Sakitnya Cinta Yang di Pendam
Bab Prolog
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
314

Bacaan






PROLOG

Aku hanya mampu melihat dua mempelai yang amat secocok bergandingan bersama itu. Aku tidak punya kekuatan untuk mendekati pasangan raja sehari yang nampak sangat gembira dan bahagia menyambut hari bahagia bersama. Bagai pinang dibelah dua , itulah ungkapan yang diungkap oleh tetamu yang hadir ke majlis persandingan ini. Ungkapan demi ungkapan yang diucakapkan bagi menggambarkan hari bahagia tersebut semakin lama semakin menyesakkan hati dan perasaan ini.

Tidak tahukah mereka dalam suasana yang cukup meriah ini ada satu hati yang sedang menderita. Ada satu hati yang semakin parah memerhati pasangan sejoli itu bergembira. Ye !! tiada siapa yang tahu. Cuma aq yang tahu. Cuma aku !!

“ El.. are u okay ?”

“ Yes. I ‘m fine “ Aku bersuara sambil cuba mengukirkan senyuman yang paling ikhlas walaupun hatiku menjerit tangis.

“ No El. Aku tahu kau tak okay kan? Kau boleh tipu orang lain El tapi bukan aku. Kau tak boleh tipu aku. Aku kenal kau. Aku tak faham kenapa kau boleh sanggup dating majlis ni sedangkan yang sedang bersanding tu orang yang kau suka.. orang yang kau cinta El.. macam mana kau boleh tahan?” ujar Shasha tidak puas hati.

“ Takkan lah aku tak dating pulak Sha. Walaumacam mana pun dia tetap keluarga aq. Kalau aku tak datang , apa pulak keluarga dia cakap nanti kan “ aku bersuara lemah membalas hujah dari Shasha.

Kau tak tahu Shasha yang aku dah pun menangis dalam hati. Hati aku dah berdarah Sha. Aku cuba kuatkan diri aku dari awal sampai lah ke sekarang ni. Aku cuba untuk pamerkan wajah yang gembira macam yang lain. Aku tak nak orang lain perasan sebab aku nak dia gembira. Kalau dia gembira , aku pun akan gembira jugak. Mungkin betul kata orang cinta tak semestinya memiliki. Sekarang aku tahu bertapa sakitnya cinta yang dipendam



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku