RAPHAEL
Bab XIX
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Jeneral Karim telah menyalahgunakan sumber bahan mentah dari planet asing dalam pembangunan teknologi ketenteraannya. Dengan kesedaran ini, sekumpulan saintis dan mereka yang terlibat dalam menentang projek yang berisiko tinggi ini, mencipta sut khas yang dapat menghapuskan bahan mentah itu, sekaligus menggagalkan rancangan Jeneral Karim.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
102

Bacaan






Pintu bilik pejabat Ashikin disentap dengan sedikit kuat. Bunyi yang tiba-tiba datang membuatkannya terkejut.

“Opsss, sorry, I’m so sorry.” Kata Norman. Setelah melihat mata Ashikin yang cemas sambil melihat pintu bilik pejabat.

“Oh, It’s ok, it’s okay. Don’t worry.” Kata Ashikin sambil tertawa kecil. Cuba bertenang. Dia menarik nafas.

Semenjak dua menjak ini penampilan Norman bertambah segak dan hensem. Wajahnya adalah kacukan Melayu dan England. Emaknya Melayu manakala bapanya berketurunan Inggeris yang berasal dari London, akan tetapi ibubapanya memilih untuk menetap di Malaysia dan Norman juga dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Dia sangat berkarisma dalam menguruskan hal-hal pekerjaan. Dari mengendalikan mesyuarat, berurusan dengan pihak atasan dan syarikat luar, hinggalah memimpin orang-orang bawahannya. Norman jauh lebih tegap dan berisi, lebih yakin diri dan berpijak di bumi yang nyata, kelulusannya juga bukan calang-calang. Status dirinya yang masih lagi bujang membuatkan ramai juga gadis-gadis sepejabat dan yang hampir dengan Norman ada yang menaruh hati dan mencintai. Namun seolah-olah semuanya itu tidak mengusik hatinya sehingga turut jatuh cinta. Mungkin Norman menunggu seseorang yang sangat dia cinta. Tidak seperti Hakimi. Peribadinya rapuh, sedikit kurus dan tak terurus. Suka berimaginasi dan hidup dalam dunia khayalannya sendiri. Gemarkan permainan video dan suka pula menonton filem sains fiksyen. Dia menggemari fizik kerana baginya ilmu itu mampu memberikannya pemahaman yang luarbiasa tentang bagaimana alam ini berfungsi dengan sangat hebat. Semuanya itu kerana terpengaruh dengan ideologi konspirasi yang dibacanya dan dijadikan sumber inspirasi untuk melihat kehidupan maya ini. ternyata Norman lebih bertanggungjawab mengenai masa depannya, dan lebih pandai mengurus kehidupan dengan baik. Sedangkan peribadi Hakimi kelihatan hanya hampa dan kecewa.

“Dah pukul satu sekarang. Saya ingat nak ajak Ash keluar lunch. Can we?” kata Norman.

“Oh, pukul satu?!! Tak perasan. Cepatnya masa berlalu. Actually saya tengah siapkan bajet untuk program Malam Gala syarikat.” Kata Ashikin pula. Agak sibuk menyiapkan laporan sehingga tidak sedar masa bergerak pantas.

“Ah, takpe nanti boleh sambung kan? Kita ada masa sejam untuk rehat sekejap. Then, get back to work.”

Ashikin seperti ingin menolak ajakan rakan sekerjanya itu. Norman dua tahun lebih tua dari Ashikin. Masing-masing berpangkat Assistant Manager dan Senior Executif di syarikat hartanah. Ashikin memahami, sejak hujung tahun lepas lagi dia menyedari akan sikap Norman yang lebih mengambil berat ke atas dirinya. Dia amat faham dengan jelas sekali. Norman menyukainya. Ashikin juga berasa selesa berkawan dengan Norman. Segala urusan yang melibatkan mereka berdua pasti berjalan dengan lancar sekalipun agak rumit tahap pengurusannya. Professionalisma kerja mereka sangat baik.

“Erm, okay.” Kata Ashikin ringkas. Dilihat jam tangannya, kemudian mengemas fail dan kertas-kertas yang sedikit berserakan di atas meja.

“Saya tunggu dekat luar pintu office.” Kata Hakimi yang penampilannya seperti mat saleh. Tampan, berkulit putih dan pintar. Ashikin hanya mengangguk dan wajahnya sedikit tertekan.

***

Ashikin menikmati makan tengahari dengan fokus sekali. Cepat-cepat dia makan seolah-olah ingin segera dia habiskan dan beredar pergi ke pejabatnya semula untuk menyambung tugasan yang tertangguh. Begitu juga Norman. Dia menghormati segala tindak-tanduk gadis yang dicintainya yang kini di hadapan mata. Melihat telatah Ashikin itu membuatkan Norman tersenyum.

“Ehmm...” Norman berdehem. Ashikin seperti tersedar dari makannya yang fokus.

“Fokus awak makan.” Kata Norman lagi.

Ashikin tersenyum. Tersedar dari fokusnya. “Oh, sorry. Dalam kepala asyik ingat kerja tadi. Banyak lagi. Kalau boleh saya nak siapkan sebelum close of business hari ni.” Jelas Ashikin. Dalam mindanya. Norman mengangguk tanda faham.

“Oh. Okey... oh, pasal Malam Gala tu. Harap saya sempat emelkan nama-nama staf yang terlibat. Hope sempat sebab saya pun agak busy juga nak kejar benda lain.” Kata Norman.

“Okey. Takpe, I will remind you then.” Balas Ashikin ringkas.

“Okay. No problem. That’s good.” Kata Norman. Mereka berdua sambung lagi makan tengahari.

So, if you don’t mind I’m asking?” Tanya Norman.

Asking for?” kata Ashikn dengan wajah yang kabur. Pemikirannya tidak dapat meneka apa yang ingin ditanyakan oleh Norman.

About your weekend... previous weekend spent.” Kata Norman. “Boleh enjoy ke?”

“Oh, that things. Ya, I think so.” Balas Ashikin sambil menarik nafas. “I meet my boyfriend.” Sambungnya lagi.

Norman sedikit terkejut. “Oh, should be a nice weekend for both of you.

“Ya.” Balas Ashikin ringkas.

So, both of you guys have a plan?” kata Norman

Plan?” soal Ashikin balik dengan wajah blur.

“Rancang untuk nak kahwin, atau tunang dulu ke?” jelas Norman.

“Oh.” Ashikin tertawa kecil. “Ya, ada.” Katanya kemudian melihat pinggan makan. “Dah lama juga kami rancang sama-sama untuk kahwin. Kami dah kawan lama sejak dekat kampus lagi. Memang kami rancang nak kahwin bila masing-masing dah stabil nanti.” Jelas Ashikin.

“Oh.” Kata Norman. Wajahnya menyembunyikan rasa kecewa dalam hati. Ashikin hanya tersenyum. “Bila?” tanya Norman pula.

Ashikin tersentak. “well, setakat ni kitorang belum dapat decide lagi, just random plan. Maybe end of next year.” Jelasnya.

Mendengar jawapan itu sedikit memberikan harapan kepada Norman. “Boyfriend you kerja apa?” tanya Norman pula. Makanan dalam mulut Ashikin hampir tersembur.

“Erm, actually quite good juga. Tapi, syarikat yang dia kerja ada masalah kewangan dan diorang terpaksa cut off some manpower. Termasuklah dia. So, sekarang dia still struggle dengan kerja baru dia.” Terang Ashikin.

I’m sorry.” Kata Norman, bersimpati dengan nasib kekasih Ashikin.

It’s okay, small matter.” Kata Ashikin sambil tersenyum.

“Awak perlu berbangga dengan dia. Sebab dia seorang yang kuat dan bersungguh-sungguh untuk realisasikan impian dia. Good luck for his new job.” Kata Norman.

Ashikin mengangguk, kemudian menarik nafas. Melegakan sedikit tekanan. “Tapi jangan tanya saya dia kerja apa, sebab saya pun still tak dapat nak faham company dia.”

“Oh, takpe. Don’t worry. Saya faham keadaan awak.” Balas Norman memudahkan perbualan mereka.

“Macam mana hujung minggu you?” tanya Ashikin pula.

“Ya, saya luangkan masa dengan keluarga. Saya pergi rumah ibu dan ayah saya. Just bincang-bincang pasal perancangan ayah saya.” Kata Norman.

Ashikin mengangguk tanda mengikuti dan memahami apa yang diperkatakan Norman. “Wow. Mesti hebatkan? Sebab bukan calang-calang business yang ayah awak ada.”

“Takdelah, biasa-biasa je. Adalah sikit-sikit. Dan diorang plan nak lawat rumah datuk saya di London hujung tahun ni.” Balas Norman dengan merendah diri.

“Oh, so awak ikut sekali?” tanya Ashikin.

Norman menggeleng. “tak, sebab my parent pergi agak lama dan saya tak fikir nak ambil cuti yang panjang. Saya nak siapkan kerja saya. Sebab hujung tahun memang saya akan sibuk sikit.” Jelasnya.

Ashikin mengangguk tanda faham. “awak sangat-sangat kerja keras. Sampai tak sempat nak cari jodoh. Awak sepatutnya dah kahwin sekarang ni.” Kata Ashikin bergurau. Masing-masing tertawa. “Takkan tak ada calon? Mesti ada kan?” sambung Ashikin lagi.

Norman hanya tersenyum dan tertawa sambil melihat pinggan makannya. Dia menganggap kata-kata itu hanyalah gurauan. “Ya, ada. Tapi saya tengah tunggu seseorang sekarang ni.” Kata Norman.

“Tunggu seseorang?” tanya Ashikin. “here’s a guy with a smart, macho handsome, good looking in front of me. Dan dia memilih untuk tunggu seseorang? I feel weird.” Ashikin berseloroh.

“Ya, no, seriously...maksud saya, saya masih tunggu lagi, my charming moonlight and blinking stars untuk bersedia dirikan rumahtangga.” Jelas Norman dengan bersungguh.

Ashikin memahami. Dia mengangguk, kemudian tersenyum manja. “Okey. Semoga berjaya.” Kata Ashikin.

“Ya.” Kata Norman ringkas sambil berharap Ashikin memahami apa yang cuba nak disampaikan. Hajat hati yang tersirat.

Mereka berdua menghabiskan makanan tengahari bersama, sebelum masuk semula ke pejabat menyambung semula tugasan.

“Jom. Masuk office.” Ajak Ashikin. Dia bergegas pergi ke kaunter bayaran.

“Ashikin, takpe. Saya bayarkan.” Kata Norman.

“Norman?!” serba salah untuk Ashikin terima.

It’s okay, takpe. Saya yang ajak awak tadi. Bayar nanti dekat office.

“Okey. Terima kasih.”

Norman membalasnya dengan senyuman, lantas bergegas ke kaunter bayaran.

***

Jam di dinding menunjukkan hampir pukul enam petang. Hajat hati Ashikin untuk siapkan tugasannya sebelum balik rumah hampir tercapai. Hanya ada satu lagi bahagian untuk disiapkan. Iaitu untuk menyenaraikan bajet staf-staf yang terlibat. Dengan tiba-tiba juga dia teringatkan Norman, kerana senarai nama staf ada pada beliau. Dengan segera juga dia bangun dari kerusinya dan keluar dari bilik kecil.

Ashikin menghampiri bilik pejabat Norman. Di dapati tiada di dalam. Dia bertanyakan kepada pembantu pelaksana yang berhampiran.

“Maaf, Norman ke mana ya?” tanya Ashikin kepada gadis muda.

“Dia ada meeting. Tak lama lagi habis. Dalam pukul enam.” Jawab gadis itu.

“Okey. Terima kasih.”

Mungkin tidak lama untuk jam menunjukkan pukul enam. Jadi, Ashikin hanya menunggu depan pintu bilik Norman. Tidak lama kemudian Norman muncul menghampiri bilik pejabatnya.

“Ash... ya, maaf saya ada meeting. Nanti saya emelkan senarai nama staf tu.” Kata Norman, memahami tujuan Ashikin yang tercegat depan pintunya.

“Okey, terima kasih. Saya balik ke meja saya dulu.” Jawab Ashikin. Mendengar jawapan itu membuatkan dia berasa lega.

Dengan pantas juga Norman masuk ke bilik pejabat, menghampiri komputernya. Membuka emel dan melampirkan senarai nama tersebut. Setelah dilampirkan kepada Ashikin, lantas dihantar. Dia bergegas menuju bilik pejabat Ashikin.

Pintu pejabat diketuk.

“Masuk...” kata Ashikin.

“Ya, Ash... saya dah emelkan.” Kata Norman.

“Oh, okey. Sekejap saya check.”

“Okey.” Balas Norman, dia menunggu di hadapan pintu bilik Ashikin.

“Okey. Saya dah dapat emel tu. Terima kasih.” Kata Ashikin setelah emel itu diterimanya.

Welcome.” Balas Norman, kemudian ingin beredar menuju ke pejabatnya semula.

“Norman, nanti.” Tiba-tiba Ashikin bersuara. Langkah Norman tertahan.

“Ya.” Norman kembali menjenguk di hadapan pintu.

“Saya lupa nak bayar balik untuk lunch tadi.” Kata Ashikin.

“Oh, it’s okay. Takpe, saya belanja. No problem. Small matter.” Balas Norman.

Ashikin mengeluh. Kemudian tersenyum sendiri. “Okey.”

Norman turut tersenyum, kemudian beredar pergi.

Dengan pantas juga Ashikin menyiapkan tugasan untuk bahagian yang terakhir. Dia fokus kembali dengan lama. Jari-jemarinya pantas menari di atas papan kekunci komputer. Memasukkan data yang sepatutnya dengan tepat dan profesional ke dalam laporan bajet kewangan Malam Gala yang akan dilangsungkan tak lama lagi.

Jam di dinding bilik pejabatnya menunjukkan hampir pukul tujuh malam. Laporan yang dibuatnya telah pun siap. Dengan segera juga laporan itu di emelkan kepada ketua jabatan bahagian kewangan. Ashikin menarik nafas dan menghela perlahan. Merehatkan mindanya yang saban hari bekerja dengan pantas dan tertekan. Dia duduk dengan posisi berehat. Tubuhnya tersandar dikerusi sambil memejamkan mata. Setelah menghela nafas, pandangannya dialihkan ke arah tingkapnya yang luas, memandang susana kota di luar pejabatnya. Dia teringatkan kata-kata Hakimi semasa mereka berjumpa hujung minggu lepas. Kata-kata Hakimi terngiang-ngiang di kepalanya.

Nadi Bima Berhad.” Kata Ashikin dalam hati. Dia teringin tahu apakah sebenarnya pekerjaan kekasih hatinya kini.

Dihampiri semula skrin komputer. Tangannya menaip nama syarikat itu pada laman web. Setelah keputusan carian keluar, dahinya berkerut. Matanya tajam melihat satu demi satu nama syarikat yang terpapar pada skrinnya. Kemudian dia menggerakkan tetikusnya dan menaip kembali nama syarikat itu. Setelah agak lama skrin ditatap, dia tersandar ke kerusi kembali. Menarik nafas panjang sambil melihat keluar tingkap. Mindanya terus ligat berfikir mencari maksud dan cuba untuk memahaminya.

Ashikin sudah siap-siap untuk pulang ke rumah. Dan apabila sudah berada dalam keretanya, hati Ashikin amat merindui Hakimi. Cuba untuk menghubungi kekasih yang dicintai.

Dan sekali lagi dia kecewa dengan sifat Hakimi. Setelah beberapa kali dia menelefon, setiap kali itu juga tetap tidak dijawab. Sehinggakan tertanya-tanya, apakah yang sedang Hakimi lakukan sehingga sangat sibuk untuk menjawab panggilannya. Hatinya kecewa dan bersedih. Hampir-hampir saja airmatanya menitis. Kenderaan itu dipandu pulang dengan perasaan yang sayu.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku