Sakitnya Cinta Yang di Pendam
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
456

Bacaan






BAB 3

Makan malam di banglo Impian pada malam itu hanya diterimani dengan bunyi sudu dan garfu yang sesekali bergema apabila berlaga sesama sendiri. Sesungguhnya penghuni banglo tersebut amat mementingkan etika ketika berada di meja makan dan tidak dibenarkan bercakap ketika makan. Elie tidak kisah sama sekali dengan suasana yang sunyi itu kerana dia telah dilatih sejak kecil untuk tidak mengeluarkan sebarang percakapan ketika berada di meja makan.

Setelah makan malam, Elie akan membantu mama dan maksu mengemas meja makan bersama. Dia telah dilatih untuk tidak menyusahkan maksu iaitu orang gaji di dalam rumah besar itu. Walaupun maksu orang gaji di dalam rumah tersebut, maksu telah di anggap seperti keluarganya sendiri kerana maksu lah yang menjaga nya sewaktu orang tuanya pergi ke luar negara atas urusan kerja.

Elie akan memotong buah epal untuk dijadikan sebagai pencuci mulut untuk mama dan papa nya sambil menonton televisyen.

Tan Sri Aliff Iskandar menggamit anak gadis nya supaya duduk di sofa sebelah kanannya kerana dia ingin menyampaikan hasrat hati kepada anaknya. Elie hanya mengikut arahan dari papanya lalu mengambil tempat di sebelah papanya itu.

“ El, papa ada nak bincang sikit dengan El ni “

“ Papa nak bincang apa?”

Puan Sri Norida hanya memerhatikan perbualan suami dan anaknya tanpa niat ingin menyampuk. Dia menyerahkan segalanya kepada suaminya. Dia akan berbicara jika perlu sahaja selebihnya dia selesa dengan mendiamkan diri nya sahaja.

“ Papa dengan mama kena pergi ke Belanda for three weeks “

“ Ok. Biasa lah kan papa pergi outstation mama ikut. Macam tak biasa pulak papa ni. Kan nanti maksu ada jaga El.”

“ Tu lah masalahnya El. Nanti masa papa pergi tu maksu tak ada dekat sini. Maksu nak balik Kedah. Nak jenguk family dia dekat sana.”

Aku mengeluh lemah mendengar bicara papa. Takkanlah aku kena duduk sorang kot dekat sini. Tak nak la duduk sini sorang-sorang!

“ Habistu tak kan la El kena duduk sini sorang pa “

Dia melemparkan pandangan kearah mamanya yang hanya menjadi pendengar setia sejak tadi.

“ Tu la yang papa nak bincang tu. Papa kalau boleh memang tak nak El tinggal sorang dekat dalam rumah ni. Sekarang ni macam –macam boleh berlaku. Dunia sekarang ni bukan macam zaman dulu-dulu. Sekarang macam-macam kes yang berlaku. Kes bunuh lah.. rompak lah.. macam – macam.”

Elie hanya menadah telinga mendengar kata papa nya.

“ Sebab tu lah papa nak hantar El balik ke kampung. Duduk dengan tok ma dekat sana. Macam mana ok tak?

“ ermmmm.. macam susah je ma.. pa “

“ Apa yang susahnya sayang? Bukan duduk dengan sesiapa pun. Duduk dengan nenek kamu juga.” Mama yang diam sejak tadi bersuara.

“ Tapi El tak kenal sangat lah dengan saudara mara dekat sana. Balik kampung pun sekali sekala je. Mana pernah berbual mesra dengan sepupu tu semua.” Harapnya alasan ni mama papa terima la nanti. Bukan nya aku tak nak balik kampung, aku tak kisah pun sebenarnya. Cuma dia tidak begitu selesa jika dikelilingi dengan sepupu-sepupunya yang rata-rata tidak begitu mesra dengan dirinya. Macam mana nak mesra kalau rata-rata sepupunya adalah lelaki.

“ Sebab tak kenal lah kena kenal El. Apa –apa yang berlaku nanti senang kalau kita kenal rapat dengan saudara mara kita.”

Belum sempat aku ingin menyampuk, papa terus menyambung kata-kata yang boleh gugur jantung dan limpa.

“ Buatnya kalau berlaku apa-apa dekat papa dengan mama nanti,siapa yang akan tolong kita El kalau bukan saudara mara kita dekat kampung tu.”

“ Kenapa papa cakap macam tu? El tak suka lah! “

“ Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan El. Apa yang kita ada ni tak akan kekal selamanya. Kalau kata Allah nak tarik semua nikmat ni, bila-bila masa je dia boleh tarik.”

Aku hanya mampu menundukkan kepala dan mengiyakan kata yang diluahkan oleh papa. Aku tahu dia risau tinggalkan aku sorang-sorang. Apa boleh buat, nak tak nak kena lah setuju. Lagipun sekarang kan musim sekolah,so mestilah saudara maranya tak kan pulang ke kampung.

Elie menganggukkan kepala nya beberapa kali. Mengatakan apa yang difikirkan nya sebentar tadi sangat logic dan boleh diterima dek akal. So, dia dah tak perlu risau lagi.

“ Ok lah , El setuju dengan cadangan papa. El tahu apa hanya nak terbaik buat El kan. Bukan nya papa suruh El kahwin kan just suruh balik kampung je kan. So, no problem.” Kata aku dengan yakin.

“ Amboi-amboi anak mama ni, gatal nak kahwin kea pa ni. Kan mama betul-betul suruh El kahwin kan baru tahu.” Ujar mama. Terkejut dengan kata yang diluahkan oleh anak dara itu.

Aku hanya mampu tersengih apabila mama menjelingnya. El pun tak nak kahwin muda ma. Sapa nak kahwim muda. Calon pun tak ada. Lagipun dia ada cita-cita yang dia nak capai. Dia nak berjaya dan membanggakan kedua orang tuanya. Bisik hatinya.

“ El Cuma cakap je ma. El pun tak nak kahwin muda.”

Tan Sri Aliff Iskandar hanya menggelengkan kepala melihat kerenah isteri dan anaknya.

“ So kiranya El setuju lah ni ya nak duduk dengan tok ma dekat Kelantan sana?”

Aku tidak menjawab pertanyaan papanya. Aku cuma menganggukkan kepala tanda ‘ iya’ sambil mata tetap focus kea rah televisyen yang sedang memaparkan drama kegemarannya iaitu drama W Two World. Drama korea sebenarnya. Aku tengok cerita ni pun sebab hero dia ni cute je.. hehehe

Tan Sri Aliff Iskandar memandang isterinya dengan senyuman. Nampaknya tidak perlu lah dia dengan isterinya risau meninggalkan anaknya sendiri kali ini. Harapnya dapatlah anaknya itu menyesuaikan diri di sana. Bukan tidak biasa di kampung, tetapi kali agal berlainan sedikit. Anaknya akan pulang bersendirian tanpa ditemani oleh dia dan isteri. Dia yakin anak nya tidak akan menyusahkan sesiapa disana.

“ Oh ye! Bila mama dengan papa berangkat ke sana? Lama ke kali ni ?”

“ Kalau projek tu tak ada masalah mungkin paling cepat dalam masa tiga minggu kami balik ke Malaysia.”

“ Make sure tiga minggu tau. El tak nak duduk lama-lama dekat sana.”

“ Eh kenapa pulak tak nak duduk lama?”

“ Bukan tak nak tapi segan “

” In Sya Allah, tapi papa tak janji ye sebab projek ni projek besar. So , papa kena make sure semua settle dulu baru papa boleh balik sini tapi papa akan usahakan.”

Elie yang mendengar berasa puas hati akan kata-kata daripada papanya itu. Walaupun papa tak janji, tapi papa kata dia akan usahakan. Lagipun, dia tahu projek ini amat penting pada papa dan syarikatnya. Sebab itu dia tak nak paksa papanya itu.

“ Ok lah. El nak naik atas simpan baju ni. Lagipun flight El lusa kan? Takut tak sempat pulak nanti.” Ujar El sambil tersengih. Dia harus mengemas barang awal-awal sebab dia ni cuai orang nya. Buatnya ada barang yang tetinggal nanti kan susah. Dah la dekat sana susah nak cari barang. Kampung dia bukan nya macam dekat sini. Sini kalau nak beli barang senang je. Nak pergi Aeon Mall ambil masa 15 minit je. Kalau dekat kampung , dari rumah neneknya nak pergi ke pusat bandar ambil masa setengah jam kalau jalan tak jammed. Kalau jammed mahunya sejam lebih baru sampai. Lagipun kat sana mana ada transport kalau dia nak pergi ke bandar.

Baik dia packing betul-betul dan pastikan semua barang yang nak dibawa semua lengkap dan taka da yang tertinggal. Nanti kan menyusahkan pulak nak pergi ke bandar nak beli barang nya itu. Kalau bandar tu dekat tak pe la juga.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni merupakan hari yang paling sedih dalam hidup rasanya. Ye la mana tak sedih kalau mama dan papa nak pergi New York dan hari yang sama juga untuk aku balik ke kampung aku nun jauh ke timur. Tertiba rasa sedih la pulak, padahal bukan tak biasa kena tinggal dengan keluarga aku. Haihh..

Tapi aku yang akan berangkat dulu. Malam nanti baru flight mama dengan papa. Kata mama, nanti sepupu aku yang sebaya dengan aku yang akan ambil aku dekat lapangan terbang. Rasa cuak pulak bila tahu dia yang akan ambil aku nanti. Ada satu rahsia yang tentang dia yang aku pendam sampai sekarang. Hehehe !!

“ Elie, nanti dekat sana nanti pandai-pandailah El bawak diri ye? Mama taka da nak uruskan semua untuk Elie. Yang penting jangan pernah susahkan diri orang lain kat sana. Kalau boleh buat sendiri buat sendiri. Jangan nak harapakan orang lain buatkan untuk kita. Ingat El tu dah nak masuk 18 tahun. So,sekarang lah masa nya belajar berdikari ye.”

Mama telah mula dengan nasihat yang panjang berjela. Kejap lagi adalah tu drama air mata yang mama aku buat tu. Aku bukan boleh tengok kalau mama nangis, nanti dengan aku sekali nangis.

Kan!! Aku baru je cakap,tengok-tengok bahu mama dah terhinjut-hinjut menahan tangisan nya. Ni yang nak nangis juga ni. Huhu.. Aku terus memeluk mama ku sambil cuba memujuk nya agar dia berhenti menangis. Bukan apa, ni baru je balik kampung mama aku dah menangis macam apa. Buatnya aku dapat sambung belajar dekat luar negara lagi teruk agaknya mama nangis.

“ Mama jangan lah nangis. Nanti El pun ikut nangis jugak ! “ suara aku dah bertukar serak dah. Dah boleh join mama buat drama ni .

Tan Sri Aliff Iskandar hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat anak dan isterinya. Bukan tak biasa berpisah, lebih lama dari ni pun dia dan isterinya pernah meninggalkan anaknya bersama pembantu rumah mereka. Dia perlu menghentikan drama issteri dan anaknya itu. Kalau tidak sampai ke sudah anaknya tidak akan berangkat. Ada yang kena tinggal flight nanti.

“Dah – dah lah tu Ida oii.. jangan lah nak drama sangat. Bukan lama pun kita tinggalkan anak kita tu. Tiga minggu je. Lagipun bukan nya dia tinggal sorang kat sini. Dia duduk dengan mak awak juga nantikan. Jangan risau lah. Terlepas flight anak awak nanti kan.”

“ Ye lah. El ingat ye pesan mama.”

“ In Sya Allah El ingat mama.”

Panggilan untuk penerbangan ke Kelantan telah diumumkan. Aku hanya mampu melambaikan tangan ke arah mama dengan papa sambil kaki terus melangkah ke balai pelepasan. Ikut hati tak nak pergi sebenarnya. Tapi tak apalah. Mungkin akan jadi kenangan yang terindah, betul tak? Aku hanya mampu menyerahkan kepada takdir agar semua nya berjalan dengan lancar. El terus melangkah tanpa menoleh lagi ke belakang sambil fikirannya terus memikirkan perkara yang positif yang bakal berlaku sepanjang tempoh masa dia berada di sana.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku