RAPHAEL
Bab XII
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Jeneral Karim telah menyalahgunakan sumber bahan mentah dari planet asing dalam pembangunan teknologi ketenteraannya. Dengan kesedaran ini, sekumpulan saintis dan mereka yang terlibat dalam menentang projek yang berisiko tinggi ini, mencipta sut khas yang dapat menghapuskan bahan mentah itu, sekaligus menggagalkan rancangan Jeneral Karim.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
227

Bacaan






Helikopter yang dinaiki Hakimi dan Danial mendarat di sebuah bangunan tinggal lama yang sunyi dan tidak menjadi tempat orang awam lalu lalang. Sekalipun bangunan itu terletak di pinggir bandar. Di kawasan tanah yang sedikit lapang helikopter itu mendarat dengan perlahan. Setelah enjin dimatikan, pintu pesawat dibuka oleh salah seorang pengawal Dr. Hashim di sebelah kiri. Kelima-lima mereka keluar dari perut pesawat meninggalkan pemandu dan pembantu pemandu helikopter S-76. Salah seorang pengawal Dr. Hashim membawa beg petak berwarna hitam.

Danial dan Hakimi memandang bangunan tinggal yang sudah berlumut dan kotor. Hampir dinaiki rumput dan ada sebahagian tampalan simen di dinding yang terkopak menampakkan struktur susunan batu-bata. Selayaknya bangunan yang perlu dilupuskan dan di robohkan.

“Bangunan apa ni?” Tanya Hakimi.

“Ini adalah makmal kamu yang baru. Kamu berdua.” Balas Dr. Hashim.

“Makmal?” Kata Hakimi sambil memandangnya dengan sinis, seperti tidak percaya. Dr. Danial hanya terdiam.

“Ya... Tolong bukakan pintu bangunan ni untuk saya.” Kata Dr. Hashim memberikan arahan kepada salah seorang pengawalnya.

Pintu besar yang mempunyai dua bilah ditolak ke dalam. Keadaan dalam bangunan tinggal dan sendirian itu gelap. Kelihatan hanyalah sampah sarap dan barangan yang telah hampir reput dan di tinggalkan. Palang-palang besi dan kotak-kotak terbiar. Meja dan kerusi yang usang dan berlumut, berselerakan. Masing-masing memandangnya dengan tidak percaya, terdiam tanpa kata.

Seorang lagi pengawal peribadi menghampiri Dr. Hashim. Membuka beg hitam yang dipegang dan dipersembahkan di hadapan ketuanya itu. Kelihatan sebuat alat peranti yang menyerupai alat kawalan jauh televisyen. Namun tidak terdapat banyak butang. Bentuknya juga lebih kecil dan berpetak. Dr. Hashim mengambil alat peranti itu dan bersedia untuk menekannya. Sebelum itu dia berkata kepada Hakimi.

“Kau percaya kepada wujudnya alam lain, Hakimi?”

“Ya. Aku percaya.” Jawab Hakimi ringkas. Namun tidak pasti apakah yang dimaksudkan oleh Dr. Hashim.

Alat kawalan yang dipegang Dr. Hashim ditekan salah satu butangnya. Tiba-tiba bangunan tunggal yang sendirian itu bercahaya di dalamnya. Cahaya terang itu tembus keluar dari tingkap bangunan. Pintu yang telah sedia terbuka menampakkan suatu tempat yang seakan-akan makmal yang penuh dengan perkakas yang hampir sempurna seperti kelengkapan makmal yang disediakan dalam industri maju yang lain. Di dalam bangunan itu bertukar bersih dengan suasana yang bercahaya putih. Hakimi terpana, hampir tidak percaya apa yang telah dilihat depan matanya. Dr. Danial hanya terdiam dan sedia maklum akan sebarang kemajuan teknologi yang telah dibangunkan oleh Nadi Bima Berhad. Sekalipun luaran bangunan itu lusuh dan kotor, akan tetapi bangunan dalamnya amat bersih dan kemas beserta alat kelengkapan yang canggih dan maju layaknya seperti makmal.

“Ini adalah inisiatif ketua pengurus sendiri untuk menyediakan tempat penyelidikan yang lebih selamat untuk kamu berdua. Walaubagaimanapun saya minta maaf sebab sedikit lambat memperkenalkannya kepada kamu.” Kata Dr. Rashid. “ayuh, kita masuk ke dalam.” Sambungnya lagi.

Setelah berada di dalam makmal, mereka amat kagum dengan keadaan dan fasilitinya. Hampir setiap penjuru makmal itu diperhatikan oleh Hakimi dan Dr. Danial. Mereka semua berjalan menuju tengah-tengah makmal.

“Apabila telah berada di dalam makmal. Jangan lupa tutup pintu dan nyahaktifkan akses makmal. Supaya ejen-ejen Karim tidak dapat mengesan kamu.” Kata Dr. Hashim kepada Dr. Danial. Kemudiannya memberikan alat kawalan itu kepada Danial.

Mata Dr. Hashim memandang kedua-dua anak buah syarikatnya itu. Dilihatnya Hakimi sedang memandang dua buah kereta Proton Saga Aeroback lama buatan tahun 90-an, berwarna hitam.

“Engkau boleh memandu?” tanya Dr. Hashim kepada Hakimi.

“Ya.” Jawab Hakimi ringkas.

“Kedua-dua buah kereta itu adalah untuk kamu.” Kata Dr. Hashim.

“Kereta Proton ni?” kata Hakimi tidak percaya.

“Ya. Dan saya nasihatkan supaya jangan memandang rendah akan kemampuannya. Sebab kamu tidak tahu lagi apa yang kereta tu boleh buat untuk kamu.” Kata Dr. Hashim memberi nasihat kepada Hakimi akan kemampuan luarbiasa kedua-dua kereta Proton Saga Aeroback keluaran pertama itu sekitar tahun 1985.

Hakimi mengangguk tanda faham.

“Macam mana doktor boleh buat semua ni? Macam mana doktor boleh akses ruang dimensi yang lain?” Dr. Danial bertanya menginginkan kepastian. Agak tidak senang dengan keadaan yang dilihatnya sekarang ini.

“Teknologi Danial. Semua ini adalah teknologi. Pernah dengar pasal ruang masa empat dimensi?” Jelas Dr. Hashim.

“Einstein?” Dr. Danial meneka.

“Ya, dan teori itu benar. Hasil rangkaian syarikat dari negara luar, teknologi ini dibawa masuk oleh Dr. Rahman sendiri. Kita mengambil teknologi dari mereka dan syarikat kita memberikan komoditi dari planet asing untuk mereka kaji kelebihannya. We have made a great deal.” Jelas Dr. Hashim.

Jam tangan dilihat pada tangan kiri. Dr. Hashim perlu beredar dengan segera kerana segala apa yang perlu dilakukan seperti yang telah di arahkan telah selesai. Dia meminta diri untuk beredar.

“Baiklah, setakat ni sahaja kita jumpa. Izinkan saya berangkat dulu.” Kata Dr. Hashim.

Hakimi dan Dr. Danial tidak berkata apa. Terdiam namun seperti merelakan Dr. Hashim berangkat pulang.

“Oh ya, sebelum saya terlupa. Selamat berkenalan dengan Quara.” Kata Dr. Hashim.

“Quara?” soal Hakimi yang dalam kebingungan.

“Ia ada dalam kereta kamu berdua. Suara digital yang akan bantu kamu dengan segala maklumat yang dia ada.” Jelas Dr. Hashim. Hakimi mengangguk.

Tidak lama selepas itu Dr. Hashim dan dua orang pengawalnya beredar keluar dari bangunan tinggal. Kedengaran bunyi enjin helikopter dihidupkan. Semakin lama semakin ligat kipas pesawat itu berputar.

Malam yang semakin gelap menemani mereka berdua yang tercegat berdiri di hadapan pintu besar yang terbuka. Masing-masing melihat helikopter S-76 berangkat pergi, terbang semakin tinggi dan terus menjauhi mereka. Kemudiannya hilang terus dari pandangan.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku