Sakitnya Cinta Yang di Pendam
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
416

Bacaan






BAB 2

Dia membuka pintu rumah keluarganya dengan perasaan gembira. Kalau boleh melompat ke bulan untuk menggambarkan perasaanya pada saat ini, dia sanggup lakukannya. Alhamdulillah, dia dapat result yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dia juga tidak sangka yang dia akan memperolehi keputusan sedemikian. Segala penat lelah dalam mengulangkaji pelajaran, pergi ke kelas tuisyen, tidur lambat setiap malam amat berbaloi rasa nya. Hilang rasa penat lelahnya itu tatkala dinobatkan sebagai salah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Tidak sabar rasanya nak memberitahu kepada mama dan papa.

Matanya meliar mencari kelibat mama papanya di seluruh kawasan rumah. Di ruang tamu tak ada.. di dalam bilik tak da.. dekat dapur pun tak ada jugak. Haihhh … mana mama dengan papa ni. Tingg ! idea datang. Dia terus berlari ke kawasan belakang rumahnya , disana terdapat satu pondok yang dibina di tepi kolam renang sebagai tempat untuk keluarganya bersantai pada waktu petang.

Kelihatan mama dan papa nya sedang berehat di pondok tersebut sambil berbual mesra. Dia terus merapati mereka bersama dengan senyuman yang lebar. Puan Sri Norida yang perasan akan kelibat anak gadisnya menggamit supaya mendekati pondok yang diduduki nya itu.

“Hai Nampak happy je anak papa ni. Ada berita baik ke? “ Tanya Tan Sri Aliff Iskandar kepada anaknya. Dia yang sedang membaca surat khabar menghentikan bacaan tersebut apabila anaknya melabuhkan punggung di dalam pondok tersebut juga.

“ Nah, mama dengan papa tengoklah ni! “ kata Elie sambil menghulurkan fail yang mengandungi result SPM nya itu. Fail itu tidak pernah dibuka di sekolah kerana dia ingin mama dan papa nya menjadi orang yang pertama melihat keputusan nya itu. Kepada rakan-rakan juga tidak ditunjukkan juga.

Tan Sri Aliff Iskandar mengambil fail yang dihulurkan anak nya itu dan membelek satu persatu isi kandungan fail bersama isterinya. Bulat matanya dan isteri apabila melihat jumlah A yang tertera dalam keputusan SPM. Hampir mnitis air matanya apabila melihatkan result anaknya yang memperoleh 9 A’s dalam peperiksaan itu.

“Tahniah sayang, mama bangga dengan kamu! Kamu dah buktikan yang kamu memang dah buat mama dengan papa bangga dengan pencapaian kamu ni.”

“Papa pun bangga juga sayang. Tahniah ya Elie.”

Elie hanya membalas ucapan tahniah daripada ibu bapanya dengan senyuman yang lebar. Baginya cukuplah dengan melihat kegembiraan yang terpancar di wajah orang tuanya atas pencapaian yang tidk seberapa itu. Ini baru je permulaan ! bisik hatinya. Dia akan buat lebih lagi pada masa akan datang bagi mengharumkan nama keluarganya.

“So , Elie nak apa ? Elie cakap je Elie nak apa. Papa akan tunaikan.”

“ Betul tu sayang. Bagitahu je kamu nak apa. Nak kereta ke? Nak pergi bercuti ke? Nak shopping ke? Ke El nak card credit?” ujar mamanya pula

“El tak nak semua tu ma pa. El cuma nak mama dengan papa happy je. Tu dah cukup untuk El. El tak nak semua tu sebab El buat semua ni bukan sebab nak dapat kereta baru ke .. bercuti ke.. tak. El tak perlukan semua tu.

Mama dan papa nya hanya tersenyum mendengarkan ujaran dari anaknya. Anaknya itu memang dari kecil tidak mengharapkan kebendeaan. Semua yang dilakuakan olehnya , semuanya dilakukan dengan ikhlas dan dengan kehendak sendiri. Anak nya itu seorang yang sederhana sampaikan rakan-rakan sekolah nya juga tidak mengetahui bahawa dia merupakan anak yang mempunyai pangkat Tan Sri. Mereka amat bersyukur dikurniakan anak seperti Elie itu.

“Kalau macam tu tak pe lah. Mama dan papa tak akan paksa. Kalau El rasa nak apa-apa, just tell me. Papa akan bagi semuanya yang El nak.” Balas Tan Sri Aliff Iskandar.

Puan Sri Norida hanya tersenyum melihat telatah anak dan suaminya. Dia juga turut gembira dengan pencapaian akademik anaknya itu. Ibu mana yang tidak bangga dan gembira jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sedari kecil berjaya menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang. Cuma dia rasa khuatir akan penerimaan anaknya tentang perkara yang dibnicang dengan suaminya tadi. Adakah anaknya akan menerima dengan seadanya? Haihh mengeluh dia apabila mengenang perkara yang dibincang dengan suaminya sebentar tadi.

………………………………………………………………………………..

FLASHBACK

“ Abang ingat abang nak hantar El balik kampung duduk dengan mak dalam dua tiga minggu macam tu sebelum dia pergi sambung berlajar nanti.” Usul Tan Sri Aliff Iskandar secara tiba-tiba.

“ Ida tak kisah bang. Tapi El tu, nak ke dia duduk dengan mak kat kampung. Kalau kampung kita dekat Johor tu tak pe lah jugak bang. Ni kamung kita dekat Kelantan sana. Takut dia tak biasa je bang.” Jawab Puan Sri Norida lemah. Bukan lah kata anaknya itu tak pernah pulang ke kampung, ada balik kampung. Tapi selalu nya tak lama, paling lama pun seminggu je.

“Abang bukan apa Ida, abang cuma nak dia habiskan masa dia dekat kampung tu sementara dia belum dapat tawaran sambung belajar tu. Ida pun tahu kan yang kita memang jarang balik ke kampung. Paling-paling tidak pun setahun sekali je. Tu pun masa raya. Saya cuma nak dia habiskan cuti dia dekat sana. Nak bagi dia tu kenal rapat dengan sepupu-sepupu dia kat sana. Awak bukan tak tahu yang dia mana ada bergaul sangat dengan sepupu-sepupu dia tu. Padahal jarak umur bukan jauh pun. Ha si Izz tu, sebaya dengan El tu tapi ada awak Nampak dia orang berbual masa kita balik haritu? Ada tak?” ujar Tan Sri Aliff Iskandar panjang lebar kepada isterinya.

Puan Sri Norida hanya mendiamkan diri. Dia tidak berani membangkang kata suaminya kerana apa yang dikatakan semuanya adalah benar belaka. Walupun anak nya seorang yang sederhana, tetapi anak nya seorang yang amat payah bergaul dengan orang lain. Mungkin betul kata suaminya yang Elie akan rapat dengan sepupu-sepupunya jika dia tinggal lama dikampung. Lagipun tak salah jika membiarkan anaknya rapat dengan sepupu-sepupu yang sebaya dengan anaknya kerana walau macam mana pun mereka tetap satu keluarga.

“ Baiklah, Ida ikutnya je mana yang baik. Lagipun betul juga cakap abang kalau selama ni pun setahun sekali je balik ke kampung, tak mustahil nanti bila dia sambung belajar dia takkan balik kampung langsung. Lagi-lagi kalau dia dapat tawaran ke luar negara. Lagi susah kan bang.” Dia akhirnya bersetuju dengan cadangan suaminya itu.

“ Tapi nanti abang lah yang bagitahu dia nya. Ida takut nanti kalau dia merajuk Ida tak dapat handle. Abang kan pandai bab pujuk memujuk anak abang tu.”

“ Ye lah nanti lepas kita dinner malam ni abang bagitahu Elie. Harapnya dia dapat terima lah cadangan kita ni. El tu anak yang baik, mesti dia takkan bantah punya cakap kita.”

“ Harapnya macam tu lah ye bang.”walaupun dia bersetuju dia usulan dari suaminya itu. Dia tetap risau jika anaknya tidak dapat menerima cadangan suaminya itu. Dia cuma serahkan kepada suaminya sahaja 100% kerana suaminya tahu cara memujuk anak mereka itu

…………………………………………………………………………………..

Hilang segala lamunan yang bermain di minda tadi apabila terdengar gelak ketawa dari anak dan suaminya. Dia juga tersenyum melihat keakraban mereka berdua tersebut. Dia berharap kegembiraan mereka kekal selamanya.

“ Dah-dah lah El, abang. Bergurau je tak habis-habis. Dah nak maghrib dah ni, jom kita masuk bang. El tolong mama angkat cawan tu ye .”

“ Ok mama.” Ujar El dengan sisa gelak ketawa nya itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku