RAPHAEL
Bab VIII
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Jeneral Karim telah menyalahgunakan sumber bahan mentah dari planet asing dalam pembangunan teknologi ketenteraannya. Dengan kesedaran ini, sekumpulan saintis dan mereka yang terlibat dalam menentang projek yang berisiko tinggi ini, mencipta sut khas yang dapat menghapuskan bahan mentah itu, sekaligus menggagalkan rancangan Jeneral Karim.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
243

Bacaan






Saban malam Danial di dalam makmal. Merawat sut Raphael yang telah rosak teruk. Dia harus segera membaikinya dan menambahbaik lagi, supaya akan menjadi kebal terhadap mana-mana jenis peluru terutamanya peluru yang dilepaskan dari pistol Jeneral Karim.

Sebelum itu peluru yang diambilnya senyap-senyap semasa insiden berlaku, diuji di atas perkakas ujikaji. Mengenalpasti komposisi dan bahan kimia yang terlibat dan wujud di dalamnya. Diambil sebahagian bahan kimia seperti serbuk di dalam kelongsong, kemudian diletakkan di atas slaid untuk diteliti menerusi mikroskop. Dilihat struktur bahan dan komposisi yang turut terpamer pada monitor berhampiran. Dia membuat kesimpulan, bahawa bahan tersebut mempunyai struktur kimia yang sama terhadap sut Raphael. Iaitu datangnya dari bahan mentah berkod YR17-1. Hipotesisnya diterima. Memang peluru biasa tidak dapat menembusi sut, kerana berlainan bahan. Bak kata orang, hanya berlian yang mampu memotong berlian, tidak yang lain, melainkan dikenakan tekanan yang lebih tinggi dan kuat daripada itu.

Namun ada beberapa lagi persoalan yang bermain di fikiran. Kerana sut Raphael bukanlah seratus peratus terdiri dari sumber YR17-1. Terdapat juga campuran lain, iaitu besi, elektronik nanocip dan sumber dari planet XM-7157 sektor 13h, iaitu XM14 sub-2 yang tersangat pintar. Dan kerana itulah sut Raphael tidak sama-sama musnah apabila resonan bunyi dilepaskan kerana sumber itu bertindak sebagai penebat.

Diperiksa sekali lagi pada slaid mikroskop. Mencari sumber bahan lain yang mungkin ada. Teorinya kini mengatakan bahawa sumber YR17-1 adalah bahan yang paling kukuh dari XM14 sub-2, kerana berjaya menembusi sut Raphael.

Persoalannya sekarang, bagaimana untuk menjadikan sut Raphael kebal untuk peluru seperti Jeneral Karim yang telah diubahsuai? Supaya kali ini walau jenis apa peluru sekalipun, sut Raphael tetap kalis dan tidak akan tembus. Bahan apa yang diperlukan dan bagaimana untuk diaplikasikan dalam sut Raphael, disebatikan. Dr. Danial ligat berfikir, terhenti sejenak aktivitinya. Eksperimen apa yang perlu dijalankan pula nanti.

***

Telefon pintar Dr. Sofea Huda berdering. Terpampang nama Danial di skrin. Disambung talian tersebut kepada mod bebas, kemudian menjawab panggilan.

“Hello.” Kata Dr. Sofea memulakan bualan.

“Ya, Hello, Assalamu’alaikum.” Kata Dr. Danial.

“Waalaikumsalam.”

“Huda, aku perlukan pandapat kau. Kau dekat mana sekarang?”

“Pendapat tentang apa? Aku tengah drive. Dalam perjalanan nak ke makmal.”

“Tentang sut Raphael, sumber bahan sut Raphael.”

“Tak, tak mengapa, aku okey. Teruskan.”

“Aku dah kaji peluru yang tembus dalam badan Zahran. Antara kandungan yang ada, yang utama adalah struktur YR17-1.”

“Yang utama? Maksud kau ada sumber dari bahan lain?”

“Ya, dan aku tak dapat rekod maklumat bahan yang lain tu, sebab sifat kimia dan unsur-unsur sebatian fizikalnya tak ada di bumi. Kau rasa mereka ada ambil lagi bahan mentah dari planet lain?”

“Mungkin. Maksud aku, aku tak pasti. Aku tak dapat apa-apa berita. Jeneral Karim sentiasa melebihi kita dalam hal-hal sumber luar.”

“Kau rasa Doktor Ishaq tahu bahan luar dari bumi? Yang terdapat dalam peluru ni?”

“Aku tak pasti, engkau boleh cuba tanya dia.”

“Apa teori engkau supaya aku dapat cipta sut Raphael yang kalis peluru lagi? Kebal dari serangan peluru yang datang, terutamanya dari Jeneral Karim.”

Kenderaan yang dipandu Dr. Sofea Huda dihentikan di bahu jalan. Perbualan bertambah serius.

“Macam Jeneral Karim dah tahu aktiviti kita Danial! Sebelum Zahran cuba nak hapuskan komoditi tu!!”

“Ya. Kalau betul apa yang kau rasa, bagaimana?”

“Aku tak tahu, aku tak pasti.”

“Mungkinkah dia menggunakan teknologi yang dapat mengintip Project Raphael?”

“Ada banyak teori yang ada dalam fikiran kau sekarang, tapi itu tak penting selagi kita tak jumpa bukti.”

“Aku rasa kita perlu lebih berhati-hati lagi lepas ni. Aku cuba hubungi Dr. Syafiq, supaya dia dapat ketatkan lagi keselamatan komunikasi, terutama sekali apa sahaja yang berkaitan Projek Raphael.”

“Kita dah kesuntukan masa Danial.”

“Aku tahu. Aku akan baiki sut Raphael secepat mungkin. Tapi aku perlukan pendapat kau, supaya sut Raphael akan kebal dari sebarang peluru. Pasti ada satu bahan yang dapat mengatasi teknologi peluru Jeneral Karim.”

“Mungkin boleh guna elemen besi terkuat dekat bumi ni, contoh macam tungsten, aluminium, kromium...”

“titanium ataupun graphene?”

Just give my theory.”

“Itu akan mengambil masa yang lama.”

Well, aku harap hati kau cukup terang untuk selesaikan semua tu.”

“Ya, aku perlu lebih laju lagi untuk baiki sut Raphael. Aku akan buat eksperimen.”

“Good luck Doctor D.

Thanks, oh sebelum terlupa, aku akan berikan struktur kimia yang aku jumpa dalam peluru Jeneral. Aku nak kau biakkan dengan lebih banyak.”

“Untuk?”

“Untuk cipta peluru yang akan berikan kesan kepada Jeneral Karim.” Kata Dr. Danial. Dan kemudian telefon terus dimatikan.

Lantas Dr. Sofea memecut laju kenderaannya masuk semula ke jalanraya.

Kini Dr. Danial cuba untuk membaiki sut Raphael pula. Di ambil peranti ibarat baton larian yang tercantum dua akan tetapi berbentuk kuboid panjang. Diletakkan di dalam balang ujikaji khas yang dicipta oleh mereka berdua. Setelah berada ditempatnya, pintu balang lutsinar ditutup dan suis dihidupkan. Dr. Danial bergegas menghampiri monitor untuk melihat kesan kerosakan yang wujud. Monitornya penuh dengan kod-kod program komputer yang selari dengan setiap perkembangan sut Raphael. Kelihatan banyak abjad-abjad dan perkataan bahasa komputer berwarna merah, menandakan kawasan kerosakan kritikal dapat dikesan. Sekalipun bahan mentah itu berbentuk cecair berlekitan tinggi yang tersimpan di dalam ‘baton’, mereka berdua berjaya menterjemah bahan tersebut kepada aturcara bahasa komputer supaya mudah untuk diuruskan. Kod bahasa komputer yang berwarna merah itu cepat-cepat Dr. Danial amati dan perbetulkan. Tangannya lincah menaip sesuatu pada setiap baris abjad merah, kemudian di execute, kelihatan rangkap abjad kod komputer bertukar hijau. Tanda bahagian yang rosak telah pun dibetulkan. Namun bukan hanya serangkap dua sahaja yang bertulisan merah. Hampir beribu-ribu baris kelihatan merah. Banyak kerja yang perlu Dr. Danial selesaikan dengan segera, sepantas mungkin. Alat peranti Raphael yang diletakkan dalam balang ujikaji bergetar, memancarkan letupan elektrik yang kecil tatkala Dr. Danial selesai memperbaikinya satu persatu. Segala ilmu dan kepakarannya yang tinggi di gunakan dengan cekap.

Masa yang berlalu tidak langsung disedari. Malam yang telah larut dilalui dengan fokus terhadap projek berahsia tinggi. Hanya dia berhenti seketika melaksanakan kewajipan dan untuk berfikir mencari jawapan dengan setiap hipotesis dan teori yang diciptanya sendiri.

Di sudut makmal terdapat arkib bahan fizikal hampir pelbagai unsur bahan di bumi, termasuk besi, kayu dan bahan fizikal-kimia yang lain. Tersimpan dalam rak khas yang memenuhi ruang dinding tepi. Dengan segera Dr. Danial mengambil bahan-bahan berunsurkan tungsten, aluminium, kromium dan titanium –unsur-unsur kimia yang telah disebatikan-. Elemen besi yang setakat ini mempunyai struktur yang terkuat di bumi. Digunakan hampir seluruh industri di dunia untuk tujuan tertentu sama ada ketenteraan, logistik mahupun pembinaan.

Dengan segala kepakaran, Dr. Danial mencantumkan kesemua elemen itu dan kemudiannya sebatikan di dalam cecair bermukus sut Raphael. Setelah seharian dia mengabdikan diri merawat sut Raphael, akhirnya selesai dan bersedia untuk diuji. Digapai telefon pintarnya untuk menghubungi Hakimi.

“Hello?” Hakimi menjawab panggilan selepas deringan dihentikan.

“Sut Raphael sedia untuk di uji.” Kata Doktor Danial ringkas namun punyai maksud yang dalam.

“Baik, aku datang makmal sekarang.” Kata Hakimi tanda mengerti.

Pada jam menghampiri satu pagi, Hakimi keluar rumah dengan senyap. Menghidupkan enjin motorsikalnya dari jauh dan terus menuju makmal rahsia milik Doktor Danial.

Tiba-tiba Mata Encik Othman terbuka, terjaga dia dari tidur yang belum lena. Mengetahui anaknya itu senyap-senyap keluar rumah, namun tidak dia tahu ke mana.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku