Sakitnya Cinta Yang di Pendam
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
240

Bacaan






BAB 1

Esok adalah hari yang penting bagi perlajar lepasan sekolah menengah kerana keputusan peperiksaaan SPM bakal diumumkan . Hari yang amat dinantikan oleh calon-calon spm setelah beberapa bulan menantikannya .

Puteri Elieyana Batrisya binti Aliff Iskandar atau Elie juga tidak terlepas daripada perasaan gementar untuk menghadapi hari esok . Keputusan SPM ini amat penting bagi dirinya kerana dia ingin membanggakan mama dan papanya sementelah dia merupakan anak tunggal dalam keluarga.

“ Ma… Mama… “ panggil Elie lemah sambil mendekati mamanya yang sedang memasak makan malam mereka di dapur.

Jam menunjukkan sudah pukul 8.00 malam. Sebentar lagi pasti suaminya akan pulang dari kerja. Suaminya amat komited pada kerja da nada kalanya suaminya akan pulang pukul 7 dan akan sampai ke rumah pada pukul 8.30 kerana jalan jammed.

“ Ye sayang . Kenapa monyok je ni ? Tak bersemangat je mama tengok ni . Any problem? “ soal mama sambil mencuit hidung anak daranya yang manja itu. Tergendala kerja yang dilakukannya sebentar tadi apabila wajah moyok anaknya disapa mata tuanya itu .

Ini yang dia sayang mama ni . Walau sesibuk mana pun mamanya, mama akan stop buat semua benda dan focus padanya apabila dia mempunyai masalah. Baginya mama merupakan kaunselor yang terbaik dan dia dapat menceritakan apa sahaja pada mamanya. Mamanya akan mendengar dan kemudiannya memberikan nasihat dan sokongan kepadanya.

“ Mama tahu kan esok hari apa?”

“ Esok hari selasa kan sayang? Kenapa dengan hari esok ni El? Sampai moyok muka anak mama yang cantik ni.Lembut Puan Sri Norida bertanya kepada anaknya.

“ Memang lah esok hari selasa ma.. tapi takkan mama tak ingat , esokkan result SPM keluar. El takut lah ma. I’m not ready yet mama.” Adu Elie manja sambil memeluk erat mamanya.

Berkerut dahi Puan Sri Norida mendengarkan bicara anak gadisnya itu. Dia meleraikan pelukan anaknya lalu bangun ke sudut dapur untuk melihat kalendar yang diletakkan di sudut tersebut. Dia sering menandakan hari –hari yang penting pada kalendar tersebut bagi memudahkannya mengingati sesuatu tarikh .

“Eh, betullah sayang !” Hampir terjerit Puan Sri Norida tatkala matanya melihat catatan yang di tulis pada hari esok.

HARI KELUAR KEPUTUSAN SPM !!!

Sudah terang dia mencatitkan tentang perkara tersebut . Sudahnya dia sendiri yang terlupa . Puan Sri Norida tersengih melihat raut wajah anaknya yang sedang mendung itu. Belum sempat dia ingin memujuk anaknya , terdengar suara seseorang menberi salam. Tidak sampai seminit, sudah terlihat suaminya masuk ke dalam rumah dan mendekati mereka di dapur.

“Patutlah masa papa masuk tadi sunyi je rumah ,kat dapur rupanya mama dengan El ni. Ingatkan pergi mana tadi “ tegur Tan Sri Aliff Iskandar. Tadi sewaktu dia masuk ke rumah,dia berasa pelik kerana rumahnya sunyi tanpa suara anaknya. Selalunya suara anaknya yang akan kecoh menyambut dia pulang tetapi hari ini terasa sunyi pula.

Puan Sri Norida lantas berdiri untuk membuatkan air untuk suaminya. Sebelum itu,sempat lagi dia memberikan isyarat kepada suaminya agar memujuk dan memberi semangat kepada anak nya itu. Elie merupakan satu – satunya anak yang mereka punya. Bagi dia dan suami, Elie merupakan racun dan juga penawar dalam keluarga mereka. Dia sudah tidak dibenarkan mengandung lagi atas nasihat doctor kerana dapat membahayakan nyawanya jika dia mengandung buat kali kedua. Suaminya juga menyokong perkara tersebut kerana bagi suaminya cukuplah mereka sudah mempunyai Elie sebagai penyeri rumah tangga mereka.

Tan Sri Aliff Iskandar yang tidak tahu pangkal cerita hanya menuruti arahan isterinya apabila terlihat raut wajah mendung anaknya itu. Walaupun badannya terasa penat akibat kerja yang banyak , tetapi dia tetap memberikan perhatian kepada anaknya kerana kebiasaanya Elie tidak begitu.

“ Sayang papa, kenapa monyok je ni hmm? El ada problem ke ? Wanna share with me? “ Tanyanya lembut kepada anaknya

“ Esok result SPM dah keluar pa.. Elie takut lah. Macam mana kalau result El ni nanti buat papa dan mama kecewa ? I can’t stop thinking about it.” Terdengar keluhan dari bibir mungil itu.

“ Laaaa itu ke yang El duk fikir sampai dahi tu berkerut berlapis lapis dah papa tengok. Nantikan ada yang tua sebelum umur . Nanti El jugak yang x laku nanti hahahahahah . “ gurau Tan Sri Aliff Iskandar pada anaknya .

Makin monyok muka Elie tambah pulak dengan muncung yang sengaja dibuat pangjang setelah mendengar usikan dari papanya. Tangannya naik ke dahi, takut jugak dia apabila dengar cakap papanya tadi. Buatnya betul-betul tua sebelum umur haru hidupnya nanti. Lebih – lebih lagi apabila mendengar perkataan TAK LAKU yang diucapkan oleh papa nya .

Tergelak papanya melihat reaksi anak nya itu. Tahu pun takut kalau dahi tu berkedut. Puan Sri Norida yang baru sahaja selesai membancuhkan air kepada suaminya menggelengkan kepala nya apabila melihat muncung anaknya yang makin panjang setelah diketawakan oleh suaminya.

“ Ada-ada je lah abang ni. Budak tu dah monyok yang abang lagi usik dia tu kenapa? Kan makin panjang muncung dia tu. Haihhhh macam-macam lah dua beranak ni.” Bebel Puan Sri Norida kepada suaminya yang memang gemar mengusik anak tunggal mereka itu.

Setelah tawanya reda dia memberitahu anaknya itu..

“ Elie .. papa nak bagitahu ni yang apapun result yang El dapat nanti, El kena terima dengan seadanya. Papa dengan mama tak kisah pun berapa yang El dapat sebab kami tahu yang El dah buat yang sehabis baik masa nak jawab exam tu. Papa Nampak sendiri macam mana El prepare untuk exam SPM tu. So , El jangan nak fikir negative lagi ok. In Sya Allah El akan dapat result yang setimpal dengan usaha yang El dah buat “ nasihat Tan Sri Aliff Iskandar kepada anak nya itu.

“ Dah-dah la tu monyok. Sekarang papa nak El berserah je pada Allah. Apa yang El dapat esok, El kena terima dengan hati yang terbuka dan bersyukur dengan apa yang diperolehi sebab tak semua yang bernasib baikkan ?” tambah nya lagi

Elie menganggukkan kepala nya beberapa kali setelah mendengar kata papanya. Dia sudah mula tersenyum melihat kearah mama dan papa nya. Betul bukan semua orang bernasib baik seperti nya. Dia mempunyai mama dan papa yang awesome sementara ada yang telah kehilangan kedua ibu bapa mereka. Terima kasih Ya Allah kerana kau mengurniakan aku keluarga yang akan menyokong aku selalu.

“Ok now El pergi naik atas bersiap kita makan dekat luar je harini. Papa belanja. Dah siap nanti tunggu papa dekat bawah “ arah Tan Sri Aliff Iskandar kepada Elie .

Puan Sri Norida hanya tersenyum melihat telatah anaknya yang sudah tersenyum itu. Cepat je berubah perangai anaknya itu jika di pujuk oleh suaminya. Anaknya memang rapat dengan suaminya. Hatinya turut lega apabila melihat anak nya yang sudah mampu ketawa semula.

“Pandai abang pujuk Elie tu “

“Ala.. Elie tu memang senang merajuk tapi awak pun tahu kan yang dia juga senang nak dipujuk. Merajuk dia tu sekejap je lagipun dia yang terlebih risau.” Kata Tan Sri Aliff Iskandar kepada isterinya.

Puan Sri Norida hanya menganggukkan kepala nya. Anaknya yang seorang tu memang senang dipujuk dan tidak banyak kerenah sejak dari kecik.

“Dah lah tu, baik abang naik sekarang mandi kata nak keluar makan kan ?

“ Jom lah sayang naik teman abang dekat atas ye “

“ Mengada je abang ni. Yelah jom naik , saya nak bersiap jugak. Buatnya El dah siap lepastu kita tak siap lagi mahunya dia merajuk lagi” Jawab Puan Sri Norida kepada suaminya

Lalu mereka melangkah kearah bilik mereka untuk bersiap siap untuk keluar makan bersama anaknya bagi menghidupkan kembali senyuman ni wajah anak perempuannya itu.

………………………………………………………………………………

Pintu rumah dibuka oleh papa lalu aku pantas melangkah kearah pintu bilikku. Kepada mama dan papa, aku cuma memberitahu yang aku ingin membersihkan diri dan bere aku, hat di dalam bilik. Walaupun papa kata dia tak kisah dengan result aku esok, cuak aku tetap tak hilang-hilang jugak. Haihh .. apa nak buat .. redha je lah

Telefon yang terletak di atas meja aku capai dan aplikasi whassap aku buka. Mak oiii.. banyak nya mesej masuk. Group kelas aku buka, berderet mesej dari group tersebut yang dihantar dari rakan-rakan sekelas aku yang dulu. Topik apa yang dia orang bincang kalau bukan tentang result yang akan keluar esok. Ada yang excited.. ada yang gementar.. ada jugak yang takut nak ambil result esok.

Mesej dari group tu aku ignore je sebab malas nak campur. Mesej dari rakan baikku iaitu Shasha aku buka

Shasha : Salam babe.. cm ne dengn esok? Dah ready?

Elie : Salam.. oklah .. cuak gk nak dtg sek esok. Harapnya result aku cemerlang lah ye. Ko dah ready ke?

Shasha : aq pon cuak jgk. In Sya Allah , semoga kita dpt result yg cemerlang

Elie : amiin!! Harapnya macam tu lah. Boleh kita sambung belajar sama2 nanti..hihi.. k lah Sha .. aq rasa ngntuk lah. Jumpa ko kat sek esok k. bye

Shasha : k .. bye assalamualaikum .. night

Elie : waalaikumussalam .. u too

Setelah tamat membalas mesej dengan Shasha, aku terus matikan lampu bilik dan menghidupkan lampu tidur. Aku tidak suka tidur dalam keaadan yang sangat gelap, khuatir akan terlanggar barang apabila aku bangun malam untuk ke bilik air mahupun ke dapur.

Dia gemar bangun pada tengah malam untuk minum air. Sebelum tidur, Elie membaca doa tidur dan berharap esok hari akan berlalu baik dan kegembiraan menjadi miliknya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku