RAPHAEL
Bab IX
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Jeneral Karim telah menyalahgunakan sumber bahan mentah dari planet asing dalam pembangunan teknologi ketenteraannya. Dengan kesedaran ini, sekumpulan saintis dan mereka yang terlibat dalam menentang projek yang berisiko tinggi ini, mencipta sut khas yang dapat menghapuskan bahan mentah itu, sekaligus menggagalkan rancangan Jeneral Karim.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
260

Bacaan






Malam pekat ditemani suasana sunyi. Bertambah sunyi apabila Hakimi berhati-hati berjalan di koridor bangunan yang menempatkan makmal Doktor Danial. Langkahnya harus tidak di dengar, diketahui atau disedari oleh sesiapa pun. Setelah sampai, pintu dibuka perlahan. Dengan pantas dia masuk ke dalam. Menutup rapat kemudian menguncinya.

“Doktor... Doktor Danial.” Panggil Hakimi. Dr. Danial tidak kelihatan pada pandangannya.

Di belakang Hakimi kelihatan Raphael yang sedang berubah menjadi Dr. Danial. Untuk menjaga keselamatan dari diburu oleh ejen-ejen Jeneral Karim.

“Aku kat sini.” Sahut Dr. Danial. Hakimi menoleh ke arah suara itu. “Aku perlukan kedua-dua cap jari kau.”

Hakimi menunjukkan wajah hairannya. Hairan kerana tidak langsung dia sedar Dr. Danial di hujung sudut makmal.

“Okey.” Kata Hakimi. Hanya menurut perintah. Masing-masing menuju ke arah sebuah meja yang dilengkapi dengan peralatan komputer dan alat pengesan cap jari.

“Letakkan kedua-dua ibu jari kau kat sini.” Kata Doktor Danial, mengarahkan Hakimi meletakkan kedua-dua belah ibu jari di atas skrin yang bercahaya LED.

Di skrin monitor kedua-dua cap ibu jari tangan Hakimi terpampang. Setelah selesai di imbas. Doktor Danial mengambil peranti Raphael pada poket saintisnya. Diletakkan di dalam balang khas lutsinar. Kemudian dia beralih pula ke arah monitor komputer. Butang ‘Aktif’ di klik dan tiba-tiba balang peranti Raphael itu mengeluarkan cahaya laser memanjang lalu mengimbas bahagian hujung peranti.

“Apa yang engkau buat?” Tanya Hakimi.

“Alat peranti Raphael perlu lebih tinggi ciri-ciri keselamatannya. Jadi aku pindahkan cap ibu jari kau ke dalam peranti tu. Sekarang hanya kau sahaja yang boleh aktifkan peranti Raphael, hanya kau sahaja boleh guna.” Jelas Dr. Danial.

“Macam mana peranti tu berfungsi?” Tanya Hakimi lagi.

Dr. Danial menarik nafas panjang. Dia telah bersedia menerangkan kepada Hakimi maklumat yang dianggapnya paling penting.

“Peranti Raphael bertindak seperti cecair berlekitan tinggi yang akan mengalir ke tubuh kau bila kau aktifkannya nanti.” Terang Dr. Danial. Hakimi mengerutkan dahinya, seperti agak membahayakan kedengaran.

“Dengan elemen protein dan enzim yang ada pada struktur bahan YR17-1, akan ada tindakbalas dan memangkin hormon dalam tubuh badan kau.” Jelas Dr. Danial lagi.

“Memangkin hormon?” Tanya Hakimi.

“Hormon endokrin dan beberapa lagi hormon yang bertindakbalas dalam badan. Meluaskan dan mengaktifkan horizon kawalan otak. Kau akan jadi lebih bertenaga, kebal, pantas bertindak dan berfikir menyusun strategi, dengan tujuan semata-mata untuk memusnahkan bahan komoditi tu.” Jelas Dr. Danial, memberitahu rahsia dan kuasa yang ada disebalik sut Raphael.

“Tapi kau harus berhati-hati, kelebihan yang ada pada sut itu akan jadi sebaliknya jika kau tak dapat kawal emosi. Tahap agresif sentiasa melebihi normal bila kau aktifkan Raphael. Kau harus pandai mengawalnya.” Sambung Dr. Danial lagi.

Hakimi mendengar dengan teliti, memproses segala maklumat yang diberi dengan menganalisa dalam minda dan memahaminya. Kemudian mengangguk. Dia juga sedar, sut Raphael seolah-olah merbahaya untuk di aktifkan. Namun dari sudut lain, ia akan memberikan kelebihan untuk merasai bagaimana fungsi otak dapat digunakan dengan peratusan yang lebih tinggi. Pasti rahsia alam akan terungkap!!

‘PROCESS COMPLETE’

Skrin monitor memberitahu bahawa prosess menukar cap ibu jari tangan Hakimi berjaya di siapkan. Kini dia bersiap sedia untuk menguji keefektifan sut Raphael. Kerisauan wujud dalam fikiran Dr. Danial, kerana inilah kali pertama Hakimi mencubanya. Risau dia tidak mampu mengawal sebarang tindakan luarbiasa Hakimi tatkala sut Raphael diaktifkan. Namun dia tahu tindakan apa yang perlu dan sesuai, dia tahu bagaimana menanganinya secara profesional.

Dr. Danial mengambil peranti Raphael lalu memberikan kepada Hakimi.

“Masuk dalam bilik ujikaji, di situ.” Kata Dr. Danial. Tangannya menunjukkan bilik kaca yang menjadi tempat Hakimi menguji sut Raphael. Seperti bilik mandi kecil yang ditutupi oleh kaca gelas tebal membentuk kawasan segiempat yang tinggi kawalan keselamatannya.

“Okey.” Hakimi tanpa berlengah mengambil peranti Raphael dari tangan Danial dan menuju bilik ujikaji kaca.

Pintu dibuka dan Hakimi masuk ke dalamnya. Sebelum pintu di tutup, sempat juga Dr. Danial memberi sepatah dua kata.

“Nanti dulu. Apabila sut Raphael telah merambat pada tubuh kau. Kau akan rasa sikit kesakitan pada belakang leher. Tak mengapa itu adalah biasa.”

“Kenapa mesti sakit?” Hakimi bertanya.

“Sebagai sambungan deria saraf untuk sayap. Sut Raphael akan menghantar isyarat saraf berhampiran bahagian leher. Supaya engkau akan dapat menggerakkan sayap seolah-olah itu adalah deria semulajadi engkau. Oh ya, satu lagi. Struktur suara kau juga akan berubah. Cukup kuat untuk musnahkan sesuatu kalau jeritan kuat dilepaskan.” Jelas Dr. Danial.

“Okey, aku faham.” Kata Hakimi. Terus sahaja pintu ditutup rapi. Lampu terlimpah terang benderang dalam bilik ujikaji berkaca itu. Supaya yang di uji dapat melihat dan mengikut arahan oleh Si Penguji dengan dapat mengurangkan risiko kerosakan peralatan kawalan makmal di luar bilik ujikaji bergelas tebal itu.

Dr. Danial menekan alat komunikasi berhampiran bilik kecil. Memberi arahan kepada Hakimi.

“Kau dah bersedia?” Kata Dr. Danial.

Hakimi mengangguk tanda bersedia sepenuhnya.

“Di hujung peranti Raphael terdapat alat pengimbas ibu jari. Letakkan kedua-dua ibu jari di situ. Sut Raphael akan teraktif selepas tu.” Jelas Dr. Danial bersuara digital kedengaran oleh Hakimi.

Dengan perlahan Hakimi meletakkan kedua-dua ibu jari tangannya pada peranti Raphael sambil menggenggam. Setelah cap ibu jari dikenalpasti, peranti Raphael menerima dan memproses padanan dan kemudiannya teraktif. Alat peranti Raphael terputus dua lalu melekat pada pergelangan tangan Hakimi. Kedua-duanya. Dengan pantas juga cecair bergetah hitam itu merambat menyelubungi tubuh Hakimi. Turun naik nafasnya dengan laju, sedikit gementar dan takut dengan apa yang sedang berlaku pada tubuhnya. Sedikit demi sedikit tubuhnya dilitupi cecair hitam itu menjalar dari tangan kemudian turun ke badan dan seterusnya ke kakinya. Dari badan kemudian terbentuklah sayap yang lebar dan besar berbulu pelepah, tetapi keras dan liat. Apabila cecair hitam itu merambat ke arah lehernya, Hakimi menjerit kesakitan. Dengan kesakitan itu juga, tiba-tiba sayap yang besar itu bertindakbalas, menggigil seolah-olah turut menahan kesakitan. Hakimi jatuh melutut. Kedua-dua belah tangannya yang telah diliputi cecair hitam menahan lantai. Turun naik nafas Hakimi dengan deras. Maka cecair getah hitam itu menyempurnakan prosesnya. Merambat ke arah kepala Hakimi, dilitupi keseluruhan kepalanya, dari leher hingga ke rambut kemudian turun ke arah dahi, mata dan hidung. Hakimi cuba bertenang. Matanya dipejamkan seolah-olah merasakan cecair itu dengan simbiosisnya melitupi seluruh tubuhnya kecuali bahagian berhampiran mulut. Dengan perlahan matanya dibuka sambil memandang lantai bilik ujikaji kecil itu. Dari luar, Dr. Danial melihat perubahan Hakimi menjadi Raphael dengan kagum dan berhati-hati.

Kini telah sempurna Hakimi bertukar menjadi lembaga hitam bersayap lebar yang menyeramkan, menggerunkan. Matanya dibuka perlahan-lahan. Kemerah-merahan kelihatan. Bersinar garang dan bengis. Nafas Hakimi yang tadinya deras cuba dikawalnya supaya dapat bertenang. Peha dan betis kelihatan lebih besar dan berotot. Begitu juga dengan dadanya yang bidang.

“Hakimi, bangun.” Kata Dr. Danial setelah kagum dengan apa yang dilihatnya.

Dengan perlahan Hakimi bangun dengan gagahnya. Tubuhnya kini kelihatan amat gagah dengan bahagian dada yang tegap dan paha serta betis yang besar dan keras.

“Apa yang kau rasa? Kau okey?” sambungnya lagi yang memerhatikan Raphael dari luar bilik kecil itu. Ingin mengetahui tahap kesihatan Hakimi.

Hakimi yang telah memakai sut Raphael hanya mendiamkan diri, menarik nafas kemudian melihat keluar ke arah Dr. Danial dengan mata merahnya yang menyala garang.

“Aku rasa amat bertenaga sekali.” Kata Hakimi sambil tersenyum. Suaranya kini sudah berubah kepada lebih besar dan garau, seperti singa. Hanya bahagian sekitar mulutnya sahaja tidak ditutupi ceair dari bahan mentah YR17-1 itu. Bahagian dagu dan rahangnya turut juga tertutup. Ini bertujuan bagi mengelakkan risiko merbahaya dalam tubuh badan. Kerana tidak diketahui lagi apa akan terjadi jika cecair hitam pekat itu masuk terus ke dalam mulut dan esofagus.

“Hebat.” Kata Hakimi lagi sambil melihat kedua-dua belah tangannya yang sedang digenggam.

“Okey bagus Hakimi. Sekarang ikut arahan aku. Kau perlu biasakan diri dengan sayap yang kau ada sekarang.” Kata Dr. Danial.

Hakimi tersedar yang dia baru saja mempunyai sepasang sayap yang gagah. Menoleh sedikit kebelakang melihat sayapnya yang bergerak seolah-olah sedang bernafas. Belum pun sempat Dr. Danial memberikan arahan seterusnya, Hakimi menegmbangkan sayapnya dan dengan sekuat hati menghempas ke lantai. Dengan tindakannya itu jugalah tubuhnya dengan laju terbang ke arah syiling makmal, terhantuk dengan kuat sehingga retak dan sedikit pecah. Dengan laju juga tubuhnya terhempas jatuh ke lantai semula. Hakimi mengaduh kesakitan. Dr. Danial hanya mampu memandang dengan wajah kesal.

“Suara aku. Aku sendiri pun takut nak dengar.” Kata Hakimi yang terbaring terlungkup namun tiada rasa sakit ditubuhnya. Sedikit demi sedikit serpihan lelangit atap bilik ujikaji kecil itu jatuh berserakan di atas lantai dan tubuh Raphael.

“Sebab dengan getaran resonan suara tu pada tahap yang tinggi yang dapat musnahkan bahan komoditi YR17-1.” Jelas Dr. Danial.

“Hakimi, dengar arahan aku seterusnya. Aku nak kau biasakan diri dengan sayap tu. Aku nak engkau apungkan diri. Kawal sayap kau dengan perlahan-lahan.” Arah Dr. Danial pula.

Dengan perlahan Hakimi bangun berdiri. Bersedia untuk melaksanakan arahan Dr. Danial sebagai latihan pertamanya, iaitu belajar untuk mengapungkan diri dan terbang. Hakimi cuba menenangkan keadaan dirinya. Merasai deria dan saraf baru yang boleh dikawalnya sendiri. Dengan lembut Hakimi menggerakan sayap kanannya, kemudian sayap kiri. Terasa berat namun tidak membebankan. Dengan perlahan juga kedua-kedua belah sayap yang lebar dan besar di buka dan di depakan seluas-luasnya. Kali ini dia sudah bersedia untuk terapung. Jika tadi hempasan yang kuat membuatnya terbang tinggi menghantuk syiling makmal. Namun, kali ini dia cuba untuk mengurangkan hayunan sayapnya. Di hempas kedua-dua belah sayap itu dengan separuh hati. Hakimi dapat merasakan badannya sedikit terapung, lalu ingin jatuh semula kerana tarikan semulajadi graviti bumi. Kakinya menjejak lantai kembali. Dari luar bilik ujikaji kecil itu Danial fokus memandang rakan sekumpulannya itu melakukan latihan yang diberi.

Hakimi mencuba lagi. Kali ini dia menghempasnya perlahan, apabila tubuhnya telah terangkat dihempas lagi sayapnya itu perlahan sebelum tubuhnya sempat menyentuh permukaan lantai. Begitu seterusnya diulang-ulang sehingga dia betul-betul telah terapung, turun naik tubuhnya. Setelah berjaya mengapungkan diri sambil sayapnya perlahan dikibaskan tanpa henti, dia tersenyum sambil melihat Dr. Danial. Usahanya berjaya.

“Bagus Hakimi. Sekarang, kau adalah Raphael. Aku harap engkau dapat belajar dan mengadaptasikan situasi dengan pantas. Sebab kita tak ada banyak masa lagi.” Kata Dr. Danial.

“Aku berasa teruja. Bila aku boleh terbang lebih tinggi lagi?” Kata Hakimi pula.

“Bukan di sini Raphael. Untuk keselamatan di sini bukan tempatnya. Aku akan minta bantuan makmal Dr. Huda untuk kau boleh terbang tinggi lagi.” Kata Danial. Hakimi akur dan faham.

“Okey Raphael, sekarang kau perlu tekan butang trapezium di pergelangan tangan bawah kau. Sebelah kiri.” Arah Dr. Danial.

Hakimi patuh pada arahan tanpa banyak soal, dicari-cari, menjumpainya lalu ditekan. Agak mudah untuk dia kenalpasti walaupun di setiap bawah pergelangan tangannya ada banyak butang-butang lain yang sebati dengan sut bergetah itu, yang dia sendiri tidak tahu apa fungsi setiap satunya.

Tiba-tiba dirasakan sut Raphael menjadi sedikit cair. Kemudian merambat di tubuhnya dengan kembali kepada kedua-dua pergelangan tangannya yang dari situ juga tempat cecair getah itu keluar. Maka fahamlah Hakimi bahawa butang itu adalah untuk ‘menanggalkan’ sut Raphael yang melekat kukuh pada tubuhnya. Bagaikan kuasa magnet kuat yang secara mendadak wujud pada tempelan besi nipis dikedua-dua pergelangan tangannya, terus saja tangan Hakimi melekat dan alat peranti Raphael menjadi bentuknya seperti asal. Iaitu seperti ‘baton’ larian akan tetapi berbentuk segiempat panjang yang melekat dua. Dalam masa yang sama, Hakimi sangat kagum dan teruja.

“Ada banyak lagi butang fungsi dekat sut Raphael. Aku nak tahu fungsinya.” Kata Hakimi dengan penuh perasaan ingin tahu.

“Tapi sebelum tu aku nak tanya kesihatan kau. Kau okey?” kata Dr. Danial. Dia harus berhati-hati. Mungkin saja akan berlaku sebarang komplikasi terhadap tubuh yang pertama kali terdedah dengan bahan dari planet luar ini. Di perhatikan tahap cecair dan hormon dalam badan Hakimi yang direkodkan pada monitor. Di dapatinya terdapat peningkatan hormon endorphin dalam tubuh Hakimi, dapat di simpulkan bahawa ketagihan untuk memakai sut Raphael meningkat. Dr. Danial harus bijak mengawalnya.

“Ya, aku okey. Aku tak sabar nak tahu lebih lagi pasal kebolehan sut ni.” Kata Hakimi.

Dr. Danial akur. Pintu bilik ujikaji kaca kecil ditutup semula. Melihat Hakimi di dalamnya yang sedang perlahan-lahan ‘ditelan’ cecair getah itu untuk bertukar menjadi Raphael.

***

“Akim!! Bangun dah nak siang!!” Pekik Rahimah di dapur yang sedang bersiap-siap membuatkan sarapan untuk keluarganya yang amat disayangi. Hampir menjadi rutin hariannya mengejutkan Hakimi bangun pagi solat subuh dengan cara begitu. Dan hampir setiap kali itu juga pekikannya itu tidak disahut. Itu perkara biasa. Tidak lama kemudian muncullah Hakimi dengan berjalan terhuyung hayang sambil tuala di letakkan di atas kepala menutup silau. Rahimah yang sedang menggaul tepung membiarkan saja Hakimi berjalan menuju bilik air yang terletak di belakang kawasan dapur.

Tidak lama selepas sarapan sudah siap terhidang, Encik Othman datang menghampiri lalu duduk di kerusi.

“Akim dah bangun?” tanya Encik Othman.

“Dah.” Jawab isterinya itu ringkas.

Encik Othman menuang air teh hangat manakala Rahimah sedang membasuh bekas di sinki.

“Abang nak keluar pergi jumpa kawan lama abang pagi ni.” Kata Encik Othman. Tiba-tiba Rahimah kaku, segala kerjanya terhenti.

“Bukan ke abang dah tak ada kepentingan lagi dengan diorang, lepas abang pencen.” Kata Rahimah yang tiba-tiba kesal.

“Abang tak fikir mereka dah lupakan abang. Jangan awak risau. Saya jumpa mereka pun untuk saya bagitahu, saya dah lepas tangan.” Kata Encik Othman yang usianya lingkungan hujung 60-an. Meyakinkan isterinya mengenai masa silam yang masih lagi menghantui diri. Air yang telah tersedia di minum perlahan.

Rahimah tidak berkata apa lagi. Banyak perkara yang tidak dia faham mengenai tugas suaminya itu. Apa yang dia faham, suaminya adalah bekas anggota delegasi dan diplomat untuk sebarang urusan yang memerlukan perbincangan dua hala di antara negara-negara. Adakalanya Rahimah dan Hakimi tepaksa mengikut suaminya outstation ke Afrika, timur tengah, Thailand, China dan yang berkaitan demi menjalankan delegasi dan perbincangan damai mengenai segala urusan perdagangan berkaitan kerajaan. Hanya apabila telah bersara, Encik Othman bercadang untuk duduk menetap di kampung halaman yang harmoni dan damai. Sekurang-kurangnya dapat dia bersara dengan tenang dan tenteram.

“Saya yakin dengan abang. Saya yakin apa yang abang buat adalah untuk kesejahteraan keluarga kita.” Kata Rahimah.

Othman menarik nafas kemudian menghelanya. Tanpa sebarang kata terus bangun dan berjalan menuju bilik.

Rahimah tiba-tiba teringat sesuatu. Biasanya apabila sarapan telah terhidang, Hakimi akan datang untuk menjamahnya. Tapi kali ini senyap saja.

“Akim!” kata Rahimah dengan nada separuh tinggi. Tidak juga bersahut. Tanpa berlengah dia menghampiri bilik Hakimi. Risau juga takut kejadian hari yang sebelumnya berulang kembali. Pintu bilik di buka. Rahimah hanya mampu menggeleng kepala. Dilihatnya Hakimi tertidur di atas sejadah sambil mengiring dan meringkuk. Kelihatan nyenyak dan lena. Letih benar dia seolah-olah malam tadi dia berjaga.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku