr. Danial. “Dengan kejayaan penemuan ini, pada Julai 2016, sut senjata telah dapat disiapkan sepenuhnya, dan diberi nama Raphael. Sut ini adalah senjata yang dicipta oleh arwah, untuk menghapuskan bahan asing itu yang sekarang berada dalam pengawasan Jeneral Karim.”

“Kenapa Raphael? Kenapa projek ni diberi nama ‘Projek RAPHAEL’?” Hakimi bertanya pula.

“Sebab bahan itu hanya boleh dimusnahkan apabila tekanan resonan bunyi dikenakan.” Jawab Danial.

“Sebab dengan jeritan, ianya memusnahkan semua bahan mentah tu. Hancur lebur.” Tiba-tiba Dr. Ishaq bersuara. Tersedar akan fungsi sut Raphael yang seakan hampir sama dengan malaikat yang suci dalam Islam.

“Ya. Dari situlah ‘Projek Raphael’ diilhamkan. Sut itu mampu menghasilkan tekanan resonan yang tinggi bila jeritan dilepaskan. Sekaligus menghapuskan bahan mentah tu.” Kata Dr. Danial lagi. “Bermula dari situ, arwah Dr. Zahran tidak henti-henti buat latihan semata-mata untuk membiasakan diri dengan sut yang beliau cipta.”

“Bila Jeneral dapat tahu projek ni dicipta secara rahsia, tak henti-henti dia menyerang dan nak hapuskan.” Kata Dr. Ishaq.

“Sehinggalah pada malam tu, aku dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat di atas bumbung bangunan ujikaji. Dr. Zahran terbang masuk ke dalam dan cuba datang dekat ke arah objek asing tu. Yang telah pun dibentuk menjadi segitiga prisma yang besar. Beliau cuba untuk hancur leburkan menjadi seperti pasir, tapi gagal. Peluru dari pistol Jeneral Karim berjaya tembus ke dalam badan. Apa yang aku pasti, bahan letupan dalam peluru Jeneral Karim telah diubahsuai.” Sambung Dr. Danial memberikan penjelasan.

“Kalau macam tu, kecanggihan sut Raphael juga perlu ditingkatkan dan diubah.” Kata Dr. Syafiq memberikan pendapat.

“Ya, aku akan jalankan ujikaji selanjutnya lepas ni.” Dr. Danial menjelaskan perancangannya.

“Apa yang terjadi lepas tu?” Tanya Hakimi.

“Arwah Dr. Zahran cuba melarikan diri. Dengan terbang bawa aku sekali. Cengkaman tangannya yang lemah membuatkan aku terjatuh dahulu, sebelum beliau terhempas betul-betul di belakang rumah Hakimi.” Jelas Dr. Danial. “Bila aku jumpa tubuh Zahran, pada masa tu aku dapati Hakimi pengsan dan Dr. Zahran sudah tidak bernyawa lagi.”

“Dr. Zahran dah buat satu pengorbanan yang besar. Walauapapun, kita tak berhak mempertikaikan tindakannya. Pasti ada sebab yang kita tak tahu.” Kata Dr. Sofea Huda.

“Aku akan teruskan misi ni, sehingga objektif dapat di capai... siapa yang masih bersama-sama aku?” Kata Dr. Danial bertekad.

“Aku.” Kata Dr. Ishaq.

“Aku stay.” Kata Dr. Sofea Huda.

Doktor Syafiq hanya mengangkat tangan tanda penuh sokongan untuk menjayakan misi.

“Aku join, biar aku yang bunuh Jeneral Karim.” Nekad Inspektor Qaireen.

Komander Mustaffa hanya terdiam, namun dapat dibaca pemikirannya. Dia juga turut bersama-sama menjayakan misi ‘Project Raphael’.

“Macam mana dengan kau budak mentah? Kalau tak cukup berani, kau boleh angkat kaki dari sini.” Tanya Inspektor Qaireen.

Hakimi terkejut bila namanya disebut. Kelelakiannya tercabar.

“Aku akan hancur leburkan semua salahlaku mereka.” Kata Hakimi.

“Bagus.” Balas Qaireen.

“Okey, kalau tiada apa lagi, aku nak balik dulu. Jumpa lagi.” Kata Prof. Syafiq ringkas. Ingin keluar dari makmal itu tatkala hari telah lewat malam.

Masing-masing maklum dan mempunyai niat yang sama. Lalu seorang demi seorang keluar dari makmal. Tatkala Komander Mustaffa melangkah keluar, langkahnya tertahan.

“Maafkan saya Tuan. Mungkin Tuan boleh tolong bawa Hakimi balik rumah.” Kata Dr. Danial.

“Kau nak pergi ke mana?” Tanya Komander Mustaffa.

“Tak. Saya staydalam makmal ni. Saya tak ke mana-mana.” Jelas Danial.

“Okey, aku tunggu di luar, tempat parkingkereta.” Terus Komander Mustaffa melangkah keluar.

“Apa yang kau nak buat di sini?” Tanya Hakimi.

“Siapkan kerja aku.” Balas Dr. Danial dengan maksud yang mendalam. “Sebelum kau pergi, aku minta kau tolong tandatangan portfolio ni.”

“Apa ni?”

“Baca dan tandatangan. Ini adalah bukti terhadap kesungguhan engkau.” Kata Dr. Danial.

Hakimi mengambil portfolio dari Dr. Danial. Dibuka lalu dibaca isi kandungan pada mukasurat pertama.

‘I hereby acknowledge you, whom taking part with loyal of this highly confidential project, PROJECT RAPHAEL, to ensure the triumph of its operations, professionally. We are secretly taking action towards, what we believe, to diminish the irresponsible act of the ‘Future Technological Weaponry Project’ handled by General Karim Hayat. We have the evidence of miss action towards him that nobody can take such a court’s jurisdiction since there is a highly secret project and its complex business are hard to be judged. This project will be end accordingly after the misbehavior of the personnel’s towards the illegal project faced the justice. In no matter what conditions and in no matter terms. Let this, as named as PROJECT RAPHAEL, be a proof that can be referred towards the existence of misconducting of their works in the advancement of military, nuclear energy, space exploration and electricity power that will and already bring harm to the citizens.

As the attachments on this portfolio, are the detailed facts with chronological sequences, an evidence, that can be referred for further understanding of the advancement of alien technology that had successfully transferred to our planet, earth, and specifically Malaysia, and how it has been operated legally until comes the abusive act. Be pleased.

You will be covered as long as the project held. May the rights will arise and win, as the hope and humanity efflorescent.

Citizen that loves the value of peace and harmony,

Dr. Muhammad Zahran Bin Muhd Amsyar

I hereby acknowledged, to serve with loyal.

[Signature]

[Name]

TOP SECRET PROJECT’

Tanpa sebarang pertanyaan, tandatangan diturunkan. Sekalipun dalam benak hati, pelbagai persoalan bersarang. Perasaan ingn tahu tetap terus membuak-buak.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku